Jumaat, Oktober 05, 2012

Kek Lapis Asam Manis Kukus


 Assalamualaikum,,salam sejahtera buat semua di pagi Jumaat yg indah..:-)...Raya tahun ni kita x buat kek satu pun..entah kenapa lupa pada kek yg satu ni...biasa time raya ada je kek diatas meja, x ape boleh di usahakan :-)....lepas raya kemarin dah plan nak buat kek asam manis utk mkn2 biasa...tp manu lain pulak yg potong Q ..biasalah kan heeeee kek ni kita kukus mlm tadi...sesaja jeee bg x nak potong..masa kek ni di sejukan kita pun terus masuk tidur :-)...tp ni bukan le buat utk sarapan pg ye...buat utk suka suki nak mkn bila-bila je...hemmm harum bau..lama x melapis gini le jadinya lapisan pun x sama hayaaaaa..kena perbaiki lapisan bg molek2...hemmm lihat lah hasil bila dah potong pehhhh kira boleh leeee...abaikan yee lapisan bawah tu hee hee heee... suka kek yg basah2 sikit mcm ni...rasa mmg x di nafikan walaaaa..sdp lemak biskut dan masam manis terasa di dlm kek...kali ni kita buat mmg kurangkan sukatan gula...sukatan susu pekat masih sama..kek x terlampau manis lg cepat habis... dah tahu, lain kali kena buat dua adunan baru dpt kek yg besar sikit...resepi kek lapis mmg x asing lagi dari dapur Dayang Jack..nak ikutkan mcm2 versi kek lapis asam manis yg ada di pasaran sekarang :-)...di hati bekenan pulak resepi yg ni tq Dayang...:-)


Kek Lapis Asam Manis Kukus 
Resepi By : DayangJack

bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 8 x 4.5 x 4.5)

  • 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis) - sheila letak 120g
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 sb ovalette
  • 2 sb horlicks - optional
  • 125 ml susu segar (sejuk)
  • 1 sk esen vanilla
  • 80 ml minyak jagung
  • kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
  • sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu. 
  4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala). 
  6. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong. 

Khamis, Oktober 04, 2012

Kuih Talam Gula Merah


N3 kuih pula..hemm buat tengahari semlm, bila kuih dah sejuk... di sajikan utk sarapan petang...kuih ni kira pestime buat...ketinggalan kan kan kan heee biasa beli jeee...negok rakan Fb Hafizah Yahaya dok tayang kuih talam ni, tu yg terus teruja...g kedai cari santan  & gula merah...selama ni bukan apa x nak buat..takut x menjadi telembik...negok resepi baca betul2 baru ada yakin..alhamdullilah menjadi jugak..bila di potong2 pun cantik je x melekat..resepi asal dari Kak Hanieliza...tq


KUIH TALAM GULA MERAH
Resepi : Chef Hanieliza

Lapisan Bawah:
1 cawan gula merah ) masak dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.

Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja..
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan.


Rabu, Oktober 03, 2012

Ayam Masak Asam


Salam sejahtera semua....ceria2 di pg rabu....hari ni plan nak masak apa? meh negok resepini....hemmm tp ni lauk mkn malam semalam tau kira dah habis yeee :-)... boleh tahan juga rasa sdpnya resepi ayam masak asam ni......mula negok tajuk cam pelik jugak...tp x lah pelik sangat punnnnn heee aym masak asam sdp ke? rasa masam ke?...jadi teruja pulak nak cuba...maklum le kalau resepi yg baru2 dan x pernah buat lg sure nak try kan heee...negok pada bahan2 pun x le susah semua ada di ceruk dapur...rupanya Mas pun dah buat sampai dua kali resepi ni..pehhh ketinggalan betul makcik heeee...wahhh mmg harum rempah2 yg ditumis...sama mcm Mas juga saya pun guna cili kering......siap masak jeee ajk semua mkn...pehhh sdp sampai menjilat tulang ayam heeee..ank2 pun suka kat kuah yg masam2 pedas....kiranya masak lauk yg simple2 lg laku.....mana yg x pernah try lagi tu elok le cuba...copy resepi dari dapur Mas..tq pada tuan punya resepi ye MrsNoor@Myr..


Ayam Masak Asam
Resepi : MrsNoor @Myresepi.com
Sumber : Mas Duniaku



Sesuai utk 4 orang makan
Bahan :
  • 1/2 ekor ayam (anggaran 1kg beratnya)
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 biji bawang kecil *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 1 sudu teh jintan manis *
  • 10 biji cili api - belah 2 (tp x putus) - Mas guna cili kering * sheila pun same juga
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat 1 batang
  • serai - diketuk
  • 2 sudu asam jawa
  • sedikit kiub ayam - Mas tambah
Cara:
  • Ayam di potong sederhana besar dan digoreng hingga kekuningan ( jangan terlalu garing ).
  • Tumbuk atau kisar bahan bertanda * dan ditumis bersama serai hingga kekuningan.
  • Masukkan cili api, bawang besar, air asam jawa dan ayam yang digoreng tadi.
  • Perasakan dengan garam dan sedikit kiub ayam.
  • Masak hingga kuah agak pekat.
  • Sedia untuk dihidang ( ^_^ )

Isnin, Oktober 01, 2012

Kuih Lapis Seri Malaysia


Salam sejahtera semua...kat tempat saya petang ni npknya dah mendung..gelap je atas tu...hemmmm x kisah lah...hujan ke panas keee yg penting petang ni dpt makan kuih lapis yg cantik warna bendera negara tecinta..:-) rasa kuih x payah ckp lahhh semua dah tahu kannn sdpnya kuih ni...rasa tepung beras dan lemak2 manis....ikutkan nak buat mkn petang jumaat lepas...maklum leee teruja time Kak Ct tayang2 kuihnya tuuuu heee..kebetulan kita pun lama x mkn dan buat....Kak Ct pun ada juga cadangkan kalau x ada santan boleh juga di gantikan sama susu cair....susu cair lagi sdp.. cuma kena pandai agak2 sebab santan dan susu cair pekatnya lain sikit kata Kak Ct.......hemmm kita pun lg le teruja...pikir, pikir, pikir buat guna santan kee susu cair...karang buat2 x pandai agak takut lembik kuih...last2 sampai kesudah x buat....pg ni dah habis pikir :-), kita ikut resepi asal lah guna santan...lg senang....yg bestnya sukat guna cawan...memudahkan kerja...hemmm lihatlah hasilnya pehhhh cantik..... kuih pun x lembik dan x keras...mmg sedang2 elok je, cantuman warna..x pulak tesiat2 lapisan kuih...tp diantara warna biru  dan kuning ada ter'gabung sikit warnanya npk ada hijau di situ..hemmm x pelahhhh...janji meriahhhhh...yg lapisan merah tu letak sirap rose..jadinya ada rasa sirap, tu yg wangi.....kuih dah sejuk betul baru boleh potong2...Selamat Minum Petang..Tq Kak Ct Delima


Kuih Lapis Seri Malaysia 
 Resepi Olahan Che CT

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir (boleh tambah jika suka lebih manis)
3 cawan santan (tambah jika perlu)
1 camca teh garam
Pewarna masakan
1sudu besar minyak masak

Cara-cara:

1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8 inci/20 cm) dengan sedikit minyak dan balut dengan plastik bersih agar mudah untuk dikeluarkan kuih nanti. Masuk loyang dalam kukusan dan biarkan 5 minit
2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dalam mangkuk besar dan kacau dengan whisk hingga gula larut.
3. Tapis adunan dan bahagikan kepada 5 bahagian.
4. Dua bahagian dibiarkan warna plain saja. Dan yang 3 lagi adunan diwarnakan kuning, merah dan biru.
5. Mulakan lapisan bawah dengan warna putih. Kukus adunan lapisan pertama selama 6 min-7 min atau hingga masak baru tindih dengan lapisan seterusnya atau ikut kreativiti masing-masing.
6. Adunan yang akhir tutup loyang dengan aliminium foil agar air tidak menitis atas kuih nanti. Dan kukus selama 15 minit. Sejukkan sepenuhnya baru dipotong dengan pisau plastik (untuk potongan yang kemas).
 
 

Jumaat, September 28, 2012

Ubi Getok


Salam sejahtera di pg jumaat...ubi getok buat utk minum petang semalam...ada lg beberapa biji yg togel x begoreng...togel belum salut tepung yeeee heeee....sesekali kena kuih goreng buat makan petang mmg best nak pulak panas2...salutan tepung pun ragup.....ubi getok ni saya saja letak kelapa lebih nak bg lemak2...gula pun letak lbh....tp x lah manis bebenoooo..agak2 sesedap rasa....dapat banyak jugak bila dah di bulat2 kan....resepi kita ambik dari dapur Hasue....suka kat salutan tepung/batter mix ragup seperti yg Sue ckp batter mix ni boleh juga di salut buat pisang goreng, roti goreng..ikan or udg goreng tepung pun sodap.... tq resepi yeeee


Getok Ubi Kayu 
Resepi : Joayee@myresipi.com
Sumber : HaSue  

Bahan-bahan ( 1 family )* 2 cup ubi kayu rebus tumbuk
* 1 cup kelapa parut
* 1/2 cup gula
* secubit garam
* batter mix: boleh guna batter mix kegemaran sendiri

Cara-cara
1. campurkan semua bahan hingga sebati.
2. kepal bulat-bulat.
3. celup dalam batter mix. goreng hingga kuning. jangan goreng terlalu lama, nanti pecah.

Untuk resepi batter mix
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit pewarna kuning
  1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4.  Celupkan ubi td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan.   

Khamis, September 27, 2012

Bahulu Lapis


Hai Semua..moga hari ni idah2..pejalanan kehidupan pun idah juga yeeee....hemmmm bahulu lapis buat utk minum petang semalam pehh mak hai sdpnya...bahulu yg lembut gebuuuusss...kat tegah tu sapukan inti nenas...nyam nyam...sebenarnya buat ada sbb..hee hee sbbnya ialah x puas makan.... minggu lepas ank bujang bawa balik dari sekolah dua potong bahulu lapis.. kita pun try lah rasa hemmm boleh tahan sdp juga........ bahulu lapis yg di masaknya dlm matapelajaran Penyajian Makanan...sempat le kita belek2 buku resepi yg cikgunya sediakan..hemmm wooo bahan2 yg sangat mudah...x leh jd kena try test jugak heeee...sebelum tu dok belek2 jugak kat makcik google..jumpa resepi dari Dayangjack ..emmmm sama leee bahan2nya...so...so..so...jom bako.....mlm tadi sempat leee bagi kekawan tedekat rasa...cuma tang bahulu tu kalau x nak manis boleh kurangkan gula..lagi pun inti dah manis...kita try buat satu adunan je, belah bahulu dan bahagi dua kemudian tindih..next time nak banyak kena buat dua adunan baru boleh dpt dua keping bahulu......ok kat sini kita letak resepi dari  Dayangjack ye....kebetulan resepi ank pun sama jeeee mmg x ada beza...tq Dayang akk kongsi di sini ye

dah sejuk baru sapukan jem...kita buat seadunan je..pastu belah dua


Bahulu Lapis
Resepi : DayangJack
Bahan-bahan :
  • 100 g tepung gandum (diayak)
  • 90 g gula pasir (dikisar halus) - Sheila kurangkan dlm 50g sbb jem nenas dah manis
  • 1/2 sk baking powder
  • 3 biji telur A (pd suhu bilik)
  • 1 sk esen vanilla
  • jem secukupnya untuk melapis
Cara-cara :
  1. Sediakan loyang yg bersesuaian (nak guna loyang bulat pun boleh). Lengserkan dgn mentega dan alaskan dgn kertas minyak. Lengserkan lagi dgn mentega pd kertas minyak dan taburkan sedikit tepung. Panaskan suhu oven pada suhu 180C.
  2. Satukan gula dan telur di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang. (high speed).
  3. Masukkan esen vanilla* dan baking powder. Putar lagi hingga kembang dan gebu.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dgn senduk kayu. Gunakan kaedah kaup balik.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 20 minit atau sehingga perang menyeluruh.
  6. Setelah masak, keluarkan bahulu dari oven.
  7. Potong kepada beberapa bahagian dan lapiskan dgn jem yg disukai.


Sambal Hitam Pahang 3

Assalamualaikum...pepagi tayang sambal hitam pahang heeeee resepi sambal yang dah beberapa kali buat... kira lauk yg dah habis tau hee jgn marah :-)....buah belimbing ada lah sikit begayut kat pokok.. tu pun x banyak keluar...masih banyak kuar bunga2 merah jeeee...kalini buat pun utk sekali makan...masih lagi guna resepi yg sama...mana yg x pernah cuba tu try yeee sdp....

Belimbing Buluh Tegah Rebus

SAMBAL HITAM PAHANG
Resepi : Izah Daut

Bahan-bahan

Segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar
5-6 ulas cili padi bergantung citarasa pedas
4-5 biji belimbing buluh rebus
Sesenduk minyak untuk menggoreng

Tumbuk cili padi sampai lumat dan masukkan ikan bilis dan tumbuk sedikit hancur bersama belimbing buluh tadi. Panaskan minyak, masukkan semua bahan tumbuk dan bawang. Goreng sehingga garing dan rasakan dengan gula dan garam. Tambah sikit kicap untuk warna yang menawan. Minyak kena banyak sikit untuk garingkan sambal ni. Lepas tu dah garing boleh toskan sikit minyak tu. Sedia dihidang.


Sabtu, September 22, 2012

Kuih Bingka Ubi 2


Teringin pulak nak mkn bingka ubi...kebetulan semlm kedai runcit sebelah ada ubi kayu yg baru di ambik...beli sekilo rm3.00 cukup utk buat kuih...kali ni try pulak guna blenda...sebelum ni ubi tu saya sagat gan tangan jeee gambar ada kat sini....bila guna blenda ubi jadi halus...x pee nak try jeee negok mcm ne kejadian dlm kuih ni bila di bakar... kita masih menggunakan resepi yg sama, lagi pun resepi kuih ni senang je bahannya... ambik di dapur Kak Nazrah....hemmm pemukaan atas ada yg x sama rata pulak garingnya betomok2 sedih le x cun...gelak ank bukang kita negok :-D...bila kuih dah sejuk boleh le potong2..hemmmm pehh betapa halus kejadian..... bagi kita kan suka ubi yg di sagat..baru ada rasa kasar2 ubi masuk dlm mulut..hehehe paham kan maksut kita :-)...rasa kuih tetap sama dan sedap...apa pun tepulang lee pada yg nak buat...x salah nak cubakan :-) kalau malas nak sagat ubi tu..guna je pengisar.....tp pastikan air ubi tu di perah dulu yeee nnt bila bakar dlm nya lembik...sekali lg saya letakkan resepinya...


Bingka Ubi Kayu
By : Roz@ HomeKreation
Resepi : Nazrah

BAHAN2:
250g Gula - sy letak dlm 1 cawan
2 biji Telur
800g Ubi kayu Sagat - tapis airnya ( Kali ni buat sy kisar ubi )
400ml Santan (saya guna 200 ml santan kotak + 200 ml air)
sedikit pewarna kuning
*saya tambah 1/4 cawan majerin/butter cair

CARANYA:
Satukan semua dalam bekas dan tuang dalam acuan.
*saya sapukan layong dgn sedikit majerin *
Bakar suhu 170C selama 1jam 30min sehingga masak..
Sejukkan sebelum di potong.



Jumaat, September 21, 2012

Ikan Goreng Dlm Sos Daun Limau Purut 2


Salam sejahtera...betemu lg ...seminggu x megadap rasa lain pulak ..npk suram jekan heee...hari ni nak bg ceria ,,x banyak sikit punjadilah heee..bukan apa lepas raya ni mood ada turun sikit...sehari dua ni pun si kecik x berapa sihat demam nak tumbuh gigi lg... tu yg meragam... kejap ok ..kejap x ok....moga hari ni dan esok2 di permudahkan InsyAllah..ok bebalik hidangan tegahari ni..kita masak lauk ikan pulak...resepi yg dah dua kali kita cuba... ada di sini...mudah dan cepat ...sos yg sdp,  rasa pedas, masam, manis..haruman dari daun limau purut membangkit rasa masakan...masih gunakan ikan bawal lg... next kalau buat nak try ikan siakap or ikan talapia .......pada yg x cuba lg tu try lah ye mmg sdp rasanya....Tq Kak Nor kita letak sekali lg resepinya....


IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
Resepi : Kak Nor67
2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

Sabtu, September 15, 2012

Kuih Gendang Kasturi @ Kuih Rengas


Betemu sekali lg di pagi sabtu...esok Syawal akan melabuhkan tirainya...harini pun masih ramai lg yg buat opn house, kenduri kendara...saya pun x ketingalan hari ni ada 3 jemputan tp rasanya x sempat leee nak pergi ketiga2 tempat tu...mana yg tedekat je kot....ok pagi ni  tayang kuih tradisional pulak heee.. lama tau x mkn kuih ni...kita ada beli kacang hijau ingat kemarin nak buat bubur kacang hijau tup tup ank kata asyik buat bubur kacang je.. dah biasa mkn...cuba mama buat kuih lain yg jarang kita org mkn !!! tiong tong :-)...cari2 jumpalah resepi ni...ye betul lama juga x mkn kuih Rengas.. biasa beli je ...hem apa lg  terus rendam kacang dua jam dan rebus...siap buat bulat2 simpan dlm peti.. pagi ni tinggal bancuh tepung salutan dan terus goreng pehhh sdp mkn suam2...ragup salutan luarnya....senang je buat kuih ni cuma nak kena lama sikit le tunggu kacang hijau tu empok betul..tp jangan sampai hancur pulak...resepi ambik dari dapur x asing lg siapa yee hehehe  Kak Che Ct lah...kuih akk comel2 mcm tuanya......Terima kasih ye Kak...


Kuih Gendang Kasturi @ Kuih Rengas  
Resepi Original CT
Bahan utk Inti:
1 1/2 cawan kacang hijau (rendam beberapa jam sebelum direbus)
1/3 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1/2 biji kelapa parut muda (ambil yg putih saje)
Air secukupnya untuk merebus

Bahan utk Tepung Salutan:
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil kunyit serbuk
1/2 sudu kecil air kapur
air secukupnya
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
 

 Cara-cara:
1. Untuk membuat intinya, rebus kacang hijau sehingga pecah/lembut dan kering airnya (jgn sampai hangus ya).
2. Campurkan kacang hijau tadi bersama kelapa parut, gula pasir dan gula merah. Gaul hingga rata dan sejukkan.
3. Ambil adunan inti tersebut sedikit dan bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat sampai habis.
4. Bancuh adunan tepung utk disalut kepada adunan inti tersebut.
5. Panaskan minyak, celupkan adunan inti kedalam adunan tepung tadi dan goreng lah seperti biasa hingga keperangan. Angkat dan tos kan atas paper towel.
6. Hidang untuk minum petang atau pun sarapan pagi.




Khamis, September 13, 2012

Ayam Goreng Pedas Daun Kari


Salam buat semua,  bejumpa lg di hari khamis..kekawan semua mcm mana hari ni ok keee..dah siap masak utk tegahari...kita baru je lepas masak..mkn pun sudah...mkn sorg2 jeee hee siankan.. lapar lah.... pg tadi x mkn apa2...pepun nnt tunggu ank2 komen pulak :-) dlm kul 2 lbh balik lah tu dari sklh,..hati bekata tahu dahhhh.... dia org suka punnya...resepi aym ni sangat senang....bau harum dari daun kari tu yg tangkap sdp...sambal cilinya pun kita buat lebih....mmg kaw kaw rasanya...cadangan2nya kita nak masak lg lauk aym ni utk mkn2 keluarga ahd yg akan dtg....teruja negok dgn resepi Kak Ummi kemarin, seperti kata Kak Ummi nilah resepi yg paling mudah dan cepat......yg lain cuba tau...Tq Kak Ummi kongsi di sini ye...


AYAM GORENG PEDAS DAUN KARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam - potong sederhana besar
  • 20 tangkai cili padi thai *
  • 2 tangkai cili merah * (yg ni lupa nak tulis masa mula2 publish td...soriiii..huhu)
  • 8 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia * (tumbuk kesemua bahan bertanda * )
  • sedikit gula/madu
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 tangkai daun kari
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit serbuk kunyit
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan, lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/4 cawan. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga garing dan bau wangi.
  3. Masukkan kicap dan gula secukup rasa (*boleh juga tukar dgn madu).
  4. Kacau sebentar, masukkan daun kari yang telah disisihkan dari pelepahnya.
  5. Akhir sekali masukkan ayam, sedikit garam (jika ayam yg digoreng tadi dah masin, x letak garam pun xpa) dan kacau gaul dalam bahan tadi biar bersalut.
  6. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih. SELAMAT MENCUBA...!


Selasa, September 11, 2012

Kek Kacang Tanah


Lama dah simpan resepi ni....tunggu masa nak buat x terbuat...padahal bahan2 bukan banyak nak guna pun..raya kemarin x sempat juga buat kek.... jdnya x ada kek di pg raya :-)...kacang tanah mmg beli lebih, buat soto semalam ada lg x di goreng...mlm td lepas magrib terus lupakan niat yg malas... dtg niat rajin nak membaking...  terhasil lah kek kacang tanah yg sdp ada rasa lemak2 kacang gitu :-)...masa tengah mengadun adunan dah dpt bau wangi kacang kisar...time tengah bakar jgn ceta lah harumnya....tu belum bila di potong hemmm mmg sdp mkn suam2...separuh buat utk sarapan pg ni.......cuba tau...resepi dari DayangJack mmg sdp2 belaka....tq kita dah cuba...


Kek Kacang Tanah
Bahan-bahan : loyang 22-23 cm
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan kacang tanah (yang sudah digoreng/panggang dan dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 5 biji telur Gred B
  • 1/2 cawan susu segar (boleh tambah jika perlu)
  • 200 g mentega  - Sheila guna butter
  • 1  1/4 cawan brown sugar  (DJ guna 1 cawan brown sugar + 1/4 castor sugar) 
  • 2 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 170-180C. Lengserkan loyang kek dengan mentega. 
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat di dalam satu bekas. Kemudian, masukkan kacang tanah kisar dan kacau rata-rata. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk pengadun, putar mentega bersama gula hingga kembang. (HIGH SPEED)
  4. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. 
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi hingga sebati.
  6. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit sambil diselang-selikan dengan tepung. Kacau sebati dan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. (JANGAN DIPUTAR DENGAN MIXER)
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 45 minit atau hingga masak keperangan.
  8. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.


Soto Ayam


Tayang Soto Ayam pepagi heee maap lee semlm x sempat nak n3 kat cini.....buat soto ayam utk mkn tegahari semalam...masak pun simple2 jeee....teringin nak mkn baru buat tu pun kebetulan ada nasi impit yg x direbus dlm 7 ketul......cuma kena rajin sikit le buat begedil tu...nak makan soto x ada begedik  dan sambal cili kicap mana sdp kan, kan, kan........resepi soto ayam  ni dah npknya byk kali kekawan berulang2 buat...mana yg dah try tu tahu le rasa sdpnya....resepi ambik kat dapur rmh Yatie...tq dear....

 SOTO AYAM
Resepi : Yatiememories


BAHAN-BAHANNYA
  • Nasi Impit secukupnya- saya masak sendiri guna rice cooker je...sheila guna yg segera je
  • 1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2)
  • 3 s/b rempah sup/ rempah soto
  • 1 ketul sup bunjut adabi
  • 1 s/b lada sulah- di tumbuk lumat
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 6 cwn air atau secukupnya
Bahan Tumis
  • Rempah tumis(1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
  • 2 biji bwng merah- di hiris
  • 2 ulas bwng putih- di hiris
  • 2 btng serai- di titik
  • 2 cm lengkuas- dititik
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit.
  • 1 mangkuk kecil tauge
  • 1/2 cwn kcng tanah- di goreng
  • 1 paket kecil su'un- di goreng - sheila x letak lupa beli
  • sambal kicap secukupnya
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
  • Sedikit bawang goreng
  • Garam dan sedikit gula
CARA-CARANYA
  1. Kisar halus bahan yang bertanda *
  2. Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
  4. Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
  5. Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
  6. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
  7. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
  8. Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.
Cara Penyediaan
  1. Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
  2. Setelah siap bolehlah di makan. Selamat Mencuba...

Sabtu, September 08, 2012

Sambal Tempoyak Ikan Bilis


Assalamualaikum semua..ceria di pg sabtu...selamat becuti dan selamat makan free heee :-) masih ramai lg yg buat rmh tebuka dan kenduri kahwin kan ...nak gi yg mana dulu..hemmm pilih pilih....hari ni saya ada 4 jemputan kenduri kahwin... di Putra Jaya dan Rantau Panjang Kelang...sedih kedua2 nya x dpt pegi sbb Mr.N Kerja...rmh tebuka hari ni sebelah petang InsyaAllah x ada ape hal akan hadir di rumah rakan bloger masak dan juga tokey kuih di Puncak Jalil, pegi besama kawan2 area tempat saya ni......sebelah mlm pula jemputan dari adik ipar di Semenyih.....hemmm kosongkan perut sebelah petang lah npknya yeeee.. melalut sudah hee...ok pagi ni tayang lauk sampingan mkn mlm tadi...sebelah siang dah buat Tom Yam Putih sama Sambal Belacan, mlm pulak saja buat tambah2....mmg sdp tau sambal tempoyak ni...letak ikan bilis dan petai....masa menumis tu mak hai baunya....nak cantik bila sambal tu terbit minyak pehhhh bekilat...buat pedas2 lebihkan cili lg syok mkn.....ank bujang ckp ni sambal tersedap...amboiiii..resepi ni kita ambik dari Resepi Bonda di FB...tq harus buat lg....


Tempoyak Ikan Bilis
Resepi : Resepi Bonda di Fb

Bahan - bahan 20 - 25 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
Segenggam ikan bilis
1 labu bawang besar
1 senduk tempoyak
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 cawan air
2 papan petai (optional) - sheila letak

Cara-cara
Tumbuk cili padi dan kunyit hidup. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah ditumbuk, ikan bilis, tempoyak, asam keping, petai dan air. Kalau pekat sangat boleh lah tambah air. Biarkan mendidih. Setelah mendidih masukkan garam dan bawang besar yang telah dihiris. Setelah masak boleh lah dihidang bersama nasi panas dan ikan pekasam.....emmm sedappp






Jumaat, September 07, 2012

Tom Yam Putih


Assalamualaikum hai pe khabar semua.....jumaat masak awal...biasaleeee masing2 balik awal hari ni kan...manu pun sempoi2 jeee pas raya ni masak pun cam kurang je tp nak makan macam2 heee ,lama x buat tomyam......hari ni buat tom yam putih, sambal belacan...timun lupa pulak nak beli...jadi lahhhh  tomyam  putih letak aym jeee..tu yg ada...:-) npk sangat malas nak g kedai kan heeee :-)...kita guna perencah tomyam putih Adabi tu... bungkusan yg warna pepel...letak 3 pek sekali masuk...nak bg kawww2 rasa kuahnya....nak mkn same mee hoon pun sdp....jemput mkn...


TomYam Putih

Bahan:
Ayam/Daging di hiris 
Sotong
Udang

* Sayur-sayuran
ikut citarasa sendiri untuk guna apa jenis sayur.


Bahan:
2 biji bawang putih di ketuk - utk tumis sikit
5 biji cili api- dititik
1 biji bawang merah
2 biji limau nipis- ambil jus saja
3 inci lengkuas
1 inci halia
1 biji bawang putih
4 batang serai- dititik
6 helai daun limau purut
1 liter air
2/3 peket Perencah Tom Yam putih Adabi ( pek pepel)
1 sudu kecil gula/garam- ikut kesuaian rasa

*Semua bahan boleh ditambah ikut citarasa sendiri pedas , masam dan masin, nak lebih kuah tambah air

Cara
Bersihkan semua bahan dan toskan
Tumis bawang putih yg diketuk sekejap dan masukan air dalam periuk bersama bahan B dan biar sampai kuah mendidih .
Masukkan  ayam/daging dulu dan kacau bila ayam dan masak baru masukkan udan, sotong, kacau sekejap masukan sayuran, masak dan boleh la ditutup api.



Sabtu, September 01, 2012

Satay Ayam Goreng


Assalamualaikum.... hemmm cuti tiga hari kemana tuuuuu...hehe byk ke jemputan rmh tebuka dan kenduri khawin..pehh sampai x menang kaki tangan yeee nak pegi  yg mana satu dulu....bestkan... ada tu sampai dapur pun x berasap 3 hari....dpt mkn free katakan :-)...tp ingat mkn tu jaga2 ye nnt ada yg meragam pulak perut...pastu jarum timbang pun naik mendadak...puas le nak kasi menurun balik heee....ok leee  ni nak tayang satay ayam goreng...yg di perap mlm td....hemm mmg sdp bahan perapan pun sebati gan ayam, pada yg malas nak cucuk2 tu.. dgn ertikata x ada lidi satay, boleh buat cara gini...cepat di masak sdp di makan...tghari ni pekena satay ayam goreng, nasi impit & kuah kacang cukup leee... resepi satay goreng ni npk gaya ada rakan2 yg lain dah mencuba juga...resepi ambik dari Kak Fida MyR...tq

Kuah kacang, nasi impit, timun, bawang

sy perap mlm tadi

SATAY GORENG
Resepi : Kak Fida MyR

Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
  • 150 g gula pasir
  • 100 g gula merah
  • 100 g madu, 2 sk garam
  • Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
  • 3 sb ketumbar biji - sangar
  • 2 sk jintan halus - sangar
  • 1 sb lada sulah biji
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 jari halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai - hiris
  • 1/2 jari kunyit hidup
Cara-cara
  1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
  3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More