Salam besiaran sekali lg wahhh duh, wah duhhhh rajin le pulak hari ni...masak rendang heheh ni kes Kak Jee yg war-war kat FB pg tadi, nak masak rendang kelantan haaaa kan dah tepikat di buatnya...mmg elok lah tu dapat juga ider utk masak lauk tegahari ni....borak2 kejap gan Kak Jee..sy telepas pandang ingat kan letak kerisik nasib x g beli, rupanya kerisik dan lengkuas x di gunakan dlm resepi ni....wooo semesti ada satu kelayinan pada rasa rendang ni kan...perlu cuba......ank sy pun dah pesan kalau mama masak buat lbh sikit nak jamu kekawan lepas balik sembahyang jumaat nnt....ok set...maka siap lee sudah...saya lawankan sama Nasi Jagung,,telebih dahulu tuan rmh kena rasa...hemmm mmg ada rasa lain sikit, sbb x guna lengkuas, kerisik, serai pun dititik sahaja.....rasa ada pedas, masam manis....mmg kena dgn tekak sy, buat basah2 sikit bg ada kuah...kalau kering sangat x sdp pulak nak gaul sama nasi... boleh le buat lg ...TQ pada Kak Jee dgn resepi yg sdp lagi semple :-)
RENDANG KELANTAN
Resepi : DapurKakjee
Bahan2nya:
1 ekor ayam kira 1.5 kg
15 biji bawang merah kecik or about 5 biji bawang besar yg tak besar sgt.
4 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari. (tgklah ibu jari sapa. kalo ibu jari king kong, buhlah suku inci jer)
10 biji cili merah (tapi kjee tambah about 5 biji cili api and maybe 5 biji cili kering utk pedas. resipi ori hanya cili merah)
2 helai daun kunyit diracik halus cam bunga rampai.
3 helai daun limau purut
2 batang serai
2 cawan pati santan
garam
sedikit gula
Cara2nya:
potong le ayam tu sesuka hati kita. blend semua bahan2 tadi. tumis sampai garing semua kecuali daun kunyit dan daun limau purut. jangan lupa serai ketuk2kan. masukkan ayam. gaul sampai sebati ngan rempah dan biarkan ia sampai keluar air ayam. make sure air ayam mesti keluar kalo tak mak kata tak sedap. in other words, kecutkan ayam tu. lepas air ayam keluar, masukkan santan, daun limau purut, garam dan sikit jer gula tau. terus masak sampai ikut suka. kalo suka berkuah, masak sampai ayam empok cukup. kalau nak kering lama ler sikit. tapi memang sedap kalau ada kuah sikit.
RSS Feed
Twitter
2:02 PTG
Sheila Shafeareen
