Selasa, April 30, 2013

Ayam Percik Kuah Putih - Malaysian Food Fest (Kelantan Month)


Salam besiaran di mlm hari...heee n3 kena cepat... lagi beberapa jam tempoh tamat...juadah ke 4 saya utk MFF...kira dah lama juga x masak aym percik...kali ni buat kuih putih...walau pun putih ada juga rasa pedas hagat2 gitu......letak lada hitam pehh mmg sdp rasa kuah...lemak2 pedas...kuah putih ni kena masak lebih sbb ank2 mmg suku mkn aym dgn kuah nya yg byk..pastu jilat2 pinggan heeee kalau kat kedai jgn di buat malu bebeno heeee..mana yg nak cuba tu silakan..mmg sdp resepi... jom kita cuci mata dgn resepi aym percik kelantan ye...


Ayam Percik Kuah Putih

Bahan2 untuk kuah percik:
5-6 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 keping asam gelugur
2 batang serai di titik
1 mangkuk besar santan pekat
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
Gula & garam secukup rasa

Cara membuat kuah percik:
Dalam periuk campurkan bahan-bahan kisar, lada hitam tumbuk, serai titik dan santan.
Mmasak dengan api sederhana. (Kuah hendaklah sentiasa dikacau).
Masukkan gula, garam & asam keping/gelugur masak hingga kuag mendidih smbil dikacau
Pastikan kuah percik agak pekat sebelum dimatikan api

Bahan2 untuk ayam: 
Seekor ayam (potong 4)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
Sedikit garam
Serbuk kunyit (kalau xnak letak pun xpe) sy letak sikit

Cara membuat ayam percik:
Perap ayam dengan dengan bahan2 kisar, garam & serbuk kunyit
Panggang ayam yang telah diperap dengan api sederhana.
Pastikan ayam sentiasa dibalikkan pada kedua-dua bahagian.
Apabila ayam sudah hampir masak, tuangkan kuah percik ke atas ayam tersebut, kemudian balikkan.
Ulang proses yang sama sehingga ayam betul-betul masak.
Angkat ayam yang telah masak ke dalam pinggan, tuangkan lebihan kuah percik.

* Resepi ini juga sesuai digunakan untuk buat ikan percik.


Terima kasih pada Kak Nor67 yg mewar2kan join MFF dan juga pada Gert Tq....

                                         Malaysian Food Fest (MFF) Kelantan Month

"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "

Ahad, April 28, 2013

Pencuci Mulut Puteri Mandi Kelantan - Malaysian Food Fest ( Kelantan Monta)


Salam sejahtera buat semua...n3 ketiga saya utk MFF yg saya join, kali ni buat pencuci mulut/dessert lepas mkn iaitu pilihan pada kuih puteri mandi..heee rata2 di kedai mkn/pasar di kelantan mesti ada kuih ni buat jual..salah satu kuih yg pasti mak mentua sy buat di bulan puasa...sesekali pekena kuih manis2 mmg sdp...tp jgn kerap mkn manis ye bahaya tau..itu pun tepulang pada yg buat, cita rasa sendiri..nak kan manis lebih gula nak kan kurang manis letak sikit je gula pandai2 sendirilah kan tekak masing2...yg pasti kalau buat sendiri tentulah x manis merdu :-)....kira sesedap rasa...senang je rupanya buat puteri mandi ni...ok pada yg x pernah mkn dan negok mari kita cuci2 mata ye...


Puteri Mandi Kelantan

Bahan kuih:
1 cawan tepung pulut
1/2 sk air kapur
Pewarna - ikut suka
Sedikit air 

Cara-cara:
Tepung pulut dicampur dengan air kapur. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tak melekat di tangan dan bekas.
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnalah ikut yang disukai
Sementara itu, didihkan setengah periuk air.
Bila dah siap menjadi doh, ambil sedikit adunan tadi dan gentel bulat bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit di tengah tengahnya.
Masukkan ke dalam air mendidih. Adunan akan timbul bila dah masak. Angkat guna penapis dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk untuk mengelakkan ianya melekat.

Puteri sebelum di mandikan...:-)

Bahan kuah:
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 biji kelapa muda parut yg putih
2 helai daun pandan
Garam

Untuk Kuah
Masakkan air, gula putih, gula merah, garam dan daun pandan sehingga gula larut.
Masukkan kelapa parut dan kacau hingga pekat.
Masukkan puteri ke dalam kuah dan kacau rata.
Bolehlah dihidangkan ketika sejuk.


Terima kasih pada Kak Nor67 yg mewar2kan join MFF dan juga pada Gert Tq....


Malaysian Food Fest (MFF) Kelantan Month
"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "

Sabtu, April 27, 2013

Kerabu Tauge Bersantan ala Kelantan - Melaysian Food Fest (Kelantan Monta)


Salam sejahtera semua...pg ni masuk dapur awal sikit..bukan apa ada kerja rmh yg tetangguh..kain mengunung nak di lipat haaa..malas betul le mak dara ni hee...n3 pasal masakan kelantan lg kira manu kedua utk MFF yg saya join.... ok baiklah, kerabu yg biasa sy mkn kalau mak mentua buat kerabunya mesti letak santan x kiralah sama ada kerabu timun, kerabu pucuk paku atau kerabu tauge..nak pulak letak ikan yg ditumbuk pehhh sdp...mcm rasa masak lemak pun ada...tp sy suka meratah kalau mkn kerabu...sbb tu kena buat banyak...buat kerabu besantan ni itu jam juga kena mkn kalau di simpan ptg atau masuk dlm peti ais kurang sikit rasanya...nnt santan jd masam..dah x sdp kan....lain le kalau santan tu di hangat/panaskan sekejap...x le basi....jom kita semak resepi


Kerabu Tauge Bersantan Ala Kelantan

Bahan-bahan:
1/2 kg tauge celur sambil lalu / nak letak pucuk paku pun boleh
5 tangkai kacang panjang potong kasar
2-3 ekor ikan kembung - rebus dan ambil isinya tumbuk sedikit tapi jangan sampai lumat
1 cawan santan pekat - sheila hangatkan santan sekejap dlm 1-2 minit
2 biji lada merah - hiris
4 biji cili padi - hiris
6 biji bawang merah - hiris
1 labu bawang besar - mayang
1-2 sudu lad hitan -di tumbuk
2-3 biji limau kasturi - ambil jus
garam & gula

Cara-caranya
Masukkan tauge dan kacang panjang ke dalam sebuah bekas.
Masukkan semua bahan tumbuk kecuali santan.
Gaul rata dan ada rasa masam, manis, masin dan pedas
Tuangkan santan dan gaul sekali lagi.
Sedia untuk dihidangkan.


Terima kasih pada Kak Nor67 yg mewar2kan join MFF dan juga pada Gert Tq....

Malaysian Food Fest (MFF) Kelantan Month
"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "

Jumaat, April 26, 2013

Rendang Ayam Kelantan - Malaysian Food Fest (Kelantan Month)


Assalamualaikum...nak juga join dlm MFF ni..walau pun date hampir2 ke penghujung nya..tp rasanya x ketingalan menghantar n3 resepi pantai timur ni :-)...resepi pilihan Rendang Ayam Kelantan.. kali kedua sy buat resepi ni...rendang kelantan tidak mengunakan lengkuas dan kerisik..di situ ada kelain sikit rasa...sy suka makan rendang dgn kuahnya yg basah2...sdp di mkn dgn bebagai jenis nasi, pulut dan kalau ada ketupat palas lg sdp...jom semak resepi yg amat mudah....


Rendang Ayam Kelantan
Sumber: Nshafeareen

Bahan2nya:
1 ekor ayam kira 1.5 kg
15 biji bawang merah kecik or about 5 biji bawang besar yg tak besar sgt.
4 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari.
10 biji cili merah
2 helai daun kunyit diracik
3 helai daun limau purut
2 batang serai
2 cawan pati santan
garam
sedikit gula

Cara2nya:
potong aym ikut suka besar mana, blend semua bahan2 tadi. tumis sampai garing semua kecuali daun kunyit dan daun limau purut. jangan lupa serai ketuk2kan. masukkan ayam. gaul sampai sebati ngan rempah dan biarkan ia sampai keluar air ayam. Pastikan air ayam mesti keluar kalo tak mak kata tak sedap. in other words, kecutkan ayam tu. lepas air ayam keluar, masukkan santan, daun limau purut, garam dan sikit jer gula tau. terus masak sampai ikut suka. kalo suka berkuah, masak sampai ayam empok cukup. kalau nak kering lama ler sikit. tapi memang sedap kalau ada kuah sikit.


Terima kasih pada Kak Nor67 yg mewar2kan join MFF dan juga pada....

Malaysian Food Fest (MFF) Kelantan Month
"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "

Bavarian Donut


Salam sejahtera semua betemu di pg jumaat yg indah.....mmg dah lama x main dgn doh..nak longgarkan jari jemari haaa..mlm td pikir apa lah nak buat utk sarapan pg jumaat...teringat skrg ni rakant2 kt fb ada yg dah buat donat ni...alahai Bavarian Donut ala2 gaya mcm dekat Dunkin Donut tu...pikir2 cari bahan nasib ada...tu pun tepung ngam2 cukup buat adunan donut ...lepas maghrib start operasi...sedang elok lepas Isyak doh pun naik cantik terus bentuk kan donut...grg separuh masak je...pg ni dah boleh goreng panas2...boleh tahan juga rasanya...sdp ada inti custard....next time kalau buat lg..kena bentuk molek2 comel sikit leh dpt byk...resepi ambik dari dapur Cahaya Shiela...tq ye akk copy di sini...


Bavarian Donut
Resepi :  Cahaya Shiela

Bahan untuk filling custard :
2 biji kuning telur
1 sdb tepung custard
1 sdb tepung jagung
1 sdb tepung gandum
3 sdb gula castor
1 cawan susu segar
1 sdb butter
Sedikit pewarna kuning

Caranya :
Semua bahan dicampur n dimasak atas api kecil. Kacau non-stop sampai pekat.


Bahan doh :
2 cawan high protein / tepung gandum (ayak 3x)
2 sdb tepung jagung
2 sdb butter
1 sdb shortening
1 sdb susu tepung
1 sdb gula
1/2 sk garam
1 biji telur
6g yis mauripan (agak2 1/2 packet lebih sikit)
100ml air suam (anggaran jer)
Gula icing secukupnya utk tabur/gaul

Caranya :
Pukul telur & garam - kocok jer
Satukan semua bahan..masukkan telur tadi...Gaul sampai bersatu...Masukkan air sedikit demi sedikit..Uli sampai doh tk melekat ditangan
Rehatkan doh..tutup sebentar n biarkan doh naik 2x ganda
Bila doh dah naik...tumbukkan doh untuk keluarkan angin
Bahagikan kpd bahagian kecil...Canai sedikit n masukkan filling..tutup doh balik n bulatkan semula..tekan sedikit, biar leper
Tunggu sebentar biar doh naik sedikit...goreng dgn api sederhana
Dah sejuk, tabur gula icing..Siap



Rabu, April 24, 2013

Mee Rebus


Salam ceria..lama pulak x pekena manu mee... ni manu buat mkn mlm semlm....terigin nak mkn mee rebus yg ada kerepek/keropok ragup tu....kalau mkn mee rebus johor ke mamak ke mesti letak bhn2 penuh satu pingan...mkn sorg pun x habis..menimbun sepinggan u :-)...nak pulak letak kuah lebih pehhh sdp tu.....mee rebus ada bebagai pesen separuh resepi ada yg letak biskut merie, udang geragau, nak bg lagi pekat dan bau yg harum...pilih jelah mana yg menepati rasa dan senang di masak...sdp di mkn sama kerepek tepung...nak parah2 kan pun boleh nak letak sekepin2 pun boleh...janji sdp di mkn ..


Mee Rebus

Bahan-bahannya
Mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus
4 biji keledek, direbus - dikisar
1 cawan tauchu, dicuci -dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Bahan Keropok Tepung
1/2 cawan udang kering, dikisar
4 sudu tepung gandum
3 sudu tepung beras
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara untuk Keropok
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul sebati, adunan cair x cair, pekat x pekat..agak2 ye :-)
Panaskan minyak, sudukkan di tepi kuali mcm nak buat rempeyek, goreng hingga garing, angkat dan toskan.

Untuk Hiasan
Tauhu yang digoreng, dipotong kecil
Daun sup
Bawang goreng
Telur rebus
Cili hijau
Taugeh
Limau nipis

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau dan tak lupa juga taburan kerepek tepung


Isnin, April 22, 2013

Kek Lapis Kukus Cream Cheese


Salam sejahtera..juadah utk sarapan petang heee.. buat utk minum2 dikala hujan lebat petang tadi...syok pulak melayan kek lapis bercheese ni..ank2 pun suka.....mkn kek ni x boleh sekali hadap 3 ketul pun dah cukup bg saya, kena mkn berulang2 maklum le kek ni kaya ngan cheese dan cpt muai..tp kesedapan mmg x terkata sdpnya hee :-)...kena mkn sambil berulam air kosong...saya punya je air kosong yg lain tu dah bancuhkan air teh o panas.....kawan2 yg dah buat tentu le tahu rasanya kan...pada yg x buat lg cubalah...bebaloi....betul tak Yatie hee


RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
sumber : yatiememories
loyang 8x8x3


BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandumCara-cara

Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Cara-cara
Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas,susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian

CARA MEMASAK
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.


Sabtu, April 20, 2013

Kuih Belimbing


Salam sejahtera buat semua...kemana hari ni..sy pun x pasti lg nak kemana....kerja2 rmh byk nak di sattelkan dulu...ank2 pun kena siapkan homework baru boleh kelik...utk nak bg masing2 buat kerja dan x boring...mama upah ngan kudap2... dgn kuih belimbing ku yg kurus hahahah negok tu...npk je kurus tp bila dimakan garing di luar lembut di dlm...mmg sdp lah...sy dah agak kalau buat seadunan mmg x cukup..tu yg saya buat sampai dua adunan...jenuh juga le nak picit2 bg putus atas minyak panas...  tp bebaloi lah juga...nak letak coklat pun sdp..ni mmg x dan nak becoklat bagai..tabur gula dah cukup sdp...next kena cari acuan nozzle besar sikit baru npk gemok kuih belimbing ........resepi ambik dari dapur Hana..rata2 kwn masak pun dah buat..amacam sdp kan :-)....

Kuih Belimbing
Sumber : Hana

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu makan marjerin/butter
1 sudu makan gula
esen vanilla


Cara-cara
Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tuh, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.
Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm.
Goreng hingga kekuningan dan angkat.
Taburkan gula. Sedia utk dmakan!


Jumaat, April 19, 2013

Rainbow Kek / Kek Pelangi


Salam ceria di hari jumaat...dan juga hari yg indah buat semua....teringinnya dah lama nak buat...ada kesempatan mlm td terus membelek ke dapur....kek pelangi org malas ginilah rupanya..malas nak bakar satu-satu lapisan...tp mkn nak kan, kan, kan hehehe...simpel je sebenarnya kek ni...cuma nak kena pandai main ngan warna...tiga warna di atas tu merah, oren dan kuning ada perasa yg saya letak..kalau setakan cantik dgn warna2 tp rasa biasa je...baik buat kek marble je kan....merah letak perasa strawberry, oren perasa oren , dan kuning perasa manggo..wahhh meriah dgn rasa mcm buah2 campuran pulak...sdp tau harum baunya....tang deco tu maap le bukan pro sangat pun main bantai je comot sana sini...sampai ank kata ehhhh sapa punye kek b'day ni....x ada sapa2 punya b'day... just buat utk mkn2 sendiri jeee...dikala x ada benda nak di kunyahkan heee ok resepi kek ambik dari dapur Kak Azynm..npknya tokey2 kek pun guna resepi ni...tq kongsi2...

kek yg tidak di bakar satu2 warna...hanya lapis tindih2 dan bakar sekali jln....

Kek Rainbow
Sumber: Kak Anymz/Aznim

Bahan2
430gm tepung gandum all purpose
4 sk baking powder
1/2 st garan
250 gm mentega
340 gm gula kaster
375 ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 st esen vanila/badam
Pewarna merah,biru,hijau,kuning,oren,unggu
serbuk koko secukupnya k1 tambah
*Sheila letak perasa pada warna merah-strawberry, warna oren-oren, warna kuning-manggo

400 ml whip topping krim-di putar hingga kembang
(untuk di sapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)

Loyang 8" di alas dan di gris

Cara
1-Ayak tepung,baking powder dan garam,ketepikan
2-Pukul gula dan mentega hingga gebu.Masukkan esen vanila diikuti putih telur,sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu
3-Masukkan tepung gandum,berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati
4-Bahagikan adunan dengan enam bahagian yang sama banyak(+-260 gm setiap mangkuk),letakkan pewarna yang berlainan.
5-Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 15 min pada suhu 170C.Bakar sehingga habis
6-Angkat dan sejukkan di atas redai.Keluarkan aras bawah kek
7-Letak lapisan pertama di atas papan kek,sapu krim secukupnya,ayak koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua,buat yg sama hingga habis
8-Sapu tipis seluruh badan kek dgn krim dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam atau semalaman.
Simpan krim slebihnya dalam peti sejuk
9-Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya.

hemm sdp .... baru sdp mkn sebati dgn rasa...


Khamis, April 18, 2013

Acar Cili


Salam sejahtera semua.......smlm jln2 jumpa pulak resepi acar cili pehhh npk menarik tu....bukan selalu pun jumpa acar cili ni...bg saya kira 1st jugalah dgr adanya acar cili...memandangkan kedai pun x jauh dari rmh terus le panjang langkah cari bhn2 nak buat....hemmm ptg smlm tehasil lah acar cili yg sdp...mujur cili hijau ni x berapa pedas...maung pun tidak...agaknya remah ratus dah sebati kut...cili hijau ni ada rasa manis2 sikit...sdp mkn sama nasi putih panas2....sesuai juga buat lauk sampingan bekalan atau pegi bekelah...udah di masak betul, sejukan masuk dlm botol nak mkn bila2 pun boleh ambik....ni n3 buat mkn dinner mlm td...kalau ada ikan kering lg byk syok layan heee :-) tq pada Kak Zanita Ramli...suka baca blog Kak Zanita ni byk info2 yg beguna....tq Kak Zanita...


Arca Cili
Resepi : Kak Zanita Ramli

Bahannya:
  • 1 kilo cili hijau yang tua -  Sheila buat lebih krg dlm 1/2 kg je
  • 1/4 kilo halia muda di hiris bulat
  • 1/2 kilo bawang putih
  • 2 cawan minyak
  • 10 tangkai daun kari
  • 3 tbsp jintan putih
  • 3/4 tbsp jintan manis
  • 2 tbsp biji sawi
  • 2 tbsp halba
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1 tbsp serbuk kunyit
  • 2 ketul asam jawa (1/2 kilo)

Caranya:

  • Panaskan minyak dan goreng halia hingga kuning angkat dan toskan
  • Goreng bawang putih hingga kuning dan toskan
  • Cili hijau dibelah tengah, jgn bagi putus. Tujuan supaya nanti cili akan rasa lebih sebati bersama asam. Goreng sehingga nampak layu dan toskan. 
  •  Minyak yang sedia ada digunakan untuk tumis jintan putih, jintan manis, biji sawi dan halba hingga kekuningan dan masukkan daun kari dan serbuk kunyit. Kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam. Masak di atas api yang kecil hingga pekat. Kemudian masukkan cili, halia dan bawang putih. Tutup api. Bila sejuk boleh masukkan ke dalam balang botol.

Rabu, April 17, 2013

Nasi Lemak Tumis2


Assalamualaikum buat semua.....pg2 lg dah turun dapur..biasa jarang buat sarapan pg yg berat2 gini..tp dah di requestkan oleh Mr.N...layan je lah amboi aboi wife abe heeee...x nak nasi lemak biasa..nak nasi lemak tumis katanya ..nasi lemak biasa dah jemu..nasi lemak tumis ada rasa kelayinan sikit harumnya...pemintaan mkn2 pun kena layan hahaha....penyediaan yg lain tu semua dah siap sebelum masuk tidur mlm td...pagi ni tinggal hangatkan je sambal...nasi tu subuh2 dah ditanak...senangkan...lauk pun x hebat mana simpoi2 je...yg pasti sambal sotong kegemaran saya...tp pg ni sy x leh mkn berat2..maklum le tuan rmh jaga badan...dekat tegahari sikit kut baru jamah...pe pun layan nasi lemak tumis sy ni...


NASI LEMAK TUMIS
Resepi: kak Jun
Sumber: Mamasya
Sumber : Shafeareen


Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air


Isnin, April 15, 2013

Kek Tiramisu


Salam ceria semua...n3 kek tiramisu yg sy buat masa b'day si bungsu bulan lepas...kek yg di request oleh abg & kaknya...yg nak makan pun bukan si Areen..lebih pada yg besar pulak mkn heee...sebelum ni pernah buat dlm bekas kecik2..kira cabaran dan cobaan jugalah nak mendeco kek ni...x pelah bukannya pro sangat pun mcm tokey2 kek janji lepas hajat...rasanye kalau kat luar besar mcm ni peh mahu bepuluh hingit..buat sendiri kos x sampai pun...cuma kena ada usaha leee nak buat..ok jum layan kek yg dah lama habis ni....


 KEK TIRAMISU
Sumber : Sheila
Bahan-bahan 
1 peket biskut merie/biskut tiramisu
250ml whipping cream
200g cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
Serbuk koko/milo untuk hiasan

Cara-cara
Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
Satukan gula, cream cheese dan whipping cream
Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
Ambik biskut dan celupkan dpn belakan jgn sampai lembik pulak kedalam air nescafe.(sekadar celup sepintas lalu ) kalau size biskut sama besar ngan dasar bekas, tak perlulah patahkan..
Susun biskut ke dasar gelas/bekas....pastuh masukkan adunan cream cheese, dan tabur serbuk koko/milo
Celup biskut lagi ke dalam air nescafe dan susun, ulang proses yg sama..ikut citarasa sendiri nak letak berapa lapis biskut...pastu akhir sekali taburkan serbuk koko dan hias le ikut suka, simpan dlm peti sejuk
Selamat mencuba


Sabtu, April 13, 2013

Cream Puff


Assalamualaikum haiii...sudah mkn mlm ke...maap le lewat masuk dapur ye nak n3 juadah minum petang tadi..cuti hari ni x kemana pun budak2 pun hanya main di halaman rmh je...... lepas main ada yg tukang sajikan hidangan petang so ape lagi mari kita serbuuuuuuuu :-) ...demam Cream Puff melanda sana sini rakan2 dok tayang Cream Puff masing2...bemusim jugak tu...heee.. 1st time buat hasilnya kira boleh le..rupa bentuk pun ada yg kembang kuncup...janji boleh ngap dan yg pasti sdp...mmg le lepas satu satu ngap masuk mulut...lepas main kan lapar :-)....resepi ni saya gandakan dua pehhh mak hai punyalah banyak bebiji2 dpt...penat sakit2 jari jemari ku...bukan apa buat lebih mmg nak bagi jiran sebelah bagar...paham2 le pinggan kosong jiran kena pulangkan, x kan nak lama2 kat dapur rmh kita pulak...nak pulang kena ada isi hahahaha..pahamkan :-)..ok le x nak celoteh panjang..  perut pun udah kenyang :-) tiba masanya nak rehat2 pulak...tq pada yg empunya resepi ni..dan sumber ambik dari dapur Tun Talani....tq adik2



Cream Puff
Resepi: Zaliana@myr
Sumber: tun telani


Bahan2:
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur Cara2:

Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan. - lepas mendidih, tun guna api paling perlahan dan masukkan tepung.
Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. - tun guna suhu 200 C je.

Custard Filling
Resepi: kak Ida@1001resepi
Sumber: Tun Telani

Bahan2: 
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

Cara2:
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.




Jumaat, April 12, 2013

Award Dari Nasya , Nasi Minyak Mudah & Ayam Kurkar


Seronok pulak dpt award ni maklum le lama dah x  gantung2 di sini....rasa teruja pun ada...cantik pulak Award dari Nasya ni pink lg suka bebeno sy...moga betambah lg ikatan pesahabatan kita ye...tq sekali lg :-)


seperti biasa kalau masuk hari jumaat je mesti ada nasi istimewa..istimewalah sangat ke hahaha...utk mkn tghari ni dah siapkan manu Nasi Minyak Mudah dan lauk Ayam Kurkar lg dan lg...entah le sejak di pekenalkan dgn resepi aym kurkar ni mcm dah jd kegemaran pulak dlm rmh ni...mungkin rasanya ada lebih ehamm dari kurma/kari kot.. apa pun tepulang le mana yg dah try masak tu tahu le rasanye mcm ne :-)..lauk sayur sy bantai je buatkan sayur kacang pjg goreng letak hati & pedal ayam...kira orite lah tu mkn sama nasi minyak... jemput mkn sekali...Tq Hana share resepi Nasi Minyak Mudah ..mmg teramat mudah...cuba le


NASI MINYAK MUDAH
sumber : hanamemories.blogspot.com


Bahan-bahan
3 cawan beras biasa
3 cawan air (mengikut jenis beras ye... klu perlu lebih, lebihkan..)
1/2 biji bawang besar - mayang
1 btg kayu manis, sebiji pelaga, sekuntum bunga cengkih dan bunga lawang
2sb minyak sapi
1 ketul kiub ayam
daun pandan simpul
serbuk kunyit sbg pewarna
garam secukup rasa

Cara-cara
Cuci beras dan toskan.
Panaskan minyak sapi. Masukkan bawang, rempah tumis dan goreng hingga naik bau. Masukkan daun pandan, kiub ayam dan serbuk kunyit. Kemudian masukkan beras. Gaul mesra.
Masukkan air mengikut sukatan beras dan garam secukup rasa.
Alihkan ke dalam rice cooker dan tekan button 'start'.

AYAM KURKAR
Resepi : Ibundo@Dapur Ibundo
Sumber : YanaShaiful
Sumber : Shafeareen


Bahan-Bahan :
2 ekor ayam kampung ~ yana guna ayam xberapa nak kampung ^_^ sheila guna aym biasa
santan dari 1 biji kelapa
3 biji kentang ~ potong 4
5 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah kari
3 sudu besar pes tomato puri
2 sudu besar pes cili giling ( cili kering )
4 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih
1 inci halia ~ dihiris mancis
2 batang serai ~ dititik

Cara-Caranya:
Masukkan rempah kurma, kari, pes tomato dan cili ke dalam mangkuk. Tambah sedikit air dan jadikan pes.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih dan halia sehingga wangi. Masukkan pes rempah dan serai titik. Tumis sehingga masak dan berbau harum wangi.
Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.
Tambah santan. Apabila ayam setengah masak masukkan kentang,
Masaklah sehingga ayam empuk dan kuah pekat. Jangan lupakan garamkan. Tak payah bubuh asam sebab tomato puri memang dah ada rasa masam.
Selamat Mencuba :-)



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More