Untuk tegahari jumaat ni kita x masak nasi lg...dah dua hari tu....hem makan bakso yg lama ank dok suruh buat...senang mmg x banyak keja.....cepat siap cepat mkn..dan masing2 pun balik cepat...bakso ni sdp makan sama sos cili dan sambal kicap dan letak sayur tauge byk sikit pee krup krup bunyinya....bab bebola dgg tu mmg x cukup kalau letak sikit...tu yg dok di kerjakan bebudak ni..........ramai juga yg dah try resepi kuah bakso ni ...Hana, Izahdaut, tulip77, Quinnie, dll :-)..hemm sdp menepati citarasa....resepi bakso yg kita try ni dtgnya dari Che'iza MyR.....tq
BAKSO
Resepi dari : Che'iza MyR
Bahan-bahan ( 7-8 org )
Taugeh
Kobis dihiris halus
*UTK BEBOLA
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sb telur (1/2 biji)
1 sk tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah n garam
*UTK KUAH
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sk lada sulah biji
1 batang serai diketuk
1 sb pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam n perasa
UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....
x sama bulat meatball ku itu...yg lonjong pun ada :-)
RSS Feed
Twitter
3:10 PTG
Sheila Shafeareen