Salam besairan di hari rabu.....hari ni kerja byk nak buat...maklum le tempahan hantara pelangan kedua pulak nak di siapkan....pelanggan petama menempah 11 dulang nak pakai minggu dpn ni, pelangggan kedua pun 11 dulang juga nak pakai minggu lagi satu...pastu nak siapkan uncang dlm 300 helai tempahan dari pahang pehhhhh... Alhamdullilah rezeki di musim cuti...ok bebalik pada manu hari ni...di sbb kan bz...mkn pun yg simpoi2 aje...ni manu behasiat.... kalau nak diet boleh cuba....sy dah dua kali buat resepi ni...meratah aje dah kenyang....kali ni letak tampe grg dan sos nya cam yg CK buat tu taburkan kacang....
Rojak Tauhu@Salad Tauhu
Rojak Tauhu
Sumber: Cendanakasih
Bahan-bahan
-2 keping tauhu -digoreng dan dipotong
-1 batang tauhu telur - dipotond dan digoreng
-sedikit timun-diracik
-sedikit taugeh- dicelur sekejap
Bahan sos
-3 biji cili padi (terpulang kepada kepedasan)
-1 ulas bawang putih kecil
-1 sudu besar kacang tanah tumbuk
-sedikit kicap
-bijan -untuk ditabur
Cara-cara
Mula-mula kita buat sos dulu. Tumbuk cili padi dengan bawang putih hingga lumat. Masukkan kicap dan gaul rata. Boleh tambah sedikit garam jika suka. (kalau agak kering, boleh tambah sedikit air masak)
Ok.. dh siap sos, masukkan tauhu dan tauhu telur yang digoreng dalam pinggan. Letakkan skali taugeh dan timun. Curahkan sos dan tabur kacang tanah dan bijan.
letak tempe goreng..