Selasa, Januari 31, 2012

Kuih Getas-Getas


Assalamualaikum ..hari ni besiaran di ptg hari....hehe pg tadi npk kat rmh Yatie ada kuih Getas  terus terigat abah kita suka mkn kuih ni... tu yg kita betambah semangat nak buat...lg pun kita suka juga kuih ni lembut dan liat2..cuma manis tu kita kurangkan sikit...tp kalau x manis x sdp pulakan hehh.....kuih ni biasa jual kat kampung2 dan ada juga time bulan posa org jual....kt area tpt kita dulu pernah akk yg beniaga nasi lemak jual kuih getas ni..tp skrg dah x niaga lg tu yg payah nak cari....bila Yatie tayang aje terus kita gi beli bhn2 dan cari tepung pulut...hemmm siap dah kuih getas kita cuma derhaka sikit lee kita sirakan sama gula hangus..tp tp jangan buat sampai hagit nnt pahit..sdg2 elok aje........lepas solat Asar ... jom kita  minum petang sama2....tq Yatie sbb tayang kuih ni heheheh

KUIH GETAS-GETAS
Sumber : Yatiememories

Bahan-bahan ( 25 keping, Yatie dpt banyak sbb buat kecik2 sikit)
  • 1 peket Tepung Pulut (500 gm)
  • 1 biji Kelapa Parut (guna yg putih & muda)
  • Sedikit garam
  • 2 cawan air- tuang sikit2 ya sampai jadi doh yg di kehendaki
  • Minyak secukupnya utk mengoreng kuih
Bahan-bahan untuk Sira Gula :
  • 1/2 cawan Air
  • 3/4 cawan Gula
Cara-cara
  1. Satukan Tepung pulut dan kelapa parut.
  2. Campurkan air dengan garam
  3. Masukan campuran air garam ke dalam mangkuk tepung dan kelapa tadi
  4. Uli sehingga sebati dan menjadi doh, jgn lembik sangat/ keras sangat.
  5. Ambil sedikit doh, gentel memanjang dan leperkan.
  6. Goreng dengan api yang sederhana.
 **Cara untuk buat sira gula,
  1. Campurkan Air dan gula di dalam kuali, masak hingga pekat, berbuih dan bertali baru masukkan kuih tadi dan gaul rata.
  2. Matikan api dan biarkan kuih tadi kering sedikit dan siap untuk dihidang. 
 kuih getas kita salut gan gula hangus ada basah2 sikit....tp bila dah sejuk gula tu keras....sdp pulak

    Isnin, Januari 30, 2012

    Kuih Bakar/Bingka Kentang


    Besiaran di petang isnin....ptg2 mcm ni cantik le yee mana yg masih lapor tu jom pekena kuih binka/bakar kentang....hemmm kuih yg dah beberap kali buat...nak kata jemu tu x pulak... budak2 pun suka....sbb bekentang kot...lagi pun atasnya garing tu yg buat sdp...kali ni buat dgn warna yg asal x ada campur pewarna pun...mcm yg saya pernah buat petama kali tu hhehe....dan satu lg saja lebihkan kentang rebus yg di potong dadu nak bg ada rasa ketuk2 kentang....bila potong npk cantik aje rupa kentang dlm kuih bingka....tetap menggunakan resepi yg sama....

    KUIH BAKAR KENTANG
    Source: Kak Jun
    Copy: Kak Asma
    Copy: Izah Daut

    Bahan-bahan ( 1 family... )
    2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek
    1 biji telur
    2/3 cawan gula
    1 cawan tepung gandum
    1 cawan santan
    pewarna kuning atau hijau
    1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
    3 sudu susu cair(ni akak tambah)
     tambahan sebiji kentang rebus dan potong dadu, kasi masuk dlm adunan


    Caranya:
    Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
    Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
    Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
    * jun masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min

    Ahad, Januari 29, 2012

    Talam Belauk


    Salam besiaran buat semua....hari minggu yg bz...pg aje masuk ptg dah leh lepak...merajin kan diri buat kuih talam belauk ..pemintaan yg dah lama x di tunaikan dari si ank dara.....hari ni bekesempatan buat....hemmm mmg lembut tp x lembik tau...saya pun suka....sambil negok tv ptg ni leh le megadap mkn besama keluarga nyam nyam......tp kalau ada keladi lg sdp terasa bila di gigit...saya letak udang kering aje...next kalau buat nak letak dgg atau ayam pulak...resepi dari Kak Fida MyR tp saya ambik dari dapur rumah Mama Hawa...tq......

    letak cili sos baru sdp

    TALAM BELAUK

    Resepi: Kak Fida MyR
    Sumber : Mama Hawa

    Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. )

    • Adunan tepung :-
    • *230 g tepung beras (cap gajah)
    • *60 g tepung jagung - sheila gantikan dgn tepung beras
    • *2 sk gula
    • *garam secukup rasa
    • *1/2 sk serbuk lada sulah
    • *1,100 ml santan pekat
    • Bahan utk lauk :-
    • 300 g daging cincang- sheila letak udang kering
    • 180 g isi ayam - potong dadu - x letak pun
    • 1 hiris halia - ditumbuk
    • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
    • 1 sk serbuk lada sulah
    • garam secukup rasa
    • minyak utk menumis
    • Bahan taburan :-
    • 2 cawan bawang goreng
    • 8 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris
    • 3 batang lada merah - dihiris halus (lebihkan jika suka pedas)
     
    Cara-cara
    1. Panaskan minyak dan tumis bwg putih dan halia hingga wangi dan masukkan daging dan ayam dan masak hingga kering lalu masukkan perasa dan 1/2 bahan taburan.Gaul rata dan masak terus hingga kering.Sejukkan.
    2. Satukan adunan tepung* ke dlm periuk, kacau hingga tidak berbintil dan masak atas api perlahan hingga sederhana pekat. Kemudian masukkan lauk yg tlh disejukkan tadi dan kacau lagi 5 min.
    3. Tuang adunan ke dlm loyang berlengser minyak dan taburkan permukaan adunan dgn lebihan bahan taburan rata2.
    4. Kukus selama 20 min atau hingga masak. Biarkan kuih benar2 sejuk, potong dan hidangkan

    Sabtu, Januari 28, 2012

    Jemput-Jemput@Cucur Perasa Ayam


    Kembali besiaran di pg sabtu...hari cuti ke, x hari cuti ke tetap bagun awal...siapkan apa yg patut ........x suka lah buat kerja tetanggoh2....ok dah sattel semua baru leh lepak dan isi kan perut dgn sarapan pagi....lama x buat cucur....pg ni buat cucur dgn perasa ayam hemmm sdp juga....biasa letak ikan bilis, udang kan...yg ni sy letak dgn perasa serbuk ayam... kalau nak letak ayam yg di cincang pun boleh juga..atau ada lebihan ayam grg boleh di siat2 dan masuk dlm adunan cucur.... kalau dah taruk serbuk ayam x payah lg letak grm sbb serbuk pati pun dah masin...tp tepulang leee kalau ada rasa masih tawar lg boleh tambah sedikit garam....k jemput le adik, kakok, abe kita sarap same2 yeeeee

    CUCUR PERASA AYAM

    Bahan :-)
    2 cawan tepung gandum
    1/2 sdb instant yeast (mauripan)
    1 1/2 cawan air -tambah air kalu pekat
    1 sdb serbuk pati ayam -sy pakai yg serbuk kalau nak lbh kan rasa boleh tambah lg
    Sayuran-sayuran tepulang le nak letak apa
    Sedikit serbuk kunyit
    Sedikit garam

    Bahan utk sos :-)
    6-8 biji cili merah
    1 biji buah tomato
    1/2 cawan gula pasir
    2 sdb cuka 
    3 ulas bawang putih
    Sedikit garam


    Caranya :-)
    Untuk Cucur -Dalam mangkuk, masukan semua bahan kering. Tuang air sedikit-sedikit sehingga adunan agak2 tidak terlalu cair atau pekat  Masukkan sayur-sayuran gaul rata dan ketepikan selapa 30 minit. 
    Bila adunan cucur dah kembang boleh lah panaskan minyak,  sudu/sendukkan bancuhan adunan cucur ke dlm  minyak panas. Bila sudah garing sebelah baru di tebalikan grg hingga garing atau keemasan toskan cucur pada paper towel/tisu dapur

    Untuk Sos - Kisar cili, buah tomato dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula, garam dan cuka . Masak dengan api perlahan hingga pekat. sejukan

    Kebetulan ada salad dan timun...boleh le makan sama cucur hemmm enak sekali

    Jumaat, Januari 27, 2012

    Nasi Lemak Tumis


    Jeng Jeng Jeng seperti yg di bg tahu tadi nilah dia jangkitan melanda ...sana sini kakak2, adik2 dok tayang nasi lemak tumis.....siapal lah yg punya kojee ni yeeeee.... kan dah bejankit hemmmm mmg sdp nasi lemak tumis ni x rugi mencuba....rasa seakan nasi minyak lemak pun ada hehe...harum semerbak pg2 kat dapur.....Mr.N x sarapan kat rmh pg ni katanya nak tapau g opis...biar bg jalesss kat kekawan hahahah lawak nya......ank belum rasa lg sbb belum bagun..tp kita dah pekena sepinggan...hemmm habis le diet kita.....pg2 kita dah sental nasi, x pe esok x yah mkn.....sabo jelah kan....nasi ni kita lauk kan same telur dadar seorg sebiji dan yg pasti lauk ayam masak merah berempah, lahhhhh mmg betul2 kena gandingan sama nasi lemak tumis....Tq pada kakak2 dan adik2 yg telah menayang resepi Nasi Lemak Tumis ni....akan ada lg susulan rasanya....jemput sarapan sama semua.........

    NASI LEMAK TUMIS
    resepi: kak Jun
    sumber: Mamasya

    Bahan-bahan ( 5-6 orang )
    3 cawan beras
    2 cawan santan
    2 cawan air
    1/2 sudu besar halba
    1 daun pandan
    1 cm halia-hiris halus
    1 batang serai-titik
    2 biji bawang merah-hiris
    garam secukup rasa
    1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

    Cara-cara
    Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
    Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
    Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
    Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
    Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

    Nota Dapurmamasya
    Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air

    Sambal ayam masak merah berempah tu segaja buat lebih ..sbb kita x buat sambal tumis.....tp tepulang le kalau rajin nak buat sambal tumis serta lauk sampingan nasi lemak biasa pun boleh saja

    Ayam Masak Merah Berempah


    Assalamualaikum...salam besiaran di pg jumaat...cantik cuaca pg ni terang....alhamdullilah, kerja2 mendobi semua dah siap, kemas  rmh pun sudah, masak pun sudah..seawal pg dah masuk opis dapur...ni tiba masanya utk melapurkan diri heheh leh rehat dan guling2 kejap pas ni.....masak lauk2 pg ni pun ada tujuan nya heheh..sbb dah bejangkit...tp lauknya kena cari dulu lah yeee..oooo dok singah dapur kawan2 cari apa resepi nak masak lauk aym yg sdp... dah jumpa yeeeeehhh bekenan dah kat resepi ayam masak merah berempah ni....dari respon kekawan kata sdp boleh mkn dgn bebagai jenis nasi...hemmm betul pun....sambal rempahnya terasa...bau pun lain sikit....mmg sesuai pekena gan Nasi tu....ok x nak legah2 lg jom kita negok....


    Ayam Masak Merah Berempah
    Resipi : Kak Nor Secubit Garam
    Sumber : MaDiHaA

     Bahan2
    ½ ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan
    ½ sudu kecil serbuk kunyit
    ½ sudu kecil garam

    Bahan Penumis:
    1 btg kayu manis
    5 kuntum cengkih
    3 bj buah pelaga
    1 kuntum bunga lawang

    Bahan Dikisar Halus:
    1 labu bawang besar
    3 ulas bawang putih
    1 in halia
    1 btg serai

    3 sudu besar cili mesin ~ kurangkan jika tak suka pedas
    ½ sudu kecil serbuk lada hitam
    1 sudu besar serbuk ketumbar
    1 sudu kecil jintan manis
    1 sudu kecil jintan putih
    2 sudu besar sos tiram
    1 sudu besar kicap
    air asam jawa
    sedikit air
    garam dan gula
    minyak

    Bahan2 Sampingan:
    2 bj cili hijau ~ dipotong 2
    2 bj cili merah ~ dipotong 2
    1 bj tomato ~ dipotong 6
    1 labu bawang besar ~ dipotong 6


    Cara Menyediakan
    1. Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak tp jgn terlalu garing. Angkat dan toskan.
    2. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan cili mesin. Tumis hingga cili mesin menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend. Goreng lg hingga kering sedikit dan masukkan sedikit air, masak hingga pecah minyak.
    3. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih (yg dah digaul dgn sedikit air panas hingga menjadi paste),  sos tiram & kicap.
    4. Masak hingga wangi dan garing baru lah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
    5. Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan gula dan air asam jawa.  Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
    6. Masukkan ayam dan bahan2 sampingan (cili hijau, cili merah, tomato dan bawang besar).  Masak lah hingga kuah hampir pekat, angkat dan hidangkan.

    Khamis, Januari 26, 2012

    Mee Kung Fu


    Salam besiaran di hari khamis.......mood cuti lg yeee ada juga separuh sekolah dah bemula semlm...kat rmh ni yg bujung cuti sampai minggu dpn cuma si ank dara je yg dah sklh smlm....jalan raya pun masih legang lg.. ada tu adalah kenderaan tp x byk...masih ada lg yg menghabiskan cuti2.....ok lah mood cuti CNY ada lg ni so ank bujang request suruh buat masakan cina...hemm apa yeee puas dok pikir...x nak lah yg pelik2 nnt x termakan pulak yg lain ......siap bincang  bedua tu maklum le bakal tukang masak... hem dpt....nak buat kuey teow kung fu pada mulanya...bahan2 pun ada... gi kedai sebelah masih buka lg nampaknya...tup tup dah habis yg ada cuma mee aja..hemmmm mee pun mee lah...menjadi tau mcm rasa kat kedai punya ahammmm tesedak kejap......resepi dari Kak Hanieliza....hemmm mmg tebaik...saya buat kan sekali kicap cili...baru ada ehhhh bila mkn....jom lepas mkn kita lawan kung fu2 nak.....


    MEE KUNGFU / MEE HONGKONG / MEE KANTONIS 
    Resepi : Kak Hanieliza
    bahan A

    500 gm mee kuning
    5 biji telur [ dipukul]

    Bahan B
    100 gm udang basah [buangkan kulit]
    150 gm ayam [dihiris]
    1 biji panjang fish cake [potong nipis]
    3 ulas bawang putih [dicincang]
    100 gm brokoli [dipotong]
    100 gm bunga kobis [dipotong]
    100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
    5 tangkai baby corn
    2 sudu besar minyak masak
    2 s/b tepung jagung ]
    1 cawan air ] bancuhkan
    1 cawan air rebusan ayam
    2 s/b sos tiram
    1 s/b lada sulah
    garam
    minyak 




    Cara:
    1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
    2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
    3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
    4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
    5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
    6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.


    Rabu, Januari 25, 2012

    Butter Bread Pudding


    Assalamualaikum , salam besiaran di hari rabu, wahhh cantik npknya cuaca hari ni...x tau le bila masuk petang mendung/hujan ke tidak...x kisahlah kan panas ke hujan ke...tetap akan kita tempuh juga...ok bebalik pada hidangan hari ni kes tetarik menarik  punya pasal lah dari mlm tadi DJ dok tayang, kan dah terrrrrrrrr buat heheheh sbb tu x leh tenung dan tunggu lama2... bekenan terus buat....hemmmm gabungan butter, pisang serta and the geng mmg cukup2 enak...seperti yg DJ bg tahu kalau nak tau rasa keenakannya kena lah rajin buat baru tahu sdp ke tidak,hehehe....tuan rmh buat mmg utk sendiri punya, x ada lebih2 pun cukup2 seisi keluarga...cuba jgn x cuba...

     
    si bujang punya kerja, tabur dgn serbuk milo...
     Butter Bread Pudding
    bahan-bahan : 4-5 orang makan
    • 8 keping roti
    • 2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis
    • mentega secukupnya
    • peanut butter secukupnya
    • chocolate rice secukupnya - sheila ganti gan chocolaet chip
    • kismis secukupnya - sheila ganti gan kacang almond
    • sedikit parutan kulit oren sunkist - optional
    Bahan A :
    • 2 cawan susu segar/susu cair
    • 1 sudu besar gula kastor
    • 3 biji telur 
    • 1 sudu kecil esen vanilla
    Bahan B :
    • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional
    • 1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)
    sebelum di bakar ..parutan kulit limau hemmm harum
      Cara-cara :
      1. Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
      2. Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
      3. Potong roti kepada 4 bahagian.
      4. Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar. 
      5. Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis. 
      6. Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B. 
      7. Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
      8. Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C. 
      9. Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk. 

      Sabtu, Januari 21, 2012

      Famous Amos Chocolate Chip Cookies


      Salam besiaran hemmm mendung aje petang ni....ok tadi tegah hari ada kesempatan megukis...sekut raya heheheh x lahhh saja2 je buat memandangkan cuti perayaan cny sekolah pun seminggu lebih, so ada lah benda utk di kunyah2..lagi pun pemintaan ni dah lama di request ....baru sampai seru membuatnya....sebelum ni pun dah pernah try buat sekut famaus amos ni cum resepi je x di tayangkan ada disini ..resepi asal dari Syari MyR...kawan2 yg lan pun pernah buat Hasue, Ina@Hana, Kak Rosaliza n Kak Shafea (ehhh sy lah tu ahammm)  sdp kan, kali ni buat mcm Hasue punya tambah serbuk koko hemmm betambah rasa coklatnya, bagi saya kalau rajin elok le buat sendiri kalau beli kat kedai tu mmg le sdp dari yg kita buat tp kalau baru 100 gm pun ciput aje dpt nya.... kira yg ni pun sama aje mcm yg ori cuma bentuk tu x lah secantik yg ori hahhah,  yg ni saya  gandakan adunan sbb nak dtp byk keping...ok sambar....


      Famous Amos Chocolate Chip Cookies
      Source: Syari@myresipi.com
      Sharing By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
      Bahan-bahan ( 1kilo cookies = 100 keping )

      * 1 cawan gula-hasue x letak
      * 1 cawan padat gula perang *- hasue tambah 2/3 cawan sebab guna coklat chips biasa
      * 1 cawan mentega (~150gm)
      * 1 cawan minyak
      * 1 telor
      * 1 sb susu segar-hasue guna susu sejat
      * 4 cawan tepong gandum
      * 1 sk garam *
      * 1 sk cream of tartar
      * 1 sk baking soda
      * ½ cawan walnut cincang
      * 2 cawan semisweet chocolate chips
      * 1 sk vanilla extract
      *hasue tambah sedikit serbuk koko - sheila pun tambah juga

      Cara-cara

      1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
      2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
      3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
      4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
      5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
      6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
      7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
      8. 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

      Nasi Goreng Belacan 2


      Assalammualaikum, besiaran di pg sabtu hemmm ramai dah kawan2 kita pegi becuti dan balik kampung..ada juga yg buat kenduri kawin time cuti2 pjg ni....mana yg pegi jln jauh2 tu harap behati2 di jln raya...
      ok lah pg ni n3 manu sarapan yg berat hehhe nasi goreng belacan.....mmg dah cadang nak buat sarapan pagi dgn nasi grg...sebelum masuk tidur semlm kita dah masak nasi telebih dulu... so bagun aje terus grg dan buat sambal tumis sotong....hari ni kerja byk nak buat..tu yg sakali arung masak nnt tghari dah x yah kedapur .....ptg ni  bz gan cafe pulak maklum le mlm minggu kan.....ok layan resepi yg dah pernah buat sebelum ni ada di sini, resepi dari Kak Ayu s'por....jemput sarapan dulu


      NASI GORENG BELACAN
      Sumber resepi : Kak Ayu Singapore
      Resepi : Hana's Family

      Bahan-bahan

      • nasi untuk 3-4 orang makan
      • *10 tangkai cili merah
      • *3 biji bawang putih
      • * 6 biji bawang merah
      • *2 inci belacan bakar  (kali ni sheila guna belacan merah)
      • 3 biji telur
      • 2 sudu besar sos tomato
      • hirisan kobis 
      • 1 keping fish cake - xde
      • garam (kalau perlu) & perasa secukupnya
      • 1 cawan ikan bilis goreng(terpulang nak gaul sekali dengan nasi atau makan bersama nasi) - sheila tambah udang
      Cara-cara
      • Tumis bahan2 kisar*, hingga naik bau dan betul2 garing.Masukkan sos tomato, kobis, fish cake dan gaul rata. Tambahkan garam & serbuk perasa. Kacau hingga sebati. Pecahkan telur, biarkan sekejap baru masukkan nasi dan gaul rata. Bila bahan2 sudah menyerap matikan api. Siap dihidang panas bersama ikan bilis goreng dan kacang goreng.
       mkn sama lauk sambal sotong dan ulam timun

      Jumaat, Januari 20, 2012

      Gulungan Pisang Bekeju


      Assalamualaikum  buat semua di pagi jumaat yg penuh keberkatan...dan di berikan kesihatan yg sihat pada semua...npk nya diluar tu hujan rahmat di pg jumaat....ok lah kawan2 semua dah besarapan keee kalau belum  jemput sekali.....pg ni buat roti gulungan pisang bekeju pehhh,,,, enak sekali,  resepi ni mmg sesuai buat sarapan pg dan minum petang...ank2 pun suka baunya harum masa di grg dan pasti keju dan pisang tu yg buat betambah harum...gabungan yg sesuai...kalau x caya cuba try buat....roti pun ragup...cuma saya guna roti gandum tu yg npk roti warna coklat...betambah le hasiatnya kalau nak senang kerja buat gulungan sebelah mlm bila pagi bagun terus grg aje...Tq Rahel kerana memberikan satu lg resepi yg ank2 sy suka....


      Gulungan Pisang Keju
      Resepi:Rahel

      Bahan:
      6 keping roti
      3 buah pisang raja,dibelah dua
      2 sudu makan marjerin
      50g keju cheddar,disagat halus
      100g serbuk roti
      1 biji putih telur
      minyak untuk menggoreng


      Cara:
      1.Panaskan marjerin dalam non-stick pan.Kemudian goreng pisang hingga ke-
         kuningan.Angkat dan toskan.
      2.Canai roti hingga nips.Ambil sekeping pisang,letak di atas roti,tabur sedikit
         keju parut,kemudian gulung kemas dan lekatkan tepinya dengan putih telur.
      3.Sapu seluruh permukaan gulungan roti dengan putih telur,kemudian golek-
         kan dalam serbuk roti.Buat seperti ini hingga habis.
      4.Goreng gulungan pisang dalam minyak panas sehingga keperangan.Angkat &
         toskan.Sedia dihidang.

      Khamis, Januari 19, 2012

      Kuih Sagu @ Bronok


      Salam buat semua hari ni kita buat kuih sagu/bronok merah.... biasa pun mmg panggil kuih sagu je.....belek2 dlm peti bahagian bawah rupanya ada sepeket sagu yg x dibuka lg....hem malas le nak pikir2 lg buat kuih sagu jelah lg pun lama x buat...cantik le kebetulan air gula melaka yg buat mkn sama pudding soya semlm ada lagi boleh le mkn sama kuih sagu, kalau telebih rajin boleh juga buat kuah santannya  ....separuh kuih tu sy golek2 sama isi kelapa putih parut....sdp sejuk aje rasanya....resepi ni mmg mudah , tp kalau x betul2 buat sukatan mahu lembik, jadinya kuih sagu nak di potong pun  payah nnt...resepi kita ambik kat dapur Mama yg tegah sihat sekarang ni...siapa lg Mek Mas kitalah...tentu cute kan dah pakai unifom kembang heheh.....jemput

       curahkan air gula melaka/nisan pun sdp sejuk aje....kalau rajin boleh juga mkn sama kuah santan lg sdp

      Kuih Sagu@Bronok
      Sumber : Mas Duniaku
      Bahan :
      • 1 cawan sagu biji kecil
      • 2 cawan air
      • 3/4 gula pasir - kalau nak manis lagi boleh tambah
      • sedikit pati sirap
      • 1 helai daun pandan - untuk mewangikan kuih tu
      Untuk salut
      • kelapa parut - agak 2 
      • sedikit garam - digaul sebati dengan kelapa parut


      Cara membuatnya :
      1. Rendam sagu hingga kembang.
      2. Panaskan air, masukkan pati sirap, daun pandan dan gula, biar mendidih .
      3. Toskan sagu tu dan masukkan sagu kedalam air yang mendidih tu, kacau hingga sagu menjadi agak 2 pekat dengan api sederhana, kalau masih ada biji 2 putih, tak pe, biarkan. 
      4. Tuang sagu kedalam loyang atau acuan kecik yang telah disapu dengan sedikit minyak, kukus selama 20 minit dengan api sederhana atau sehingga biji 2 putih sagu tu hilang.
      5. Apabila sejuk, keluarkan dari acuan, kalau dari loyang potong ikut saiz yang dikehendaki dan salutkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
      6. Jeng..jeng..boleh dimakan....




      Rabu, Januari 18, 2012

      Pudding Soya Bean


      Hari ni kita buat dessert lg.....pas mkn nasi leh le pekena dgn pencuci mulut....puding soya bean yg sdp lagi behasiat....mmg rasa pun seakan tau fu  fah....leh buat dua pilihan nak letak buah2 campuran atau mkn sama gula merah/nisan pun ok juga...saya buat kedua2nya sekali....penyediyaan pun cepat....dgn sekota soya bean leh dpt byk juga kalau guna gelas yg comel2.....x silap kakak2, adik2 yg lain pun pernah try resepi pudding soya bean ni, ... tq pada Kak Fida MyR yg selalu memberika ider masakan...dan resepi ni saya cnp dari dapur Mama Hana yg baru dapat baby gegurl tu...selamat bepantang Hana.....


      PUDDING SOYA BEAN
      Resepi: Kak Fida Myr
      Sumber : Hana

      Bahan-bahan
      • 1 ltr air kacang soya (1 kotak)
      • 2 1/2 sk agar2 serbuk (kalau ingin lebih keras bubuh 1 peket sekali)
      • Bahan tambahan :-
      • Buah2an dlm tin ikut selera
      • ATAU secukup air gula/melaka
      Cara-cara
      1. Masak air soya bersama serbuk agar2 hingga larut dan mendidih sedikit.Matikan api.
      2. Tuangkan ke dalam mangkuk2 kecil atau bekas yg lebih besar dan sejukkan.Simpan di dalam peti ais.
      3. Ketika menghidang,bubuh buah2an pilihan bersama jusnya sekali.Jika menggunakan bekas yg besar,cedok/potong puding ke dlm mangkuk2 kecil dan bubuh buah2an dan jus di atasnya.
      4. Puding soya juga enak dimakan bersama air gula sahaja seakan2 tau fu fah.
       buat lembut2 lg sdp mkn mcm tau fu far.....pilih le nak yg begula merah/nisan pun ada, nak yg bebuah campuran pun ada ahammmmm

        Selasa, Januari 17, 2012

        Gulai Lemak Nenas Bedaging


        Salam besiaran di hari selasa..... masak awal hari ni so boleh le melepak pulak dan buat apa yg patut....lama pulak x mkn daging....kebetulan npk nenas masak cantik je kat kedai bedekatan pg tadi, terus sambar....tu pun tinggal dua biji...cadang mulanya nak masak sama ikan masin kurau.... dok pikir2 lg masak sama dgg pun sdp jugak kan.... pastu buat kuahnya pekat2 pehhhhhh x sabar nak mkn ni.....tunggu ank2 balik mkn sama2 baru best kan........jom layan dulu ....



        GULAI LEMAK NENAS BEDAGING

        Bahan
        1/2 kilo daging potong kiub - sy beli dgg bahagian yg lembut
        1 biji nenas, potong bulat dan belah dua
        300 ml pati santan
        500 ml santan cair
        3 batang serai, dititik
        2 keping asam gelugor
        Garam dan gula secukup rasa

        Bahan yg di kisar
        1 biji bawang besar
        4 biji bawang merah
        1 inci halia
        1 inci kunyit
        1/2 inci lengkuas
        3biji buah keras
        5 biji cili merah - nak pedas boleh tambah cili lagi

        Cara
        Daging di potong kiub nipis, cuci bersih dan toskan.
        Masuk daging tadi ke dalam periuk, serai titik dan bahan yg di kisar halus.
        Gaul rata dan jerang atas api sederhana hingga mendidih.
        Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor.
        Bila mendidih, masukkan nenas, masak hingga dgg masak.
        Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
        Masak dengan api perlahan sambil dikacau sehingga dgg betul2 masak  dan matikan api

        Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More