Khamis, Julai 25, 2013

Iftar 15 - Kuih Lesung Batu

Assalamualaikum salam besiaran...


Gara2 tegok majalah 3 isnin kemarin..terus teruja ingin tahu rasa kuih tradisi pahang ni mcm mane..mmg 1st degar dan tegok...suka cuba sesuatu yg baru...kalau x menyusahkan bhn2 dan membuatnya boleh le cubakan...:-)..bila negok kak yg dlm majalah 3 tu buat dari bhn2 nya senang je..hanya bhn utama tepung pulut, santan dan gula saja, pastu di kukus..nak mkn cedok je masuk piring...cari2 punya cari jumpa lah resepi ni....sama lebih kurang dgn kuih periga buta dari Kek Besah di MyR..x nak tunggu lama2 kira di bulan ramadhan ni petama kali buat kuih yg ala2 manis gitu..hem alhandullilah x menghampakan rasa sdp lemak2 manis dgn kenyal2 tepung pulut..cantik kejadian lepas di kukus gula pun cantik teletak dlm lubang kuih tu...sdp di mkn suam2..x payah nak masuk dlm peti ais, biarkan kuih sejuk sendiri...rasanya masih ramai lg yg x kenal pd kuih ni...nak cuba apa salahnya bhn2 pun mudah...:-)


Kuih Lesung Batu

Bahan-bahan
1/2 bungkus tepung pulut(250g)
1 mangkuk santan pekat
secubit garam
gula pasir secukup rasa
daun pisang - jika ada

Cara-cara
-Bancuh tepung pulut bersama air yg tlh dicampur dgn sedikit garam hingga sebati. sprti doh kuih buah melaka @ kuih koci.
lapik daun pisang dlm bekas/loyang, kalau x ada daun pisang sapu sedikit minyak masak pada loyang
ambil secubit doh, bulat2kan dan lubangkan di tengah.
-Susun kuih ke dlm bekas dgn menjarakkannya sedikit. lps tu isikan 1 sudu teh gula pasir kedalam lubang td ikut suka nk isi banyak @ skit, lg banyak lg sedap
-Campurkan secubit garam ke dalam santan pekat, lalu curahkan perlahan ke dalam bekas layang, berhati2 curah dlm bekas, jgn masuk dlm lubang perigi yg berisi gula, curah santan betul2 atas daun pisang
-Kukus hingga masak lbh kurang 10-20 mnt

Bila siap di kukus keadaan gula akan cair betakung dgn cantiknya ditegah2 lubang, kuih ni x payah di simpan dlm esbok, biarkan sejuk sendirinya, sdp dimkn suam2



Sabtu, Julai 20, 2013

Iftar 10 - Cucur Udang Ragup2

Assalamualaikum Salam Ramadhan Semua


Masih lg dgn kuih bebuka yg pedas2...sampai buntu di buatnya...mencari resepi yg sdp2...nak ikutekan dah lama juga cari resepi cucur udg yg ragup sebegini..di tunjukan Mas buat kemarin hemmm pucuk di cita ulam mendatang apa lg smlm kita pun bual le..alhamdullilah bebaloi menjadi ..Mr. N kata mcm ni lah cucur yg dia suka nipis2 ragup...time nak mkn kita guntingkan cucur tu hemm sdp mkn sama kuah sos cili atau kuah kacang..tq pd D5 share resepi.. :-)


Cucur Udang Rangup2
Resepi : Delima Zamrud


Bahan :
*1/2 kg udang kertas yg kecik halus2 tu - bersihkan buang kepala n janggut nyer
*2 biji bawang besar - mayang
*1 genggam taugeh - kalau nk letak byk pun boleh
*1 cekak daun kucai - di potong panjang2
*1 biji putih telur
*1 sudu besar minyak masak
*1 sudu kecil cuka
*1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr
*3 - 4 senduk tepung gandum - mengikut keperluan - Sheila letak dlm 2 cwn
*Secubit serbuk kunyit - untuk warna
*Garam secukup rasa
Air secukupnya - Sheila letak 1 1/2 cwn
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam bekas dan gaul sebati sampai tepung menyaluti semua bahan2 .
Bila semua bahan dah bersalut dengan tepung masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sampai adunan menjadi likat je seperti dalam gambar DISINI, jangan terlalu cair kalau cair tambah tepung tau. Rasa garam kalau xcukup tambah dan baru lah digoreng.
Panaskan minyak (menggunakan api yg perlahan dan kecil saja tau), Guna senduk dan letak adunan ditepi kuali dan lenyek2 kan supaya dia nipis seperti dalam gambar.
Bila adunan dah agak garing dia akan senang nk dipisahkan dari kuali seperti dalam gambar biarkan betul2 garing baru korang terbalikkan k. Ini untuk mendapatkan cucur udang yg garing dan rangup.
Bila dah garing baru korang terbalikkan dan masak sampai sebelah tu garing juga seperti dalam gambar, bila dah cukup garing angkat dan toskan siap tuk dihidangkan.

Kalau korang rajin gunting kecil2 cucur udang nie pastu korang potong ler timun sikit, sengkuang sikit pastu korang goreng tauhu potong gak siram ngan kuah kacang wahhhhhhhhh mau berkilo naik lemak aku ekkekekke...


Sabtu, Julai 13, 2013

Iftar 3 - Pulut Panggan Inti Serunding Kelapa Bedaging

Assalamualaikum


Juadah bebuka puasa di ramadhan ke tiga...setakat ni buat kuih yg pedas2 masih belum ada pemintaan kuih yg manis2 lg..tuan rmh npknya dah kempunan ni heee hee...hidangan dessert dah bemain2 di kepala mcm2 nak buat.. bila tanya  nak yg manis ke pedas hemmm kalah lagi ..pilihan banyak nak yg pedas2...layan jelah..sdp inti kelapa letak daging..harum bau..segaja buat inti lebih snng kalau ada kuih yg sesuai dah ada inti, x payah nak masak lg...jom kita cuci mata mana tahu ada kesempatan nak buat..:-)


PULUT PANGGANG
Resepi Asal : KAK UMIE E MyR

Bahan-bahan ( 15 batang )
  • 4 cawan beras pulut
  • 4 cawan santan
  • garam secukup masin
  • serunding daging secukupnya (lebih kurang dalam 1 mangkok)
  • beberapa helai daun pandan
  • daun pisang secukupnya ( dalam 4 keping lebar pelepah pisang)
Cara-cara
  • cuci beras pulut dengan air suam
  • masukkan santan+garam+daun pandan
  • tutup dan masukkan dalam microwave - tekan kat 'rice' atau set sekitar 15mins (kacau setiap 5 mins supaya pulut masak rata)>>yg ni kita kukus mcm biasa
  • bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya
  • ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang
  • ambil 1-2 sudu makan serunding daging dang letak di tengah2 pulut tadi
  • tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup
  • gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya
  • letak atas api dan balik2kan hingga garing>>yg ni kita pangang atas pan

SERUNDING KELAPA
Bahan-bahan :
  • 1 biji kelapa di parut
  • Daging lembu yg dah di potong kecik2 ikut suke nk byk mana - sheila guna daging kisar tu yg halus
  • Daun Limau Purut>>cincang2 atau blend sekali pun boleh
  • Sedikit gula/ garam
  • Air Asam jawa
  • Air utk kasi basah2 serunding td klu nak kering tk yah masukkan - Sheila buat kering
  • Minyak utk menumis

  • Bahan di kisar
  • 1 biji bawang merah sederhana besar
  • 3-4 ulas bwg putih
  • 10 btg atau lebih ikut kepedasan masing lada kering yg dibersih n buang biji
  • 2 btg serai>>di hiris kecil2
  • 1/2 inci kunyit
  • Sedikit udang kering, direndam
  • 1 inci hali
  • Sedikit lengkuas
  • 1/2 sb serbuk ketumbar
  • 1 sk jintan kecik
  • 1 sk jintan besar
  • 1 biji buah keras
Cara-cara
  • Sangan kelapa terlebih dahulu sehingga agak2 kering, ketepikan>> mak kita kata nak kasi thn lama serundingnya.
  • Blendkan bhn2 kisar tadi dgn sedikit air hingga hancur.
  • Panaskan sedikit minyak, dan tumis bhn2 kisar hingga naik bau. Masukkan daging yg telah di cincang2 atau dipotong kecik2 tadi sehingga agak2 masak. Masukkan air asam jawa, air, gula n garam dan stabilkan rasa tadi ikut selera masing2.
  • Kemudian masukkan kelapa yg telah di sangan sebentar tadi dan gaul rata dgn rempah yg di tumis tadi, perlahankan api, gaul dan tunggu sebentar sehingga betul2 sebati. Matikan api dan sedia utk di gunakan utk pulut bakar, pulut serunding atau yg sewaktu dengannya.

Jumaat, Julai 12, 2013

Iftar 2 - Popia Sira Sambal & Popia Biasa

Assalamualaikum


Seperti sedia maklum kuih2 utk bebuak di meja saya meti nak ada kuih yg pedas2...manu semalam buatkan popia biasa dan popia besira sambal...alang2 nak habiskan kulit popia yg buat murtabak mini kemarin...simpan lama x elok nnt kulit keras dah x cun heeeee... sengaja buat dua versi yg x besira sambal tu utk si kecik, hem setakat ni nak negok sampai bila x turun pasar ramadahan heee hee...dua hari dah buat kuih sendiri...masuk hari ketiga ni masih pikir lg apelah manu tambahan...ok layan dulu popia kita ni ye...mana yg rajin buat le.x rajin paham2 le agung dah menunggu dlm poket tu..


Popia Sira Sambal

Bahan inti
1 batang carrot - di sagat
1 biji sengkuang - di sagat
5 tangkai kacang panjang potong halus
1 biji bawang besar - mayang
1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan dan blend
garam/gula

Bahan Sambal
2 sudu besar cili kisar
1 sudu makan bawang merah dan putih kisar
2 sudu besar sos cili
1sk air asam jawa
1sm gula melaka racik halus@gula putih
Garam
Bijan


Cara-cara
Cara penyediaan inti popia - Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan udang kering kisar. kacau rata. Masukkan pula lobak merah, sengkuang, kacang panjang perasakan dengan garam dan juga gula gaul sebati,  tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi kemudian gulung kemas dan goreng hingga kekuningan.

Cara penyediaan sambal - Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih, kemudian masukkan cili kisar .Masukkan sedikit air asam jawa dan juga sos. Kacau. Masukkan gula dan sedikit garam. Suaikan rasa pedas dan manis. Masak hingga sambal agak pekat dan kering. Masukkan popia yg sudah digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan.Gaul.
Hidangkan.

NOTA : untuk menghasilkan popia yang sentiasa rangup selepas disira, pastikan sambal ditumis agak kering dan tidak terlampau basah, baru masukkan popia. begitu juga inti... toskan air sayur jika ada yg boleh membuatkan popia jd lembik selepas disira.


Rabu, Julai 10, 2013

Manu Iftar 1 - Murtabak Mini Kulit Popia

Assalamualaikum Salam Ramadhan


Sajian manu bebuka dah pasti ada nasi dan lauk pauk..hari petama ni masak lauk yg rebus2 je..simple tp membangkit selera sbb ada ikan pekasam,,,lg pun dah set kalau goreng ikan pekasam x nak buat lauk yg berat2 cukap sekadar ada sup sayur, sambal dan ikan goreng,,,bab kuih pula hari ni x pergi pun beli di pasar ramadhan, walau pasar ramadhan betul2 dpn rmh di seberang jln ..hr petama elok le buat sendiri jimat pun jimat, x habis boleh frozenkan...heeee sy buat murtabak manu yg pasti ada di atas meja dikala bulan puasa...tengah hari tadi siapkan pencicah cuka bawang...pastu siapkan inti, bila waktu dekat pukul 7 boleh lah mula beroperasi letak inti dan goreng...masing2 x sabar nak menikmati murtabak mini ku ini heeee...walalalalala dah rasa sekeping nak 2,3 keping lg...sdpppppp...apa lg kasi kongsi le kat sini... tq pada Minami 133 dari Myr... :-)


RESEPI MURTABAK MINI KULIT POPIA
Resepi Asal : Minami 133, Myresipi

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur

Cara-cara
  • mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  • apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  • apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  • pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  • ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  • goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak
RESEPI CUKA BAWANG
Bahan²
  • 1 biji bawang merah besar - hiris
  • 1/2 cawan cuka
  • 1/2 cawan air panas
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit pewarna merah - guna sirap rose
Cara²
  • Campurkan semua bahan diatas dalam satu mangkuk, Kacau rata. Biar mesra semua rasa lebih kurang 15 minit sebelum dihidangkan

Khamis, Julai 04, 2013

Agar-Agar Milo Lapis Oreo

Assalamualaikum...


Mmg lama x bedessert bagai...cantik lah tu beberapa hari lg ramadhan menjelang...amat sesuai utk juadah bebuka puasa...penyediaan pun senang dan mudah...yg pasti di mkn sejuk nyammmm...resepi ni pun kira dah lama juga...rata2 kwn2 masakan pun ramai yg dah buat...jdnya tahu le akan kesedapan agar@puding ni kan heee :-) cuma kat sini sy x buat lapis2 warna...sy tuangkan serbuk milo terus dlm adunan agar2...bab masukan dlm acuan saya tungkan sedik dulu agar2 dlm 1 cwn lebih kemudian letak biskut orea yg di patah dua masuk dlm peti ais sekejap..tp jgn le sampai beku..pastu ulang lagi letak agar2 dan biskut..sampai 3 lapis...bila dah sejuk keluarkan dari acuan dan potong..hasilnya biskut cantik belapis...dan x mendap kebawah....tq pada kak Along Roz...compom buat lg :-)


AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO
By: AlongRoz@HomeKreationSaiz: 8" persegi
BAHAN2:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo - Sheila guna 1 cawan Milo sbb nak masuk sekali terus dlm agar2
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati. -Sheila x asingkan, campur  terus semua milo dlm adunan agar2
3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS: yg ni sheila ikut sama sbb tu lapisan biskut oreo x tengelam..npk belapis2..:-)

a. Janagn tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More