Assalamualaikum semua..Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin....
Hidangan tegahari ni soto madura.....bukan ape dah seminggu raya baru teringin nak makan nasi impit....pada raya petama kemarin jamah gitu2 je....biasalah dah banyak sangat manu x reti nak makan yg mana satu.....campur2 aduk pulak takut perut meragam.....resepi soto madura ni mmg dah masuk list pun....masa Yatie tayang bulan posa kemarin ingat nak buat tp x bekesempatan nak beli nasi impit segera.....mana yg dah cuba tu tentu tau rasanya kan...sdp tauuuuu..nak kata lebih kurang cam lontong x juga sbb x ada sayur dlm tu...kira rasa lebih pada kuah lemak ayam.... yg buat sdp letak tauge banyak2 dan sambal cili kicap pehhhhh byk syokkkkk...penyediaan pun senang, cuba jgn x cuba sesuai buat manu rumah tebuka.....tq Yatie..
SOTO MADURA
Resepi : Yatiememories
Bahan-bahan
1 ekor ayam – dipotong 4, (2 keping dada di goreng manakala selebihnya di ptng kecil utk di masak bersama kuah soto)
1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam.
2 kotak santan kara/ayam brand ( 1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah..
4 cwn air atau secukupnya
3 batang serai – dititik
1 btng kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
Garm dan sedikit gula
Bahan di Kisar
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 labu bwng besar
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 sudu kecil lada putih/sulah- di tumbuk halus
Lain2 bahan yang diperlukan :
sambal kicap
Taugeh buang ekor, cuci dan toskan-tak perlu di celur
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Nasi impit secukupnya
Cara Penyediaan.
Goreng 2 keping dada ayam sehingga masak dan ketepikan dulu. Sekiranya dah sejuk, bolehlah di siat2 kecil dan ketepikan...bila nak makan soto madura, barulah letak ayam tadi dan siramkan kuahnya.
Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar...masukkan lada sulah yg telah di tumbuk lumat.
Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan ayam yg diptng kecil.
Kemudian masukkan air, dan kacau sentiasa. Masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan gaul sebati. Masak lagi sehingga mendidih dan guna api sederhana.
Masukkan garam dan perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah matikan api.
*** Hidangkan bersama nasi impit,ayam yg telah di goreng dan di potong kecil/siat2kan, sambal kicap dan taugeh mentah. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Siap utk di makan.