Asalamualaikum, besua kembali di hari selasa...pagi2 dah pikir nak masak ape utk tegahari ni...teringat lama x pekena meggi..kebetulan semlm serempak manu Kerabu Maggi kat dapur
Yana...menarik resepi tu..kira pestime jugalah mendegarnya...sampai gosok2 mata betul ke ejaan tu kerabu maggi ke kerabu mangga... nak di sah kan negok pada gambar heheh....dari cerita
Yana resepi ni dari sebelah atas sana...Thailand...sah kompom, org thai kan byk resepi2 kerabu...so hari ni sy dah mencuba buat...mmg sdp..rasa kerabu maggi ada masam, manis, pedas, cuma kena ejas sikit lebihkan jus limau baru ada basah2 meggi tu, kat sini saya tambah daun kesum, ayam, tauhu grg ingat nak tambahkan dgn serai yg di racik cari2 x ada stok pulak..kalau nak sdp letak udang, sotong lagi betul2 rasa kerabu...rebus maggi 3 peket pun dah byk dpt....nak tahu rasanya cubalah buat ye.....betambah satu lg resepi yg x pernah cuba hehehhe
KERABU MAGGI
Resepi : Yana@Dunia Cinta Kami
BAHAN-BAHAN:-
1 bungkus mi maggi perisa kari
4-5 ekor udang sederhana besar ( potong kecil )
3-4 tangkai cili api ( potong )
2 sudu besar sos ikan
1 ulas bawang merah ( mayang )
1 biji tomato ( potong nipis )
1 tangkai cili merah ( potong )
Kubis secukupnya ( celur dan hiris memanjang )
Jus asam limau - sy lebih kan
- sy tambah daun kesum racik
- sy tambah garam, gula sedikit
* sy buat 3 peket megga, so saya gandakan bhn2 untuk kerabu
CARA NAK BUAT:-
Celur udang, kubis dan mi maggi. Tos dan ketepikan.
Dalam mangkuk lain masukkan cili api, bawang merah, buah tomato. Gaul semua bahan.
Kemudian masukkan udang, kubis, cili merah, sos ikan dan mi maggi serta perencah kari maggi. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.
Last, perahkan jus asam limau..gaul dan siap untuk dihidangkan..
Selamat Mencuba :=)