Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan

Sabtu, Julai 13, 2013

Iftar 3 - Pulut Panggan Inti Serunding Kelapa Bedaging

Assalamualaikum


Juadah bebuka puasa di ramadhan ke tiga...setakat ni buat kuih yg pedas2 masih belum ada pemintaan kuih yg manis2 lg..tuan rmh npknya dah kempunan ni heee hee...hidangan dessert dah bemain2 di kepala mcm2 nak buat.. bila tanya  nak yg manis ke pedas hemmm kalah lagi ..pilihan banyak nak yg pedas2...layan jelah..sdp inti kelapa letak daging..harum bau..segaja buat inti lebih snng kalau ada kuih yg sesuai dah ada inti, x payah nak masak lg...jom kita cuci mata mana tahu ada kesempatan nak buat..:-)


PULUT PANGGANG
Resepi Asal : KAK UMIE E MyR

Bahan-bahan ( 15 batang )
  • 4 cawan beras pulut
  • 4 cawan santan
  • garam secukup masin
  • serunding daging secukupnya (lebih kurang dalam 1 mangkok)
  • beberapa helai daun pandan
  • daun pisang secukupnya ( dalam 4 keping lebar pelepah pisang)
Cara-cara
  • cuci beras pulut dengan air suam
  • masukkan santan+garam+daun pandan
  • tutup dan masukkan dalam microwave - tekan kat 'rice' atau set sekitar 15mins (kacau setiap 5 mins supaya pulut masak rata)>>yg ni kita kukus mcm biasa
  • bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya
  • ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang
  • ambil 1-2 sudu makan serunding daging dang letak di tengah2 pulut tadi
  • tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup
  • gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya
  • letak atas api dan balik2kan hingga garing>>yg ni kita pangang atas pan

SERUNDING KELAPA
Bahan-bahan :
  • 1 biji kelapa di parut
  • Daging lembu yg dah di potong kecik2 ikut suke nk byk mana - sheila guna daging kisar tu yg halus
  • Daun Limau Purut>>cincang2 atau blend sekali pun boleh
  • Sedikit gula/ garam
  • Air Asam jawa
  • Air utk kasi basah2 serunding td klu nak kering tk yah masukkan - Sheila buat kering
  • Minyak utk menumis

  • Bahan di kisar
  • 1 biji bawang merah sederhana besar
  • 3-4 ulas bwg putih
  • 10 btg atau lebih ikut kepedasan masing lada kering yg dibersih n buang biji
  • 2 btg serai>>di hiris kecil2
  • 1/2 inci kunyit
  • Sedikit udang kering, direndam
  • 1 inci hali
  • Sedikit lengkuas
  • 1/2 sb serbuk ketumbar
  • 1 sk jintan kecik
  • 1 sk jintan besar
  • 1 biji buah keras
Cara-cara
  • Sangan kelapa terlebih dahulu sehingga agak2 kering, ketepikan>> mak kita kata nak kasi thn lama serundingnya.
  • Blendkan bhn2 kisar tadi dgn sedikit air hingga hancur.
  • Panaskan sedikit minyak, dan tumis bhn2 kisar hingga naik bau. Masukkan daging yg telah di cincang2 atau dipotong kecik2 tadi sehingga agak2 masak. Masukkan air asam jawa, air, gula n garam dan stabilkan rasa tadi ikut selera masing2.
  • Kemudian masukkan kelapa yg telah di sangan sebentar tadi dan gaul rata dgn rempah yg di tumis tadi, perlahankan api, gaul dan tunggu sebentar sehingga betul2 sebati. Matikan api dan sedia utk di gunakan utk pulut bakar, pulut serunding atau yg sewaktu dengannya.

Ahad, Mei 26, 2013

Nasi Belauk


Assalamualaikum...pg2 minggu dah besiaran ye...apa lg kerja pun bukanya byk nak buat..time cuti2 ni dirmh dah ada yg menolong so selamat le..pg ni sarapan dgn nasi belauk..haaa tambah le berapa pinggan nak tambah pun tak pe..senang sekali arung masak sampai ke lunch...rasanye lunch x mkn kot sbb dah kenyang....cuti2 ni snng masak mcm ni je..x payah nak berulang2 kedapur..melainkan terlebih rajin tu nak mkn yg mcm2...sejak bekongsi hidup sama org pantai timur ni kena le selalu buat manu2 dari sana...ambik hati cik abe katakan hee :-)...ceh wahhh..alah saja gurau2 pg2..x gurau x besiri pulak kan :-)....apapun saya suka manu nasi belauk ni sng peyediaannya...belaukan gulai ikan tongkol @ ikan aya, sambal belacan, ulam timun itu pun dah cukup selera...alhamdullilah kenyang...


Nasi Belauk
Sediakan Nasi Putih, Sambal Belacan, Ulam Timun

Resepi : Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan:
Ikan tongkol - dicuci dgn air asam jawa dibersihkan, rebus ikan dan letak 2 keping asam keping
1 biji timun - belah dua dan poting kecil
6-8 ulas bawang merah
1 1/2 inci lengkuas
1 sudu besar cili kisar
1/2 sdt serbuk kunyit - sy guna kunyit hidup dlm 1/2 inci
2 keping asam keping/gelugur
Santan - angaran cukup untuk ikan
2 biji lada hijau
Garam dan gula

Cara-caranya:
Tumbuk atau kisar bawang merah, lengkuas, kunyit dan lada kering hingga lumat/hancur.
Dalam periuk masukan santan dicampur dengan bahan tumbuk/kisar tadi dan terus masak kacau selalu jgn sampai pecah minyak
Masukkan ikan yang telah direbus tadi, timun yg di potong, lada hijau, asam keping..kacau pelan2 supaya santan x beketul
Perasakan kuah dgn garam dan gula (gulai ni lebih sedap ada rasa masin, sedikit manis dan pedas
Bila agak timun pun dah masak kuah pun mendidih boleh lah tutup api


Sabtu, Mei 25, 2013

Pulut Sambal


Selamat becuti semua...semoga urusan kita semua di pemudahkan :-) ...perancangan bejln2 minggu dpn  so minggu dpn kita ceta lah ye...story mory pg ni kerja2 bejln mcm biasalah..buat apa yg patut...kes seawal pg dah bagun... mcm biaslah cuti sklh ke x cuti ke tetap diri ku bangun awal...pg2 dah menanak pulut..brg 2 semua dah ready mlm td...sambal pun dah buat...pg ni kita besarapan dgn pulut sambal...4 bungkus Mr.N bawa g opis opsss hari ni kena kerja lebih sikit haha sbb nak buat duit utk raya paham2 jelah ye :-)...nak ceta..... pulut ni sy tanak dlm rice cooker je... lg senang masaknye pun cpt...cara2 buat sama je mcm tanak pulut yg di kukus dlm kukusan tu.....nak lg sdp mkn sama ikan masin, kelapa parut, sambal tumis..pehhh mmg menyegat...lepas pekenan pulut apa lg babam le haaaaa...kita gurau2 je....ok lah jom cuci mata...:-)


Bahan2
2 cawan beras pulut
Santan secukupnya
Daun pandan
Sedikit garam 

Cara
Rendam beras pulut semalaman
Basuh beras dan toskan
Panaskan air dlm rice cooker
Lapik kukusan dgn daun pisang dan masukan beras pulut 
( kalau beli rice cooker mesti dpt bekas kukusan)
Masukan santan betul2 paras lebihkan sedikit saja dari paras beras
Masukan garam 
Letakan daun pandan yg di simpul ketas pulut dan bolehlah di tekan rice cooker
Dlm 10 minit masak kais2kan pulut
Sambung masak lg dlm 10 minit

* Santan jgn banyak nanti kembang / tidak juga sedikit nanti keras pulut kira agak je santan dlm 2 cwn gitu
Sambal tumis tu mcm biasalah masaknye ye...


Khamis, Mei 09, 2013

Pulut Kuning & Rendang Ayam Pindang


Salam besiaran...ni nak masuk pulak manu sarapan pg td...amboi bepulut kuning bagai siap dgn rendang lg...niat x ada apa2 pun... just saja2 je buat utk mkn..lg pun lama dah x mkn pulut..tambahan lg semlm rakan alam maya Kak Tun tayang pulut kuning juga besama rendang, tu yg buat tegoda di goda heee...semua di siapkan pada sebelah mlm...sebelah pg tinggal hangatkan balik rendang....ada yg bawa bekalan dan ada yg nak sarapan di rumah harap2 x le megantuk ye masa buat kerja..... jom layan

Pulut Kuning

Bahan -bahan
3 cwn beras pulut (+-500 gram)
250 ml santan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
1 helai daun pandan - di potong 2
Air untuk merendam pulut - sukatan air 1 - 1 1/2 inci melebihi paras pulut

Pulut kuning hampir siap dan menunggu kuah rendang kering sedikit....

Cara-cara
Beras Pulut di cuci bersih.
Masukkan air, serbuk kunyit dan asam gelugor ke dalam bekas dan kacau supaya serbuk kunyit larut.
Kemudian masukkan beras pulut dan rendam semalaman.
Keluarkan asam gelugor, cuci dan bilas beras dengan air paip untuk membuang sisa-sisa kunyit.
Didihkan air dan masukkan beras dan separuh daun pandan ke dalam pengukus, ratakan.

Kukus selama 15 minit atau sehingga 3 suku masak.
Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar bersama baki daun pandan tadi.

Tuangkan santan yang telah dicampur dengan garam gaul rata.
Kemudian ratakan semula pulut ke dalam pengukus dan kukus semula selama 15 - 20 minit atau sehingga masak.

Sesuai di makan bersama rendang, sambal tumis, masak berlada/ sambal. Selamat mencuba untuk resepi Rendang Ayam Pindang ada di sini

 v

Rabu, April 17, 2013

Nasi Lemak Tumis2


Assalamualaikum buat semua.....pg2 lg dah turun dapur..biasa jarang buat sarapan pg yg berat2 gini..tp dah di requestkan oleh Mr.N...layan je lah amboi aboi wife abe heeee...x nak nasi lemak biasa..nak nasi lemak tumis katanya ..nasi lemak biasa dah jemu..nasi lemak tumis ada rasa kelayinan sikit harumnya...pemintaan mkn2 pun kena layan hahaha....penyediaan yg lain tu semua dah siap sebelum masuk tidur mlm td...pagi ni tinggal hangatkan je sambal...nasi tu subuh2 dah ditanak...senangkan...lauk pun x hebat mana simpoi2 je...yg pasti sambal sotong kegemaran saya...tp pg ni sy x leh mkn berat2..maklum le tuan rmh jaga badan...dekat tegahari sikit kut baru jamah...pe pun layan nasi lemak tumis sy ni...


NASI LEMAK TUMIS
Resepi: kak Jun
Sumber: Mamasya
Sumber : Shafeareen


Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air


Jumaat, April 12, 2013

Award Dari Nasya , Nasi Minyak Mudah & Ayam Kurkar


Seronok pulak dpt award ni maklum le lama dah x  gantung2 di sini....rasa teruja pun ada...cantik pulak Award dari Nasya ni pink lg suka bebeno sy...moga betambah lg ikatan pesahabatan kita ye...tq sekali lg :-)


seperti biasa kalau masuk hari jumaat je mesti ada nasi istimewa..istimewalah sangat ke hahaha...utk mkn tghari ni dah siapkan manu Nasi Minyak Mudah dan lauk Ayam Kurkar lg dan lg...entah le sejak di pekenalkan dgn resepi aym kurkar ni mcm dah jd kegemaran pulak dlm rmh ni...mungkin rasanya ada lebih ehamm dari kurma/kari kot.. apa pun tepulang le mana yg dah try masak tu tahu le rasanye mcm ne :-)..lauk sayur sy bantai je buatkan sayur kacang pjg goreng letak hati & pedal ayam...kira orite lah tu mkn sama nasi minyak... jemput mkn sekali...Tq Hana share resepi Nasi Minyak Mudah ..mmg teramat mudah...cuba le


NASI MINYAK MUDAH
sumber : hanamemories.blogspot.com


Bahan-bahan
3 cawan beras biasa
3 cawan air (mengikut jenis beras ye... klu perlu lebih, lebihkan..)
1/2 biji bawang besar - mayang
1 btg kayu manis, sebiji pelaga, sekuntum bunga cengkih dan bunga lawang
2sb minyak sapi
1 ketul kiub ayam
daun pandan simpul
serbuk kunyit sbg pewarna
garam secukup rasa

Cara-cara
Cuci beras dan toskan.
Panaskan minyak sapi. Masukkan bawang, rempah tumis dan goreng hingga naik bau. Masukkan daun pandan, kiub ayam dan serbuk kunyit. Kemudian masukkan beras. Gaul mesra.
Masukkan air mengikut sukatan beras dan garam secukup rasa.
Alihkan ke dalam rice cooker dan tekan button 'start'.

AYAM KURKAR
Resepi : Ibundo@Dapur Ibundo
Sumber : YanaShaiful
Sumber : Shafeareen


Bahan-Bahan :
2 ekor ayam kampung ~ yana guna ayam xberapa nak kampung ^_^ sheila guna aym biasa
santan dari 1 biji kelapa
3 biji kentang ~ potong 4
5 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah kari
3 sudu besar pes tomato puri
2 sudu besar pes cili giling ( cili kering )
4 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih
1 inci halia ~ dihiris mancis
2 batang serai ~ dititik

Cara-Caranya:
Masukkan rempah kurma, kari, pes tomato dan cili ke dalam mangkuk. Tambah sedikit air dan jadikan pes.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih dan halia sehingga wangi. Masukkan pes rempah dan serai titik. Tumis sehingga masak dan berbau harum wangi.
Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.
Tambah santan. Apabila ayam setengah masak masukkan kentang,
Masaklah sehingga ayam empuk dan kuah pekat. Jangan lupakan garamkan. Tak payah bubuh asam sebab tomato puri memang dah ada rasa masam.
Selamat Mencuba :-)



Jumaat, Mac 22, 2013

Nasi Mandhi


Assalamualaikum salam ceria buat semua di hari jumaat yg indah....seperti biasa masuk jumaat je manu ada lain sikit...hidangan Nasi yg ada rasa.....utk mingg ni buat Nasi Mandhi pula...x silap pernah buat sekali dulu lama dah...sampai x ingat rasanya mcm ne....cuma lauk ayam tu saya buat ada bekuah sikit, ayam masak kari kering2 lembap kira kuah pekat2 gitu...kat rmh ni nak ada lauk yg bekuah..baru dia org laju mkn....bg saya nak tambahkan dgn lauk apa pun boleh...rasa Nasi Mandhi pun ada ala2 rasa Nasi Minyak...x muai mmg sdp di makan...saya tambah taburan kismis dlm nasi...mana yg x rasa lg tu perlu cuba..sdp :-)


Sheila x buat ayam bakar...sheila lawankan sama ayam masak kari pekat2

Nasi Mandhi
Sumber : Mamawandiha

Bahan
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning (MaDiHaA guna 1/2 sk serbuk kunyit masa menumis & pewarna kuning utk titis pada nasi)-yg ni Sheila ikut cara kak Madihaa
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu (masa ni MaDiHaA masukkan 1/2 sudu kecil serbuk kunyit). Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak. (MaDiHaA tunggu nasi betul2 masak baru digembur)- Ikut Macam ni juga

Nota dapur Mamasya
*tak buat langkah 3 ni .utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap. (MaDiHaA pun sama juga.. skip langkah 3 sebab kat rumah takde arang.. hee)

Sos/Sambal: 
1 biji tomato ~ hiris (separuh MaDiHaA biarkan dipotong dadu & campur kemudian selepas dikisar)
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris (guna 4 biji cili merah + 15 biji cili padi)
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus- tak letak
Garam, Gula
Perahan lemon.- guna limau kasturi (MaDiHaA guna limau nipis)

Cara penyediaan:
Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung. (MaDiHaA berulamkan timun & kacang botor)






Khamis, Mac 14, 2013

Nasi Kurma & Ayam Kurkar


Assalamualaikum hari ni buat sajian nasi kurma belaukan ayam kurkar...mmg kena dgn rasa dan yg pasti sdp...sabenarnya dah pernah masak aym kurkar ni buat test mkn sama nasi putih bulan lepas, masih guna resepi yg sama ada di sini..kali ni buat lg makan sama gabungan nasi kurma peh syok layan betambah :-)...kalau rajin nak buat lauk lain pun ok je..tp saya rasa cukup je dgn lauk ni pastu nnt tambah dgn acar timun ...pada yg x buat lg meh le buat sdp tau :-)

NASI KURMA
Resepi : Ibundo @ Dapur Ibundo

Sumber : YanaShaiful

1 ulas bawang besar ~ dihiris nipis
2 ulas putih ~ dihiris nipis
1/2 inci halia ~ dihirs nipis
2 sudu besar rempah kurma
rempah 4 sekawan secukupnya
sup nasi ayam secukupnya untuk menanak beras
2 sudu besar mentega

CARA PENYEDIAAN:-
Panaskan mentega.
Tumis bawang dan rempah empat sekawan sehingga wangi dan perang.
Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga masak.
Tuang ke dalam periuk nasi yang telah berisi beras basmathi. Tambah air sup secukupnya ( yana ganti dgn kiub ayam jer ). Tambah garam jika perlu. Bundo tidak bubuh garam sebab sup dah cukup terasa garamnya.


AYAM KURKAR
Resepi : Ibundo @ Dapur Ibundo

Sumber : YanaShaiful

2 ekor ayam kampung ~ yana guna ayam xberapa nak kampung ^_^
santan dari 1 biji kelapa
3 biji kentang ~ potong 4
5 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah kari
3 sudu besar pes tomato puri
2 sudu besar pes cili giling ( cili kering )
4 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih
1 inci halia ~ dihiris mancis
2 batang serai ~ dititik

CARA PENYEDIAAN:-
Masukkan rempah kurma, kari, pes tomato dan cili ke dalam mangkuk.
Tambah sedikit air dan jadikan pes.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan pes rempah dan serai titik. Tumis sehingga masak dan berbau harum wangi.
Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.
Tambah santan. Apabila ayam setengah masak masukkan kentang,
Masaklah sehingga ayam empuk dan kuah pekat. Jangan lupakan garamkan.
Tak payah bubuh asam sebab tomato puri memang dah ada rasa masam.
Selamat Mencuba :-)


Jumaat, Mac 08, 2013

Nasi Tomato & Ayam Masak Kurma


Assalamualaikum semua jumaat dtg lg...moga  di berkati :-)..seperti biasa hari jumaat kena masak cepat...rasanya semua mak2 masuk dapur awal  hari nikan...dah lama x buat nasi ada rasa...hemmm...Nasi tomato sdp..mmg sesedap rasa...cukup di tekat sy..menyediaan pun mudah..suka tabur bawang goreng lebih2...bg naik lg harum nasi...lauk setakat ni sejenis je..lawankan sama ayam masak kurma..kalau rajin ptg nanti baru buat jelatah timun benenas ...mkn selauk mcm ni pun dah  cukup bg saya, x yah nak byk2 lauk nasi pun dah ada rasa....next kalau buat lg nak cukupkan geng lauk pauk nasi tomato :-)....meh lihat resepi nasi tomato yg mudah cara saya ni....pasa yg nak cuba tu jagan segan sudi2leee


Nasi Tomato Mudah

Bahan2  ( utk 4-6 orang mkn ) :
Beras
6 pot beras wangi atau beras biasa - basuh dan toskan
- saya basuh dan biar je dlm periuk nasi
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar marjerin/buttercup
2 biji bawang merah besar size sederhana di hiris nipis
3 ulas bawang putih di hiris nipis
2cm halia di hiris nipis
2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga & kayu manis
2 biji buah tomato di buang bijinya dan di potong dadu
2-3 helai daun pandan di ikat/di simpul
100ml atau setengah cawan susu cair
4 sudu besar sos tomato atau tomato puree atau boleh campurkan dua2 sekali - 3 sudu besar sos tomato dan 1 sudu besar tomato puree dlm tin tu
Air - ikut sukatan macan nak tanak nasi biasa
Sedikit garam

Caranya:
Dalam kuali masukkan butter dan minyak sapi..
Bila dah panas tumis bahan2 hirisan td serta bunga lawang/kayu manis/buah pelaga..
Kemudian masukkan pula buah tomato yg di dadu dan daun pandan, gaul2 dan biar seketika sampai tomato tu layu2 sikit..
Lepas tu masukkan pula sos tomato, kacau rata
Masukkan pula susu, kacau rata..
Masukkan air
Masukkan  garam.. kalau tawar pandai2 la ejas ye.. takyah nak tggu didih sgt, bila dah secukup rasa, padam api
Terus tuang ke dalam periuk nasi yg berisi beras td.. gaul rata dan masak nasi mcm biasa..bila dah setengah masak kais2/gembur2 nasi bg sekata rasa dan warna
Dah siap tabur bawang goreng dan kacang pis kalau tak suka tak payah letak..

Mudahkan dan siap bolehlah hidangkan sama lauk pilihan sendiri
utk resepi Ayam Masak Kurma ada di sini...


Rabu, Disember 12, 2012

Nasi Kurma


Assalamualaikum...salah satu hidangan nasi yg sdp, mana yg x pernah try buat dan mkn lg perlu cuba....sesuai sangat2 utk buat hidangan kenduri, makan2 keluarga...npk mcm remeh je kan padahal nak masak nya senang je...lauk pun x payah banyak2 makan dgn dua lauk bg saya dah cukup..sbb nasi tu dah ada rasa....tang lauk tu tepulang pada cita rasa masing2 ye..utk nasi kurma sy lawankan sama lauk jelatah dan ayam masak merah pudina...pehhh mmg best.....tq Kak Diana..akan buat lg...




~ Nasi Kurma~
Sumber : Kak Diana@Melley Mey

Bahan²
3 cawan beras basmati _ cuci dan toskan
100 gm minyak sapi
1 sudu makan minyak zaitun / minyak masak
2 sudu makan rempah Briyani Power Adabi - Sheila x ada rempah Briyani, ganti dgn rempah Kurma
4 cawan air
1 cawan susu cair
4 ulas bawang putih _ ditumbuk
1 inci halia _ ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
11 biji buah kurma _ buang bijinya dan dicarik² - Sheila x letak
1 kiub pati ayam Maggi
Kismis secukupnya

Cara²
Panaskan minyak sapi bersama minyak zaitun / minyak masak di dalam periuk dan tumis bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
Kemudian masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang ( jika nak bubuh daun pandan pun boleh ).
Tutupkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik yang berisi beras tadi ( tinggalkan 1/2 sudu makan bahan yang ditumis tadi untuk menumis buah kurma ).
Sementara itu, tumiskan buah kurma sekejap sahaja dan masukkan ke dalam periuk nasi elektri. Gaul rata.
Masukkan juga air, susu cair, kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata.
Masak nasi seperti biasa.
Setelah periuk nasi menunjukkan 2 minit lagi nasi hendak masak, bolehlah ditaburkan kismis di atas nasi dan tutup semula penutup periuk nasi elektrik. Biarkan nasi masak sepenuhnya.
Biarkan seketika sebelum digemburkan dengan chopstick.
Hidang bersama Daging Masak Manis atau lauk kegemaran.


Selasa, Oktober 23, 2012

Nasi Lemak Tumis


Assalamualaikum....baru dpt besiaran...dah mlm pun x pelah yeee..nasi lemak tumis ni sy buat utk sarapan pg tadi merangkap bekalan untuk suami dan ank2...ikutkan mmg jarang mkn nasi lemak di sebelah pg...kebetulan lepas raya kemarin nasi lemak belum di jamah2...ank2 pun dah betanya lamakan mama x buat nasi lemak..dpt lauk yg simple2 pun jadi lah heee :-)...sy tanak nasi pun ngam2 je...mmg segaja x nak masak banyak..maklum le dah nama nasi lemak...nasi lg... ada lemak lg :-)..paham2 yeeeee.... sy suka dgn rasa nasi lemak yg ditumis macam ni harum aromanya lain sikit......sebelum ni sy buat dgn letak warna hijau...masih mengunakan resepi yg sama ada disini...kali ni biarkan putih je....rasa mmg sdp...lauk sekadar syarat...sambal tumis, telur dadar dan timun cukup leeee....mana yg x ada lg ider utk sarapan esok atau mkn mlm boleh le cuba resepi nasi lemak tumis yeee...


NASI LEMAK TUMIS
resepi: kak Jun 
sumber: Mamasya 

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air -utk yg ni sy x letak warna saja biarkan plan..


Bekalan utk 3 org..hemmm ambik sorg satu....yg hujung tu x ada timun khas utk ank dara yg x mkn timun...

Rabu, Julai 18, 2012

Nasi Goreng Butter/Mentega


Assalamualaikum salam besiaran harap semua kawan2 sihat2 belaka yee...InsyaAllah lagi 2 hari kita semua akan menyambut bulan yg mulia...moga amalan2 kita akan di sempurnakan dgn baik...amin
Tengah hari ni masak nasi goreng butter..asalnya nasi goreng mentega tp ada butter pakai jelah :-) sebelum ni pernah juga buat lama dah tu..buat pun letak ikan bilis......hemm ni ada stok udang dan sosej kita kasi masuk dlm nasi...lg betambah sdp.......resepi nasi goreng ni ramai juga kekawan yg lain dah cuba...pada yg belum try tu buat leeee... sesua juga buat manu utk besahur tauuuuu..tq Dayang....dua kali dah try ni...:-0


Nasi Goreng Mentega

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
  • 4 cawan nasi
  • 2-3 sudu besar mentega (prefer buttercup)
  • 1 biji telur- sheila tambah lg satu biji
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • sedikit garam
  • 50 gm ikan bilis (digoreng garing) - optional - Sheila letak udang & sosej
Cara-cara
  1. Panaskan mentega/marjerin sampai cair. Masukkan nasi dan kacau rata2 selama 3 minit.
  2. Masukkan telur (x payah pukul), ladah sulah dan garam secukupnya. kacau selama 1 minit.
  3. Hidangkan dengan ikan bilis goreng. Sedap dimakan ketika panas.
makan panas2 mmg best..sesuai buat utk besahur...

Rabu, Julai 04, 2012

Nasi Hue@Nasi Udang Kering


Assalamualaikum salam besiaran di petang rabu...harap kawan2 semua sihat yeee..hemmm lama betul x besiaran di dapur yg satu ni maklum le semagat suam2 air kosong hehehehe suam2 pun rindu juga pada semua.....n3 hidangan tegahari td...mencuba resepi  Nasi pulak...lama juga x buat nasi yg ada rasa..sesekali pekena mmg sdp....pagi td npk Tun pun tayang..sebelum ni Kak Madihaa pun dah buat..sapa lg yeeee ramai juga yg dah cuba... resepi asal ada di dapur Kak Rahel yg beliau ambik dari Buku Resepi Kompilasi Hidangan Nasi...bebalik pada nasi Hue ni....rasa mmg sdp time tegah dlm rice cooker baunya mak hai harum, ank2 kata nasi udang kering...kira nasi ni x payah le nak mkn dgn bebagai lauk pekena satu dua lauk pun dah cukup....sbb nasi pun dah ada cukup dgn rasa....saya lawankan sama ayam masak kurma dan ulamkan sama timun sesuai juga buat juadah utk bebuka puasa...tu yg saya cuba awal2  heeee... apa lg cuba lah....:-)


Nasi Hue
Sumber: Rahel (Buku Resepi Kompilasi Hidangan Nasi)
Dicuba oleh: Kak Madihaa, Kak Yana, tun telani
Bahan-bahan:
  • 250g beras wangi - Rahel guna beras basmati , tun guna beras wangi
  • 400ml air - Rahel guna air panas
  • 1 sudu makan udang kering-rendam dalam air panas - tun guna udang geragau kering
  • 1 sudu makan bijan-digoreng dahulu
  • 1 tangkai serai
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 2 sudu makan minyak sayur- Rahel guna olive oil
  • 2 sudu makan pati ayam - yang ni Rahel letak 1 sk aje,
  • 2 sudu makan sos ikan - yang ni Rahel letak 1 sdm + 1/4 sk garam
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam - yang ni Rahel letak 1 sk aje
  • sedikit daun saderi
Cara membuat:
1.Kisar udang kering,serai,bawang merah,bwg putih,cili merah dan gula pasir.
2.Panaskan minyak sayur dalam kuali.Tumis bahan yang dikisar hingga berbau.
   Masukkan beras dan dikacau rata.
3.Kemudian masukkan air,pati ayam,sos ikan dan lada hitam.
   Gaul rata dan masak hingga nasi kering.Taburkan bijan dan hidang.

lauk ayam kurma

Isnin, April 16, 2012

Nasi Sardin


Salam besiaran di hari isnin....harap semua rakan2 sihat ye...bekerja uruskan rmh tangga seperti biasa  :-)..hidangan mkn tegahari ni pehhh tebaik lah mmg sdp tau...mula tu mcm pelik jugak nasi sardin ke atau nasi goreng sardin...kalau nasi goreng sardin biasalah buat...baca berulang kali resepi...nasi sardin rupanya...mcm2 yeeeee.....ikut dari resepi asal sardin di masukkan ke tegah2 nasi dan di masak...mungkin utk bg lg naik bau sardin....tp caranya telah di olah oleh Kak Amie sendiri....ikan sardin ni masak asing cuma sosnya saja di tanak sama nasi...tp gaya mcm gini lg kita suka sardin tu masak asing boleh buat sambalnya pedas2 :-)...kira ada belauk le mcm mkn nasi ayam gitu.... kita sajikan juga dgn ayam goreng dan ulam timun, resepi ni juga telah di cuba oleh Yasmin@Quinnie..masing2 kata sdp dan tebaik..so kitapun x nak le ketingalan merasainya.....mmg best...insyaAllah kita nak ulang lg buat nasi ni....tq pada Kak Amie bekongsi resepi yg enak di sini...


Resepi : Nasi Sardin
Sumber : Buku Resepi Aneka Hidangan Nasi (Sa'adiah Mohamad)
Di olah : Kak Amie

Bahan-bahan:
2 pot beras - dibersihkan
air secukupnya
1 tin ikan sardin - Amie gunakan tin yang besar ~ Sama guna tin besar juga ~
5 ulas bawang merah - tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk
3 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk lada sulah
garam
minyak
sedikit badam & bawang goreng - Amie tidak bubuh ~X bubuh juga~

Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan tomato puri, sos cili, sos tiram, garam, serbuk lada sulah dan sos ikan sardin.
3. Setelah mendidih masukkan beras dan air secukupnya.
4. Apabila nasi hampir masak, lubangkan di bahagian tengah nasi dan masukkan ikan sardin. Tutupkan semula lubang tadi dan biarkan nasi masak hingga kering- Amie tidak buat lubang dan tidak masukkan ikan sardin.
5. Apabila menghidang taburkan bawang goreng dan badam.

Oleh kerana Amie tidak masukkan ikan sardin ke dalam nasi, Amie masak ikan sardin secara berasingan. Untuk menggantikan sebahagian besar sos ikan sardin yang telah dicampur ke dalam Nasi Sardin, Amie tambahkan tomato puri, sos cili dan juga sos tiram ke dalam ikan sardin ini. ~Sheila pun ikut mcm ni juga~

lauk sampingan ayam goreng dan ulam timun

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More