Memaparkan catatan dengan label kuih pau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuih pau. Papar semua catatan

Rabu, November 07, 2012

ROTI KUKUS@PAU


Assalamualaikum besiaran di pagi rabu....harap rakan2 yg lain sihat2 belaka yeee...apa macam ank2 dah ada yg mula becuti...bz keee,  ada nak suruh buat sesuatu yg befaedah ke heee...maklum lah cuti kali ni awal dan panjang....budak2 kalau dah lama cuti sure bosan...balik2 gadap game...tv...hemmm tauuuu yg pasti kena ada benda utk kunyah2 kannnnn ok x nak celoteh pjg2 pg ni pun ada kerja rmh yg x habis2 lg sudahn nya...jum kita sarapan dgn roti kukus ala2 kuih pau yg amat gebus mulussssssss tebaik...nak buatnya pun amat mudah...ank dara yg nak belajar masak pun boleh buat :-) ye ke tu....ikut cita rasa sendiri lah yee nak mkn sapu kaya ke nak cicah gan sambal sardin/sambal bilis pun sdp...kalau ada kuah kari ayam lg byk syokkkkk...pg ni sy x sempat nak buat kari...jadinya mkn roti kukus sapu dgn kaya jelahhh...ikutkan nak mkn begitu saja pun boleh dah cukup... satu lg kalau nak tambahkan sikit sukatan gula pun lg sdp :-) baru jadi roti kukus manis...Arah@Ika pun dah try katanya mmg sdp, Kak CikManggis pun dah cuba masing2 punya pun gebus menarik....jemput sarapan


ROTI KUKUS
Resepi Asal : AYIN
Copy n Paste : KAK CM


Bahan-bahannya:
3 cawan tepung pau.
5 tbsp gula kaster.
1 1/2 tsp yis segera.
2 tsp baking powder.
Secubit garam.
1 1/3 cawan susu segar.
1 tbsp minyak jagung.>>yg ni kita gantikan dgn shortening - Sheila pun letak shortening

Tunggu roti megembang baru masuk kukus

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk pengadun kecuali susu segar.
Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil uli perlahan-lahan (Cm guna KA)>>uli tgn :(.
Uli hingga sebati dan elastik dohnya. - sama Sheila pun uli tgn
Perap selama 1 jam.
Kemudian uli buang angin dan .bentukkan bulat bulat.atur dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.Biarkan doh kembang hingga dua kali ganda saiz asal.
Panaskan air untuk kukusan.Kukus sehingga masak.
Sedap dimakan dengan kari ayam atau sardin atau pun disapu dengan kaya.



cicah sama kari, sambal bilis, sambal sardin lg sdp...mkn begitu saja pun syokkkkk


Jumaat, Julai 13, 2012

Pau Inti Kasted


Assalamualaikum salam besiaran di pg jumaat yg penuh keberkatan, syukur..... jom sarapan dengan pau inti kasted pg ni....hem 2 ketul kenyang....kes nak pehabiskan sos kasted yg buat semlm masa makan sama kuih serabai.....seperti biasalah pau ni buat mlm tadi siap kukuskan sekali.....pg ni cuma tingal panaskan saja....senangkan....sdp tau letak inti kasted...:-) resepi pau sama mcm yg pernah saya buat sebelum ni...roti pau yg lembut dan gebus...jom mkn....:-)

Resepi : Kak Ton MyR

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam 
 belum siap kukus lg

 Cara-cara
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba... 
Untuk Sos Kasted
1 tin susu cair
2 sdb gula- ikut manisan sendiri
2 sdb tepung kasted
  1. Satukan semua bahan2 dalam periuk kacau seketika
  2. Kemudian baru di letakan atas api yg sederhana
  3. Kacau jangan behenti, bila agak2 dah nampak pekat padamkan api terus..(jangan sampai kasted hangit) dan sejukan

Isnin, April 23, 2012

Pau Inti pedas


Assalamualaikum semua...mulakan hari isnin dgn suasana yg indah yeee.....jom sarapan gan pau inti pedas pulak hemmmm sejak dua menjak ni rajin pulak nak megepau ye....uli tagan kejap jeee jadinya....tp semua proses ni buat mlm tadi lah sebelum masuk titon....nak bagun pepagi gelap x daya nya....tu pun pegukus biar kan atas dapur..bagun pg tingal panas kan balik....hemmm Mr.N apa lg sambar 3 biji bawa tapau....sdp lembut gebus mulus heheh...kalau buat inti pedas mmg le laku...haa yg ni pun dah alang2 buat inti kuih biar masak lebih mana tahu nak buat kuih lain pulak kan.....tapi jgn simpan lama sangat agak2 le begantuk pada inti yg sesuai simpan lama...inti cam buat karipap tu..inti kentang lah :-) resepi ambik dari Kak Ton Myr .. kuih pau ni pun cik adik manis Ina  Pesona dah buat ehhh ramai juga kekawan dah try yee.....hemmm lembut kan :-)


Resepi : Kak Ton MyR

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam 
 inti kari kentang pedas....
sebelum di kukus ..naik gebu
 Cara-cara
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba... 

Selasa, April 17, 2012

Pau Kastard Inti Kelapa


Salam besiaran di petang selasa hemmm npknya cuaca petang ni hujan lapar balik ke?? hehehe.........marilah sarapan petang sama kita dgn pau kasterd inti kelapa dan teh o panas, tup, tup, tup pagi td kak Mardihaa@Ratna tayang pau yg sangat memikat hati...cantik paunya kuning diraja.... tepaut jdnya heheh :-).....seperti yg saya citakan mingu lepas...kelapa manis yg buat kuih bom bijan tu mmg saya buat lebih....so dah ada bhn apa lg teghari tadi terus le bemain gan tepung sambil2 si Arren tidur cepat2 saya buat keja....adunan ni x payah lg nak letak pewarna kuning...sbb bila adunan di campurkan gan air terus betukar warna tepung kasterd tu... cantik eloknya kuning..tp tepulang lee pada masing2 yeee nak lg kuning boh aje pewarna x ada masalah punnnn.....lembut dan ringan setelah dikukus..dlm pun gebus.....rasanya ada ala2 kasterd sikit......tq, ganda 6 X pada Kak Madihaa@Ratna :-) sy dah try menjadi....


Pau Kastard Inti Kelapa
MaDiHaA Adaptadi dari : Pau Pulut Hitam - Rahel
Sumber : Majalah Sedap

Bahan:
230g tepung pau (MaDiHaA guna tepong gandum aje)
50g tepung kastard
2 sudu teh yis segera (mauripan)
15g susu tepung
50g gula kastor
1 putih telur
115ml air
20g shortening

Bahan Inti Kelapa Manis
Resepi MaDiHaA a.k.a Ratna

1/2 cawan air
1/2 cawan gula merah (lebihkan jika suka lebih manis)
1/2 biji kelapa parut yg sedikit muda (diparut putih)
1 helai daun pandan disiat2
1 1/2 sudu besar tepong pulut


 
Cara2 sediakan inti :

1. Masak air bersama gula merah hingga ia larut. Tapiskan ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana.
2. Masukkan kelapa parut, daun pandan dan masak hingga inti agak kering. Taburkan sesudu tepong pulut dan kacau rata. Ulangi lagi sehingga habis tepong pulut tadi dan kacau rata sehingga kering. Tujuan masukkan tepong pulut ialah untuk dapatkan inti yang kental & melekit2 sikit.  Selain sedap dimakan.. inti juga mudah dikendalikan semasa nak digunakan kerana ia tak mudah berderai.

Cara2 sediakan doh :
1.Campur tepung pau, tepung kastard, yis, susu tepong dan gula kastor. Gaul rata.
   Tambahkan putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga sebati.
   Tambahkan shortening. Uli sehingga elastik. Perapkan selama 30 minit (tutup doh).
2.Kempiskan adunan. Timbang masing-masing 30g. Bulatkan. Diamkan selama 10 minit.
   Canai nipis. Isikan inti anggaran 2 sudu kecil. Bentukkan bulat & leperkan sedikit & letak  atas kertas atau daun pisang yang dipotong bulat.
3. Perapkan lagi selama 30 minit sementara itu panaskan kukusan.
4. Kukus selama 8 minit.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More