Memaparkan catatan dengan label Muffin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muffin. Papar semua catatan

Khamis, Disember 06, 2012

Carrot Cinnamon Muffin


Salam besiaran di pg khamis..heee mmg lama sy x buat muffin...bila npk Normah@Cendana Kasih tayang CCM kemarin terus tepikat...lihat pada bahan pun x le byk nak di gunakan semua yg ada di dapur je...betullah kata CK semudah abc je buat muffin ni,  lebih cepat dari buat cekodok pisang kata beliau...  tegelak saya :-) ...tp ni  bukan kita yg buat ye kita sediakan je bhn2nya..yg membuatnya ank bujang kita....bg dia buat latihan ...salah satu resepi yg mudah utk ank2 nak belajar masak....dari hasilnya npk mmg menjadi alhamdullilah rasa muffin pun sdp dgn haruman serbuk kayu manis......dlmnya lembut dan gebus...muffin ni sy suruh Shafiq buat dua adunan sbb kalau buat satu adunan dpt sikit je....mcm sy dlm rmh ni ramai so mmg sesuailah buat lebih...kebetulan ada coklat rice kasi tabur atas muffin...next Shafiq kata dia nak buat lg...resepi pun dah ingat dlm minda heee Tq Auntie CK....


Hasil Muffin dari air tangan ank bujang Shafiq...sesuai dgn bidang yg beliau ambik Penyajian Makanan & Katering...Resepi CCM boleh dapati di dapur Cendana Kasih sila masuk di Sini....Tq CK


Rabu, Julai 06, 2011

Chocolate Choclairs Muffin


Besuka kembali di petang rabu dah kenyang ke mkn tghari tadi... ok ptg ni sy n3 mapin yg dah lama jugak keneng2 kat dapur Kak Ummi...tangkap leleh dgn Chocolate Choclairs yg di atas mapin tu.....pehhh sdp terasa kelembutan texture mapin dan kesedapan Choclairs....letak byk Choclairs lg sdp...itu pun letak dua ketul yg di belah tiga...cam x cukup pulak, next time buat kena tabur tiga potong terus Choclairs kat atas mapin tu...mmg betul kata Kak Ummi rasa liat2 yg sdp....cantik lelehanya macam lahar gunung berapi meletupppppppppp kikikiki...resepi asal dari dapur Yani@Deco Choco dan ambik dari dapur Kak Ummi@Home Sweet Home..tq sdp sgt boleh buat lg ni...izinkan cnp resepi di sini yeee


CHOCOLATE CHOCLAIRS MUFFIN
Resepi: Yani @ Deco Choco
Dirujuk: Ummi @ Home Sweet Home


Bahan-bahan:
200gm tepung naik sendiri
20gm serbuk koko
2 biji telur
45gm gula perang
45gm gula kastor
100gm mentega
100ml susu segar
50gm chocolate chips
10-15 biji choclairs ( sebiji potong 4)


Cara-cara:
Ayak tepung dengan serbuk koko. Panaskan oven sehingga suhu 170 degree.
Pukul gula dengan mentega sehingga lembut. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul lagi 2-3 minit.
Kemudian masukkan 1/3 tepung yg dah diayak tadi. Kacau.
Masuk pula 1/2 susu segar - kacau lagi. Ulang lagi dgn masukkan tepung diikuti dengan susu. Akhir sekali tepung.
Masukkan pula chocolate chips dan choclairs. Kacau rata.
Sudipkan adunan ke dlm muffin cups. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak.

Khamis, Jun 16, 2011

Muffin Oren Comel



Salam besiaran di pg khamis...pagi ni N3 projek mlm td, buat muffin oren.... comel2 gini mmg cute.. name asal Oren cup kek, pandai2 aje kita tukar name .... tak pe lah yg penting ada oren, suka sagat dgn rasa oren sungguh sdp...dan yg best sekali resepinya tersagat le ringkas dan senang...lebihan kulit oren tu saya cincang halus dan tabur diatas adunan....cadang raya nnt leh le buat byk biji...budak2 sure suka punya....resepi ambik di MyR dari Sofinar tq resepi shere di sini ye..dan akan menyusul lagi rasanya selepas ini...layannnnnnnnn


Oren Cup Kek
Resepi by: Sofinar@MyR
Bahan-bahan ( 27 biji )

200g mentega
200g gula halus / gula icing
200g tpg naik sendiri
4 biji telur ayam
2 biji buah oren diparut kulinya - lebih tu saya cincang tabur diatas
2 sdb perahan jus oren atau pati sunquick - yg ni saya tambah

Cara-cara
Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi hingga kembang
Kemudian masukkan parutan kulit limau dan tepung. kacau perlahan2 hingga sebati. boleh juga digaul kaedah kaup balik.
Masukkan aduanan dalan acuan kertas, masukkan 3/4 bekas sahaja kerana kek akan kembang dan memenuhi cup itu, bakar 180 darjah selama 15 minit


Ahad, Jun 12, 2011

Pandan Muffin Yani


Assalamualaikum...dah penghujung hujung cuti sklh ni bz lain pulak dtg...nak meiron yg sebakul tu dah menunggu...hemmmm nasib bukan kerja ku iron me iron ni selmt...
ok ptg ni kita n3 muffin pandan comel...saja-saje je buat utk sambut father day mlm ni...ikutkan nak buat kek sebiji, tp memandangkan Mr.laling x mkn kek mekek...itu pun setakat cuit2 aje, so buat yg comel2 cam ni dia ngam jugak le...dpt byk biji kalau buat comel2 gini...tahan le 2,3 hari....resepi tesagat le mudahnya...suka gan bau pandan sermerbak harum...negok kat MyR ramai jugak geng2 dah buat rupanya...yg ni sy buat semua sekali hijau biar semua rasa pandan..tq Yani izin tepek resepi kat cini...


Resepi: Yani@MyR

Bahan-bahan ( 6 biji- 7cm acuan muffin )
90g butter
70g gula halus
1 biji telur
40ml susu segar
sedikit vanila esen
110g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pandan emulco

Cara-cara
Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil di kacau. (tepung-susu-tepung-susu-tepung)
Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.
Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C.
siap utk dimakan

Pandan muffin ni sy buat dua adunan itu yg dpt bayak biji...

Isnin, Mei 23, 2011

Muffin Yogurt Menggo Kukus



Salam n3 kuih pula utk sarapan petang heheh muffin kukus... enak sagat sbb letak yogurt.. rasa lemak2 muffin ni..perasa manggo pulak tu betambah le harum ...2 ketul dah kenyang..kalu nak letak perasa apa pun boleh oren, pandan, coklat, stwbry tepulang pada citarasa tekak masing2 yeee...saya buat guna yogurt yg low fat Nature.. bhn2 membuatnya pun mudah... nak ikut kan lbh kurang same je gan resepi apam yogurt tu cuma yg ni mengunakan tepung kek...cuba yeee


Muffin Yogurt Menggo Kukus
Bahan

1 1/2 cawan tepung naik sendiri (Blue key)
2 biji telur
1 cawan gula - boleh di kurangkan
1 cup yogurt - guna yg ada dlm cup 150g
1 sdk ovellet
Sedikit perasa menggo - ikut suka
Sedikit pewarna - ikut suka

Cara-caranya
Panaskan pegukus dgn air telebih dahulu
Dalam mangkuk masukan telur, ovellet dan gula kacau hingga semua larut
Masuk pula yogurt, perasa manggo kacau hingga sebati
Kemudian masukan tepung sedikit demi sedikit kacau hingga semua sebati
Bahagi adunan kepada dua, warnakan satu adunan
Sedikan cup dan sudukan adunan beselang seli dgn yg bewarna
Masukan dlm pegukus, dan kukus selama 15 minit

Khamis, Mei 05, 2011

Butter Scotch Muffin



Assalamualaikum..seperti yg di janjikan tadi hemmmm baru siap buat kuih utk minum ptg...lama sudah mencari resepi butter scorch ni... x kiralah same ada di mkn dgn roti atau cake..biasanya saya beli aja... kat tesco ada jual roti yg atasnya di curah dgn butter scotch dan juga roti gardenia butter scorch, mmg sdp tapi manis merdu sesagat..hari ni sempat le menerai resepi asal namanya butterscorch surprise cake, jalan2 akhirnya jumpa le resepi ni di rmh Maisya...mcm saya juga pecubaan petama, takut juga x menjadi.. yg ni saya try buat versi muffin, alhamdullilah npknya naik cantik aje...adunan tu saya buat layer...biasa butter scotch texturenya cair kan....yg ni kira pekat sikit seakan seri kaya...kira ok tu kalau di buat inti utk di masukan dlm adunan.. kalau buat cair nnt meleleh pulak... mmg sdp sagat..rasa butter dan susu harum gitu jemput minum petang same..tq pada tuan asal empunya resepi ni...


Butterscotch Surprise Cake
http://gggiraffe.blogspot.com/2009/06/butterscotch-and-banner-surprises.html

Cake:
125g butter
3/4 cup sugar
2 eggs
3/4 cup plain flour
1/2 cup self raising flour
1/4 cup milk
1 tsp vanilla essence


Filling:
1/2 cup brown sugar (packed)
2 tbsp custard powder
1/2 cup milk
2 tsp butter
1 egg

Place all cake ingredients into mixing bowl and mix with electric beaters on low until combined and then on medium until the mixture changes colour and becomes lighter.

To make filling, combine brown sugar and custard powder in a small saucepan. Gradually add milk and stir over heat until mixture boils and thickens. Stir in butter. Remove from heat. Cool for 5 minutes and then stir in egg. Use when warm.

Spread half into a greased and lined 20cm ring cake tin. Place spoonfuls of filling over the cake mixture and carefully spread to the edges of the cake tin with the back of a spoon. Carefully spread other half of cake mixture on top. This is the fiddly bit of the recipe and requires a little patience and concentration.

Bake in moderate oven for 30-40 minutes. Stand 10 minutes before turning out onto a wire rack to cool.

Khamis, April 28, 2011

Muffin Coklat Pisang


Assalamualaikum.. memuffin lagi yg ni pun nak bg pehabiskan juga pisang yg di buat makan2 begitu saja...hasil yg lembut dan gebus...membuatnya sangat mudah dan cepat, resepi pun ringkas saja, mmg sesuai utk ank2 yg nak belajar....rasa coklat dan pisang..cuba jgn x cuba..duduk lepak2 ptg ni boleh ngap dua, tiga ketul

lecek pisang kasar-kasar sikit baru npk pisang di dlm nya

Resepi :Sheila - Nshafea.blogspot.com
Bahannya
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula - boleh di kuranghkan
1 cawan minyak sayur/minyak jagung
2 biji telur
1 sdt asen vanila
2 biji pisang di lecik kasar
Caranya
Panaskan oven pada suhu 170', sediakan paper cup
Dalam bekas ayak tepung dan serbuk koko kemudian masukan gula kacau sebati
Masukan minyak, telur, asen vanila kacau lagi hingga semua larut
Masukan pisang yg di lecik kasar gaul sebati
Isikan kedlm paper cup dengan adunan 3/4 penuh
Bakar selama 15- 20 minit

Isnin, April 25, 2011

Muffin Coklat Yani



Besua kembali..lama2 kat dapur tadi ni lah hasilnya.... tekak ni mmg megada2 pantang npk aje semua nak ngap.. camne nak diet kalau macam ni gayanya hehehehe...geng2 masak tayang juadah yg sdp2 pulak tu..hemmm tegoda tau..x kuat iman betul leee waaaaaa....nasib baik penghuni dlm rmh ni ada yg hantu coklat...kira x sia-sia juga le membuatnya..last week npk kat rmh nOOrsha pehhh baru sikit godaannya... lepastu smlm tunjuk kat shafiq & sofea pula heheh muffin ni ada kat rmh antie Hause pula lahaiiii..hemm apa lagi....sofea pun hari ni siap pesan nnt balik dari school nak negok muffin coklat dah siap hemmm amboi, amboi, amboi dia....

Ok le bebalik pada muffin ni..mmg betu le kata Sue muffin ni kaya dgn rasa kecekolatannya (bahasa baik punya heheh) terasa sungguh mungkin guna cklat masakan kot.. tu yg rasa kesedapanya lebih sikit..tentang moist tu mmg x di nafikan leee lembut...kredit pada tuan punya resepi Yani bos MyR..kat cini pun nak letak jugak resepi lah... snng buat rujukan mana tahu nak buat lagi nnt....

taburan kacang almonds cincang

MUFFIN COKLAT
Resepi: Yani@myresipi.com
By:HaSue@sue.hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 10 biji )
* 200g coklat masakan
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
3. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
4. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
5. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
6. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.


Jumaat, April 22, 2011

Blended Orange Cake (versi Muffin)

Assalamualaikum, salam utk semua di hari jumaat...kek ni baru nak sampai dapur kita, buah oren sudah mariiiii... betul lah mudah jeee membuatnya, dapur pun x bekecah...sekelip mata dah siap, sekali bancuh aje..kalau le ada resepi lain yg macam ni pakai blend kan best heheheh....time darurat tetamu nak dtg boleh buat ...tp kenaleh ada bhn2 yg penting kat dapur tu kan heheheh saja buat dlm paper cup nak negok menjadi ke idak..Alhamdullilah jadi juga..masih lembut walau di buat mlm tadi, ingat nak buat utk mkn2 b'day nnt kek ni...Tq pada Kak Fida MyR dan HaSue yg populerkan resepi ni....
Blended Orange Cake
Resepi:Kak Fida@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
* 1 bji buah limau
* 1 cawan minyak
* 2 cawan gula halus > hasue guna 1 cawan aje
* 3 biji telur
* 2 cawan tepung gandum*
* 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
hasue tambah sedikit pewarna oren

Cara-cara
1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2 Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
di atas tu sy taburkan kulit limau yg diracik halus...
Sdplah kek ni..wangi bau oren tu, Mr.laling yg x mkn kek pun cuba rasa seketul je terus tepikat, mama... abe bwa dua ketul ye ke opis ye....

Rabu, April 20, 2011

Turkish Yogurt Carrot Banana Muffin

Assalamualaikum semua selamat pg...pasti semua dah besarapan ye .... wah, wah, wah meriah pagi ni di rmh kekawan... ada yg buat cekodok durian, meroti, memuffin mcm saya hehehe, ok smlm kes kak Ummi tayang maffin... terus jatuh cintan ..cantiklah tu... bhn2 pun semua ada, mlm tadi bila semua dah masuk tidur sy pun apa lagi mulalah mengodek2...ingatkan punyalah lama kat dapur rupanya sekejap aje siap..negok pada bhn2nya macam byk aje bederet...perlu cuba mmg sdp lembut gebus.. yg penting ada rasa pisang dan keragupan dari kacang badam diatas.. terasa lemak2 gitu....ada separuh lg tinggal yg lain dah kena rembat bawa bekal..insyaAllah nak bwt lagi muffin ni utk di bawa balik ke Temerloh minggu dpn....tq Kak Ummi izinkan saya copi resepi yeee

TURKISH YOGURT CARROT BANANA MUFFIN
Sumber: Koleksi Kek dan Muffin @ HomeSweetHome

Bahan A:
* 125 gram mentega tanpa garam (akak guna Golden Churn)
* 130 gram gula perang (yg ni x ada, so guna gula biasa aje)

Bahan B:
* 100 gram yogurt asli (akak xda stok, guna perisa strawberi..no harm..hehe)

Bahan C:
* 330 gram tepung naik sendiri
* 1/2 sudu teh baking powder
* secubit garam

Bahan D:
* 200 gram pisang ranum yg dilecek (akak guna pisang berangan)
* 60 gram lobak merah yang diparut

Bahan E:
* 80 gram kismis sultana

Bahan F:
* 80 gram susu segar

Hiasan:
* 80 gm badam cincang
Cara membuatnya:-
1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180 C. Sediakan dulang pembakar muffin atau cawan muffin/cawan kertas.
2. Pukul bahan A hingga adunan menjadi gebu dan ringan.
3. Masukkan bahan B dan gaul hingga sebati.
4. Bahan C diayak dan masukkan ke dalam adunan bersama bahan D dan E. Gaul bahan tadi hingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan bahan F dan kacau sebati lagi.
6. Sudukan adunan ke dalam bekas muffin paras 3/4 dari bekas. Taburkan badam cincang di atas adunan dlm cawan muffin tadi.
7. Bakar pada subu 190 C (*ikut kesesuaian oven masing-masing) selama 25 - 30 minit (*akak set 20 minit jek) hingga muffin masak sepenuhnya. Sejukkan di atas redai. Sedap dimakan suam-suam gitu...Selamat Mencuba!!
Cantik tersenyum merkah

Rabu, Mei 19, 2010

Muffin Coklat Moist

N3 muffin coklat moist utk minum2 ptg ni..hemmm seleranya..nak ke mari cepat nnt habis masih panas lg ni..x payah nak hias-hias ni pun dah cukul sdp, tapi hahaha ada tapi jugak ni..sat lagi nak bancuh air panas kena buat yg kurang gula, muffin ni ade kemanisan sikit..
Bahannya
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula - boleh kurangkan
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan minyak sayur/masak
  • 3 biji telur
  • Panaskan pegukus dan balut tudung dgn kain
  • Satukan tepung kek, serbuk koko, gula hingga sebati
  • Dalam mangkuk satukan susu cair, minyak, telur, pukul sebati
  • Masukan air panas dan kacau lagi
  • Masukan tepung sedikit demi sedikit kaup dan balik
  • Bolehlah di masukan dlm cup dan kukus selama 15-20 minit



Selasa, Mei 11, 2010

Blueberry Muffin

Salam semua..lama x membaking..negok time sempat lagi sebelum masuk beradu mlm tadi..time nak membakar pun kejap je, Resepi dari rmh Yatie73 - Sinar Kehidupan pee dah rasa pg ni mmg sdp leee dan kena pada tekak sy..rasa lemak susu tu yg buat laku ..ingatkan buat pg ni utk bf x berusik langsung maklum le manu yg manis.. rupanaya laku juga, disini saya intikan dgn strawberry jam yg di lembutkan, rasanya.kena buat lg niii hehhe Tq Yatie73 kerna konsi gan kita semua resepi yg sdp ni..
Bahanya
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 sdt baking powder
  • 1/2 sdk garam
  • 1/2 cawang gula
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1/3 minyak sayur
  • 1/2 cawan fresh blueberry-sy guna Strawberry jem yg di lembutkan
  • Panaskan oven pada suhu 205'C - sy guna 180'C
  • Dlm mangkuk campurkan tepung, garam, baking powder, gula
  • Buatkan lubang ditengah
  • Dlm mangkuk lain pukul telur sedikit  masukan susu dan minyak
  • Barulah dituang kedlm mangkuk yg berisi tepung
  • Gaul guna whisk sehingga sebati, jangan di pukul sekadar gaul dgn whisk, adunan akk nkp beketul sedikit gaul sebati jgn guna mixer
  • Tuang adunan 3/4 kedlm muffin cup- sy masukan dua sudu adunan kemudian 1 sudu bluberry jam kemudian tutup semula dgn 2 sudi adunan lg
  • Bakar selama 25 hingga 30 minit..




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More