Salam besua kita di pg rabu...selamat bepuasa pada rakan2...kek godaan dari Dj...mmg semlm x tertahan menegoknya...kirim kat bos balik koje jangan lupa singah belikan kaya..........mlm td jugak projek megukus...pg ni dah di rasmikan.....sdp sagat terasa enak nescafe tu...rasanya kalau letak lebih sikit nescafe lagi terasa...sy letak dlm satu sudu kecil ingat kan nnt letak byk takut pahit....tp kita x berapa puas hati lagi lah, bab melapis x secantik cam Dj punya... Dj punya same aje ratanya......kegebuan serta rasa dah mmg cun sgat...manis pun kira ok2 lah....x nak manis boleh kurangkan gula...
Kita nak ulang balik buat kek ni ...nak bg rasa betul2
happy...Tq Dj...kita shere resepi di sini ye.........
Kek Lapis Happy Day(kukus)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan : loyang 6" x 6"
3/4 cawan tepung superfine (diayak)
1/2 cawan tepung gandum (diayak)
5 biji telur A
225 g mentega berkualiti tinggi
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan serikaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla
2 sk serbuk nescafe
pewarna hijau (DJ campurkan dengan pes pandan), merah, kuning dan coklat
Cara-cara :
Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Balutkan penutup pengukus dengan tuala bersih. Sediakan loyang kek. Alaskan dengan kertas serap minyak dan sapukan mentega serta ditaburkan dengan sedikit tepung.
Putar mentega bersama gula hingga gebu dengan kelajuan maksimum. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan.
Masukkan susu pekat dan putar lagi.
Masukkan serikaya dan putar lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
Warnakan hijau, merah, kuning dan satu adunan lagi dicampurkan dengan pewarna/perisa coklat dan serbuk nescafe (kacau sebati). Kemudian setiap adunan dibahagi dua lagi supaya menjadi lapan lapisan. Tapi kalau nk buat 4 lapisan saja pun boleh.
Untuk lapisan pertama, tuangkan adunan warna kuning dan ratakan. Kemudian tutup loyang dengan kertas foil tetapi hendaklah direnggangkan. Kukus selama 5-7 minit atau sehingga adunan dah tak cair. Kemudian buat lapisan keduanya. Ulangi proses sehingga habis. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 20 minit lagi supaya kek masak sempurna.
Setelah masak, tutupkan api. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Kita happy sikit ajeee sbb kek menjadi...nak happy byak kenalah kek tu menjadi betul dan lapisan pun cantik rata.....kena cuba lg ............layan