Ahad, Ogos 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA KAWAN- KAWANG BLOGER


Assalamualaikum, selamat hari raya buat semua kawan-kawan bloger same ada yg follow dan singah saje2...menyusun sepuluh jari ampun dah maaf jika ada salah dan silap dan terkasar bahasa.... Blog Nshafea.blogspot.com akan berehat seminggu dari masak2... insyaAllah kita bejumpa lagi seminggu lepas raya.....

Selamat Hari Raya dari Sheila@Suhella Nshafea.blogspot com

Khamis, Ogos 25, 2011

Biskut Bijan/Bangkit Bijan Moden


Salam besua kembali..akhirnya terbuat juga sekut di saat2 akhir hendah membersihkan oven, last dah malas nak megadap tepung2....kes terbuat sekut ni di sbb ternampak kat rumah Quinnie siang td..negok pada bhn pun simple cara2 buatnya pun npk senang...apa lg terus le megodek tegahari td, dan siap pukul 4 ptg ni..sekut ni terus simpan x ada nak usik2...raya nnt baru kuarkan...kalau nak rasa seketul dua boleh le lepas bebuka nnt...tp negok pada bau dan keragupan sekut ni cam sdp jeeee...cuma kat sini saya letak perasa oren dan warna oren....yg lain2 semua same...


Biskut bijan/bangkit bijan moden

Resepi: kakbesah@myr
by:quinnnie@qasehququinnie.blogspot.com


Bahan-bahan ( lebih dari 100 kping )
1 buku butter/1 cawan majerin
1 cawan mumbung gula icing/1 cawan rata gula galus
2 biji kuning telur
1 sudu teh pewarna hijau - Sy letak perasa oren dan pewarna oren
2 cawan rata tepung gandum
2 cawan rata tepung ubi
2/3 cawan bijan.(kurang pun bleh) - disangrai hingga kekuningan.
lebihan bijan & putih telur utk sapu
1 sudu teh baking powder-diayak bersama tepung2 td.

tunggu nak masuk oven


Cara-cara
putar butter & gula hingga kembang, masukkan kuning telur & pewarna hijau, putar 10 saat supaya sebati.
masukkan tepung sedikit demi sedikit, uli perlahan hingga mnjadi satu doh yg lembut.
campurkn bijan ke dlm doh, gaul hingga rata.
gelek doh antara dua plastik, terap dgn acuan yg disukai.
susun biskut atas dulang yg dah disapu mentega. sapu putih telur dgn nipis dan taburkn bijan diatasnya.
bakar dlm oven yg telah dipanaskn terlebih dulu, 150c. bakar lbihkurang 35 minit atau lebih atau sehingga masak mengikut kebiasaan oven masing2.



Iftar 24- Bubur Cha Cha & Keladi


Assalamualaikum salam sejahtera...N3 juadah bebuka puasa semlm...buat bubur cha cha dan keladi...hemmmm habis seperiuk besar ehhhh ehhhh seperiuk kecik lah...kalau buat dlm periuk kecik mmg le cepat habis kan hhehehh ok nak pulak keladi tu di rebus empuk lg leh sdp...kuahnya letak gula merah tu yg gelap kuahnya...

ok utk hari ni dah mmg x ada apa2 lg nak buat...sekut pun dah x buat lg cukup lah dua jenis tu dpt buat dari hasil tagan sendiri, kalau x cukup kita main kuih tunjuk2 jelah...cuma yg lebihnya saya buat kudap2 seperti popia pedas, kuih tiram dan rempeyek...cukuplah...mana yg temampu...pekakas dah siap basuh dan simpan, oven pun dah siap lap...so tingal nak megemas dan melipat baju2 dan segala suku sakat masuk beg je....satu lg sebelum balik kemas rumah dulu....nnt bila dah balik KL x lah penat nak kemas lg....ok SELAMAT BEKEMAS


Bubur/Pegat Cha Cha keladi
Resepi: Yatiememories


Bahan- Bahan
1 ketul keladi sederhana besar
1 cawan bubur cha cha
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
3 helai daun pandan- di simpulkan

Cara Menyediakannya.
Keladi di bersihkan, potong dadu besar, rebus sehingga empuk dan toskan.
Dlm periuk lain, rebus bubur cha2 sehingga empuk, dah siap, lalukan kat air dan toskan.
Masak gula melaka dan gula pasir bersama 1 cwn santan cair, tapiskan.
Satukan keladi dan bubur cha2 yg telah di rebus ke dlm periuk.
Masukkan santan cair selebihnya ke dlm periuk dan tambahkan daun pandan yg di simpul.
Masukkan pula air gula tadi. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.
Biarkan mendidih sambil di kacau rata. Setelah siap, tutupkan api dan bolehlah di hidangkan.


Selasa, Ogos 23, 2011

Iftar 23- Nasi Belauk


Besua kembali...sekali lagi seperti yg di beri tahu tadi hari ni dapat dua manu masakan dari dapur kekawan...ider pun dah dtg ...kita buat Nasi Belauk pula, manu dari pantai timur.....hehheh padahal manu ni biasa je...cuma kita je yg jarang buat...bukannya x ada tekak pantai timur dlm rmh ni...ada siapa lg Mr.N lah org sana, cuma wife dia je yg x selalu buat eehhehee...ok idea dan resepi ni datangnya dari Kak Azlita kita tu..yg mana big bosnya pun org pantai timur jugak....senang x byk lauk nak masak cuma buat gulai ikan, ulam timun, sambal belacan, kopok dan lauk tambahan aym goreng berempah beriani tu...hemmmm selera lajukan kalau ada sambal belacan...Tq Kak Azlita bg ider...


GULAI NASI BERLAUK
by: Marjina
Resepi : Kak Azlita


Bahan-bahan ( 3 orang )
4 ekor ikan kembong - bersihkan
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 hiris lengkuas
1 hiris asam keping
1 sudu kecil cili blender
1/2 tin santan - about 200 ml
1/2 cawan air
sedikit serbuk kunyit
cili merah

Masukkan ikan dalam periuk
Blend semua bahan-bahan kecuali asam keping dan cili merah. Masukkan dalam periuk berisi ikan tadi.
Tambahkan cili blender,air,santan dan asam keping. Masuk serbuk kunyit.
Masak hingga kuah pekat. Kacau sesekali. Elakkan dari terkena ikan. Biarkan kuah menggelegak dan menjadi pekat.
Masukkan garam dan sedikit gula mengikut rasa.
Tutup api dan hidangkan.
Makan bersama nasi kukus
Sangat sesuai dihidangkan dengan timun, sambal cili dan budu.

Ada budu lagi kawww kawww


Iftar 23- Ayam Goreng Berempah Beriani


Assalamualaikum...di saat nak penhujung ramadhan ni...buntu juga ider nak memasak...mujur ada dapur masakan kawan2 yg membantu...so hari ni dapatlah ider masak dua jenis manu....npk je DayangJack tayang ayam goreng berempah beriani terus dah tepikir utk bebuka nak buat...mmg bebaloi ragup dan terasa rempah2 yg di perap tu....Tq DayangJack.....lepas juga manu lauk utk bebuka hari ni


Ayam Goreng Berempah Beriani
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang


Bahan-bahan :
1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
sedikit air sejuk (jika perlu)
garam dan gula secukupnya

Bahan-bahan kisar :
6-7 batang serai
6 biji bawang merah
1 inci halia
4 ulas bawang putih

Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.


Iftar 22 - Ayam Masak Padang


Assalamualaikum...n3 manu bebuka puasa semlm...semlm mmg kita x sempatan nak jeguk dapur kedua ni...ada sikit kesibukkan melanda....ok lauk ayam ni rasanya ada cam rendang sikit mungkin sbb dari segi bhn kisar nya seakan same, cuma x di letakkan kerisik...dan juga bekuah , tp tepulanglah mana yg nak buat kuahnya pekat pun boleh...rasanya sdp dan wagi dari daun limau purut....Salah satu resepi masakan jawa kata yg tukang masaknya...kemarin npk manu ni kat rumah Normah@Cendana Kasih terus hajat nak menerai rupa nya ada juga kekawan yg lain dah mencuba resepini nOOrsha, DJ DayangJack, Lina pg... so kita dah try mmg kena juga dgn selera keluarga.. Tq Normah


AYAM MASAK PADANG

Bahan-bahan
1 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
5 helai daun limau purut [koyakkan]
2 batang serai [ketukkan]
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
10 biji ciliapi [biarkan sebiji-sebiji]
2 biji tomato [belah 4]
1 keping asam keping
3 s/b minyak
garam

Bahan-bahan diblender halus
10 biji cili api
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan serai yg diketuk.
2. Bila dah naik minyak masukkan ayam dan biarkan sekejap.
3. Masukkan santan, daun limau purut, tomato. asam keping dan ciliapi.
4. Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga mendidih dan naik minyak dan pekat.




Isnin, Ogos 22, 2011

Popia Pedas (Untuk Raya)


Assalammualaikum...kemarin buat 2 jenis sekut....padahnya buat awal2 dah tingal suku balang hemmm rasanya nak sampai raya mmg x sempat le menjamu tetamu gan sekut buatan sendiri...puas dah simpan dan puas dah pesan x jln jugak...x pelah ada yg nak makan bg jelahhhh...so utk yg ni mmg dah buat lebih dan di asing kan dua bekas, satu utk mkn sendiri2 dan satu lg khas utk hari raya...yehhhhh siap juga.....kalau benda sdp kena buat lebih kan kan kan hehhehe x susah membuatnya, ank dara menolong cepat lah siap.....lebihan sambal tu disimpan ..mmg ada cadangan nak buat lg popia pedas ni....kalau ada yg suka manis2 boleh le di sira gan nestum atau Holicks...resepi dari Mas Duniaku tq yeee...sekeluarga suka kudap2 mcm ni..

Mula2 gulung kulit popia sampai habis

Siap di gulung, gunting serong-serong pulak

Goreng hingga kekuningan, pastu gaulkan dgn sambal yg di tumis tadi, masukan bijan gaul sebati bg semua besalut dan sejukan dlm bekas

Popia Pedas
Resepi : Mas DuniaKu


Bahan :
1 bungkus besar kulit popia
1 biji telur - pukul sikit / bancuhan tepung gandum pun boleh

Bahan untuk cili :
4 sudu besar cili kisar
1 biji sederhana bawang besar - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
sedikit udang kering - tak nak letak pun tak pe
garam secukup rasa
sedikit kiub ikan bilis
5 sudu besar gula

Bahan sampingan :
ikan bilis - basuh, toskan dan goreng garing
kacang tanah - goreng tanpa minyak
bijan - goreng sikit tanpa minyak - sy letak bijan je

Cara membuatnya :
Ambik sehelai kulit popia dan gulung, kemudian lekatkan dengan telur / bancuhan tepung gandum.
Kemudian gunting serong - serong hingga habis dan goreng dalam minyak penuh hingga warna keperang - perangan.
Angkat dan toskan sebentar. Jangan biarkan terlalu lama diluar. Sesudah habis goreng semua popia terus buat sambal.
Tumis semua bahan2 kisar dan masukkan garam secukup rasa dan kiub ikan bilis, kacau, masukkan gula dan kacau lagi, biar hingga pekat dan gula hancur, tutup api dan terus tuang popia yang digoreng tadi, kacau sebati...masukkkan juga ikan bilis, kacang tanah dan tabur bijan jika suka.
Biarkan sejuk sebentar dan terus simpan dalam bekas bertutup rapat.





Ahad, Ogos 21, 2011

Iftar 21 - Nasi Lemak Halba


Salam N3 sekali lg, dah kekenyangan ke tu...mata pun makin kecik je kan hehehheh... ok td buat nasi lemak utk bebuka dan lauknya mkn besama ayam goreng daun pandan....beselera negok family mkn sampai betambah2...tuan yg buat tolong ambik bau jee...x dpt mkn maklum le tgah proses megecikkan diri hehehhe tuan rmh ada makanan special hehehe...setakan lauk tu no hal jamah jeeeee....kali ni buat nasi lemak letak helba sdp bau nasi wangi aje..lauk2nya seperti biasalah kan..dan kali ni buat ada sayur kangkung goreng....jom layan.....


NASI LEMAK HALBA
Resepi : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, rendam 30 minit dan toskan
6 cawan santan
1 biji sederhana bawang besar, belah 4
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik
1 inci halia, hiris nipis
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca teh halba, cuci dan toskan
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Timun, dihiris
Telur rebus, belah dua
Sambal tumis,
Ayam goreng (optional)
Ikan goreng (optional)
Ikan bilis goreng (optional)
Kacang tanah goreng (optional)


CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan beras dan santan dalam rice cooker, masukkan semua bahan2 lain dan garam secukup rasa. Masak seperti biasa hingga nasi tanak. Biar kering dan masak betul2. Karih nasi dengan chop stick, pastikan gaul 3-4 kali saja, kalau lebih gaul nanti beras patah2 tak cantik..
Hidangkan bersama bahan2 sampingan...Sedap dimakan panas.....



Iftar 21 - Ayam Goreng Daun Pandan


Assalamualaikum semua..besua kembali...utk juadah bebuka hari ni buat lauk Ayam Goreng Pandan...lama juga x grg ayam mcm ni... nak pulak saya perap kan ayam tu dari pukul 2pm dan mula mengoreng pukul 6.45pm mak hai baunya jgn cakap le wangi......tambahan pulak dengan rempah2 yg di salut tu..mmg semerbak bau...resepi asal dari Che Iza dan saya ambik dari dapur Fiza Nordin....sdp, ank pun request suruh grg mcm ni lg


AYAM GORENG DAUN PANDAN
Resepi : Fiza Nordin

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (1kg)
* 3 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
* 1/2 inci lengkuas
* 2 batang serai
* 1 sk ketumbar
* 1 sk jintan manis
* 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
2 sb santan pekat (optional)
1 sb madu
garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
daun pandan


Cara-cara
1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
2. Tumbuk/blend semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
3. Buat poket dengan daun pandan dan masukkan ayam dalam poket itu.
4. Balut ayam dengan daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
5. Cucuk ayam yang telah siap dibungkus dengan lidi supaya ayam tak terkeluar.
6. Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
7. Siap dibungkus, goreng hingga golden brown dengan api sederhana.


Areen Dah Pandai Meniarap


Haiiiiiiiiiiiii semua Areen dah pandai meniarap skrg..maklum le dah masuk lima bulan minggu kemarin... ni jelah kerja nya..pantang letak terus goleh kan badan...dah x boleh letak kat tepi katil nnt bedentum ke bawah....kena negok-negok kan selalu...silap pandang dah ketepi....* mama letak lah tilam kat bawah senang sikit Arren nak golek2 *.....thn ni dapat lah Areen beraya yeeehheyeye baju pun mama dah belikan...byk pasang tauuuu ... jgn mare ye Abg & kakak..lalallalala kasut, stokin pun yg baru...x sabar Arren nak pakai...ok nnt minggu depan Areen dtg lg,leh ceta pasal raye pulak bye - bye


Sabtu, Ogos 20, 2011

Biskut Susu @ Milk Cookies


Besua kembali....bila dah sdp nak membako , asyik bako je kerjanya....senang sekali jln ...dah siap baru leh cuci oven dan kemas...mana tahu nnt dekat nak raya ada yg teringin nak membako kek mekek pulak....ni projek selepas bebuka mlm td...buat sejenis aje...x larat lah nak buat byk2 jenis...Bby Areen pun dah pandai tejerit megacau....asalnya ingat nak try guna acuan semperit...cari punya cari x jumpa...alih2 masuk dlm plastik sumbat nozel dan picit jadi le bentuk seperti ni...ok gak kan npk cute...sekut ni boleh dikatakan ragup juga tp bila masuk kemulut lembut dan cepat cair, rasa dah tentulah sdp kan rasa susu...cek kak kita Kak Nor & Mas Duniaku pun dah pernah buat sekut susu ni...tp dia org buat letak warna2...sy buat plan aje nak bg npk cam warna susu....kira oklah kan ikut cita rasa masing2...


Biskut Susu @ Milk Cookies

Resepi: Merpati 66 myresepi
Sumber : Kak Nor67
sumber : Mas Duniaku


Bahan-bahan ( satu adunan boleh dpt hampir 100 biji ) :
250grm tepung jagung
1 tin susu pekat manis (yang kecik jgn abiskan)
1 sudu baking powder
butter /marjerin untuk uli tepung
perwarna - ikut suka * sy x letak


Cara-cara :
Gaulkan tepung + susu pekat manis.
Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh .
Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai
Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar

Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan..


Jumaat, Ogos 19, 2011

Iftar 19 - Popia Besira Pedas


Assalamualaikum, Besua kita kembali di ramadhan ke 19....utk juadah bebuka hari ni buat popia pedas...kalau kuih2 cam gini mmg laku.... rasanya mmg ragup yg penting ada pedas ...buat cam ni snng x payah nak makan cicah-cicah lg dgn sos....tp sambal tu biar kena betul2 pekat bila pegang rasa lekit2 gula... dan ada rasa manis2 pedas baru sdp..kalau basah nnt kulit jadi x ragup bila disaluti sambal...resepi ambik dari dapur Dek Hana ..kes rindu kat Hana ni...moga Hana sihat di samping family dan happy dgn tugas2 yg di sandang sekarang.....ok jom layan juadah ni....


RESEPI POPIA BERSIRA PEDAS
source : hanamemories.blogspot.com


Bahan-bahan

kulit popia secukupnya

BAHAN INTI
1 batang carrot - dihiris halus
satu mangkuk kubis yg dihiris halus
segenggam atau lebih taugeh
1 biji bawang besar - mayang
1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan dan blend
1 sudu mkn sos tiram
garam
perisa@gula sedikit

BAHAN SAMBAL
2 sudu besar cili kisar
1 sudu makan bawang merah dan putih kisar
2 sudu besar sos cili @ sos cili thai
secubit belacan - jika suka
1sk air asam jawa
1sm gula melaka racik halus@gula putih
garam
bijan - sy x letak just tabur dgn daun bawang racik & bwg grg..bau wangi aje


Cara-cara
Cara penyediaan inti popia - Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan udang kering kisar. kacau rata. Masukkan pula lobak merah. Biarkan sebentar kemudian masukkan kubis dan taugeh. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula (jika suka). tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi kemudian gulung kemas dan goreng hingga kekuningan.
Cara penyediaan sambal - Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih, kemudian masukkan cili kisar dan belacan. Masukkan sedikit air asam jawa dan juga sos. Kacau. Masukkan gula dan sedikit garam. Suaikan rasa pedas dan manis. Masak hingga sambal agak pekat dan kering. Masukkan popia yg sudah digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan.Gaul.
Hidangkan.

NOTA : untuk menghasilkan popia yang sentiasa rangup selepas disira, pastikan sambal ditumis agak kering dan tidak terlampau basah, baru masukkan popia. begitu juga inti... toskan air sayur jika ada yg boleh membuatkan popia jd lembik selepas disira.


Biskut Kurma Arab


Assalamualaikum...sepi seketika merehat kan minda....n3 sekut yg petama....negok sana sini kekawan dah dok ramai yg membako sekut...kita ni x lah semahir kekawan semua....buat sekut pun kena betul2 negok resepi kalau tidak alamat x menjadilah...mmg ade cadangan nak kasi pehabiskan kurma 3 kotak dlm peti yg x berusik tu...kurma2 tu bukan di beli pun..syarikat kerje Mr.N yg bagi utk staf2 mereka setiap tahun...memandangkan kurma2 tu x berusik so kita pun tepikir nak buat sekut kurma...jumpalah resepi yg npk menarik di dapur Along Roz....kita bg cincang kurma tu banyak2..negok le rupa sekut tu penuh gan kurma...sdp jugak ada rasa sapi dan npk derai...tp bukan hancur ye...tq Along Roz...


BISKUT KURMA ARAB
RESEPI: ALONG ROZ


(>120 biji)
BAHAN2:
150g Kurma - cincang*
50g Kcg Tanah - panggang & tumbuk* (*gaul)sy gaul sekali dlm adunan
120g Minyak Sapi
75g Mentega
100g Gula Aising
175g Tepung Gandum
250g Tepung Jagung
2 Kuning Telur


CARA2:
1. Pukul minyak sapi, mentega & gula sehinga kembang.
Masukkan kuning telur & tepung.
Gaul sebati.
(Along tak ikut cara ni. Along cairkan minyak sapi & butter & lepas tu baru gaulkan dgn bahan2 lain. Adunan nya agak kering, jadi Along tambah minyak matahari sehingga mendapat doh yg lembut).

2. Bulat2kan, leperkan & isi dgn kurma & kcg & bulatkan semula.
Susun dlm talam pembakar.
Bakar 160C 15-20 min.
Golekkan atas gula mesin.
Sejukkan sebelum di simpan dlm bekas kedap udara.

* Cara No.1 sy ikut mcm yg Along buat....


Selasa, Ogos 16, 2011

Iftar 16 - Puding Keju


Assalamualaikum besua kembali di ramadhan ke 16...seperti biasa kalau x ada dessert2 ni mmg x sah....resepi yg dah lama negok kat rmh kekawan..cuma kita je yg x terbuat2 lg...memandangkan semua dah cuba dan kata sedap kita pun cuba lah buat puding keju utk bebuka puasa td........hemm hemm hemmm sambil menikmatinya sampai tetutup2 mata...lazat mak datin hehhhhhhh sasul pulak Sdp mak datok hhehhhehehe...tq pada yg mencipta resepi ni....


PUDING KEJU
resipi : AlongRoz
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Saiz 8" persegi
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ~
50g Mentega


CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.

* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)

** utk menghasilkan Puding Keju (Lapis Coklat), bahagi dua adunan dan satu bahagian dimasukkan 1 1/2 sudu besar choc emulco/chocolate paste dan mix hingga sebati. Kemudian bolehlah melapis adunan tu secara selang seli.

yg plastik ni guna mould biskut

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More