Memaparkan catatan dengan label mee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mee. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 21, 2013

Laksa kari Ala Cina

Salam Sejahtera


Semalam pg npk resepi ni kat rmh Kak Zana Fahmi..terus tepikir wahhh bolahlah cuba buat hidangan bebuka...dlm tegahari g kedai cari bahan2..tu pun ada yg x mencukupi kat kedai sebelah rmh, udang dah habis....ada udang lg sdpkan :-)....npk resepi pun x lah susah mana lebih kurang kuahnya mcm kari ayam aje..pastu mkn sama laksa...satu kelainan x pernah lg rasa tu yg nak menerai....boleh tahan juga sdpnye mmg ada ala2 mee kari cuma bhn hias tu ikut sama hiasan laksa asam..letak bawang, timun, cili, limau potong,...sdp lg kuahnya ada rasa pedas dan masam masin tambah sikit lg garam..tp jgn le telampau byk letak masin pulak kuah kari, kira agak2 le sesuai dgn rasa.....laksa putih kan rasanya tawar..so bila dah di letak kuah kena lah ada rasa masam2 sikit...baru sdp mkn, resepi asal dari dapur Tun Talani yg di ambik dari buku masakan yg di belinya tq Tun..kalau nak tahu rasa cuba lah buat ye :-)


KARI LAKSA ALA CINA
@blogsurirumah
sumber : Tun Telani

Bahan A

2 ketul leher ayam - tun guna 1 dada ayam
6 cwn air
1/2 cwn minyak masak
2 cwn santan

Bahan B
1/2 labu bawang besar
1 inch halia
1 btg serai
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering - sama mcm tun, 2 sb cili mesin
1/4 cwn udang kering

Bahan C
3 ekor udang
2 sudu makan isi kerang - yg ni takde
3 bj bebola ikan - pun takde

Bahan D
1 inch kulit kayu manis
1/2 cwn serbuk kari daging - tun letak 2 sb
15 helai daun kari

Bahan F
2 cwn laksa- rendam dlm air panas - tun guna laksa kering, rebus
1 bj telur rebus
2 sb hirisan timun
1 bj tauhu pok
1 tangkai daun sup
1 sk bawang goreng

Cara2:
Panaskan minyak dan tumis bahan B yg telah dikisar hingga harum dan kering
Masukkan Bahan D, ayam, dan kacau.
Masukkan santan, tutup periuk dan kecilkan api. Masak 10 minit hingga santan pecah.
Masukkan air, bahan C dan E. Masak selama setengah jam - tun masukkn tauhu pok sekali.
Masukkan bahan F dlm mangkuk dan tuangkan kuah.
Tabur bawang goreng dan daun sup.


Jumaat, Jun 14, 2013

Mee Udang

Salam Sejahtera


Alhamdullilah betemu lg di jumaat yg indah...cadangan suruh buat dari mlm td...balik sklh x nak mkn nasi...abg, kakak nak mkn mee udang katanya....siap sudah sajian utk teghari ni, abg kata balik lepas solat jumaat baru mkn, kakak pula sampai rmh bersihkan diri terus nak mkn ..x sabar katanya bau kuah yg harum di dapur heee...mmg sdp tau walau pun ada yg x lengkap, tauhu grg jeee...mkn mee udang ni sdp letak kuah lebih2...rasa kuah dari udang tu yg buat manis....nak pulak kuah tu pekat2 dgn rasa kentang,,kita suka letak tauge dan bwg gereng lebih...baru syok...cuma satu je x ada cili jeruk..apa pun ni dah cukup sdp juga..resepi yg mudah ni kita ambik dari dapur Dayang..rindu pulak masakan dari adik seorng ni...miss u...jemput semua :-)

Mee Udang

Resepi : Che' Iza@Myr
Sumber : DayangJack@DapurKu SaYang


Bahan-bahan: ( 3-4 org )
1/kg mee kuning
300 gm udang saiz L
4 sb lada boh / lada giling
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 sb udang kering (DJ tumbuk halus) - sama juga letak lebih dlm 2 sd
*1/2 inci halia
1 sb petis (DJ guna belacan bakar) - guna belacan
3 sb sos tomato
1 sb sos cili (DJ letak lebih sket)
keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
gula n garam
taugeh n sawi
daun bawang n bawang goreng

Bahan-bahan yg DJ tambah : sy ikut
kiub ayam
sos ikan
kentang (direbus empuk dan dikisar dengan sedikit air)
tauhu goreng
telur

Cara-cara
Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap....
Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng....


Isnin, Mei 20, 2013

Mee Celup


Assalamualaikum salam sejahtera di pg isnin .. mulakan tugas harian seperti biasa mana yg bepuasa sunat rejab..selamat menjalani puasa ye :-)...n3 hidangan kelurga semlm merangkap dinner sekali..kebetulan abg sulung dtg..rezeki sekelurganya merasa langkah kanan tu...mak hai kak ipar sampai dua kali tambah npk heee :-)...Kalau balik kelantan mesti nak terjah mee celup ..sana punye mee celup pehh kaw kaw sdp...nak pulak mkn sampai berasap pedas pee peluh leleh2 lg......kiranya ni nak lepaskan hajat jugak le lama x balik sana...adalah satu dua bhn yg x mencukupi syarat...apa pun yg penting menjadi dan sdp dimkn ...mee celup ni nak sdp lg letak jeruk asin cincang, ikan bilis grg, kecang tumbuk, bawang putih grg pastu letak sambal atau serbuk lada satu lg cili jeruk...pehhh menyegat tau...bhn2 sayur pulak kangkung celur dan tauge....cuma kat sini saya x letak ikan bilis grg dan jeruk asin sbb x ada stok...mari2 adik kakok kito pakat2 layan ye...resepi ni terjah kat dapur Noormah Cendana Kasih...tq dik..


Mee Celup
Sumber :  Cendana Kasih

Bahan-Bahan:
Mee kuning/bihun/kuew tiew
lobak jeruk cincang
Ikan bilis goreng - sy x letak
Sayur kangkung - di celur
Kacang tanah goreng - di tumbuk
Tauge
Sambal cili/Cili Jeruk/Limau nipis
Bawang putih digoreng

Bahan Sup:
Daging - sy rebus dulu dan potong nipis2
Perut - x letak
Paru - x letak
Bebola Daging
Rempah sup - sy guna rempah sup serbuk

Cara: 
Terlebih dahulu sediakan sup. Rebus perut dan daging hingga empuk. Rebus bersama rempah sup (bunjut).
Kuah Sup tu mcm biasa tumis bhnnya seperti biasa ye...

Cara-cara menyediakan mee celup:
1) Ambik mee kuning dan kangkung celupkan ke dalam kuah sup.
2) Lepas tu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas) serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, perasa (garam,gula dan serbuk perasa), daun bawang dan perahkan sedikit limau nipis.

Cadangan Hidangan: Dihidangkan ketika masih panas. Lagi terangkat sekiranya sup menggunakan air rebusan gear box dan lemak dicampur sekali..- sy x letak pun lemak2 tu...


Rabu, April 24, 2013

Mee Rebus


Salam ceria..lama pulak x pekena manu mee... ni manu buat mkn mlm semlm....terigin nak mkn mee rebus yg ada kerepek/keropok ragup tu....kalau mkn mee rebus johor ke mamak ke mesti letak bhn2 penuh satu pingan...mkn sorg pun x habis..menimbun sepinggan u :-)...nak pulak letak kuah lebih pehhh sdp tu.....mee rebus ada bebagai pesen separuh resepi ada yg letak biskut merie, udang geragau, nak bg lagi pekat dan bau yg harum...pilih jelah mana yg menepati rasa dan senang di masak...sdp di mkn sama kerepek tepung...nak parah2 kan pun boleh nak letak sekepin2 pun boleh...janji sdp di mkn ..


Mee Rebus

Bahan-bahannya
Mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus
4 biji keledek, direbus - dikisar
1 cawan tauchu, dicuci -dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Bahan Keropok Tepung
1/2 cawan udang kering, dikisar
4 sudu tepung gandum
3 sudu tepung beras
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara untuk Keropok
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul sebati, adunan cair x cair, pekat x pekat..agak2 ye :-)
Panaskan minyak, sudukkan di tepi kuali mcm nak buat rempeyek, goreng hingga garing, angkat dan toskan.

Untuk Hiasan
Tauhu yang digoreng, dipotong kecil
Daun sup
Bawang goreng
Telur rebus
Cili hijau
Taugeh
Limau nipis

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau dan tak lupa juga taburan kerepek tepung


Rabu, Februari 06, 2013

Kuey Teow Goreng Kering


Assalamualaikum...harap kawan2 semua sihat...bz ke, biasalah menjalankan tugas harian ye tak ?...tugas yg mulia utk keluarga...InsyaAllah...request dari ank suruh buat Kuey teow grg kering...hemmm asalnya nak bawa bekal ke sklh sebenarnya heee....malas katanye nak ke kentin tunggu lama beratur..bawa bekal senang tinggal duduk mkn je..ok kali ni sy guna kuey teow yg halus yg peket gambar kunci...mee kuning, laksa pun ada yg peket cap kunci juga... jenama cap kunci ni ok juga kuey teow, mee laksanya pun lembut......kuey teow grg mkn x sambla cili kicap tapi x syok mesti nak ada heee... kalau nak bg lagi best ada cili jeruk pehhhh...


Kuey Teow Goreng Kering

BAHAN :

500 gram kue teow, cuci dan toskan
sayur kubis, carrot, tauge..atau ikut suka
2 biji telur, pukul sedikit
2 biji bawang merah, hiris
4 ulas bawang putih, cincang halus
3 keping fish cake, hiris
1/2 cawan isi udang/isi ayam/daging
1 camca besar sos cili
2 camca besar kicap pekat dan kicap cair
3 camca besar cili kisar


CARANYA
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar , tumis hingga terbit minyak. Masukkan udang, fish /aym/daging biar bhn empok
Tolak ketepi kuali, dan masukkan telur. Biar telur mengeras sedikit dan hancurkan. Gaul rata dan tambah sos cili, kicap pekat dan sedikit kicap cair, kacau rata.
Masukkan kue teow, dan sayuran dan gaul hingga rata, kacau dan masak hingga layu sedikit. Tambah kicap cair secukup rasa, dan masak dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.

Kali Ni buat goreng kering..sdp mkn sama sambal cili kicap



Jumaat, November 02, 2012

Mee Goreng Mamak


Assalamualaikum....besiaran di hari jumaat yg mulia... syukur...skrg ni di tempat saya dah mula turun hujan ....x tahu leee masuk ptg2 atau mlm pasti lebat mcm nak banjir je...x silap separuh tempat di lembah klang dah naik air...so kena le bejaga2 yeee......sejak2  hujan ni mmg terasa sejuk...x tahan sy, siap pakai stokin dlm rmh...:-)....n3 hidangan utk tghari.....kira tghari ni x mkn nasi leeee....buat mee goreng mamak....suka mee goreng mamak yg banyak isi di dalamnya..ada tauhu, tomato dan kuih cucur...goreng garing2 dan mkn sama cili jeruk serta perahkan limau pehhhhhhh superrrrrr :-)...tp kerja lebih le ...kena goreng cucur tepung awal dah sejuk baru belah empat, pastu baru goreng rencah mee....
cucur tepung ni boleh juga makan sama kuah rojak,..dan kalau ada lebih tambahkan sayur, udang dah jadi cucur udang...:-) resepi cucur ni same je mcm buat cucur udang yeeeee..
jemput mkn same.....


Mee Goreng Mamak
Resepi :  Kak Hanieliza
Sumber: Hana

Bahan-bahan
  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging ) hiris nipis - sheila letak isi ayam
  • 100 gm fish cake )
  • 1 cawan taugeh
  • 1 mangkuk sawi [potong kecil]
  • 3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar [cincang halus]
  • 1 cawan putih telur @ 3 biji telur
  • 3 biji cili hijau@merah[hiris nipis]
  • hana tambah tomato
  • sheila tambah dgn cucur tepung
Cara-cara
  • Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
  • Masukkan daging dan kacau rata.
  • Masukkan fish cake. Biar sebentar.
  • Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
  • Masukkan taugeh dan sawi.
  • Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
  • Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata. - sheila masukan kuih cucur yg di potong empat gaul rata bg besalut same telur *kalau masuk awal nnt takut kuih lembik dan hancur
  • Masakkan mee agak kering.
  • Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.


Isnin, Oktober 08, 2012

Meggi Goreng Pedas 2


Assalamualaikum semua...seperti biasa pg isnin sibuk sikit...hemmm n3 hidangan meggi goreng utk sarapan pg...x kira keci besar katakan... rata2 suka makan meggi :-)..sesekali kena maggi mmg lee syok..kita ikut sama resepi mcm yg pernah buat sebelum ni...hemm mana yg x tahan pedas dan x suka pedas tu boleh le kurangkan cili yeee.... tu semua x ada masalah kan kan kan :-)...ok leee negok le maggi goreng ni..kalau rasa terliuq dan teringin nak mkn..buat ye jgn malas2 :-)...ruang sebelah dapur semua dah siap kemas..kita nak ruang depan sat sapu halaman... byk daun2 beguguran x sapu lg dan nak dirus pokok bunga... jumpa lg byeeee:-)


MAGGI GORENG PEDAS
Resepi : Love2Cook

Bahan-Bahan:-
2 bungkus Maggi (celurkan dlm air yang sudah mendidih, dah lembut..toskan) sheila buat 4 bungkus
4 bawang merah (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu besar penuh cili kering kisar/ cili boh
2 biji telur
2 ketul tauhu (potong dadu dan digorengkan terlebih dahulu...tabur sedikit garam ketika menggorengnya)-sheila x letak sbb x ada gantikan dgn isi ayam
1/2 - 1 biji tomato ~ potong dadu
sayur (boleh guna sawi/ kubis)
kicap cair
4 tangkai cili padi (optional)
1 peket perencah kari Maggi
daun bawang (potong kecil2)
minyak masak
hirisan timun ~ untuk sampingan

Cara-cara memasaknya:-
Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Pecahkan telur, tuang kicap cair dan kacau hingga telur masak.
Tambahkan tomato, tauhu goreng dan sayur. Kacau rata.
Masukkan mi dan perencah kari maggi. Kacau sebati.
Pastikan maggi goreng anda cukup rasa...kalau tak cukup tambah kicap cair aje.
Dah siap, taburkan daun bawang di atasnya. Letak hirisan timun sebelum dihidang...!

* kalau buat lebih dua bungkus pandai-pandai lah ye gandakan bahan-bahan tu...


Sabtu, Jun 16, 2012

Mee Goreng Udang Kering



Assalamualaikum salam besiaran di pg sabtu ...wahhh lambat bagun yeee heheh...sarapan apa pagi ni...kalau telambat sarapan tu alang2 terus je mkn tegahari senang ceta kiki :-)...pg ni mcm biasa je bagun pun biasa juga sbb ank dara ada kelas tambahan utk Tahun 6, jadi pg ni kena lah bawa bekal sbb kenten x buka..setakan tahun 6 jeeee...padahal Cikgu ada bg sarapan tp nak juga bawa bekal...x pelah  yg kat rumah pun nak sarapan kena masak juga ....kita try resepi dari Quinnie pg ni Mee Goreng Udang Kering hemmm sdp tauuu...biasa buat guna mee hoon aje...mee ni kita goreng basah sikit tp ok le boleh terima sdp mkn panas2..nak pulak letak udang kering sampai dua peket bau tumisan mmg harum pepagi dah buat kita beresin :-)...kita tumbuk bhn2 tumisan nya baru best...repini ni mmg senag sangat, rasanya kalau tetiba ada org datang ke x tau nak masak ape boleh le buat masakan ni.......kalau nak try boleh le buat utk mkn mlm...tq Quinnie akk cnp resepi ye


MEE GORENG UDANG KERING
Resepi: quinnie@qasehququinnie
1 paket mee
sayur kobis dihiris
daun sup dan daun bawang dihiris
cili merah dihiris
1 bawang besar*
4 bawang putih*
3 sudu besar udang kering*
10 cili kering direbus kejap kemudian tos * ( bahan * ditumbuk lumat)
sedikit sos ikan
sedikit gula
telor dadar dihiris

rencah yg di tumbuk 

Cara
1. mula2 panaskan sedikit minyak....lepas tu tumis bahan tumbuk hingga terbit minyak dan cili masak....

2. kemudian masukkan sos ikan ....sedikit gula....kacau2 dan masukkan mee..kacau rata....lepas tu masukkan sayur kobis...kacau2 hingga mee lembut dan semua bahan mesra.

3. angkat mee dan hias dgn telor dihiris dan daun sup dan bawang dihirs serta hirisan cili merah.

Jumaat, Jun 08, 2012

Mee Suah Sempoi


Assalamualaikum...hemmmmmm sepi lg minggu ni :-) jgn risau kita ada x kemana pun hanya intai2 dari jauh aje....sekali sekali jegah juga rmh kawan2.....baik le demi menjaga kesihatan sekrang ni...mlm ni dinner dgn yg sempoi lg sdp...sup...kenyang u......nak pulak ada sambal kicap......kalau buat benda yg simple lg sdp mmg betambah mkn nasib bukan yg berat2 sangat,, sebelum ni pun pernah juga mkn mee suah... sdp lembut.....mkn mlm ni pun mmg sudah dirancang...masing2 dah cadang x nak ambik yg berat2...kira sesuailah manu ni kan...tq Kak Sha MC...kita pilih manu dari Kak Sha ye mlm ni.....^____^

Betul kata Kak Sha mee ni mmg sempoi lg sdp.... yg pasti mkn panas2 :-) jgn le sampai melecur mulut pulak...tiup dulu heheh...nak pulak ada sambal kicap lg le menyegat.....

MEE SUAH SEMPOI SEDAP YOU
Resepi: Kak Shahrian MC

Bahan-bahan :

3 biji telur *kocok
4 ulas bawang putih *dadu
3 batang lada hijau *hiris
1/2 sudu kecil lada putih *tumbuk renyah
1000 ml air
1/2 sudu teh serbuk pati ayam knoor
sedikit garam
sedikit minyak
2 peket mee suah
daun sadri *hiris
cili kicap power & limau kasturi
 ~ sheila tambah isi ayam dadu buat rencah
 
Cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih, lada hijau dan lada putih sehingga naik bau.
Masukkan air dan didihkan.
Setelah mendidih masukkan serbuk pati ayam, telur dan kacau rata.
Sesuaikan rasa dan masukkan daun sadri sebelum di angkat.
Akhir sekali masukkan mee suah, kacau dan hidangkan!!
bersama cilipadi kicap dan limau kasturi.


Khamis, April 26, 2012

Laksa Kuah Sardin


Salam besiaran di hari khamis.. dah siap masak utk mkn tegahari keee kekawan semua.....masak yg sdp2 npknya tu heheh.... memandangkan pg tadi kita x ambik sarapan jd tghari ni masak yg sdp2 sikitlahhh sdp ke aahammm tesedak :-) hemmm dlm seminggu mesti ada buat manu yg bekuah-kuah...kira makan yg bermee2 lah..eheh ok ke ayat ni :-) kiranya selain dari masak nasi lahhh.....paham kan hahaha....tegahari ni kita masak laksa bekuah sardin pulak yeeee...lama dah sebenarnya nak buat kuah sardin ni dari tahun lepas lg...tup tup teringat mcm pernah aje tepandang2 sajian ni...hemmm sah dari dapur rmh Quinnie....pehhh sdp beb kuah nya ala2 laksa cina pulak ..ikan sardin separuh tu saya hancurkan dah separuh lg biar carik kasar2....dan saya campurkan dgn 3 ekor ikan kembung bg pekat sikit kuah....laksa pulak guna laksa basah yg pendek...laksa ni lembut...kalau siapa perasan saya pernah masak buat laksa pendek goreng ala2 cam goreng mee tu......laksa ni dlm pek harga pun murah dlm rm. 1 lebih aje...ok sapa yg nak cuba rasa laksa kuah sardin time cuti2 panjang minggu ni boleh lah buat yee tq Quinnie...sudi kongsi resepi :-)

Laksa sardin
Resepi : Qasehqu Quinnie

Bahannya:-
2 ketul kepala ikan kayu- direbus dgn air bersama 7 keping asam keping dan 10 biji cili kering
(sheila guna 3 ekor ikan kembung)
1 tin ikan sardin
1/2 bawang besar
skit je halia jika suka
daun kesum seikat
1 bunga kantan
1/2 sudu besar otak udang
garam dan gula skit
sedikit belacan
1 batang serai di belah dua
sedikit sengkuang jika suka
* mana yg suka letak petis tu boleh saja..*

ahan2 lain
laksa
timun dihiris
bawang besar dihiris
cili merah dihiris
telor ayam direbus

Cara2
~ Mula2 ambik isi ikan yg telah direbus dan masukkan kedalam blender...masukkan jugak belacan, cili kering yg direbus, bawang besar dan halia, otak udang dan sardin serta kuah2nya sekali..blend hancur dan masukkan kedalam periuk.
~ Masukkan kedalam periuk yg berisi bahan blend dgn air rebusan ikan....asam keping..nak tambah lagi pun boleh....bunga kantan dan daun kesum....serai...kalau suka...blend tulang ikan..ambik airnya....
~ Blend sengkuang dan sedikit air..masukkan kedalam periuk..kalau suka la..kalau tak suka tak yah letak....ini utk pekatkan kuah....panaskan api dan masak hingga kuah didih...perasakan dgn garam dan gula..masak hingga semua bahan2 layu..agak2 la ye...
~ Masukkan laksa dan bahan2 lain kedalam mangkok...tuang kuah ketika panas...dah siap...:)


Jumaat, April 20, 2012

Kuey Teow Goreng Pedas


Assalamualaikum semua ... ceria di pg jumaat yg indah...pg ni mari besarapan dgn kuey teow goreng pedas....x pedas mmg x sah kan hehheh... tp edak le pedas berapi,  karang x pasal2 masuk bilik lain pulak time sebok nak g keja agak2 cukup pedas sudah lah hehehe.....cuma kali ni goreng x letak kicap biarkan saja merah gitu....hemmm cara goreng pun mcm biasa aje...letak, ayam, telur dan segala bahan yg sesuai ....kuey teow ni kita goreng kering2 sikit ala2 mamak punya....siap leh ambik pinggan mkn...:-) baiklah tuan rmh pun dah siap sarapan...nak g jenjalan rmh kekawan sat...nak ikut marilah :-D....


Kuey Teow Goreng Pedas
 
Bahan-bahan:
1 pek kuey teow - masuk dlm tapis basuh dan toskan
200gm ayam/daging - dihiris nipis
10 ekor udang besar - sheila x letak
2 ikat sawi - dipotong
taugeh secukupnya
3 biji telur
2 labu bawang besar - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
3 sudu makan cili kisar - nak letak kurang pun boleh
3 sudu makan sos tomato
4 sudu makan kicap - sheila  x letak
garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara:
panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau
masukkan daging/ayam dan sedikit air
masak sehingga daging empuk
kemudian masukkan sos tomato, cili kisar, kicap, garam, serbuk perasa dan gula
gaulkan sebati dan tumiskan sehingga rempah bertukar warna kegelapan sikit dengan menggunakan api sederhana besar
bila rempah dah ditumis dengan sempurna barulah dimasukkan udang
gaulkan sebati dan biarkan sekejap
masukkan pula sawi dan gaul rata, masukan telur, gaul rata bg telur masak
bubuh pula kuay teow
kecilkan api dan akhir sekali barulah dimasukkan taugeh
kacaukan sehingga semua bahan sebati
setelah itu bolehlah diangkat dan dihidangkan tabur sedikit bawang goreng/cili potong


Rabu, April 18, 2012

Mee Kolok Basah


Assalamualaikum semua....  tegah hari ni cuasa panas pulak,  kain2 jemuran udah di angkat tingal nak melipat je mlm nnt......masuk petang x tau le hujan ke tidak....ok n3 mee kolok yg dah lama nak buat....x silap dulu pernah sekali  buat tp mee kolok yg kering , saya x buat sup pun, resepinya di sini... kali ini saya menerai resepi dari tuan yg same gak...dan buat yg basah ada sup.....pehhh mkn same sambal serta taburkan bawang putih goreng yummy yummy....yg kering dan basah sudah di cuba mmg sdp beb teliur tau betambah 2 mangkuk hehehhe nak rasa mai cepat sini,  lambat2 dtg nnt habis...:-)
tq pada DjDayang Jack.....


Resepi Mee Kolok Basah
by : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 300 g mi kolok (kalau tak ada, boleh guna mana-mana je non-fried noodles atau instant mee)
  • 1 sudu besar perencah sup
  • 200 g daging lembu
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • 7 ulas bawang putih (dicincang)
  • 8-10 biji cili api
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • minyak masak secukupnya
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • 1 sudu kecil sos ikan / sos soya
  • 1 sudu makan cuka
Cara-cara
  • UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Ketepikan kuah/supnya (boleh dipanaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
  • UNTUK MEE: Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut. Keluarkan dan toskan. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.Di dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata-rata. Keluarkan.
  • UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau x ada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
  • Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya.

***kalau nak memeriahkan lagi suasana mee ni, jika suka boleh juga dicampurkan dengan tauge/sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus/celur dulu ye)


Jumaat, April 06, 2012

Bihun Goreng Kunyit


Assalamualaikum buat semua rakan2 di hari jumaat...Alhamdullilah kerja2 dirumah hari ni bejln dgn lancar..sikecik pun x byk kerenah ..seronok melayan telah yg main membesar...buat sepeh bokar2 almari tu biasalah....tegah melasak...bila dah penat dia tidur...dah bagun sambung kemas balik heheh..ok bebalik pad n3 hari ni...kita x masak lauk utk mkn tghari ...hanya buat bihun goreng kunyit aje...dah lama tepandang resepi ni...sehari2 nak cuba tebantut...si bujang pg td pun pesang tghari nnt mama x yah le masak nasi buat goreng bihun aje lah....lg pun lepas solat jumaat dlm kul 3 abg dan geng nak g main badminton kat  Arena Sports Datuk Lee Chong Wei .....Arena Sport ni yg tebesar, dekat je belakan rmh kita jln kaki dlm 10 minit sampai...
hemmmm lalut pulak hehehe.....sdp juga skali sekala tukar resepi bihun... balik2 buat yg pedas, bekicap, grg putih sesekili but grg kunyit pulak....tp kita tambah sesudu cili kisar bg ada pedas2....kuyit pun letak x byk takut nnt ada rasa maung pulak bihun tu..agak2 kuning ok le...tp ada juga kunyit yg kurang kuningnya kan?..resepi ni kita ambik dari dapur Kak Mardihaa...tq Kak lain kali boleh buat lagi ..........


BIHUN GORENG KUNYIT
Resepi : Kak Mardihaa

Bahan2
1 bungkus bihun (400 gm) ~ direndam hingga lembut/semalaman ~ toskan
1 keping dada ayam ~ dipotong kiub kecil (boleh ganti dengan apa2 rencah yg disukai.. spt sotong/udang)
2 bungkus fish ball / 4 keping fishcake ~ dihiris tebal
2 biji telur
¼ biji kobis ~ dihiris halus (sayuran boleh ganti dengan taugeh/sawi/carrot sagat)
1 ketul brokoli ~ potong floret
2 ~ 3 biji cili hijau ~ dihiris (optional)
6 ulas bawang merah ~ hiris nipis
3 ulas bawang putih ~ hiris nipis/cincang
1 kiub ayam/ikan bilis (boleh ganti dengan udang kering tumbuk)
1 s/k serbuk kunyit
1 s/k lada sulah
1 ½ ~ 1 ¾ s/k garam (ikut keperluan masing2 ~ jika anda guna sayur sedikit.. garam perlu dikurangkan)
½ s/k serbuk perasa
2 cawan air
½ cawan minyak masak
~Sheila tambah 1 sudu cili kisar

Cara2 Memasak
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bawang putih & bawang merah hingga wangi. Masukkan ayam & kacau2 hingga ayam bertukar warna. Masukkan fishball/fishcake. Kacau2 lagi hingga ayam masak. 
2. Tolak sedikit bahan2 ketepi kuali lalu pecahkan telur & biarkan telur masak. Kacau2 sikit telur biar jadi agak hancur (scramble) & berketul2. Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata.
3. Masukkan semua sayuran & air biarkan sebentar. Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah hingga bihun masak. (sambil dikacau boleh potong bihun yg panjang2 dengan sudip agar bihun tak bergumpal semasa mengacau. PERINGATAN : Jangan sesekali rendam bihun dalam air panas utk membuat bihun goreng kerana bihun akan jadi lembik bila menggoreng.)
4. Sedia untuk dihidangkan. Boleh hiaskan dengan hirisan cili & juga hirisan telur dadar... (aku tak buat pun.. tak sempat dah nak menghias bagai.. )


Selasa, Mac 20, 2012

Bihun Sup Utara


Besiaran di hari selasa, hai semua dah siap masak keee utk mkn tegahari ni...hari ni sy x masak nasi pun tukar seleralah...Mr.N yg request suruh buat bihun sup utara, katanya asyik mkn nasi ajeeee...ok gak kan x byk le kerja sy hari ni ahmammm... apa pun  tuan rmah kena santap dulu ye.... kalau dpt bahagian daging yg betulang atau rusuk lg sdp, pastu campur sama perut dan paru pehhhhh...yg saya buat ni cuma daging aje, yg ni pun rasanya dah letoop sdppppp hehehe....sy suka kat sambal cili, ada rasa masam2 manis buat byk2 simpan dlm peti  kalau lain kali ada masak mee grg ke boleh makan sama sambal cili ni...letak lebih lagi powerrrr..kuah pun sesuai x cair dan x pekat sedang2 elok.....kuah bihun sup ni sy buat lebih nnt mlm leh mkn cicah sama roti.....resepi ni sy ambik dari dapur Kak Madihaa@Ratna... kawan2 yg dah try buat resepini  Ika-Arah , Kak Ayu S'por...tq Kak Madihaa...

BIHUN SUP UTARA
Sumber :  Madihaa@Ratna
Bahan Sup
Minyak (kalu guna cara menumis.. kalau taknak tumis pun boleh)
Rempah tumis (rempah ni boleh dimesin atau tumis kasar ~ MaDiHaA guna kasar2 mcm tu jer sbb takde grinder yg sesuai)
2 ~ 3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 s/b ketumbar
½ s/b jintan manis
½ s/b lada hitam
3 biji buah pelaga
½ s/b lada putih
(sukatan tu aku main agak2 jer)

Bahan Kisar
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia - dititik atau kisar (dulu MaDiHaA titik tp kali ni dikisar sbb gearbox tu byk lomak)
2 batang serai - dititik
1 peket kecil rempah sup adabi (serbuk) ~ campurkan sikit air jadikan pes
1 kg daging (biarkan seketul besar gitu ataupun potong dua bahagian saja)
1/2 kg tulang
1/2 kg perut (jika suka) ~ MaDiHaA tak letak tapi masuk tulang lebih
air utk merebus dan kuah secukupnya (kena tambah lagi sehingga daging empuk)
garam & serbuk perasa
serbuk lada hitam secukupnya

C
ara2 Membuatnya~ MaDiHaA tak tumis.. daging & tulang tu dah cukup berlemak dah..
 Jika dibuat cara menumis - panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin kacau sikit masukkan pes rempah sup kacau lagi.
 Masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi berkerak.
 Masukkan daging, tulang dan perut. Tutup periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sedikit (MaDiHaA tak tutup pun periuk... biar gitu jer.. hehe) Masak sehingga daging empuk. Jika daging masih belum empuk.. tambahkan air (kalau nak cepat tambah air panas mendidih). Jika guna periuk biasa... biasanya ambil masa lebih kurang 2½ jam sehingga 3 jam baru kuahnya sedap. Sekiranya anda mempunyai pressure cooker.. masa merebus lebih singkat .
Bila daging hampir empuk.. perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & perasa secukupnya.. biar merenih & daging benar2 empuk.. tutuplah api..

Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga daging empuk (cara ni tak guna minyak bagus utk org nak jaga badan

Menyediakan Bihun
bungkus bihun/mee hoon direndam dalam air bersama 1 sudu besar serbuk kunyit sehingga lembut kemudian tos kan.
Sementara itu didihkan air utk merebus mee hoon.
 Bila air dah mendidih masukkan mee hoon yg telah ditos tadi dan tutup api.kacau 2 sikit bagi mee hoon masak dgn rata biarkan dlm 3 minit agak2 mee hoon masak jgn terlalu lama nanti terlembik.
 Tos kan mee hoon sambil dijirus dgn air paip kemudian balik2 kan dan biarkan mee hoon di tos begitu sehingga di hidang. Tujuan buat begini supaya mee hoon tak jadi bergumpal dan mudah utk di ambil atau dileraikan bila nak makan.
Bahan Tabur/ Tambahan Lain
Daging dan perut yg telah siap dipotong kecil2 (Ambil dari dalam kuah sup tadi)
Lobak masin hancur (dicuci & kalau suka boleh goreng kejap)
Bawang goreng (nak sedap goreng sendiri
Daun sup dan daun bawang di mayang
Sambal Cili

RESEPI SAMBAL CILI
½ cawan serbuk cili babas
½ sudu besar bawang putih dan merah mesin (ambik dr bawang buat kuah sup tadi pun boleh tapi jgn letak halia)
½ cawan air (boleh tambah jika terlalu pekat)
50 gm gula melaka @ gula hitam
½ sudu besar asam jawa (dibancuh dgn air tadi)
perasakan dgn garam dan tok aji sikit
sedikit minyak utk menumis.
Cara2
Panaskan minyak api perlahan, tumis bawang kejap then masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit.  Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam & serbuk perasa secukupnya. Kacau hingga sebati jgn ada yg berketul. Biarkan ia pekat kacau2 sikit tapi hati2 sambal ini akan meletup2 mcm masak dodol jadi gunakan api yg perlahan. Rasakan sambal biar secukup rasa.. ada rasa masin, manis & masam... pedas semestinyaa Sedia dihidangkan bersama2 dengan bihun & seangkatan dengan nya

Khamis, Mac 15, 2012

Dried Noodles Curry ( Mee kering)


Salam besiaran di petang khamis....hujan hampir behenti tp ada renyai2 sikit, sejuknya..........petang ni x buat kuih2 pun..kebetulan teghari masak lebih kuah kari ayam.....cadangnya nak menjala tp angkat2 badan makcik gas cam rengan aje..last2 cari punya cari negok ada lagi satu peket mee kering yg x berusik lg, hemmm elok lah tu... tinggal di rebus/celor ..kedai runcing pun sekangkang kera dekatnya... apa lagi cari le bhn2 yg patut utk hiasan pada mee....hemm sdp juga pekena gan mee kering ni...mee kering ala2 meggi tu, yg tampa perencah...mkn pulak time lepas hujan hemmm beselera le......resepi sama mcm buat mee kari biasa yeee



MEE KARI
Bahan Kuah
1/2 ekor ayam – dipotong sederhana
1 paket fish boll 
4 cawan santan
2 biji kentang belah 4
6 ulas bawang merah-dikisar
6 ulas bawang putih-dikisar
1 labu bawang besar-dikisar
1 inci halia – dikisar
1 batang serai – diketuk
2 sudu besar rempah daging-dibuat pes
Kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih
Garam/gula secukup rasa
Daun kari
Air asam jawa / asam keping

Bahan hiasan
Mee kuning dicelor - sheila guna mee kering - di celor
Telur rebus
Sawi - dicelur
Taugeh - dicelur
Tauhu goreng jika suka
Limau kasturi
Bawang Goreng
Cili Merah - mayang
Daun bwg/daun sup

Caranya :
Panaskan minyak,tumiskan rempag ratus dan daun kari.
Kemudia masukkan bahan kisar, serai titik dan tumis sehingga naik baunya.
Masukkan pes kari dan sedikit santan.
Setelah rempah dah pecah minyak ,masuk ayam, kentang, fish boll dan lebihan santan kalau pekat tambah air, Megikut kepekatan sendiri
Masuka air asam/asam keping, perasakan sama garam dan gula biar didih dan masak
Boleh le sediakan mangkuk masukan mee dan bahan2 hiasan berserta kuah kari

Sabtu, Mac 03, 2012

Mee Kicap


Assalamualaikum semua, besiaran di hari sabtu..apa agenda hari ni...makan luar ke...haaa npknya awal2 bulan ni ada yg gi cari brg2 dapur atau shopping2 gitu...... Saya pagi sampai tghari x kemana sbb ank bujang sekolah ada ujian bulanan........petang2 nnt kot baru keluar....tpkan rasanya mcm nak mendung balik aje....x pelah....nak buat cam nekannnnn......ok bebalik pada manu diatas tghari ni buat masak jenis Chinese food pulak, mee kicap di mkn besama sup sekali....pestime mkn mee kicap ni...sebenarnyakan kita tigin nak mkn mee kicap ni, jumpa le masa singah di R&R Awan Besar minggu lepas....sampai aje terus oder mee kicap... tp dah habis mee nya...kempunan lah pulak....hari ni ada kesempatan jln2 cari2 jumpa lah resepinya kat rmh Che'iza ..apa lg terus le operasi....rupanya ramai juga kekawan yg lain dah mencuba...Quinnie, Hana, Yani, Aziemas.....mee kicap ni di lawankan sama sup...mmg sesuai...npk cam simple kan tp kuah kicapnya sdp....ditumis dulu...hemm semerbak bau bawang putih....ok x nak legah2 lg jom mkn dulu.....Tq resepi ye...


MEE KICAP
Resepi : Che'iza MyR
Resepi : Che'iza -pangkin.blog

Bahan-bahan ( 2 org ) - sheila buat lebih

* 250 gm mee kuning
* lbh kurang 40-50 gm taugeh

KUAH
* 2 biji bawang putih diracik halus
* 1 sb minyak masak
* 1cm halia ditumbuk
* 3 sb kicap manis
* 3 sb sos tiram
* 1 sk kicap pekat
* 1 sk pati ikan bilis (saya guna brand tumix)
* sedikit lada sulah
* 1 cwn air
* garam n sedikit gula kalau perlu......

SUP
* 1 biji bawang merah
* 1 ulas bwg putih
* 3 cwn air
* 1 sk pati ikan bilis
* fish cake n fish ball
* sedikit lada sulah n garam

Cara-cara
1. Panaskan minyak... tumis bawang putih hingga kekuningan n garing... Kuarkan bawang putih. (Jgn buang akan tabur kat mee nanti.....). Kita akan dpt minyak bawang putih....
2. Dgn minyak tadi tumis halia hingga naik bau masukkkan kicap manis, sos tiram, air n kicap pekat. Biar mendidih...3. Masukkan lada sulah, pati ikan bilis n garam n gula kalau sos tiram tak masin. Biar hingga kuah pekat.... Siap, matikan api.
4. *UTK SUP*
5. Tumis bawang merah n bawang putih hingga naik bau masukkan air... biar mendidih, letak pati ikan bilis lada sulah, fishball, fish cake n sikit garam... biar mendidih n siap...
6. Celur mee n taugeh... tapis...letak kat pinggan n tuang kuah kicap..... tabur ngan daun bawang, bawang putih goreng... Siap tuk dihidang......
7. Hidang bersama sup n lada kicap..... Biasanya saya suka mkn ngan ayam hainan

Mgg sdp lah resepini...sapa x cuba lagi perlu try buat.....npk gayanga semua leh terima ....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More