Memaparkan catatan dengan label Dessert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dessert. Papar semua catatan

Khamis, Julai 04, 2013

Agar-Agar Milo Lapis Oreo

Assalamualaikum...


Mmg lama x bedessert bagai...cantik lah tu beberapa hari lg ramadhan menjelang...amat sesuai utk juadah bebuka puasa...penyediaan pun senang dan mudah...yg pasti di mkn sejuk nyammmm...resepi ni pun kira dah lama juga...rata2 kwn2 masakan pun ramai yg dah buat...jdnya tahu le akan kesedapan agar@puding ni kan heee :-) cuma kat sini sy x buat lapis2 warna...sy tuangkan serbuk milo terus dlm adunan agar2...bab masukan dlm acuan saya tungkan sedik dulu agar2 dlm 1 cwn lebih kemudian letak biskut orea yg di patah dua masuk dlm peti ais sekejap..tp jgn le sampai beku..pastu ulang lagi letak agar2 dan biskut..sampai 3 lapis...bila dah sejuk keluarkan dari acuan dan potong..hasilnya biskut cantik belapis...dan x mendap kebawah....tq pada kak Along Roz...compom buat lg :-)


AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO
By: AlongRoz@HomeKreationSaiz: 8" persegi
BAHAN2:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo - Sheila guna 1 cawan Milo sbb nak masuk sekali terus dlm agar2
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati. -Sheila x asingkan, campur  terus semua milo dlm adunan agar2
3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS: yg ni sheila ikut sama sbb tu lapisan biskut oreo x tengelam..npk belapis2..:-)

a. Janagn tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.



Isnin, Jun 24, 2013

Tapai Pulut

Assalamualaikum...Pada yg bepuasa tu selamat ye....


Test-test, cuba- cuba heeee org lain dok test2 buat biskut raya..sy pula cuba buat tapai pulut...1st tu...dlm hati hrp2 menjadi le...bila hasilnya dah npk dua hari pehhh bebunga hati... alhamdullilah menjadi juga tapai ku..berair-air lg...manis sedang2 elok je....utk pecubaan ni try buat dlm 1/2 kilo je, tu pun Mr. Bos kata byknya buat sapa nak mkn hee sy lah yg nak mkn, ank dara pun suka juga :-)...alang2 sukat beras pulut teruskan jelah buat 1/2 kilo tu....lg pun snng nak agak...dpt byk juga bila dah di bungkus....tp kan mmg le tak cukup lepas satu satu habis laku....nak pulak bila masuk dlm peti ais mkn sejuk2 sdp....kiranya pecubaan ni menjadi bolehlah raya nnt sy buat byk...InsyaAllah...kiranya lg seminggu nak raya 3,4 hari dah kena memproses tapai heee...sama naik dgn nak buat biskut raya tu heeee....InsyaAllah kalau sihat tubuh badan...


Tapai Pulut

Bahan2
1/2 kg beras pulut - rendam  4 jam
11/2 - 2 sudu kecil ragi - yg telah dihancurkan
Daun pisang - utk bungkus tapai
Lidi untuk semat / Stapler

Cara2
Basuh dan tos beras pulut, kemudian kukus selama 1/2 jam kemudian kuarkan pulut tu gaulkan dengan air panas kemudian kukus skali lagi. Setengah org yg pandai masak pulut dia akan masak mcm masak nasi sbb kukus pulut lama.so terpulang cara masing2.
Pulut dah masak sejukkan pulut dengan meratakan pulut atas tray/talam untuk senang tabur ragi
Bila pulut dah sejuk taburkan ragi sama rata keatas semua pulut. Kemudian terbalikkan dan ulang langkah tabur ragi keatas pulut.
Tabur ragi dengan mengayak guna penapis teh
Gaul mesra pulut dengan ragi pastu boleh mula membungkus dgn daun pisang atau terus masuk tuppware
Simpan tapai pulut dalam bekas yg bertutup. * Jgn masuk peti ais pulak, selepas dah menjadi dua mlm boleh le simpan sejuk *
Perap selama dua malam dan tapai akan menghasil kan air, InsyaAllah menjadi

tapai ni saya perap dlm bekas dua mlm, bila dah menjadi baru saya bungkus dan sejukan


Ahad, April 28, 2013

Pencuci Mulut Puteri Mandi Kelantan - Malaysian Food Fest ( Kelantan Monta)


Salam sejahtera buat semua...n3 ketiga saya utk MFF yg saya join, kali ni buat pencuci mulut/dessert lepas mkn iaitu pilihan pada kuih puteri mandi..heee rata2 di kedai mkn/pasar di kelantan mesti ada kuih ni buat jual..salah satu kuih yg pasti mak mentua sy buat di bulan puasa...sesekali pekena kuih manis2 mmg sdp...tp jgn kerap mkn manis ye bahaya tau..itu pun tepulang pada yg buat, cita rasa sendiri..nak kan manis lebih gula nak kan kurang manis letak sikit je gula pandai2 sendirilah kan tekak masing2...yg pasti kalau buat sendiri tentulah x manis merdu :-)....kira sesedap rasa...senang je rupanya buat puteri mandi ni...ok pada yg x pernah mkn dan negok mari kita cuci2 mata ye...


Puteri Mandi Kelantan

Bahan kuih:
1 cawan tepung pulut
1/2 sk air kapur
Pewarna - ikut suka
Sedikit air 

Cara-cara:
Tepung pulut dicampur dengan air kapur. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tak melekat di tangan dan bekas.
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnalah ikut yang disukai
Sementara itu, didihkan setengah periuk air.
Bila dah siap menjadi doh, ambil sedikit adunan tadi dan gentel bulat bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit di tengah tengahnya.
Masukkan ke dalam air mendidih. Adunan akan timbul bila dah masak. Angkat guna penapis dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk untuk mengelakkan ianya melekat.

Puteri sebelum di mandikan...:-)

Bahan kuah:
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 biji kelapa muda parut yg putih
2 helai daun pandan
Garam

Untuk Kuah
Masakkan air, gula putih, gula merah, garam dan daun pandan sehingga gula larut.
Masukkan kelapa parut dan kacau hingga pekat.
Masukkan puteri ke dalam kuah dan kacau rata.
Bolehlah dihidangkan ketika sejuk.


Terima kasih pada Kak Nor67 yg mewar2kan join MFF dan juga pada Gert Tq....


Malaysian Food Fest (MFF) Kelantan Month
"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "

Sabtu, April 13, 2013

Cream Puff


Assalamualaikum haiii...sudah mkn mlm ke...maap le lewat masuk dapur ye nak n3 juadah minum petang tadi..cuti hari ni x kemana pun budak2 pun hanya main di halaman rmh je...... lepas main ada yg tukang sajikan hidangan petang so ape lagi mari kita serbuuuuuuuu :-) ...demam Cream Puff melanda sana sini rakan2 dok tayang Cream Puff masing2...bemusim jugak tu...heee.. 1st time buat hasilnya kira boleh le..rupa bentuk pun ada yg kembang kuncup...janji boleh ngap dan yg pasti sdp...mmg le lepas satu satu ngap masuk mulut...lepas main kan lapar :-)....resepi ni saya gandakan dua pehhh mak hai punyalah banyak bebiji2 dpt...penat sakit2 jari jemari ku...bukan apa buat lebih mmg nak bagi jiran sebelah bagar...paham2 le pinggan kosong jiran kena pulangkan, x kan nak lama2 kat dapur rmh kita pulak...nak pulang kena ada isi hahahaha..pahamkan :-)..ok le x nak celoteh panjang..  perut pun udah kenyang :-) tiba masanya nak rehat2 pulak...tq pada yg empunya resepi ni..dan sumber ambik dari dapur Tun Talani....tq adik2



Cream Puff
Resepi: Zaliana@myr
Sumber: tun telani


Bahan2:
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur Cara2:

Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan. - lepas mendidih, tun guna api paling perlahan dan masukkan tepung.
Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. - tun guna suhu 200 C je.

Custard Filling
Resepi: kak Ida@1001resepi
Sumber: Tun Telani

Bahan2: 
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

Cara2:
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.




Rabu, Mac 06, 2013

Tiramisu


Godaan heee byk syok layan tiramisu dikala cuasa panas2 ni..hem kalau nak laya pagi2 pun apa salah nya...tekak sendirikan nak mkn ...walaaaa..request dari ank dah lama suruh buat...tp mood lain yg dtg dulu...bila dah 1st buat dan rasa hemmm amboi ko terus jatuh cintan....mmg le rasa ketingalan sangat2..org lain dah lama rasa menikmatinya kita baru nak terhegeh2..apapun mmg sdp buat sendiri puas rasanya..x habis leh masuk peti balik....insyaallah akan ada ulang buat lg..ank kata x cukup...kalau mcm ni lah gayanya mahu bam bam...opsssssssssss takutttt...:-)...sebulan sekali masuk ke tekak tiramisu ni ok lahkan, kalau tiap2 minggu mmg x daya...haaa ikut pada kesukaan nak letak kek span atau biskut tiramisu pun boleh..bg saya suka letak biskut merie je..sbb suka rasanya yg ragup2 tu...kalau nak letak kek pun no hal tp lembutlah di dlm.....kira nak buat pun senang masuk bekas terus sejukan...jom negok resepi yg amat simple ni


TIRAMISU

Bahan-bahan 
1 peket biskut merie/biskut tiramisu
250ml whipping cream
200g cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
Serbuk koko/milo untuk hiasan

Cara-cara
Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
Satukan gula, cream cheese dan whipping cream
Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
Ambik biskut dan celupkan dpn belakan jgn sampai lembik pulak kedalam air nescafe.(sekadar celup sepintas lalu ) kalau size biskut sama besar ngan dasar bekas, tak perlulah patahkan..
Susun biskut ke dasar gelas/bekas....pastuh masukkan adunan cream cheese, dan tabur serbuk koko/milo
Celup biskut lagi ke dalam air nescafe dan susun, ulang proses yg sama..ikut citarasa sendiri nak letak berapa lapis biskut...pastu akhir sekali taburkan serbuk koko dan hias le ikut suka, simpan dlm peti sejuk
Selamat mencuba


Rabu, Ogos 08, 2012

Iftar Ke 18 - Puding Roti Keju & Sos Vanilla


Assalamualaikum buat semua, rasa sedih pulak nak meninggalkan ramadhan yg mulia, tup tup hari ni dah masuk yg ke 19 kita bepuasa...moga di penghujungnya kita semua akan akhirnya dgn kebaikan dan  di penuhi dgn amalan yg di berkati InsyaAllah...seperti biasa lepas bebuka mmg x sempat  nak menjegah dapur ni..jadi kenalah lewat sehari be n3....semalam buat dessert pulak teringing nak makan puding roti keju...bekuahkan sos vanilla...hemmm bukan selalu pun makan keju2 cheese2 ni,  dlm setahun boleh dikira berapa kali  makan cheese..rasanya x sampai pun bekali2 hahahah lawak...boleh di bilang gan jari tauuuu...tp bila dah teringin apa salahnya kan....beketul2 ngap waduhhh byk enak sekali....resepi yg sangat sdp...enak dimakan sejuk curah pulak sos vanilah pehhhh lelehhhhh....sesuai juga buat utk jamuan mkn2 keluarga,.. nak buat masukan dlm bekas cawan plastik pun boleh dan terus kukus...lagi senang keja...kalau masuk dlm loyak pun ok juga tp nanti kena potong2..apapun ikut je citarasa sendiri...jom semak resepi Puding roti keju yg sdp ni....


Puding Roti Keju & Sos Vanilla

Bahan:
8 keping roti di siat2
1 tin susu cair
3 biji telur 1 cawan gula
1 sdp asen vanilla
Beberapa keping keju/slices cheese

Cara-cara
Telebih dahulu panaskan pegukus
Dalam bekas satukan susu cair, gula, telur, asin vanilla, di pukul hinga sebati
Masukan roti yg telah di siat-siat tadi kedalam susu yg dikocak bg tengelam
Masukan separuh roti yg direndam kedalam bekas kecil/loyang dan letak keju yg di potong kecil, tutup semula dgn lebihan roti lg...dan letak kaju di atas pemukaan roti ..
masukan dalam pegukus yg di panaskan..kukus dlm 15- 20 minit...
Sejukan puding roti

 Sebelum di kukus

Selepas di kukus

Untuk Sos Vanilla
Bahan:
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
2 sudu besar tpg kastard dibancuh dengan 1/2 cup air
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
Dlm periuk masukan susu dan gula kacau sampai gula larut
Masukkan esen dan bancuhan kastard, kacau hingga sebati ( hendaklah sentiasa di kacau) bila dah agak2 hampir nak pekat tutup api, jagan sampai pekat nnt beketul2 pulak.....
Sejukan dan boleh le di makan sama Puding Roti




Jumaat, Ogos 03, 2012

Sira Pisang Gula Hangus


Assalamualaikum... Pagi Jumaat yg indah buat semua rekan2 ku :-)...n3 pencuci mulut lepas bebuka semlm...sira pisang hemmm manu dari pantai timur mmg kena ada dlm rmh ni...sdp lahhhh pestime buat...nak mkn suam atau sejuk pun  boleh....jangan takut yg sy buat ni x lah manis mana pun agak2 jeee yeee kalau nak manis kena le lebihkan gula dan kuahnya pun kena ada sedikit likat2....rempah2 tu jgn letak lebih sangat nnt rasa kuat x best pulak nak mkn....tang pisang tu ikut je nak buat pisang apa, rasanya yg sesuai pun pisang lemak manis, pisang nangka....sy main bantai jeeee x kira pisang apa pun dah jadi sdp aje mknnya...heeeee...resepi ambik dari dapur Naz-oven kecil.... negok sira pisang yg Naz buat mmg terliuq betul... kuah gula hangus mmg byk sdp lahhhh.....try le sesekali bebuka dgn dessert ni.....Tq Mek Naz


PISANG SIRA GULA HANGUS
BY : Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
5 biji pisang nangka
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan

Cara menyediakannya :
  1. Masukkan 3-4 sudu besar gula (ambil daripada jumlah gula yang perlu digunakan di atas) ke dalam periuk. Di atas api perlahan, cairkan gula ini menjadi gula hangus. Apabila gula telah perang, masukkan air dan biar gula larut sepenuhnya. 
  2. Seterusnya masukkan baki gula dan daun pandan. Besarkan api dapur dan biar hingga menggelegak dan gula larut sepenuhnya.
  3. Sementara itu kupas kulit pisang dan belah pisang kepada dua bahagian memanjang.
  4. Kecilkan api dapur. Masukkan pisang bersama bunga cengkih dan bunga lawang.  
  5. Tutup periuk dengan tudungnya dan reneh sehingga pisang empuk (sekejap je tau! Lebih kurang 1-2 minit je). Tutup api. Boleh dihidang pada suhu bilik atau boleh disejukkan dahulu di dalam peti ais sebelum dinikmati.
Sebenarnya resepi pisang sira ni, tak ada yang standart. Ianya bergantung kepada citarasa masing-masing. Kalau suka makan pisang sira dengan air gulanya yang banyak, tambahkan lagi air dan juga gulanya. Kalau suka air gulanya sedikit likat, perlulah lebihkan gula..(*jangan jadikan kebiasaan tau! Nanti kena diabetes pula).
Kalau part bahan rempah tu, iaitu bunga cengkih dan bunga lawang, boleh adjust ikut selera masing-masing juga. Mungkin ada orang yang suka bau rempah-rempah ni. Ada juga yang lebih suka menikmati pisang sira yang plain jer tanpa bau dari bunga cengkih dan juga bunga lawang tu. Jadi adjustlah sama ada nak letak banyak atau sikit bunga-bunga tu atau tak nak letak langsung pun buleh. Apa-apa pun, tepuk dada, tanya selera. Ok bye!


Rabu, Jun 13, 2012

Serawa Pulut Durian


Salam besiaran di petang rabu hemmm masing2 dah buat sarapan petang keeee,,hari ni buat serawa durian mkn sama pulut....kes npk kat rumah CMG tempoh hari..pastu dek Hana pun ada buat tp cicah sama roti....kita pun tanak pulut sikit je dalam 1/2 kg, cuma serawa je buat lebih...habis je pulut boleh beli roti pulak :-) serawa ni kita lupa nak beli gula merah..jadi nya warna asal jelah.....utk kita mmg x mkn byk pun...lebih pada nenek, mak n abah aje...maklum le org tua2 kan suka mkn :-)....resepi ambik dari dapur CMG tq :-)....


SERAWA PULUT DURIAN
Resepi : Tiffinbiru ~CMG


BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)
700 ml santan kelapa segar
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, potong kecil* ~ sheila x letak lupa beli
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum
3 camca besar air
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT :-)
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan ~ sheila buar 1/2 kg  pulut
700 ml santan cair ~ sheila ambil 350ml santan sbb buat pulut kurang
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci. Letak pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan. Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau selalu. Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK SERAWA PULUT DURIAN :- Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai. Tuang kuah serawa dan hidangkan. Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi...Selamat mencuba!..

Jumaat, Jun 01, 2012

Puding Susu Manga


Hai semua dah mkn2 tegahari kan...kenyang yeee amacam boleh terima lg ke perut tu heheheh jom pekena desset pulak...Puding Susu Manga....nyam nyam nyam...mkn sejuk mmg sdp nyaman aje masuk ke tekak....kalau buat puding saya suka yg lembut..kira goyang2 sikit leee :-) baru best....asalnya puding ni dari resepi Puding Susu Kiwi dari Yatie....tp kita x ada buah kawi so gantikan sama manga manis aje...resepi tetap same cuma buah aje lain......kalau nak letak buah apa2 pun boleg tp yg besesuaiyan le..nenas, jagung, stwbry pun ok gak kan.... sdp cubalah.... pudingnya rasa susu tp dlm ada buah... nnt nak buat byk2 masuk bekas.. Terima kasih Yatie dgn resepi ni :-)


Resepi Asal :PUDING SUSU KIWI
Dari : Yatie

Bahan -Bahan.
  • 700 ml air
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 10 gram serbuk agar agar
  • 2 helai daun pandan
  • 400 ml susu segar/susu cair
  • 200 ml santan
  • Buah kiwi secukupnya.~ sheila letak buah manga manis dadu
Cara membuatnya :
  1. Satukan serbuk agar2, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.
  2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2, dah siap..tutup api.
  3. Tapiskan, tuang dlm bekas2 kecil dan taburkan buah kiwi yg di potong dadu diatasnya.
  4. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk2....

Jumaat, April 27, 2012

Puding Kek Vanilla Coklat


Salam besiaran di petang jumaat...n3 dessert pulak lama betul x buat...bila dek Mas tayang puding ni pg tadi terus je rasa kempunan nak mkn hehehe amboiiii...sedang elok lah tu cuaca pun panas hari ni...mkn puding yg sejuk terasa nyam masuk ke tekak...buat kek vanilla dan puding nya coklat....jadi lah vanila coklat...teruja gan ceta vanilla coklat tulahhhh :-)... puding pun lembut sesuai le ank2 kecik mkn...ok x nak lama celoteh meh layan dulu puding yg dah siap ni...tq pada tuan empunya resepi...izinkan tepek di sini ye... :-)

Puding Kek
Resepi : Kak Dayang Jack

Bahan :
3 cawan air
1 sudu besar serbuk agar-agar (dyg guna Cap Bunga Ros)
3 sudu besar tepung kastard (dibancuh dgn 3 sb air)
1/2 cawan gula pasir ( boleh lebihkan sedikit jika nak lebih manis - bergantung pd kemanisan kek)
3/4 cawan susu cair - sheila tambah 2 sudu serbuk koko kocak sekali
1 sk esen vanilla
hirisan kek secukupnya (dipotong kiub @ ikut suka)

Cara membuatnya :
Didihkan air bersama serbuk agar-agar di dalam periuk. Setelah larut masukkan gula dan susu cair. Setelah gula larut, biarkan ia merendidih.
Masukkan bancuhan tepung kastard tadi serta esen vanilla. Kacau hingga pekat.
Sediakan loyang yang sudah dibasahkan dgn air. Tuangkan adunan tadi ke dalamnya. Masukkan/susunkan atau gaulkan perlahan-lahan kek yg sudah dipotong tadi.
Sejukkan sebelum hidang.

***adunan agar2 ini juga sesuai utk puding koktel tetapi sukatan gula perlu ditambah sedikit.

Selasa, April 03, 2012

Kasterd Labu


Salam besiaran di petang selasa yg sejuk..hujan best pulak lepak2...sambil borak gan anak dan sambil2 mkn kasterd labu yg dah suam2 kuku....telebih kukus pulak labu tu..nasib x pecai bederai....kelembutan mmg dah cukup empuk....sejukkan dulu baru boleh potong ...rasanya mmg enak sekali kasterd ada seakan rasa tart telur... lemak2 santan tu yg buat lg sdp...ada lebihan kasterd dlm secawan saya kukus dan mkn cam tu aje...resepi ni mmg sempoi...dari rakan FB yg dah buat minggu2 lepas..Adik Mar Manaf...tq Mar..akk kongsi resepi di sini yeee


KASTERD LABU
Resepi: Mar Manaf

Bahnnya :-
-sebijik labu
-1cwn santan pekat
-1/2cwn susu cair
-4@5biji telur(lg bnyk lg sedap..hehe)
-1/2cwn gula(brgantung pd selera)
 

Caranya:
tebuk lubang atas labu(tuk tuang bancuhan nnt)
keluarkan isi dalam labu(bijik2 dia la..)
pastu,gaul sebati bahan2 diatas,kemudian tuang ke dlm labu..
pastu kukus je la sapai msak...

***sukatan bhn2 brgantung pd saiz labu..klu labu besar,kena tmbh la skit bhn2 diatas...sekian terima kasih!!(^____^)



Khamis, Mac 22, 2012

Sira Labu


Assalamualaikum, salam di pg Khamis ....lama x buat dessert hehe, n3 semlm punya dessert buat mkn petang2...terigin nak mkn manisan dari pantai timur, npk labu kat tesco puchong besar juga...terus sambar...hemmm buat dlm setengah biji aje... belah ikut alur dpt 6 kerat...tp siranya sy buat x manis sangat tau, sy tambah gula pasir putih tu dlm 3 sudu, kira secukup manis...gula merah tu pun bukannya manis sangat pun...masa masak siri ni bau daun pandan sikit punya wangi kata kooooooo....mmg cantik x hancur pun sbb di rendam sama air kapur 2 jam...cantik lembut masaknya....tp nak mkn ni kena lah sediakan air kosong yeee..kalau nak buat air manis pun biarlah manis2 buah hehehe, ada tu suka mkn siri ni sejuk2..pada saya kedua2nya pun boleh,  x sempat nak simpan sejuk dan kena ngap... ada bebagai sira, sira pisang, ubi kayu, ubi keledek semunya sdp2 belaka...tp pilihan saya sira labu leee... resepi kita ambik dari dapur Cendana kasih....tq...

SIRA LABU
Resepi :  LizaComel-MyR
Sumber : Cendana Kasih

Bahan-bahan
1 biji labu
sedikit kapur makan
gula melaka
daun pandan
air
~ sheila tambah 3 sudu gula pasir

Cara-cara
Labu dibersihkan dan dipotong
Lumur labu dengan kapur makan selama 15 minit (ini untuk mengeraskan labu tu)
Cuci labu bersih-bersih dan masukkan dalam periuk.
Masukkan juga daun pandan dan gula melaka.
Renjis sedikit air dalam periuk (kalau suka kuah, letak ler air lebih sikit pun takpe) ~ sheila buat ada sikit kuah
Masak labu dengan api perlahan selama 30 minit.
Siap dan bolehlah disejukkan dahulu sebelum makan.

Isnin, Februari 06, 2012

Agar- Agar Gula Merah


Salam besiaran di petang isnin, teringin pulak nak mkn agar-agar gula merah, memandang kan hari ni panas sampai kepetang terasa nak basahkan tekak dgn yg sejuk2...time bulan posa mmg x pernah miss agar2... masti nak ada, tapi belain rasa lah tiap2 hari, yg sama jemu jugakkan...hemm sdp di mkn sejuk2...tp lawak pulak bila negok agar2 saya ni masa keluarkan dari loyang negok rupanya semua warna coklat..ehhh mana lapisan bawah...biasa kalau buat belapis duakan.... jadinya santan diatas dan yg jernih di bawah....rasa dlm hati mcm x jadi aje agar-agar saya ni....pastu cubalah potong hahaha  maharaja lawak betulah....di bahagian dlm baru npk ada lapisan heran juga jd cam tu....x tau le telebih santan ke atau air...bila negok resepi mmg ikut sebiji cam tu....tp Kak Lina Pg punya cantik aje kejadiyannya... ...apa2 jelah yg penting menjadi dan sdp.... jemput jamu pencuci mulut di petang hari.....

Agar-Agar Gula Merah
Resepi : Kak Lina Pg

Bahan-Bahan:
1 paket agar-agar serbuk 10gram ( sy gna agar2 cap bintang)
3 gelas air (1 gelas=240ml)
2 gelas santan ( sy gn sntan serbuk S&P bancuh ngan 2 gelas air)
4 keping gula melaka
2-3 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam

Cara-Cara :
Masak agar2 bersama dgn air, gula melaka, daun pandan dan secubit garam.Masak hingga gula melaka dan agar2 larut.Kacau sekali sekala
Masukkan santan, kacau hingga agar2 mendidih. Tutup api
Tapis adunan sambil tuang ke dalam loyang.Tunggu hingga sejuk, masukkan ke dalam peti ais.
Setelah sejuk bleh la dihidang...Selamat Mencuba

Rabu, Januari 25, 2012

Butter Bread Pudding


Assalamualaikum , salam besiaran di hari rabu, wahhh cantik npknya cuaca hari ni...x tau le bila masuk petang mendung/hujan ke tidak...x kisahlah kan panas ke hujan ke...tetap akan kita tempuh juga...ok bebalik pada hidangan hari ni kes tetarik menarik  punya pasal lah dari mlm tadi DJ dok tayang, kan dah terrrrrrrrr buat heheheh sbb tu x leh tenung dan tunggu lama2... bekenan terus buat....hemmmm gabungan butter, pisang serta and the geng mmg cukup2 enak...seperti yg DJ bg tahu kalau nak tau rasa keenakannya kena lah rajin buat baru tahu sdp ke tidak,hehehe....tuan rmh buat mmg utk sendiri punya, x ada lebih2 pun cukup2 seisi keluarga...cuba jgn x cuba...

 
si bujang punya kerja, tabur dgn serbuk milo...
 Butter Bread Pudding
bahan-bahan : 4-5 orang makan
  • 8 keping roti
  • 2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis
  • mentega secukupnya
  • peanut butter secukupnya
  • chocolate rice secukupnya - sheila ganti gan chocolaet chip
  • kismis secukupnya - sheila ganti gan kacang almond
  • sedikit parutan kulit oren sunkist - optional
Bahan A :
  • 2 cawan susu segar/susu cair
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 3 biji telur 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B :
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional
  • 1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)
sebelum di bakar ..parutan kulit limau hemmm harum
    Cara-cara :
    1. Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
    2. Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
    3. Potong roti kepada 4 bahagian.
    4. Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar. 
    5. Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis. 
    6. Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B. 
    7. Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
    8. Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C. 
    9. Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk. 

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More