Assalamualaikum....rindu pulak beberapa hari x besiaran....dua tiga hari ni sibuk sikit urus kan nenek x berapa sihat..lepas raya haji tu nenek x berapa sihat ada tanda2 mcm nak demam.... sy cepat2 bg mkn ubat takut demam nenek melarat....semlam kebahnya dah kurang..hari ni npk dah berangsur pulih alhamdullilah x melarat lama.....hari ni baru sy ada kesempatan membaking...jgn maree ye mlm ni baru nak tayang....lepas je membaking..terus lipat kain yg dah naik membukit...maklum le semua tahu cuaca kat luar sana x menentu jd kain yg x berapa nak kering ..dan tambah pulak kain2 yg baru di basuh...byk jdnya....
Kek yg dah lama juga masuk list...seperti biasa ada je resepi2 yg potong Q....:-)...biaslah tu.....kalau x cuba tak tahu hasil dan rasa kek ni...hemmm mmg walaaaaaa. gebusnya......rasa pandan asli dan kelapa kering mmg sangat sdp...nak pulak atasnya garing....biasa Mr.N kurang sikit dgn kek2 ni..tp npknya td bukan main mkn bekeping2.....resepi kek sy ambik dari dapur Yatie....pada yg nak rasa boleh lah buat..rajin2 yeee...:-)
Kek Pandan Kelapa
Sumber: YatieMemories
Bahan- bahan (loyang 8x8 inci)
250 gm butter
1 cawan gula kaster (1/4 cwn dan 3/4 cwn)
1 sudu kecil ovallete
5 biji telur gred A (asingkan kuning dan putihnya)
2 cawan tepung superfine/tpng gandum*
1 s/k baking powder*(* di ayak bersama)
100 ml santan pekat
2 sudu kecil perisa pandan/pandan emulco
sedikit pewarna hijau
sedikit kelapa kering - utk tabur atas kek
Sheila tambah 1/2 cawan kelapa kering masuk dlm adunan kek...
Cara-Cara
Pukul putih telur bersama 1/4 cwn gula kaster hingga ringan. Ketepikan.
Sementara itu dlm bekas lain,pukul butter,ovallete dan 3/4 cwn gula kaster sehingga kembang dan putih.
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sebati.
Masukkan pandan emulco/perisa pandan juga pewarna hijau.
Masukkan tepung berselang seli dengan santan. Kacau rata sehingga adunan betul2 sebati.
Masukkan adunan putih telur dan gaul kaedah kaup balik.
Sediakan loyang yg telah dilapikkan kertas minyak. Sapu sedikit butter di sekeliling loyang.
Tuang adunan ke dalam loyang, ratakan dan hentak2kan 2 kali. Taburkan kelapa kering di atas kek.
Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak. Guna api atas dan bawah 180c dan letak dirak tengah.
Setelah masak, angkat dan sejukkan diredai kek. Setelah sejuk, bolehlah dipotong dan
hidangkan.