Sabtu, Disember 31, 2011

Puding Jagung Lapis Biskut


Assalamualaikum besiaran di petang sabtu...dan hari terkahir be n3 dgn juadah yg istimewa utk tahun 2011...
Mari kita lihat hidangan pencuci mulut petang ni......bukan nya marathon pun kebetulan bhn2 utk resepi mmg ada dlm simpanan....memandangkan  Kak Ummi tayang pg tadi so ada lah masa nak megodeknya buat mkn ptg2 cam ni...rasa yg sangat enak lemak2 biskut dan kasted susu yg bekerim....biskut akan menjadi lembut tp x hancur...makan begitu saja pun sdp sbb dlm tu dah ada jagung...tp kalau ada buah2 campuran lg best...mmg sesuai di mkn sejuk2....Tq Kak Ummi tayang resepi ni... dan juga amat beterima kasih sbb mana yg x punya   Buku 1 Hari 1 Resepi dari Chef Kak Hanieliza ni seperti saya, dpt juga bekongsi di blog bila kakak2 dan rakan2 yg lain memcubanya... ..ok layan yee..jumpa lg dgn resepi2 yg sdp2 di Tahun 2012...

SELAMAT TAHUN BARU 2012 PADA RAKAN-RAKAN BLOGGER SEMUA


PUDING JAGUNG LAPIS BISKUT
Resepi: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza
Dicuba Rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-
  • 1 1/2 cawan jagung krim (dalam tin)
  • 1 tin susu sejat (400 ml)
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je)
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 2 sudu makan marjerin (akak letak mentega)
Bahan B:-
  • Biskut keju tawar secukupnya (akak guna jenama Ritz)
  • Buah-buahan koktel dalam tin

Cara Membuat:-
  1. Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan kacau rata.
  2. Masak di atas api perlahan sehingga kelihatan pekat.
  3. Masukkan margerin/mentega dan kacau lagi sehingga kelihatan berkilat. Tutup api.
  4. Bahagikan adunan (akak bahagi kepada 3 bahagian), sendukkan 1 bahagian ke dalam loyang dan ratakan.
  5. Susun biskut keju di atas adunan puding dan ulangi melapis dengan adunan puding hingga siap. (akak buat 3 lapisan puding dan 2 lapisan biskut). Bahagian atas diakhiri dengan bahagian puding.
  6. Sejukkan dan hiaskan dengan buah-buahan koktel. Sedia untuk dihidangkan.

Jumaat, Disember 30, 2011

Serawa Durian & Pulut


Assalamualaikum salam sejahtera semua kawan2 yg di kasihi...betemu kembali di jumaat terakhir bg tahun 2011...Allhamdullilah tahun yg banyak memberikan kebahagian dan rezeki buat kami sekeluarga..... Syukur moga tahun baru yg akan menjelang tiba beberapa hari lagi akan lebih TERbaik....Amin...

Baik lah utk hari jumaat yg indah ni saya tegerak hati nak mkn pulut... apa kata org ambik berkat yeee....apa2 ajalah yeee..pagi2 dah buat kuah serawa durian.....durian dari kg ni...minggu lepas balik pahang so renbat le... dua jam dlm kereta naik pening bau nya keluar hahaha rasakan....mana yg isi durian yg sdp dan bekremel tu masing2 do makan....mana yg rasa tawar tu asingkan leh buat kuah/bubur durian.... simpan dlm bekas kedap masuk peti isi buah durian x rosak masih cantik lg....bhn2 yg lain semua dah siap, pulut pun rendam mlm tadi...sesudah subuh baru le megukus pulut dan sambil tu buat kuah serawa......ingat kalau rajin tghari nnt  nak menjala  hehehe boleh mkn  roti jala cicah sama kuah serawa nyam nyam ....lagi pun  kuah serawa durian mmg buat lebih....resepinya  sama juga mcm yg pernah saya buat di Sini


SERAWA DURIAN & PULUT

Bahan Pulut :-)
500 g pulut rendam semalaman, toskan
300 ml santan cair
sedikit garam
1 helai daun pandan disimpul

Cara :-)
Panaskan kukusan
Masukan pulut yg telah di tos kedalam loyang beserta daun pandan, santan, garam
Gaul rata dan kukus pulut hingga masak dlm 30 minit. 

Bahan:- Kuah Serawa Durian
1 biji durian dpt dlm 8-10 ulas
1 keping gula kabung - x letak pun kalau ada lg bagus
4 sudu besar gula merah
1/2 cawan gula pasir - boleh kurang
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan - disimpul
3 cawan santan pekat (ikut nak cair atau pekat)

Cara membuat:-
Dalam periuk satukan durian, santan, gula kabung, gula merah, gula pasir dan daun pandan.
Masak di atas api perlahan sambil dikacau. Biar mendidih sedikit.
Kacau selalu bila kuah dah agak pekat padam api dan boleh di hidangkan

Rabu, Disember 28, 2011

Tauhu Poket 2


Assalamualaikum..hemmm baru ada kesempatan nak ber n3...minggu lepas sambung cuti2 di kg ...hari ni luangkan masa kat rmh kedua yg di rindui...utk hari ni sajian yg dah beberapa kali buat, kalau nak negok tauhu yg telah siap di lobang kan ada kat Sini...2 ketul tauhu pun dah cukup kenyang ..resepi sekali lg sy letakan di sini


TAUHU POKET
Sumber by: Che'Iza MyR
Resepi : Kak Nor SG


5 kpg tauhu
50 gm isi udang dicincang halus
1/2 biji bawang besar didadu halus
1 inci lobak merah diracik halus
2 helai daun ketumbar dihiris halus - sheila letak daun sup
2 sb telur (dlm 1/2 biji)
1 sb tepung jagung
1/2 sk pati ikan bilis
sedikit garam  
sheila tambah 1/2 sudu serbuk lada sulah


dah gaul inti sumbatkan dalam tauhu yg di korek tadi padat-padatkan
 
Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (mcm buat tauhu sumbat). isi tauhu yg dikuarkan jgn buang.
Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain kedlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dlm tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dgn minyak yg panas
Boleh dijadikan lauk atau snek yg dihidang bersama dgn sos...

Jumaat, Disember 23, 2011

Apam Jagung Kukus


Assalamualaikum salam besiaran dipetang jumaat ooohhhh hari ni npknya mendung ..masuk ptg gelap dan  hujan ketika ini...sejuk.....apa kata ptg2 hujan2 ni kita mkn dulu kuih yg panas2 minum air teh o hagat2 juga....lepas asar tadi cuba menarai buat apam jagung hemmm menjadi pulak tu ...rasa dah tentu sdp nak pulak ada biji2 jagung dlm apam ni nyam nyam.... nak kata cam kek jagung kukus pun ada juga rasanya, kat sini saya tambah asen jagung bg lagi bau harum rasa pun lemak2 susu...cuba ye


Apam Jagung Kukus
Resepi : Rinnchan
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan-bahan:
120gm mentega
70gm gula caster
2 butir telur
120ml susu segar atau susu cair
100gm krim jagung
225gm tepung naik sendiri
Kismis hitam utk hiasan 
~ tambah 1/2 sudu asen jagung

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Gunakan mixer dgn kelajuan tinggi.
2. Masukkan telur sebutir demi sebutir. Pukul hingga sebati.
3. Gaulkan krim jagung dengan sebahagian tepung. Masukkan ke dalam adunan
mentega dan kacau rata.
4. Masukkan susu segar di selang-seli dengan lebihan tepung. Kaup balikkan menggunakan spatula.
5. Sementara itu panaskan kukusan. Balutkan tudung kukusan dgn kain supaya
air dari bhg dalam tudung tidak menitis ke atas apam.
6. Isikan adunan ke dalam acuan yg sesuai, hiaskan dgn kismis hitam dan kukus selama 15 minit. 
7. Sejukkan apam terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.

Rabu, Disember 21, 2011

Nasi Kerabu Kuning


Assalamualaikum salam sejahtera di hari rabu......pg ni buat sarapan berat sikit..dan terus sampai ke tegah hari...dah pekena nasi pepagi so kenyang nya lama hehehe...bukan apa memandangkan kat rumah ni smlm ank2 buah dtg tidur sini jd ni masak sekali arung jelah...sonang den....

Pg ni sempat jugalah Mr.N bawa tapau nasi ke opis...x yah beli2 lg....pesiapan seperti biasalah semua di siapkan mlm td....bagun sebelum subuh tanak nasi kuning hahahaha cantik tak?...alah x ada bezanya dgn nasi biru sama aje...cuma masa tanak nasi tu letak daun pandan bg wangi...sy buat lauk simple aje ikan grg tepong/ikan celup tepong..yg lain geng nasi kerabu seperti biasalah....ank bujang minta suruh buat solok lada tp x dan nak buat..lain kali ajelah....ok apa kata kita layan manu sarapan pg ....jemput semua

NASI KERABU

Bahan:
Nasi di tanak seperti biasa ~warnakan kuning/biru 

Bahan utk kuah tumis :
5-8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 biji kelapa parut
1 batang serai
Cili kisar
1-2 ulas asam keping
Garam/gula secukup rasa
    Bahan sambal kelapa ikan
    3-4 ekor ikan kembung sedang
    1/2 biji kelapa parut
    1 labu bawang besar
    1 biji cili merah
    Sebuk lada hitam
    Garam/gula

    *Bahan2 ulam seperti biasa yeee dan nak belauka apa ikut suka, jgn lupa letak budu*

    Caranya:
    Utk kuah tumis:
    Sebiji kelapa, sediakan santan
    Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
    Tumiskan bahan-bahan yang kisar sampai naik bau
    Setelah naik bau, masukkan cili kisar ...kalau suka pedas, letaklah lebih, kacau sampai naik minyak
    Masukkan santan dan serai yang telah diketuk...masukkan cili merah (jangan potong)...
    Kacau dan masukkan asam keping, masak hingga agak-agak pekat perasakan dgn garam/gula

    Utk sambal kelapa ikan:
    Ikan kembung di bakar
    Kelapa digoreng tanpa minyak sehingga  keperangan...
    Kelapa goreng dikisar supaya sederhana halus ~ kalau rajin nak tumbuk pun boleh
    Ikan bakar diambil isinya dan campurkan ke dalam kelapa goreng tadi
    Bawang besar dan cili merah dihiris, campurkan kedalam kelapa gaul rata-rata,  tambahkan  serbuk lada hitam,  garam/gula secukup rasa...



      Selasa, Disember 20, 2011

      Bubur Kacang Merah


      Assalamualaikum salam besiaran di hari selasa...ohhh betapa rindunya kat rumah yg satu ni...kini kembali semula setelah beberapa hari ditinggalkan...ok leee pembuka dgn juadah minum ptg  ye, terigin nak mkn bubur kacang merah..hemmm dah lepas hajat ptg ni masuk ke tekak....kita suka mkn sejuk2 simpan dlm peti..utk kita jeee,,,yg lain suka mkn panas2 suam....kalau sejuk ada rasa ala2 cam ais kacang....tp mana2 pun sdp aje bila di mkn hehehe...cuma nak mkn tu lambat sikit le kena menunggu kacang merah tu betul2 empuk dan x keras..tp jgn le rebus sampai hancur pulak ye...lebih kurang sejam lbh jugak le nak meempok kan kacang tu...bila dah agak kering air tambah lg takut kacang hagit....sedang2 elok kacang empoh leh le masuk santan....ok resepi mmg mudah tp nak le juga letak....jemput


      Bubur Kacang Merah

      Bahan-bahan:
      Kacang merah ~ rendam dlm 2 jam
      Gula merah ~ sy x letak
      Gula putih ~ megikut kemanisan masing2
      Santan/susu
      Daun pandan
      Secubit garam
      Air untuk merebus kacang.

       kacang merah yg telah di rebus empok

      Cara :
      Kacang merah direbus sehingga empok/lembut.
      Kemudian masukkan santan/susu bersama daun pandan.
      Masukkan gula dan gula merah secukup rasa dan secubit garam.
      Didihkan sebentar. Sedia dihidang..

      Nak rasa lebih sdp lg, masukkan bubur ke dlm mangkuk,  tuang sedikit santan pekat yg telah dicampur dgn sedikit garam

      Khamis, Disember 15, 2011

      Nasi Lemak Daun Pisang


      Assalamualaikum salam besiaran di pg khamis...rindu pulak kat dapur yg satu ni..maklum le tuan rumah sejak dua menjak ni sibuk dgn tempahan ...harap esok semuanya selesai....pas ni leh g cuti2 merehat kan diri wakakakaka ye ye oooo je ayat kan .....ok le x nak celoteh pjg....ni le manu sarapan pagi wahhhhh tayang  sarapan nasi lemak daun pisang tuuuuuuuuuu..sebenarnya dah lama pun x makan dan x buat nasi lemak...kebetulan terpandang kat dapur Quinnie tempoh hari terus teringin nak mkn... yg best nya tu di bungkus daun pisang lagi le betambah2 megidam ....x susah pon nak cari daun pisang, belakang rmh aje...daun pun cantik lebar2...so senang le nak membungkus nasi... daun ni x payang nak salai atas dapur, sy cuma didihkan air panas, letak daun pisang yg telah di potong dlm dulag dan terus curah air panas tadi...biar seketika dan daun pisang akan menjadi lembut,  senang utk membungkus nasi...buat cara gini daun pun npk cantik dan x lebam... kali ni cuba resepi nasi dan sambal dari Quinnie pula tq Q......


      Nasi lemak daun pisang

      Bahan2 nasi
      2 mug beras
      2 1/2 mug santan
      1 bawang merah
      1 bawang putih
      sedikit halia
      2 daun pandan di simpul
      sedikit garam

      Cara
      Masuk semua bahan dlm periuk elektrik....tanak macam biasa...dah masak gembur2 kan nasi...biarkan sekejap....dan bungkus nasi dlm daun pisang bersama hirisan timun...telor rebus dan sambal tumis.


      Bahan2 Sambal tumis
      1 mangkok ikan bilis
      1/2 cawan santan
      20 cili kering di rebus kejap dan toskan*
      sedikit belacan*
      1 bawang besar*
      4 bawang putih* (blend bahan*)
      1 bawang besar dihiris
      garam dan gula
      sedikit air asam jawa

      Cara2
      Mula2 panaskan minyak...tumis bahan2 blend sampai pecah minyak....kemudian masukkan santan...garam dan gula serta air asam jawa...biar didih......masukkan ikan bilis dan bawang hiris...masak hingga terbit minyak..kalau nak berkuah..tambah la air skit....ikan bilis boleh digoreng dulu jika suka...saya malas nak goreng...hehhehe..kalau nak tumbuk2 kasar pun boleh jugak...ikut selera..:)

      Bahan sampingan
      Telor yg telah direbus
      Timun yg dihiris
      Daun pisang yg telah dilayur

      Mana yg rajin nak masak lauk tambah tu pandai2 le buat yeee...
      hemmmmmmmm sdp dan harum

      Sabtu, Disember 10, 2011

      Potato Soup & Roti Bakar Bawang Putih


      Assalamualaikum salam besiaran di pg sabtu....apa xtvt kawan2 hari ni...ada yg g becuti lg ke heee atau ada ke majlis jemputan kenduri...musim sedara mara & sahabat naik pelamin kan....ok x nak legah2 lagi kerja pun byk yg menanti ni........sy n3 manu sarapan pagi yg sdp, simple, ringkas ...tp cukup kenyang 3,4 keping le jugak habis roti di cicah sama soup potato ni...kes Quinnie tayang manu ni kemarin so ank dara sy pun dah npk..mmg di  suruh buatnya... rasa jgn ckp lah mmg bekrime, puas juga lah menghirup suam2...nyam nyam...cuma kat sini saya tambah dgn aym yg di potong dadu...kata Quinnie kalau nak letak cendawan pun boleh ikut cita rasa masing2 lah ye..resepi mmg saya ikut yg cam Quinnie buat...tq Quinnie dgn resepi yg sdp ni


      Potato Soup
      Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

      Bahan2
      250gm kentang dipotong 8
      25gm butter
      1 kiub ayam
      sedikit serbuk oregano
      sedikit garam
      sedikit serbuk lada hitam
      100ml susu cair
      air panas dari rebusan kentang secukupnya
      sedikit daun sup dihiris halus




      Cara2
      1. mula2 rebus kentang hingga 3/4 empuk...ambil kentang dan sedikit air rebusan kentang dan blend hingga kentang hancur.
      2. dalam periuk lain..panaskan butter hingga cair...api pelan je..lepas tu masukkan kentang yg telah di blend tadi..kacau2 rata...lepas tu masukkan kiub ayam..air dari rebusan kentang..garam dan serbuk lada sulah secukupnya..masukkan juga oregano skit...jgn byk...skit je....
      3. kacau2 rata...biar didih...lepas tu masukkan susu cair..masukkan juga hirisan daun sup...kacau hingga sebati dan kuah agak pekat...tambah air kentang tu lagi jika perlu...rasa masin nya..kalau kurang boleh tambah garam....
      4. dah masak tutup api..boleh dihidang dgn roti garlic atau roti lain pun sedap jugak..makan gitu pun best..lemak berkrim je..:

      roti yg di bakar dan tabur lada hitam sikit hemmm dan kat sini ada resepi yg saya kongsikan besama yg pernah di siarkan dalam  kosmo



      Bahan
      Beberapa keping roti
      5 sdb majerin/butter
      6 ulas bawang putih - rebus hingga empuk
      Beberapa helai daun pasli - cincang halus
      Sedikit lada sulah utk tambah rasa


      Cara
      Rebus bwg putih , toskan dan lecek dgn garfu
      Campurkan majerin/butter, lada sulah, bwg putig lecek, gaul sebati
      Sapukan bahan tadi ke atas roti hingga rata
      Bakar selama 5-8 minit hingga keperangan ikut kepanasan oven masing2
      Hidangkan besama sup cendawan 


      Rabu, Disember 07, 2011

      Kari Dal Ayam@Dalca & Chapatti


      Assalamualaikum salam besiaran di pg rabu...moga hari ni tugas2 harian bejalan dgn lancar ye...jemput sarapan sama..pg ni awal2 lg dah bagun buat kuah kari ayam dal utk di mkn besama chapatti segera....bukan apa memandangkan seminggu dua ni kerja2 tempahan bayak so x dan nak memasak yg berat2...pagi ni bg sarapan yg megenyangkan...dan lauk kuah tu nnt boleh mkn sama nasi  tghari nnt....kari dal ayam yg sdp chapatti pun lembut...ok x nak legah masa nak sambung kerja semula...jom layan


      Kari Dal Ayam / Dalca

      Bahan
      1/2 ekor ayam/ daging
      1 peket kecik rempah kari ayam/dgg (nak letak lebih pun boleh)
      1 biji terung bulat belah 4
      8 tangkai kacang panjang  kerat 1 inci
      2 biji kentang belah 4
      1 batang lobak merah  potong berbaji
      1/2 cawan kacang dal rebus hingga empuk
      2 biji cili hijau belah 2
      2 biji cili merah belah 2
      1 biji tomato belah 4
      1 keping asam gelugor
      4 cwn santan cair
      2 cwn santan pekat
      2 camca besar cili kisar
      Garam dan gula secukup rasa

      Bahan kisar
      1 biji bawang besar
      3 biji bawang merah
      3 ulas bawang putih
      1 inci halia
      1/2 inci kunyit hidup
      2 biji buah keras

      Bahan tumis
      1 batang kayu manis
      1 kuntum bunga lawang
      3 biji buah pelaga
      3 kuntum bunga cengkih
      2 tangkai daun kari, dilurut

      Caranya
      Rempah kari dibancuh bersama bahan kisar, kacau rata . Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukan bancuhan rempah kari,  tumis hingga terbit minyak,  kacau selalu.
      Masukan ayam/dgg beserta kentang dan lobak merah  juga masukan santan cair biar seketika bg semua bahan empok
      Kemudian masukkan sayuran, kacang dal rebus, asam gelugor dan santan pekat kacau rata.
      Perasakan sama garam / gula, biarkan masak




      mkn sama chapatti segera aje....

      Selasa, Disember 06, 2011

      Gado Gado @ Pecal Simple


      Assalamualaikum ,salam besiaran kembali...terasa lama pulak x ber n3 rindu teramat pada dapur sendiri dan dapur kwn2 semua.... hari ni sempat lah jengah sekejap kwn di sini... ok meh negok manu yg sy buat semalam, gado-gado@pecal yg sempoi sekali...bhn yg x berapa nak cukup...asal boleh aje ahammmm....yg penting bhn kuah tu hemmm sdp...bhn2 sayur sy cuma letak yg nak mkn aje, buat cucur , tempe goreng, kacang pjg celur dan kobis celur...tu yg dlm simpanan, asal memenuhi tekak nak mkn je ni sebenarnya......tp kalau nak lg betul2 kawwww byk bhn2 yg kena ada kasi penuh satu pinggan,...resepi kuahnya saya ambik dari dapur  Hana..Tq & miss u Hana


      Sambal Pecal
      Resepi : Hana

      Bahan-bahan
      Untuk Sambal Pecal@Pecel
      • 1 cawan kacang tanah goreng@panggang - tumbuk
      • 5 tangkai cili kering atau lebih - hana campur cili padi sket
      • 4 biji bawang merah - hiris
      • 2 ulas bawang putih - hiris
      • 4-6 biji cekur (size kecil)
      • 1 inci belacan
      • 1 sudu besar air asam jawa
      • 3-4 sudu makan gula merah dan gula putih
      • Garam
      • Daun limau purut - hiris utk tambahkan aroma (sy letak lebih sikit)
      • Air panas secukupnya
      Ulam2an@Sayur2an
      • Kangkung @ pucuk ubi - celur
      • Kacang panjang - potong dan celur - xde
      • Sengkuang - potong - xde
      • Tauhu goreng - hiris nipis
      • Taugeh @ taugeh pokok - celur sekejap
      • Timun - hiris2
      kalau nak mkn cucur sama kuih kacang pun boleh lg sdp....ni mana yg rajin buat le kalau x mau letak pun x apa....

      nak lg best letak keropok, telur rebus, kentang rebus, tauge, kangkung dan seperti bhn2 yg di tulis di atas...yg kita punya ni asal boleh aje hehe

      Rabu, November 30, 2011

      Rojak Tauhu@Salad Tauhu 2


      Salam besairan di hari rabu.....hari ni kerja byk nak buat...maklum le tempahan hantara pelangan kedua pulak nak di siapkan....pelanggan petama menempah 11 dulang nak pakai minggu dpn ni, pelangggan kedua pun 11 dulang juga nak pakai minggu lagi satu...pastu nak siapkan uncang dlm 300 helai tempahan dari pahang pehhhhh... Alhamdullilah rezeki di musim cuti...ok bebalik pada manu hari ni...di sbb kan bz...mkn pun yg simpoi2 aje...ni manu behasiat.... kalau nak diet boleh cuba....sy dah dua kali buat resepi ni...meratah aje dah kenyang....kali ni letak tampe grg dan sos nya cam yg CK buat tu taburkan kacang....


      Rojak Tauhu@Salad Tauhu

      Rojak Tauhu
      Sumber: Cendanakasih

      Bahan-bahan
      -2 keping tauhu -digoreng dan dipotong
      -1 batang tauhu telur - dipotond dan digoreng
      -sedikit timun-diracik
      -sedikit taugeh- dicelur sekejap

      Bahan sos
      -3 biji cili padi (terpulang kepada kepedasan)
      -1 ulas bawang putih kecil
      -1 sudu besar kacang tanah tumbuk
      -sedikit kicap
      -bijan -untuk ditabur

      Cara-cara

      Mula-mula kita buat sos dulu. Tumbuk cili padi dengan bawang putih hingga lumat. Masukkan kicap dan gaul rata. Boleh tambah sedikit garam jika suka. (kalau agak kering, boleh tambah sedikit air masak)
      Ok.. dh siap sos, masukkan tauhu dan tauhu telur yang digoreng dalam pinggan. Letakkan skali taugeh dan timun. Curahkan sos dan tabur kacang tanah dan bijan.

       letak tempe goreng..

      Selasa, November 29, 2011

      Pisang Goreng & Sos Kasterd


      Assalamualaikum semua....manu yg dah byk kali buat...simple, senang dan terutama sakali sdp...budak2 lagi suka mkn mcm ni....  buat utk sarapan pg atau utk teh time ptg2 lagilah ok.....ada juga yg suka makan pisang grg cicah sama sambal kicap....bg saya dua2 pun boleh, mana yg ada tu mkn aje....pisang yg sy grg ni dah masak ranum bila di grg gula manisanya keluar..tu yg buat betambah sdp..suka pisang grg yg lembut2 cam gini....ok kalau nak tahu sdp ke tidak pisang grg cicah sama sos kasterd, kena lah cuba buat...mmg x cukup2 di buatnya heehee, kat Sini pun ada juga resepinya


      Pisang Goreng & Sos Kasterd

      Bahan
      Pisang yg digoreng mcm biasa salut dgn tepung

      Sos kasterd
      1 tin susu cair/susu kotak@2 cawan
      1/2 gula
      2 sdb tepung kasterd
      1 sdk asen vanila

      Caranya
      Satukan semua bhn dalam periuk dan sebatikan
      Letak atas api dan kacau hingga kasterd seakan pekat..tutup api
      Dan boleh di curah atas pisang..same je mcm buat sos kasterd yg dimkn besame puding roti, puding coklat, banana pop...

      sdpnya cicah sama sos kasted...

      Isnin, November 28, 2011

      Tom Yam Campur


      Assalamualaikum salam besiaran di hari isnin...harap semua rakan2 sihat ye...manu simple tp sdp...lama rasanya x masak tomyam...ni pun ank2 yg request....so x payah byk nak masak lauk sampai dua tiga jenis hari ni...kena dgn tomyam, telur dadar, sambal belacan, ulam timun dah cukup.....apa lg jemput le mkn tghari sama....


      TOMYAM CAMPUR

      Bahan-bahan:
      10 ekor udang sederhana besar - bersihkan
      Isi ayam - dihiris nipis
      4 ekor sotong - potong bulat
      2 batang serai - diketuk
      1 inci lengkuas - di ketuk
      1/2 biji bawang besar - dihiris bulat
      2 ulas bawang putih - ketuk
      2 helai daun limau purut - dikoyak
      1 biji tomato segar - dipotong kecil
      (Sayur-sayuran ikut masing2 nak letak apa)
      5- 8 tangkai cili api - belah x putus
      3-4 sudu pes tom yam - ada jual dlm botol
      Sedikit perahan jus limau 
      Air secukupnya 
      Sedikit gula garam
      Sdikit daun ketumbar - hiris, untuk memberi bau - x letak sbb x ada
       
      Caranya:
      Dalam periuk masuk air masak hingga didih,
      Masukkan serai, lengkuas, pes tomyam  kacau
      Kemudian baru masukan ayam, udang, dan bhn2 sayur yg lain
      Masukan daun limau purut, gula, garam, jus limau
      Masak hingga semuanya secukup rasa
       
       

      Jumaat, November 25, 2011

      Puding Kentang Berkaramel


      Salam besiarang di petang jumaat...mmg dah cadang lama dah nak buat puding kentang karamel ...kebetulan npk kat Fb DjDayang semlm terus le di panggil2 utk membuatnya...biasa buat yg kosong dan ada roti kali ni cuba  buat yg bekentang pulak...sdp rasa seakan sama cuma x ada hanyir telur dan satu lg biasa puding ni kukus kan tp yg ni di bakar ....tghari tadi buat ..bila siap terus simpan dlm peti bg sejuk..wahhhh petang ni leh lah mkn..kena pulak lalu kat tekak sejuk dan nyaman...cuban ye


      Puding Kentang Berkaramel
      Karamel :
      1/3 cawan gula pasir
      1/3 cawan air panas
      Cara-cara : 
      Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul.
      Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang bersesuaian. Sejukkan seketika.
      Puding :
      1 1/2  atau 2 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
      5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
      2 cawan susu sejat/susu cair
      1/4 cawan air
      1/2 cawan susu pekat manis
      1 sudu kecil esen vanilla

      Cara-cara :
      Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati.
      Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.
      Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
      Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
      Bakarlah pada suhu 160-170C selama 45-50 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
      Setelah puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.

       cantik dlm nya
      sdpnya puding kentang berkaramel ni...................nyam nyam


      Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More