Isnin, Mac 12, 2012

Kek Coklat Chip


Salam besiaran di hari isnin, dah lama x buat kek.... khas buat utk ank2 yg becuti, mmg semua suka kek yg letak coklat, belek punya belek bekenan pulak kat resepi yg simple ni....kebetulan bahan2 pun ada....mula tu pikir juga tentu kek ni basan2 dan lembab2 sikit sbb npk ada mengunakan susu cair....sy suka kek2 yg lembab2 cam ni x le kering sangat...dan satu lg x mengunakan telur...nak juga try.....asalnya kek ni kek coklat rise tp telah di ubah coklat rise nya pada coklat chip....Anna ingat lg tak pada kek ni......lupa lah tu... ni akk dah buat seperti yg di cetakan smlm... mmg sdp negok tu atasnya garing...cuma sy tambah  3 sudu serbuk milo bg gelap sikit.....


KEK COKLAT CHIP
Resepi : Palatable
Sumber : Anna Qawina AzZahra

Bahan-bahan :
2 cawan tepung serbaguna *Ana guna tepung gandum cap Sauh je
3/4 cawan gula *Ana guna gula kastor
1 cawan susu *Ana guna susu cair
1/2 mentega lembut
1/2 cawan chip.chocolate *Asal resepi letak chocolate rice
1 sdt baking powder
1/4 sdt soda bikarbonat
1 sdt esen vanila
* sheila tambah 3 sdb serbuk milo

Cara-caranya :-
Ayak tepung, baking poeder & soda bikarbonat di dalam mangkuk adunan.
Panaskan oven dgn suhu 180'C(bergantung oven masing2)
Campurkan bahan diayak tadi bersama choc.chip @ choc.rise. Gaul biar bercampur.
Pukul mentega, esen vanila & gula sampai sebati kemudian tambahkan susu cair.
Masukkan campuran tepung & chip choc. tadi, gaul sebati.
Masukkan ke dalam loyang yang digriskan dan bakar sampai masak (cucuk kat tengah2 guna lidi, kalau lidi keluar bersih tandanya kek dah masak)
Keluarkan dari oven dan biarkan lebih kurang 5 minit kemudian keluarkan dari loyang.
*Ana guna oven ELBA..cuma guna api bawah dengan suhu 165'C selama +/-30 minit*

Ahad, Mac 11, 2012

Nasi Serai & The Geng


Salam besiaran di hari minggu... Taraaa dah siappppppppppppp, nak makan kenduri x ada jemputan pulak, so masak sendiri le nasi ala2 lauk kenduri wakakakaka....lagi pun lama dah x masak gaya cam ni...ingat nak buat nasi beriani... rempah pulak x ada last2 buat nasi serai ajelah...lauk pulak kari dalca ayam dan ayam masak merah berempah, cukup tu.....hemmmm sdp harum bau nasi....aroma serai yg wangi....resepi nasi serai ambik dari rmh Yatie....tq

NASI SERAI
Resepi: Kak Nor
Sumber : Yatie

Bahan-bahan
4 cwn beras (saya guna beras Faiza monghul basmathi, cuci dan rendam 20 minit) -sheila guna beras biasa aje
6 cawan air
1 labu bawang besar ~ didadu kecil
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 helai daun pandan
1 btg kayu manis
2 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 btg serai ~ dititik/ketuk
2 kiub pati ayam
garam
3 sudu besar minyak sapi ~ saya guna windmill

Cara-cara
Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan serai dan kacau lagi.
Goreng lagi hingga wangi dan masukkan beras.
Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
Masukkan kiub pati ayam dan garam. Masukkan semua kedlm rice cooker dan on kan.
Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.
Bila nasi dah masak gemburkan sedikit guna chopstick, jngn kacau lama2 bagi mengelakkan nasi patah2.
 
Ayam masak merah berempah
resepinya di sini

Kari Dal / dalca ayam dan sayur2
resepinya di sini

Sabtu, Mac 10, 2012

Tumis Air Timun Ala Manjer


Salam besiaran di hari sabtu yehhh cuti sekolah bemula hari ni selama seminggu...dah plan xtvt ke....mana yg balik ke kampung tu behati2 di jln raya yee...pada yg buat majlis kenduri khawin, cukur jambul  selamat bejalan dgn lancar....ok utk lauk hari ni kita masak lauk yg simple lagi sdp heheh lama tau x masak lauk cam gini....tumis air timun, budak2 pun suka hirup kuahnya dan mkn sayur timun yg lembut...kalau nak ganti sama buah petola, timun air dan letak soun pun sdp ....kita suka mkn sama ikan goreng panas dan buatkan colek budu  peeeehhhhh menyegat .....kita tambahkan telur dlm kuah tumis dan rencahkan dgn ikan bilis halus....pernah buat lama dah, ada kat dlm MyR...resepi ni pun ambik dari MyR - Kak Sua Sue juga....


TUMIS TIMUN ALA MANJER
Resepi :- Kak Sua Sue - MyR

Bahan-bahan ( 3 org makan )
  • Timun 1 btg yg sedang
  • 2 biji bwg merah *
  • 1 ulas bwg putih *
  • 10 bj lada hitam *
  • Sejemput ikan bilis/ikan goreng baki semalam *
  • Minyak masak
  • 2 cwn air

Cara-cara

  1. Tumbuk bhn bertanda *.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yg telah dtumbuk td.
  3. Bila dah wangi, masukkan air dan juga timun.
  4. Agak2 timun da masak,padam kan api..siap.

Khamis, Mac 08, 2012

Kuih Lapis Pandan


Besiaran di petang hari....beberapa hari x buat kuih...se keci pun dah sihat..jd ambik kesempatan melapis kuih yg dah lama x buat...kuih lapis pandan utk sarapan petang ...hemmm sdp lembut....rasa pandan dari air daun pandan asli yg di kisar...ikut kan resepi seadunan di bahagikan dua bahagian,  tp saya buat sampai dua adunan satu adunan utk putih dan satu lagi utk adunan pandan...bukan apa,  tahu jekan rmh ni byk penghuni kalau buat sikit mmg x cukup...ada lebih boleh di kukus balik utk sarapan esok..resepi ambik dari rmh Yatie....x silap Nazrah  pun pernah buat kan.....tq...


KUIH LAPIS PANDAN
Resepi : Yatie

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sduu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
4 1/2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam

(Bahan B)
Perisa pandan - boleh juga menggunakan jus pandan
pewarna hijau



Cara Penyediaan
Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
Masukkan perasa pandan dan pewarna hijau dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
Masukkan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus elama 5 minit.
Lapiskan pula 1 senduk adunan hijau dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan lagi adunan putih dan hijau berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 15 minit ).
Sejukkan dan bolehlah dipotong.

Nasi Ayam & Ayam Goreng Tepung


Assalamualaikum semua salam sejahtera..hehehhe Selamat Hari Wanita pada kawan wanita saya hehehe...wanita aje...yg lari ciri2 dari wanita tu x masuk list ok..........cerah,mendung, hujan....begitulah juga yee kita ni..x berapa sihat..tp lebih tetumpu pada sikeci ni... demam, selsema, batuk, meragam aje..sbb tu rmh dah 4 hari x singah...semlm si keci dah npk reda sikit...masuk hari ni keadaan betambah baik..so mamanya boleh le cuci2 apa yg patut behabuk tu....ok hari ni masak simple2 lg menyenangkan....Nasi ayam dan Ayam goreng tepung....ayam grg tepung tu ala2 grg cam kfc aje snng kan....marilah mkn....


NASI AYAM


BAHAN NASI
4 cawan beras - ikut pada seisi rmh nak mkn
3 cawan sup ayam + 3 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 inci halia, dititik
1 sudu mentega
Garam secukup rasa

BAHAN TEPUNG SALUT AYAM:-
1 cawan tepung gandum - begantung pada banyak ayam
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar serbuk kunyit
Sedikit Garam, Gula
1 biji telur di kocak
* kalau nak tambah serbuk kari bg rasa pun boleh
 
BAHAN SUP  :-)
1 inci halia - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 camca besar bawang goreng
2 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Daun bawang- hiasan

BAHAN SOS :-)
6-7 biji cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
1 cawan  sup ayam
1/2 inci halia, dititik
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN ULAMAN :-)
Tomato, dihiris
Timun, dihiris
Daun salad

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK SUP:- Dalam periuk tumis bahan hiris dan masukan kayu manais, bunga lawang, bunga cengkis, tumis hingga wangi masukan air dan kuib pati ayam, tambah perasa masak hinga didih, boleh lah tabur dgn bawang goreng, daun sup

UNTUK NASI :- Panaskan marjerin/mentega dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, halia dan bawang putih tumis seketika, padam api.
Beras yg di basuh td masukan ke dlm rice cooker, tuang 3 cwn sup ayam dan 3 cwn air, masukan bhn yg di tumis tadi , tambah sedikit garam. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, balik2 kan nasi, tabur dengan hirisan daun sup/daun bwg

UNTUK SOS :- Cili merah, bawang putih dan tomato dikisar halus, tuang dalam periuk, masukkan sup ayam dan halia. Masak hingga mendidih, masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam.Masak dengan api kecil sehingga pekat

UNTUK AYAM:-Ayam di bersihkan dan tos, lumur ayam dgn telur dan tepung yg di satukan tadi grg dgn minyak panas..dgn api sederhana

Sabtu, Mac 03, 2012

Mee Kicap


Assalamualaikum semua, besiaran di hari sabtu..apa agenda hari ni...makan luar ke...haaa npknya awal2 bulan ni ada yg gi cari brg2 dapur atau shopping2 gitu...... Saya pagi sampai tghari x kemana sbb ank bujang sekolah ada ujian bulanan........petang2 nnt kot baru keluar....tpkan rasanya mcm nak mendung balik aje....x pelah....nak buat cam nekannnnn......ok bebalik pada manu diatas tghari ni buat masak jenis Chinese food pulak, mee kicap di mkn besama sup sekali....pestime mkn mee kicap ni...sebenarnyakan kita tigin nak mkn mee kicap ni, jumpa le masa singah di R&R Awan Besar minggu lepas....sampai aje terus oder mee kicap... tp dah habis mee nya...kempunan lah pulak....hari ni ada kesempatan jln2 cari2 jumpa lah resepinya kat rmh Che'iza ..apa lg terus le operasi....rupanya ramai juga kekawan yg lain dah mencuba...Quinnie, Hana, Yani, Aziemas.....mee kicap ni di lawankan sama sup...mmg sesuai...npk cam simple kan tp kuah kicapnya sdp....ditumis dulu...hemm semerbak bau bawang putih....ok x nak legah2 lg jom mkn dulu.....Tq resepi ye...


MEE KICAP
Resepi : Che'iza MyR
Resepi : Che'iza -pangkin.blog

Bahan-bahan ( 2 org ) - sheila buat lebih

* 250 gm mee kuning
* lbh kurang 40-50 gm taugeh

KUAH
* 2 biji bawang putih diracik halus
* 1 sb minyak masak
* 1cm halia ditumbuk
* 3 sb kicap manis
* 3 sb sos tiram
* 1 sk kicap pekat
* 1 sk pati ikan bilis (saya guna brand tumix)
* sedikit lada sulah
* 1 cwn air
* garam n sedikit gula kalau perlu......

SUP
* 1 biji bawang merah
* 1 ulas bwg putih
* 3 cwn air
* 1 sk pati ikan bilis
* fish cake n fish ball
* sedikit lada sulah n garam

Cara-cara
1. Panaskan minyak... tumis bawang putih hingga kekuningan n garing... Kuarkan bawang putih. (Jgn buang akan tabur kat mee nanti.....). Kita akan dpt minyak bawang putih....
2. Dgn minyak tadi tumis halia hingga naik bau masukkkan kicap manis, sos tiram, air n kicap pekat. Biar mendidih...3. Masukkan lada sulah, pati ikan bilis n garam n gula kalau sos tiram tak masin. Biar hingga kuah pekat.... Siap, matikan api.
4. *UTK SUP*
5. Tumis bawang merah n bawang putih hingga naik bau masukkan air... biar mendidih, letak pati ikan bilis lada sulah, fishball, fish cake n sikit garam... biar mendidih n siap...
6. Celur mee n taugeh... tapis...letak kat pinggan n tuang kuah kicap..... tabur ngan daun bawang, bawang putih goreng... Siap tuk dihidang......
7. Hidang bersama sup n lada kicap..... Biasanya saya suka mkn ngan ayam hainan

Mgg sdp lah resepini...sapa x cuba lagi perlu try buat.....npk gayanga semua leh terima ....

Khamis, Mac 01, 2012

Roti Goreng Puree Keledek


Besiaran di petanh khamis...alhamdulilaha siap juga manu utk teh time petang ni...npknya hujan pun dah turun tu elok leee pas solat Asar kita lepak sambil ngap ngap...untung le kalau dapat geng yg tayang resepi di pagi2 hari...petang dah ada ider nak buat kuih hehehehe...roti yg betul2 lembut  naik beganda2.... warna pun cantik merah keledek.... bila dah letak inti peee naik lagi beganda besau gedabak jadinya ...seketul dah kenyang....makcik hari ni  telebih sudah rajinnya... buat sampai dua jenis inti, manis dan pedas...inti kelapa dan sambal sardin, petang ni bancuh milo o aje.......Tq Izah Daut tayang resepi pagi td,,,akk dah cuba.... roti yg terbaik...izin copy resepi ye utk buat rujukan...mana tahu terigin nak buat lg....

Inti kelapa manis

Inti sambal sardin

ROTI GORENG PUREE KELEDEK
Resepi by: izah

Bahannya:
200 gm tepung roti @ gandum
1 3/4 sk yis mauripan
3 sb gula
1/4 sk garam halus
2/3 sk baking powder
2 sb mentega @ marjerin
1 biji telur
1/4 cwn puree keledek
8-10 sb air *bergantung semasa menguli
 
 yg ada npk kuning2 tu isi keledek

Caranya: *uli tangan
Satukan tepung, yis, gula, baking powder dan garam dalam mangkuik besar.
Kacau sebati.
Buat 'perigi' di tengah2 tepung.
Masukkan telur , mentega dan puree.
Gaul dengan tangan perlahan2 sambil masukkan air sesudu demi sesudu.
Bila dapat doh yang elok diuli, uli hingga licin.
Perap doh dlm bekas bertutup sehingga doh naik 2x ganda.
Kemudian, tumbuk doh untuk kluarkan angin.
Ambil doh bulat kecil dan intikan dengan inti kesukaan masing2.
Buat sehinga habis dan biarkan roti kembang sedikit dlm 20 minit.
Kemudian baru digoreng menggunakan api kecil supaya masak sehingga kebahagian dlm roti.
Angkat n hidang.

*puree: ialah keledek yang dikisar bersama sedikit air
 
 
 
 
 

Rendang Pucuk Ubi


Salam besiaran di hari petama bulan ketiga..kejap aja masa belalu tutup2 dah sampai Mac....  tahun lepas saya tegah menghitung hari di kala masuk bulan Mac.....sedar x sedar si kecik pun nak masuk setahun bulan ini...syukur melayan telatah nya yg semakin melasak...tp menghiburkan hati ku...di kala semua ke sklah sekecik nilah jd peneman mama,  kan sayang :-))...
Ok bebalik pada manu tegahari ni sy masak rendang pucuk ubi..hemmm lama bebenau x mkn rendang ni....kalau beli pucuk ubi pun buat masak lomak atau celor aje cicah gan sambal belacan...adalah  kemarin jalan2 melawat dapur Kak Anim tetiba tesesat masuk bilik hahaha... jumpalah resepi rendang pucuk ubi..terus bekenan......pg tadi sah2 npk pucuk ubi terus le tepikir nak buat....ikut kan yg saya pernah mkn rendang ni kena betul2 kering lg sdp dan boleh simpan lama..tp yg buat sendiri ni sekadar nak mkn ank berana buat x lah kering pun....sedang2 aje lembab nya....rasa jgn ckp le mmg sdp empok..pucuk ubi dah di masa lama tu yg lembut...saya masukan sekali daun kunyit..bg ada rasa wangi rendang... sdp mkn sama nasi putih panas2 dan ada ikan grg ...cukup leeeee...kalau rajin cuba yeeeee


RENDANG PUCUK UBI
Resepi: anymz-mykitchen

Bahan:
1 ikat pucuk ubi-ambil yg muda,bersihkan dan ketepikan
Santan dari 3 biji kelapa atau
Santan segar rm 4
5 ulas bawang kecil dihiris
2 batang serai ditik
Ikan bilis Rm2
1 senduk cili api yang telah di kisar halus bersama kunyit hidup

 Nak lg merah tambah cili mcm yg Kak Anim punya..dan biarkan kering baru sdp...

Cara:
Sediakan kuali
Masukan santan,serai,garam,serai,ikan bilis,bawang dan cili api yang telah di kisar
Kacau sentiasa supaya tidak melekat dgn api yang sederhana
Bila dah agak kering macam kat atas ni baru masukan pucuk ubi tu..jaga api jgn besar.
Kacau sehingga pucuk ubi tu kering dan garing..
Dah siap dan sedia untuk di hidangkan. 


Rabu, Februari 29, 2012

Donat Suria 2


Salam besiaran...dah rabu yeee kejap ajak kan, last day date 29hb feb nak jumpa tunggu empat tahun lg yeeee...ok utk minum petang hari ni saya buat kuih donat suria lg...rasanya lama dah x mendonat....ada bebagai resepi donat di pasaran skrg mmg x tau mana satu nak pilih semuanya npk sdp2 belaka... megikut citarasa masing2,  tapi bagi saya lahkan... saya pilih resepi yg mudah2 aje...satu lg kalau letak yg bukan2 nnt takut x menjadi naik gebus pulak..... donat suria ni saya pernah buat sekali lama dah ada di sini...hari ni buat lg.....time panas2 sdp tu nak pulak mkn selepas hujan hemmm mari2, air teh o panas pun dah siap bancuh...jemputtt sekali

bahagian yg bebola kecik tu sekali saya grg...npk cutekan....

DONAT SURIA
Resepi: Pn Suria
Sumber: Yatie

Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sdb susu tepung
  • 3 sdb lemak sayuran (shotening)
  • 3 sdb gula casted
Bahan B
  • 200ml air suam
  • 2 sdt instant yeast
  • => 20ml air tambahan jika perlu, begantung pd jenis tepung
 Adunan donat suria yg telah naik boleh le di goreng....
    • Satukan bahan A, masukan bahan B kedalam A
    • Masukan air tambah jika perlu kemudian uli doh hingga licin dan lembut
    • Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan
    • Perap hingga dua kali ganda naik selama 30 minit
    • Goreng dgn api sederhana hingga warna coklat keemasan
    • Salutkan dgn gula atau coklat cair

    Isnin, Februari 27, 2012

    Kerabu betik Nostalgik


    Salam besiaran di hari isnin ...mulakan tugas harian seperti biasa.....utk manu mkn tegahari ni sy buat salah satu resepi kerabu yg ringkas tp rasa makkkkk haiiiii tersangat lah sdpnya....kalau bg sepinggan makan pun x cukup...kerabu betik pehhh power mmg kena dgn rasanya...isi ikan dan lemak2 santan sikit...kerabu ni lebih kurang sama dgn kerabu timun kelantan...kalau balik sana mesti mok buatkan...betik muda mmg ragup di mkn....rasapun manis...kerabu ni kalau letak sikit cili api x best..mesti nak letak lbh, pedas2 baru ada kawwww...dgn sebiji betik muda leh dpt banyak juga setelah di sagat....tp kalau meratah mmg sah cepat habis x dan nak tunggu mlm...resepi kerabu betik Nostagik kira nostagialah kan...saya ambik dari dapur Tun-Rabiatun...tq  Tun betambah lg resepi saya.....


    Kerabu Betik Kelantan Style
    by: Rabiatun

    Bahanya:
    1/2 biji buah betik yang masih keras ~ disagat
    4 ulas bawang merah
    1 ekor ikan kembung size kecil - dibersihkan dan dibakar tanpa garam
    3 tbsp keresek ~ ditumbuk sedikit
    2 batang serai - dihiris halus
    2 biji cili api - dihiris
    sedikit jus limau nipis
    sedikit garam
    1/4 cawan santan sederhana pekat - optional jika nak ada kuah
    - Sheila tambah racikan daun limau purut dlm 3 helai

     Cara:
    1). Buah betik yang telah disagat diramas2kan dengan sedikit garam hingga agak lembut. Bilas dan perah airnya. Ketepikan.
    2). Tumbuk bawang merah dan serai hingga lumat. Masukkan isi ikan bakar ke dalam lesung dan tumbuk sekali dengan bawang dan serai tadi tu. Tambah garam. Jika suka, boleh tambah sedikit dalam 4-5 biji lada hitam..Tun tak letak.
    3). Masukkan betik yang disagat ke dalam mangkuk dan tambah bahan tumbuk, cili api dan sedikit jus limau nipis. Gaul sebati. Rasakan garamnya.
    4). Jika suka agak basah, tambahkan sedikit santan, dan gaul sebati. Pindahkan kerabu ke dalam pinggan hidang...dan sedia dinikmati.

    Ahad, Februari 26, 2012

    Kuih Kaswi Citarasawan


    Salam besiaran di petang ahad...hujan sudah turun di kala ini....sdp tu ambik bantalll bobom..babam.... heheheheh ,saya tahu, time hujan2 cam ni ada yg lapar kan cari makanan..hehehe juadah utk ptg besama keluarga, sy buat kan kuih kaswi lg...tp kali ni resepinya dari Kak Wan....negok pada resepi  lebih kurang sama aje dgn resepi yg saya buat tempoh hari, cuma sukatan gula merah tu aja yg lebih...tp kejadian kuih ni cantik pada warna terang2 gelapa...Izah pun kata cam tu warna yg menarik...rasanya dah pasti sdp, kuihnya lembut2 kenyal.......lepas seketul ...seketul habis...lawankan sama teh o panas kurang manis baru sesuai,
    Kak Che CT pun dah pernah juga buat menggunakan resepi ni.....TQ... sy kongsi kan juga resepinya di sini....


    KUIH KASWI
    resepi: kak Wan
    yang dah cuba: kak Che Ct

    Bahan A
    1 1/2 cawan gula merah
    1/2 cawan gula pasir
    1 cawan air
    2 helai daun pandan, disimpul
    (jadikan 2 cawan air gula)
    Bahan B
    1 1/2 cawan tepung gandum
    1/2 cawan tepung ubi
    3 cawan air
    2 sudu besar air kapur
    Bahan C
    Kelapa parut dicampur sedikit garam
     
    Loyang 9" atau acuan lompang - sy guna acuan kecil cpt masaknya

    Cara-cara :
    1. Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Sejukkan.
    2. Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk.
    3. Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapukan dgn sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam. Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut.
     
     

    Jumaat, Februari 24, 2012

    Kuih Beko @Bingka Kelapa


    Assalamualaikum besiaran kita di  petang jumaat...hujan sejuk rasanya...alhamduulilah nikmat yg di berikan terima seadanya syukur...ok utk petang ni sy buat kuih beko , kira kuih bingka kelapa lah nama yg sesuai heheh, npk kat rmh Kak CheqSue pg tadi..tu yg bekenan dan terus tepikir buat utk makan2 ptg ni...  beri kredit pada kuih bingka kelapa...mmg sangat sdp...sy x tau nak ckp macam mana sdpnya..kekawan nak tahu kenalah cuba buat...resepi pun x byk bahan dan modal ...sekali masuk bancuh dah siap....kuih ni dah sejuk pun x liat masih lembut , nak lg best pumukaan atas dan bawah tu garing lagi ada ehammm...
    Macam yg Yani buat guna bekas acuan muffin, saya pun sama juga, sbb x ada acuan kuih bahulu yg macam Kak Wan tu...bila lah agaknya nak beli yekkkkkk......ok tq pada Kakak2 yg tayang resepini....sy kongsi resepi juga disini yeee....

      
    KUIH BEKO / BINGKA KELAPA
    Resepi : Kak Wan
    Sumber : Kak Yani@Deco Coco

    Bahan-bahan
    200gm kelapa parut putih
    80gm gula pasir
    150gm tepung pulut
    1 biji telur A - di pukul ringan
    4 sudu besar air
    1/2 sudu kecil garam
    1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka

    Cara-cara:
    Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata. Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
    Leser acuan baulu / cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.
    Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.
    * Acuan tu sy leser dgn majerin tu yg lg sdp rasanya


    pemukaan atas dan bawah bekerak/garing tu yg sdp..walau dah sejuk dlm nya tetap lembut...




    Khamis, Februari 23, 2012

    Nasi Lemak Tumis Ke 2


    Salam sejahtera di pg khamis.....terbuat sarapan berat pg ni.....x ada ter2 nya hehe , mlm td ada yg request suruh buat nasi lemak tumis lg....nak bawa bekal katanya...siapa lg yg suka bawa bekal dlm rmh ni Mr.N leeee...mungkin rasa tumisan nasi tu yg sdp lg tepanggil2 nak mkn... kali ni x letak warna pun biar kan kosong, hanya ada kuning sikit sbb tumis dgn majerin+minyak...belaukan sambal sotong,ayam goreng besalut tepung dan telur mata...nasi pun buat x banyak setakan sarapan pg aje...ok jemput le santap


    NASI LEMAK TUMIS

    resepi: kak Jun
    sumber: Mamasya

    Bahan-bahan ( 5-6 orang )
    3 cawan beras
    2 cawan santan
    2 cawan air
    1/2 sudu besar halba
    1 daun pandan
    1 cm halia-hiris halus
    1 batang serai-titik
    2 biji bawang merah-hiris
    garam secukup rasa
    1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

    Cara-cara
    Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
    Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
    Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
    Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
    Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

    Nota Dapurmamasya
    Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air 

    Rabu, Februari 22, 2012

    Kuih Kaswi Gandum


    Salam besiaran di pg rabu............hemmm cuaca cantik kat luar panas dan terang... hari ni n3 kuih sarapan pg ...tetiba jerasa nak mamam kuih kaswi...padahal mmg dah lama pun x mkn...biasa kalau buat kuih2 manis mcm ni sy jarang buat pg2 utk sarapan....suka buat utk minum petang, tp entah apa dtg hagin rajin...ooo rajin keeee heheee..... kuih ni kukus mlm tadi biarkan sejuk baru boleh di rasmikan pg ni...rasanya sdp lembut, nenek yg x ada gigi pun boleh mkn...cuma Mr.N x berapa nak gemar mkn kuih manis di waktu pg..suruh simpan kan sikit balik ptg nnt...orite....ok resepi kuih kaswi gandum ambik dari dapur Kak Hanieliza...tq ...kelapa parut putih kalau nak thn lama kukus sekejap dlm 2-3 minit.....tp saya suka mkn begitu saja....


    KUEH KASWI GANDUM
    sumber: Chef Hanieliza.fotopages

    Bahan Sirap
    5 cawan air
    1 cawan gula merah
    1 cawan gula pasir
    Masakkan semua dan sejukkan

    2 cawan tepung gandum
    1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
    1 sudu kecil kapur kueh [optional]
    Kelapa parut ( yang muda) - sy kukus dlm 2-3 minit
    Sedikit garam

    Cara:
    1.Panaskan kukusan.
    2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
    3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
    4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
    5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
    6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
    7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More