Assalamualaikum salam besiaran di pg rabu...moga hari ni tugas2 harian bejalan dgn lancar ye...jemput sarapan sama..pg ni awal2 lg dah bagun buat kuah kari ayam dal utk di mkn besama chapatti segera....bukan apa memandangkan seminggu dua ni kerja2 tempahan bayak so x dan nak memasak yg berat2...pagi ni bg sarapan yg megenyangkan...dan lauk kuah tu nnt boleh mkn sama nasi tghari nnt....kari dal ayam yg sdp chapatti pun lembut...ok x nak legah masa nak sambung kerja semula...jom layan
Kari Dal Ayam / Dalca
Bahan
1/2 ekor ayam/ daging
1 peket kecik rempah kari ayam/dgg (nak letak lebih pun boleh)
1 biji terung bulat belah 48 tangkai kacang panjang kerat 1 inci
2 biji kentang belah 4 1 batang lobak merah potong berbaji
1/2 cawan kacang dal rebus hingga empuk
2 biji cili hijau belah 2
2 biji cili merah belah 2
1 biji tomato belah 4
1 keping asam gelugor
4 cwn santan cair2 cwn santan pekat
2 camca besar cili kisarGaram dan gula secukup rasa
Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
Bahan tumis
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari, dilurutCaranya
Rempah kari dibancuh bersama bahan kisar, kacau rata . Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukan bancuhan rempah kari, tumis hingga terbit minyak, kacau selalu.
Masukan ayam/dgg beserta kentang dan lobak merah juga masukan santan cair biar seketika bg semua bahan empok
Kemudian masukkan sayuran, kacang dal rebus, asam gelugor dan santan pekat kacau rata.
Perasakan sama garam / gula, biarkan masak
mkn sama chapatti segera aje....
3 ulasan:
Capati segera pun sedapppp...:)
dh lama tun x makan capati. kak sheila sibuk2 ni, terasa windu pulak. hihi
ingatkan akak buat capati sendiri..hehehe...ada ye yg jual segera....pernah beli yg roti canai je dulu...lama betul tak makan roti canai dgn capati...huhuhu
Catat Ulasan