Salam Sejahtera buat semua....Salah satu resepi tradisi dari negeri pantai timur...Ganu kite...sapa2 perasa sy suka mencuba resepi dari bebagai negeri...kalau yg x berapa nak perasan tu x pelah ye heee..:-) maklum le nak menjelajah satu negara M'sia merasa makanan setiap negeri ni bukannya lepas pun kan......setidak2nya kita tahu juga ujutnya kuih2 tradisi...kalau rajin boleh buat...mcm sy nak sagat merasai mcm ne kuih apam cicah sama kuah lemak...alhamdullilah jumpa juga resepi dari dapur Kak MaDiHa...sebelum tu ada juga sembang2 tingkap ngan Kak Nor ganu...Kak Nor kata kalau dpt Apam Bakar lg sdp..wahhh teruja pulak sy dgr...insyaAllah Apam Bakar akan sy cuba pula di masa lain....ok apam ni buat dah hampir masuk senja tp sempatlah buat mkn mlm td... mmg terbaik rasa apam berkuah ni..jgan lupa mencubanya, kenyang tau x mkn nasi pun x apa...jom intai2 rupa apam berkuah...
APAM BERKUAHResepi Dari Dapur: Kak MaDiHa
RESEPI APAM GANDUM - Sheila buat 1/2 adunan
1 kg tepung gandum -Sy buat setengah aduna aje utk pecubaan
3 - 5 keping gula kerek nisang (gula merah)
1 peket mauripan
Air secukupnya (lebih kurang 5 - 6 cawan)
Cara2 Mengadun Apam
1) Masak gula kerek/nisang dengan 2 cawan air sehingga cair.. kemudian tapis & biarkan sejuk
bila air gula dah sejuk bubuh mauripan dan kacau2 sikit biar hingga mauripan mengembang & nampak berbuih.
2) Ayak tepung gandum & tuangkan air gula tadi dan gaul rata.. Seeloknya gunakan tangan (yg bersih) saja yer.. kalau org Trengganu panggil kaedah ni 'kameer' atau maknanya gaul... adunan mestilah seperti adunan cekodok ataupun sedikit lembik dengan menambah air lagi kalau tak cukup yer...
3) Biarkan adunan naik dalam 1/2 jam... kacau (kaupbalik) dan biarkan dia naik lagi. Ulang proses ini sebanyak 3 kali iaitu dalam 1/2 jam sekali. Untuk kaup balik kali ke3 terus tuangkan ke dalam loyang. Untuk 1 kg tepung boleh dapat 2 loyang besar.
4) Panaskan kukusan dan kukus apam sehingga masak (dlm 40 minit).
RESEPI KUAH APAM
Bahan2
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Halia-Besor ibu jari
lengkuas-Besor ibu jari
kunyit-Besor ibu jari
Ikan selayang - 5 ekor (Kukus/rebus bersama garam & asam keping dan ambil isi)
santan - sebiji nyor (MaDiHa guna santan kotak)
Nyor gula (kerisik)-rm 1.00
Nisan (gula merah)-3@4 kerek
garam secukup rasa
ketumbar-2 sudu (rendam semalaman) (MaDiHa sangai & tumbuk halus)
Adam manis-2 sudu (rendam semalaman) (MaDiHa sangai & tumbuk halus)
lada hitam-sesudu teh
Nyor/kelapa parut -Segengam (tak bubuh.. takde stok kelapa parut kat rumah)
Air nyor (Optional) MaDiHa tak bubuh.. takde ler..
* Sheila tambah 1 sudu cili kisar.- kuah telebih kunyit pulak
Cara Masak Kuah
1. Tumbuk/blend b. meroh, b. putih, halia, lengkuas, kunyit sampai lumat.
2. Tumbuk lada hitam & nyor sampai lumat (kalu blend takut x betul2 lumat)
3. Tumbuk ketumbar & adam manis (Hok ni pun kena tumbuk lama, biar betul2 lumat-kalau giling lagi kaw rasanya)
4. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan2 yg telah ditumbuk/blend tadi. masukkan nyor gula, nisan, isi ikan, garam dan air nyor/air kelapa.
5. Masak dalam 1/2 @ 1 jam hingga kuah betul-betul pekat dan naik minyak. Selalu kacau untuk mengelakkan kuah berkerak.
6. Sesuaikan rasanya ikut citarasa anda..
Nota: resepi kuah ni perlu dibuat double resepi jika buat 1 kg tepung (apam) sebab MaDiHa tak cukup kuah daaaaaaa.... oh ya.. lagi satu.. kuah sepatutnya warna kuning sket.. tp ku buat tu jd gelap sikit mungkin sebab rempah2 yg ku sangai tu... nak cepat punya pasal... malas nak rendam semalaman..
RSS Feed
Twitter
8:38 PG
Tanpa Nama
