Rabu, Julai 06, 2011

Chocolate Choclairs Muffin


Besuka kembali di petang rabu dah kenyang ke mkn tghari tadi... ok ptg ni sy n3 mapin yg dah lama jugak keneng2 kat dapur Kak Ummi...tangkap leleh dgn Chocolate Choclairs yg di atas mapin tu.....pehhh sdp terasa kelembutan texture mapin dan kesedapan Choclairs....letak byk Choclairs lg sdp...itu pun letak dua ketul yg di belah tiga...cam x cukup pulak, next time buat kena tabur tiga potong terus Choclairs kat atas mapin tu...mmg betul kata Kak Ummi rasa liat2 yg sdp....cantik lelehanya macam lahar gunung berapi meletupppppppppp kikikiki...resepi asal dari dapur Yani@Deco Choco dan ambik dari dapur Kak Ummi@Home Sweet Home..tq sdp sgt boleh buat lg ni...izinkan cnp resepi di sini yeee


CHOCOLATE CHOCLAIRS MUFFIN
Resepi: Yani @ Deco Choco
Dirujuk: Ummi @ Home Sweet Home


Bahan-bahan:
200gm tepung naik sendiri
20gm serbuk koko
2 biji telur
45gm gula perang
45gm gula kastor
100gm mentega
100ml susu segar
50gm chocolate chips
10-15 biji choclairs ( sebiji potong 4)


Cara-cara:
Ayak tepung dengan serbuk koko. Panaskan oven sehingga suhu 170 degree.
Pukul gula dengan mentega sehingga lembut. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul lagi 2-3 minit.
Kemudian masukkan 1/3 tepung yg dah diayak tadi. Kacau.
Masuk pula 1/2 susu segar - kacau lagi. Ulang lagi dgn masukkan tepung diikuti dengan susu. Akhir sekali tepung.
Masukkan pula chocolate chips dan choclairs. Kacau rata.
Sudipkan adunan ke dlm muffin cups. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak.

Sambal Tempe Dan Kentang


Salam buat semua kekawan, kita dah siap masak...ye ye siapa yg lapo tu silakan mkn dulu, masak lauk2 yg simple2 aje tp yg penting ada sambal@pedas....fv dgn tempe tau..mula2 tu ingat nak grg tepung aje...pastu negok x ada pulak lauk yg pedas2....kentang pun ada cantik lah tu rencahkan sekali dgn ikan bilis....kalau nak lg sdp letak tauhu....lagi nyam nyam nyam resepi ni pun dah lama negok kat dapur Kak Rose... tq Kak Rose sy cnp resepi yee....ok layan lauk sambal tempe kentang ni....nak rasa ambik le kikiki


SAMBAL TEMPE DAN KENTANG
Resepi : Rabiatun@MyR
Sumber : Kak Rose@My Kuali


Bahan-bahan ( 1 family )
1 peket tempe - dipotong memanjang (1.5cm x 4 cm)
2 biji kentang - dikupas dan dicuci bersih
1 mangkuk kecil ikan bilis
3 tbsp cili kisar
3 tsp gula
4 ulas bawang merah - ditumbuk halus
1/4 cawan air
sedikit garam dan kunyit
minyak untuk menggoreng
1/4 kiub pati ikan bilis (optional-tak letak pun takper)

Cara-cara
Tempe yang telah dipotong digaul dengan sedikit kunyit dan garam.
Potong kentang nipis2 dan digaulkan dengan sedikit garam.
Panaskan minyak, dan goreng kentang hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
Kemudian masukkan pula tempe, goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Gorengkan pula ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan minyaknya.
Tinggalkan sedikit minyak tadi di dalam kuali, masukkan cili kisar. Kacau hingga ia masak. Baru masukkan bawang tumbuk tadi. Kacau.
Bila dah wangi, masukkan air dan tambah gula serta secubit garam (ini depends on, kalau tempe tadi dah masin tak perlu masukkan). Kacau hingga air agak kering dan rasa masin manisnya.
Bila dah ngam dengan citarasa, masukkan semua bahan dan kacau sebati. Tutup api. Sedap dimakan terus sebab ia masih crispy.


suka meratah....buat kering sdp ni jd sambal jawa......

Selasa, Julai 05, 2011

Kek Cheese Marble (kukus)



Salam, utk buat sajian minum ptg hari ni sy buat kek cheese marble kukus.....x lah selalu sagat nak mkn cheese, pejam je mata...nape takut bam bam keee...sekali sekala bukan selalu pun kikiki....gi jenjalan merayap2 turun bukit naik bukit redah sana sini belantara nasib tak tercucuk duri, mak hai jauh tu pejlnnya...jumpa le resepi ni..cam menarik aje..tu yg terus tetarik membuatnya....ada lebihan sekeping lagi cheese tu saja carik2 kan dan tabur atas adunan.... mmg sdp kek ni, naik pun cantik gebus mcm tunya nya jugak .... bg saya x leh mkn sekali adap sbb cepat muai....yg pasti ank2 sure sukapunya...tq pasa tuan yg empunya resepi...

sebelum di kukus cantik je coraknya...npk tu ada carikan cheese...bila dah di kukus hilangggg corak.............

KEK CHEESE MARBLE (KUKUS)
Resepy By - Kak Radziah Hassan Kongsi Resepi@Facebook

BAHAN:
5 kpg slice cheese
1/2 cwn susu cair
1 cwn gula
1 cwn marjerin - sy guna butter
2 cwn tpg naik sendiri
2 sudu besar serbok koko
1 sdt esen vanila
3 biji telor


CARA:
Panaskan cheese dan susu hgga cheese cair, padamkan api, biarka suam.
Masukkan gula kacau smpai gula hancur.
Pkl telur dgn margerin dan masukkan kedlm bancuhan cheese tadi.
Masukkan tpg sikit2, kacau sampai sebati dan masukkan esen vanila.
Bahagikan kpd 2 bahgian 1 letak serbuk koko, yg 1 lagi warna asal.
Tuangkan berselang seli kedlm loyang yg tlh digris dgn margerin.
Lorekkan guna chostick supaya jadi marble.
Kukus selama 45- 1 jam.
Dah siap.

Roti Sardin



Assalamualaikum besua kita sekali lg di pg selasa...ohhh indahnya pg ni...semoga kehidupan kita semua seindah di suria pagi dan seterusnya............jom kita sarapan same dgn roti sardin...sdp dan simple saje penyediaannya...ank2 yg nak belajar masak pun boleh cuba resepini....bila di grg garing baru sdp...resepi ni dari rumah siapa lg kalau bukan akk yg pakar masak tu Kak Nor...dan kekawan yg lain pun pernah juga buat...Mas ,Yatie, kak Ayu sdpkan kakak2 semua....nak letak sos cili & moya pun boleh.....ok x nak celoteh pjg...kerja pun byk menungu tu...kita sarapan dulu pastu baru buat kerja ... izinkan leteak resepi di sini yee kak Nor jemput rasa same......

Roti Sardin - Kak Nor - Secubit Garam

10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak

Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.

Cara2
Potong dua bun burger.Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang.Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..Roti ni sedap dicicah dgn sos spt sos popia yg K.Nor buat semalam tu dan juga boleh dimakan dgn sos cili atau sos cili thai. Slmt Mencuba ya..


Isnin, Julai 04, 2011

Ayam Bakar TomYam


Besua kembali...lawak betul le tghari tadi...nak di jadikan cerita...lepas masak bubur cha cha....dan dan gas habis...gas utk stok pun rupanya x tertukar2 lagi...kira ada dua tong gas yg kosong.....malas betul nak gi kedai seret tong....kebetulan nasi dah masak......ayam pun dah di keluarkan dari peti...tinggal nak buat lauk tghari aje...hemmm bdk2 pun x lama nak balik...kebetulan beborak gan Tun_talani di fb tadi...sempat le Tun bg idea bakar ayam dalam oven...hehheeh x terpikir pulak kita...ok gak tu....Tun pulak gi sebut2 ikan bakar tomyam yg di hidangkan oleh nOOrsha....mak hai terus dtg semagat nak bako ayam perasa tomyam hehhehe lawakkannnnn....pikirkan boleh ke ayam ni cepat masak...bebudak pun x lama lg nak balik...so kita keluarkan nasi yg telah di masak telebih dulu dari rice cooker dan rebus ayam dlm rice cooker hingga air nya didih...sambil menungu ayam tu masak isi dlmnya, kita pun sediakan bhn2 utk di lumur pada ayam.....agak2 lah ye bila isi ayam tu didlm masak tos telebih dulu dan lumurkan bhn utk di perap...letak atas aluminium foil dan terus bako dlm oven bg ayam tu garing di luarnya... Alhamdullilah...sempat juga ank2 mkn...cukup le ada salat dan telur rebus yg di rebus dlm rice cooker.....darurat...kira rice cooker dan oven penyelama time gas kehabisan....tq pada adik2 yg menyediakan resepi Ikan bakar tomyam ni...ajas guna ayam....izinkan shere resepi di sini yeeeee


Ikan Siakap Bakar Tomyam
Resepi: Buku Senangnya Memasak (Ikan) Chef Hanieliza
Sumber: Kak Zai, Kak Noorsha,Tun_talani


Bahan A
1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan) - sy guna ayam yg direbus/kukus seketika
2 sudu besar pes tomyam
5 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
1 biji tomato (potong 6) - ni pun xde
Aluminium foil

Bahan B (Dikisar)
2 biji cili merah
5 biji cili api
3 batang serai - sebatang tu saya titik
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit gula dan fish sos

Cara Membuat:-
1. Gauikan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin)
2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
3.Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit. * Saya bakar dlm oven kebetulan ges habis*
4. Perahkan limau semasa menghidang.

Bubur Cha Cha Durian


Salam besua sekali lagi di hari isnin...sebuk sikit megemas kain2 yg nak di dobi...almaklum le dua hari tuan rmh x masuk dapur... balik kg menegok ank sedara buru. Ok utk hidagan dessert tghari ni....jom kita becha cha lg...wahhhh bestnya dpt goyang pingang n pinggul....semua jd longar....pastu bila penat kita pekena pulak bubur cha cha duriannya...bg naik sikit lg badan tu hehheh... kes nak bagi pehabiskan lebihan cha cha...ada yg suka mkn panas2 bubur ni...ada jugak yg suka mkn sejuk...bg kita mana2 pun sental aje...resepi bubur kita ambik dari dapur dek Noormah - Cendana Kasih...tq Ck izinkan kongsi resepi di sini ye...


BUBUR CHA-CHA LABU
Resepi:- Cendana kasih


Bahan-bahan
* 3/4 cawan cha-cha
* labu- dikupas dan potong - sy letak 4 ketul durian
* 1 kotak santan KARA
* gula (ikut citarasa)
* secubit garam
* dua helai daun pandan

Cara-cara
1. Masukkan cha-cha kedalam air mendidih rebus sehingga kembang
2. Dalam periuk lain masukkan labu, daun pandan. gula, dan garam. Tambah sedikit air. Masak sampai labu empuk.
3.Kemudian masukkan cha-cha yang sudah direbus tadi dan juga santan. Tambah air jika perlu. Masak hingga mendidih. Siap

Jumaat, Julai 01, 2011

Kuih Tiram/Lidah/Selayang



Salam buat semua rakan2, besiaran kita di hari jumaat...hari ni xlah bz sagat biasa2 aje...lg pun anak balik cepat hari ni... pas ambik report kad dah boleh terus balik so ada le masa nak buat kerja lain...kakak Sofea boleh negok2 kan bby Areen....sambil tu mamanya ambik le peluang uli meguli lenyek melenyek...hehhe nilah penagannya kes negok kat rmh Ika pg tadi...abah kita dah sebok suruh buat...hehhee mmg le org tua2 kan suka mkn kuih/kudap2 cam ni...tp utk abah, kita asing kat gulanya...pehhh betul2 ikut stap by stap yg Ika tunjukan tu....maklum lah takut salah nnt x menjadi pulak.....pas dapat hasilnya kita pun try lah grg sikit dulu...mak hai cantik lah pulak lapis2 kuih ni....melompat happy....teruskan lagi mengelek dan mengelek......cam ni raya nnt dah leh buat heheh x yah beli dah...tq Ika kerana megigatkan kembali pada kuih2 tradisi ni...izinkan salin resepi ye....

Tunggu di gelek......

KUIH TIRAM/SELAYANG
Resepi Asal: S SHAMEN MyR
Sumber: Che'Iza
Sumber : Ika


Bahan- bahan
500gm tepung
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sudu tepung jagung**
**6 sudu minyak**

Sebelum di bedak...tunggu sejuk dulu....
Setelah di bedakkan

Cara-cara
Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

Khamis, Jun 30, 2011

Rendang Ayam Pindang


Besua kembali...lewat sikit masuk n3 maklumlah ada masalah teknikel td...rasanya kekawan yg lain pun megalami pekara yg sama jugak kan......ok utk hindagan tghari ni buat rendang ayam pindang yg dah beberapa kali buat...resepi ni mmg tersagat lah senang, main blande dan masuk aje bahan...pastu tunggulah sehingga ayam dan kuahnya kering....sbb apa di namakan pindang nak tahukeeeee.... sbb warnanya kuning macam masak asam pindang......ok jangan tunggu lama2 jum layan


RENDANG AYAM PINDANG

Bahannya :-
* Ayam di belah/bersikan-toskan airnya
* 5 batang serai*
* 6 ulas bwg merah*
* 6 ulas bwg putih*
* 1 inci halia*
* 1/2 inci lengkuas*
* 1/2 inci kunyit hidup*
* 4 biji cili api* - sy letak 1 biji +2 biji cili merah
* 1 cawan santan
* 2 keping asam keping
* Beberapa helai daun limau
* Garam, gula, perasa
* 5 sdb minyak

Cara2:
Kisar semua bhn yg betanda *
Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing
Masukan santan dan kacau
Terus masukan ayam yg telah di tos tadi gaul sebati
Masukan asam keping grm, gula, perasa, daun limau
Masak hingga kuah pekat

Tuna Canape


Salam...selamat pagi semua...kejapnya berakhir petegahan tahun, lg sebulan aje kita nak menempuh bulan Ramadhan, pada rakan2 yg bepuasa hari ni selamat bepuasa yeee....
ok bebalik pada manu sarapan kita pg ni....emmmmm sdp x rugi mencuba ank2 pun suka...simple dan menarik betul kata Kerull hidangan yg kaya dgn omega 3 lg behasiat...penyediaan pun mudah boleh buat kat opis lg mana yg x sempat nak besarapan tu...sesuai dgn biskut yg comel2 cam ni senang nak ngap...ada bebagai jenis Tuna Canape ni...nak mkn besama timun, roti pun boleh...atau pun atasnya letak buah tomato n chesse...tp kita suka mkn gan biskut yg berchesse....ini pun dah cukup kenyang, ok jemput sarapan same thank's Karull dgn resepi yg sdp ni...izinkan sy CNP resepi yeeee..............


TUNA CANAPE
Resepi By: Karull


Bahan-bahan :
1 tin tuna in spicy oil ( ayam brand )
1 biji bawang merah ( dadu )
2 biji cili merah ( buang biji dan potong dadu )
2 tangkai cili padi ( hiris )
sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah
Garam sesedap rasa
1 sudu besar perahan jus limau nipis
3 sudu besar mayonis
1 peket biskut masin ( tak kisah yang bulat or empat segi..semua boleh , tapi elok yang comel2 lah ye )

Cara-caranya :
Ambil bekas dan gaulkan semua bahan diatas...mula-mula masukkan tuna dan hancurkan , masukkan bawang , cili merah , cili padi lada hitam , lada sulah , garam , mayonis dan jus limau nipis...gaul semuanya..dan bila dah sebati..baru sapukan kepada biskut...dan baru dingap....


Rabu, Jun 29, 2011

Kerabu Kerang Pucuk Paku


Besua kita sekali lg...utk lauk mkn tegah hari ni kita buat kerabu kerang pucuk paku....la la la jgn ada yg leleh yeee kalau terliur juga kena le buat...sdp sampai ank2 meratah aje....kita beli kerang yg telah siap dikopek, beli yg timbang punya sekilo RM 9.00...sekali masak sampai mlm...sdp letak bunga kantan harum bau kerabu....resepi kita ambik dari dapur Teratak Impian@Kak Zai, tq Kak Zai mmg sdp resepi kerabu ni...izinkan kita shere resepi di sini ye...jemput


KERABU KERANG PUCUK PAKU
Resepi :- Teratak Impian@Kak Zai


Bahan-Bahan:-
1 ikat pucuk paku (dicelur)
1/2 kg taugeh (dicelur)
1 kg kerang (direbus)
2 sudu besar kerisik
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 biji limau kasturi
3 tangkai cili merah(ditumbuk)
10 tangkai cili padi (ditumbuk)
sedikit belacan - sy x letak,tp ganti dgn udang kering yg ditumbuk
Garam dan secukup rasa
*kat sini sy tambah racikan bunga kantan


Cara:-
Siang pucuk paku dan celur,begitu juga tauge dan kerang.
Masukkan semua bahan-bahan didalam mangkuk dan gaul rata dan perahkan asam limau... Sedia untuk dihidangkan

Kek Lapis Happy Day (Kukus)



Salam besua kita di pg rabu...selamat bepuasa pada rakan2...kek godaan dari Dj...mmg semlm x tertahan menegoknya...kirim kat bos balik koje jangan lupa singah belikan kaya..........mlm td jugak projek megukus...pg ni dah di rasmikan.....sdp sagat terasa enak nescafe tu...rasanya kalau letak lebih sikit nescafe lagi terasa...sy letak dlm satu sudu kecil ingat kan nnt letak byk takut pahit....tp kita x berapa puas hati lagi lah, bab melapis x secantik cam Dj punya... Dj punya same aje ratanya......kegebuan serta rasa dah mmg cun sgat...manis pun kira ok2 lah....x nak manis boleh kurangkan gula...
Kita nak ulang balik buat kek ni ...nak bg rasa betul2 happy...Tq Dj...kita shere resepi di sini ye.........


Kek Lapis Happy Day(kukus)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang


bahan-bahan : loyang 6" x 6"
3/4 cawan tepung superfine (diayak)
1/2 cawan tepung gandum (diayak)
5 biji telur A
225 g mentega berkualiti tinggi
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan serikaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla
2 sk serbuk nescafe
pewarna hijau (DJ campurkan dengan pes pandan), merah, kuning dan coklat

Cara-cara :
Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Balutkan penutup pengukus dengan tuala bersih. Sediakan loyang kek. Alaskan dengan kertas serap minyak dan sapukan mentega serta ditaburkan dengan sedikit tepung.
Putar mentega bersama gula hingga gebu dengan kelajuan maksimum. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan.
Masukkan susu pekat dan putar lagi.
Masukkan serikaya dan putar lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
Warnakan hijau, merah, kuning dan satu adunan lagi dicampurkan dengan pewarna/perisa coklat dan serbuk nescafe (kacau sebati). Kemudian setiap adunan dibahagi dua lagi supaya menjadi lapan lapisan. Tapi kalau nk buat 4 lapisan saja pun boleh.
Untuk lapisan pertama, tuangkan adunan warna kuning dan ratakan. Kemudian tutup loyang dengan kertas foil tetapi hendaklah direnggangkan. Kukus selama 5-7 minit atau sehingga adunan dah tak cair. Kemudian buat lapisan keduanya. Ulangi proses sehingga habis. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 20 minit lagi supaya kek masak sempurna.
Setelah masak, tutupkan api. Sejukkan kek sebelum dipotong.

Kita happy sikit ajeee sbb kek menjadi...nak happy byak kenalah kek tu menjadi betul dan lapisan pun cantik rata.....kena cuba lg ............layan

Selasa, Jun 28, 2011

Tauhu Sambal Berudang


Salam, sdp lauk ni tau....kita saja je lebihkan udang dan tauhu sbb mmg fv pun...resepi sangat simpil rasanya kalau tambahkan gan tampe grg pun sdp...lebih kurang seakan sambal tempe bekentang tu...resepi ni kemarin lg dah npk kat dapur Dj...kita masuk list sbb time tu x ada udang dlm stok...tegahari ni lepas lah hajat mencubanya....jemput rasa, nasi pun dah masak tu lehlah kita mkn besama....


Tauhu Sambal Berudang
resepi : DaYangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
10 ekor udang basah (dibuang kulit kecuali bahagian ekor)
2 batang kacang panjang (dihiris)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong kiub)
1/2 labu bawang besar (dikisar)
2 biji bawang merah (dikisar)
Cili giling secukupnya
Sedikit udang kering (dikisar)
Sedikit air asam jawa
1 sudu makan sos tiram
Minyak untuk menumis
Garam dan gula

Cara-cara :
Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram, udang, kacang panjang dan air. Kacau rata-rata.
Masukkan tauhu yang sudah digoreng tadi, garam, gula dan air asam jawa. Gaulkan dan kacau hingga kuahnya pekat.
Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas.

Isnin, Jun 27, 2011

Puding Cha Cha



Salam besiaran...mulakan tugas seperti biasa...ank2 pun x sekolah hari ni, cuti peristiwa...gantikan pada sabtu lepas ada sukan tahunan....sempat le time hujan pagi tadi buatkan puding cha cha...... sedap tau....cha cha pun x keras, saya rebus hingga empuk/lembut....actually kalau nak letak cendol pun ok gak....sdp juga di mkn besama kuah kasted......jemput ...


PUDING CHA CHA
Bahan:-
1 peket agar-agar serbuk
1 cawan gula - boleh kurangkan kalau x nak manis
1 cawan cha cha/cendol
1 tin susu cair
4 cawan air
1 biji telur
1 sdb tepung kasted
1 sdk asen vanilla

Cara-caranya:-
Dalam periuk rebus cha cha sehingga lembut dan toskan
Dalam periuk yg lain jerang air besama gula dan serbuk agar-agar hingga larut
Sementara menunggu gula larut, dlm bekas lain satukan susu cair, telur dan tepung kasted kocak hingga sebati
Masukan susu yg dikocak kedalam periuk agar-agar tadi beserta asen vanila kacau sebati dan rasa...kalau kurang manis tambah gula
Bila sudah mendidih masukan Cha Cha yg di toskan tadi dan kacau
Bolehlah masuk kedalam bekas dan sejukan


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More