Salam besiaran...mulakan tugas seperti biasa...ank2 pun x sekolah hari ni, cuti peristiwa...gantikan pada sabtu lepas ada sukan tahunan....sempat le time hujan pagi tadi buatkan puding cha cha...... sedap tau....cha cha pun x keras, saya rebus hingga empuk/lembut....actually kalau nak letak cendol pun ok gak....sdp juga di mkn besama kuah kasted......jemput ...
PUDING CHA CHA
Bahan:-
1 peket agar-agar serbuk
1 cawan gula - boleh kurangkan kalau x nak manis
1 cawan cha cha/cendol
1 tin susu cair
4 cawan air
1 biji telur
1 sdb tepung kasted
1 sdk asen vanilla
Cara-caranya:-
Dalam periuk rebus cha cha sehingga lembut dan toskan
Dalam periuk yg lain jerang air besama gula dan serbuk agar-agar hingga larut
Sementara menunggu gula larut, dlm bekas lain satukan susu cair, telur dan tepung kasted kocak hingga sebati
Masukan susu yg dikocak kedalam periuk agar-agar tadi beserta asen vanila kacau sebati dan rasa...kalau kurang manis tambah gula
Bila sudah mendidih masukan Cha Cha yg di toskan tadi dan kacau
Bolehlah masuk kedalam bekas dan sejukan
12 ulasan:
kalau tak jemput pun nk layan diri jugak.. hihi.. ni tgh panas nih.. mencabar gak puasa time panas2 gini.. huhu
heeee tun akk dah gelak ni...lahai puasa yeee....kalu dekat mmg akk hantar sekarang jugak boleh buat utk bebuka ptg nnt
Cantik la Kak puding ni bila kena potong.. Hahaha.. Kelako bc komen tun Kt atas tu..hehehee
Salam kak sheila!!!! walahhhhhhh kita tak de cha cha lahhhhhh kalau suh joget chacha pun tak gheti kita tolong tengok jer lahhh niiiii :D nak makan pun tak leh :D
hai Naz..betuk tu gelak akkk..cian pulak kat tun buat dia tegugat iman....bila dah potong baru npk corak cha cha tu
w'salam ika san-- lahai jum le akk ajar kita bedance cha cha...lawak yeee nnt kalau selerah dah mari gi cepat cari cha cha kat kedai....
Salam sheila..cantik!minta izin copy resepi yer...
w'salam azatie boleh saja sudi2kan...
haa...ni dtg nak tumpang lalu jek...hihi
salam kak .. ita suka cha cah ni tapi stok dah abis la.. makan oleh ulat bubuk tu.. sedih... nak suruh kakak pos la.. nak buat puidng ni
Hai Anna//lalu je ke x nak singah hehhehe
W'salam juwita yyeee betul kalau x guna pasti ada bubuk kak...cuba le sdp gak...sesuai mkn gan sos kasted
Catat Ulasan