Khamis, Mac 07, 2013

Kuih Seri Muka


Salam sejahtera di petang khamis...lama rasanya x buat kuih-kuih basah...kebetulan ada lg beras pulut yg buat pulut mkn sama rendang tempuhari...pg td pun dah pikir2 nak mkn apalah ptg ni...terus teringat kat kuih seri muka ..hemmm salah satu kuih fv si ank dara jugani...tang bahagian atas tu kali ni telemak sikit tp sdp pulak...malas nak godek2 :-) masih mengunakan resepi yg sama ada di sini... tp masa buat yg 1st tu tang bahagian pulut saya hijaukan, dan bahagian atas saya kuningkan sikit..apa pun resepi bancuhan tetap sama dgn yg ni :-)


SERIMUKA PANDAN

Bahan2 Lapisan Bawah:-
500g beras pulut
300ml santan pekat
300ml air 
2 tsp garam halus

Cara2nya:-
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
Basuh bersih & toskan
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.(Kukus dengan loyang yang berlainan tidak berlubang)-(Ayu kukus terus dalam loyang yang nak digunakan- dialas plastik wrap dulu then bubuh pulut dengan yang lain)
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan dalam loyang 10x10x2". (Since Ayu cuma buat 1/2 adunan , I gunakan loyang 8" aje)

Bahan2 Lapisan Atas:-
Bahan A
250g gula castor>>kita tak semuakan ikut kemanisan yg disukai :D
100g tepung kastard
400ml santan pekat
400ml air
20g daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan

Bahan B
4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/4 tsp pandan essence-(Ayu tak letak sebab gunakan fresh pandan )>>same2 :D
pewarna hijau- secukupnya

Cara2nya:-
Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.(Ayu blender aje semua) Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje (Ayu masak dalam 2-3 minit saja).
Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit.


10 ulasan:

anis asliza berkata...

sedap dan menyelerakan..

Sheila Shafeareen berkata...

tq Anis kuih mcm ni sdp mkn ptg2 kan...

tun_telani berkata...

Sedap! bulan puasa wajib buat nih..

Cheq Sue berkata...

saya suka kuih ni, tapi jarang sangat nak buat sendiri, malas pun ada, cuma tak larat tang nak mengabiskannya... bila tgk orang buat mula la kita pun terliur... :)

Rohah berkata...

sedapnya kak...pebret..

Tanpa Nama berkata...

salam kak....ooo akak taruk tepung kastad, untuk apa ya kak? nak kasi wangi ke kak? nanti nak try laa...nampak sedap

Yatie berkata...

kuih kegemaranku..sedap lemak dan lembut...rasa pandan lagi...perghhhhh..

rahel berkata...

Rindu pada kuih seri muka...teringin la dear...menggoda..

Yana Shaiful berkata...

~ Dah lama yana xbt kuih seri muka.. ptt la muka xbeseri skg nih hahaa..

Yana suka kuih nih tp xleh mkn slalu krg angin 1 bdn..sensitif sgt dgn pulut..nyumnyumm sedapp ^^

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

Sedap sedap sedapp....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More