Jumaat, Disember 07, 2012

Kek Lapis Asam Manis Kukus 2


Kek Lapis Asam Manis lg...saya masih mengunakan resepi yg sama....malas nak cari resepi yg lain...lg pun resepi ni dah cukup sdp bg saya, ringkas pun ringkas nak buat...guna asam manis yg petak panjan harganya  sepeket rm 1.90 je...lepas ni kita nak cuba letak lapis dgn coklat pulak..:-)


Kek Lapis Asam Manis Kukus 
Resepi By : DayangJack

bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 8 x 4.5 x 4.5) 

  • 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis) - sheila letak 120g
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 sb ovalette
  • 2 sb horlicks - optional
  • 125 ml susu segar (sejuk)
  • 1 sk esen vanilla
  • 80 ml minyak jagung
  • kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
  • sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu. 
  4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala). 
  6. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.


1 ulasan:

Amie berkata...

Cantik kejadiannya... saya pernah buat sekali saja, tak larat & kurang sabar nak tunggu lama....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More