Salam besiaran di petang selasa hemmm npknya cuaca petang ni hujan lapar balik ke?? hehehe.........marilah sarapan petang sama kita dgn pau kasterd inti kelapa dan teh o panas, tup, tup, tup pagi td kak Mardihaa@Ratna tayang pau yg sangat memikat hati...cantik paunya kuning diraja.... tepaut jdnya heheh :-).....seperti yg saya citakan mingu lepas...kelapa manis yg buat kuih bom bijan tu mmg saya buat lebih....so dah ada bhn apa lg teghari tadi terus le bemain gan tepung sambil2 si Arren tidur cepat2 saya buat keja....adunan ni x payah lg nak letak pewarna kuning...sbb bila adunan di campurkan gan air terus betukar warna tepung kasterd tu... cantik eloknya kuning..tp tepulang lee pada masing2 yeee nak lg kuning boh aje pewarna x ada masalah punnnn.....lembut dan ringan setelah dikukus..dlm pun gebus.....rasanya ada ala2 kasterd sikit......tq, ganda 6 X pada Kak Madihaa@Ratna :-) sy dah try menjadi....
Pau Kastard Inti Kelapa
MaDiHaA Adaptadi dari : Pau Pulut Hitam - Rahel
Sumber : Majalah Sedap
Bahan:
230g tepung pau (MaDiHaA guna tepong gandum aje)
50g tepung kastard
2 sudu teh yis segera (mauripan)
15g susu tepung
50g gula kastor
1 putih telur
115ml air
20g shortening
Resepi MaDiHaA a.k.a Ratna
1/2 cawan air
1/2 cawan gula merah (lebihkan jika suka lebih manis)
1/2 biji kelapa parut yg sedikit muda (diparut putih)
1 helai daun pandan disiat2
1 1/2 sudu besar tepong pulut
Cara2 sediakan inti :
1. Masak air bersama gula merah hingga ia larut. Tapiskan ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana.
2. Masukkan kelapa parut, daun pandan dan masak hingga inti agak kering. Taburkan sesudu tepong pulut dan kacau rata. Ulangi lagi sehingga habis tepong pulut tadi dan kacau rata sehingga kering. Tujuan masukkan tepong pulut ialah untuk dapatkan inti yang kental & melekit2 sikit. Selain sedap dimakan.. inti juga mudah dikendalikan semasa nak digunakan kerana ia tak mudah berderai.
2. Masukkan kelapa parut, daun pandan dan masak hingga inti agak kering. Taburkan sesudu tepong pulut dan kacau rata. Ulangi lagi sehingga habis tepong pulut tadi dan kacau rata sehingga kering. Tujuan masukkan tepong pulut ialah untuk dapatkan inti yang kental & melekit2 sikit. Selain sedap dimakan.. inti juga mudah dikendalikan semasa nak digunakan kerana ia tak mudah berderai.
Cara2 sediakan doh :
1.Campur tepung pau, tepung kastard, yis, susu tepong dan gula kastor. Gaul rata.
Tambahkan putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga sebati.
Tambahkan shortening. Uli sehingga elastik. Perapkan selama 30 minit (tutup doh).
2.Kempiskan adunan. Timbang masing-masing 30g. Bulatkan. Diamkan selama 10 minit.
Canai nipis. Isikan inti anggaran 2 sudu kecil. Bentukkan bulat &
leperkan sedikit & letak atas kertas atau daun pisang yang dipotong
bulat.
3. Perapkan lagi selama 30 minit sementara itu panaskan kukusan.
4. Kukus selama 8 minit.
16 ulasan:
Assalam Dik Shiela....wah cantik pau kastad ni....gebus jer nampaknya....terlior lak nengok!
w'salam akk watike mmg lembut kak pau ni....bila dah kukus rengan aje pau ni
Salam Sheila...
kemain laju jer ... baru tadi nmpk kat dapur Madihaa...
gebu jer nmpk... dah salin resipi daa...hehehe
cantik berseri2 pau tu kak...
tergoda i nengok tau....
nanti nak buat pau,..
nak try la resepi nie...
as-salam
baru tadi pagi npk kat blog Mardihaa..cantik pau kastard tu..
salam kak sheila!! uwaaaa.. dh kalah!!! tun baru je nk laju2 jd yg 1st buat pau ni.. huhu.. pau tun tgh duk proofing lg tu, tunggu nk masuk kukusan.
Jeles gue tengok orang ni petang tayang pau kastard..adeiii..
lama tak mengepau...tadi dah beli yis..entah la bila kan terlaksana..hehe...
Assalamualakum Sheila,
lama atak makan pau inti kelapa, asyik makan inti kacang itam aje... tu,pang makan sebiji di sini ye.
Salam.. wahh pau kastard pertama kali dengar ni.. sha memang suka dengan pau yang intinya kelapa.. nak2 kalau ternampak pau yang orang kampung jual mesti wajib beli punyalah! suka bila kulit pau tu menggerutu gitu.. masa makan tu mata pejam naa hehehe
W'salam mama hawa heheh laju keee.:-) kebetulan bhn ada kak..inti kelapa pun masih ada lg lebihan buat kuih bom minggu lepas mmg saya segaja masak lebih...
Hai Mas hemm akk pun kira dah lama sangat x buat kuih pau ni...sekali muncul resepi baru tu yg nak tahu sdp ke tidak...tp mmg sdp lembut tu yg budak2 suka
w'salam abg Ady yeppp mujur kak madiha tayang pg sempat le tghari saya buat....
hai tun heheh x pe leh kejar lg...sdp...ohhh akk pun nnt kan kuih pau dari tun dah siap hantar yee..nak rasa pulak yg org jauh buat
Salam..
Singgah bertandang ke sini.Tq sudi singgah di blog saya.Ramai sudai yang buat pau,insyaAllah akan menyusul..
assalam sue...
laju betul enjin guna enjin turbo ye? hehehe... t.kasih ye su sudi cuba eksperimen akak tu ye.... mujurlah menjadi... kalau tak jadi mesti diam2 jer.. kekekeke...
Catat Ulasan