Besiaran di hari khamis..cuaca hari best mendung2 panas...layan bantal best tu...hemmm oh tidak..byk keja2 lain lg nak di buat...lg pun kita bukannya biasa tidur2 petang..nak pulak lepas2 mkn eeeeeee jauhkan leeee...tp kalau dah teramat megantuk sangat terlending jugak kan :-)...melalut pasal tidur pulak dahhhhhhhhhh...maklum le cuaca redupppppppp.:-) n3 pasal lauk pulak hemmm lama x buat masak udang...hari ni buat masak sempoi aje tp menyedapkan pehhh kita suka kat sos kuah paprik ni ada masam, pedas, manis...x nak buat pekat2 sangat..nnt x bekuah pulak...ada kuah2 sikit baru sdp gaul gan nasi......lauk paprik ni bukan apa senang x byk keja.....sayur2 pun ada dlm tu sekali....lauk tambah telur dadar kira dah cukup.....ok resepi yg sdp lg sempoi ni kita ambik dari dapur Ros Jintanmanis..tq..Ros...
PAPRIK UDANG
Resepi : Ros-Jintanmanis
Bahan-bahanya
10 ekor udang saiz sederhana
1/3 biji carrot ( potong anak mancis)
8 batang kacang panjang/buncis ( dipotng 3@4 bahagian)
1/4 bij bawang besar ( dihiris kasar)
1/4 biji bunga kobis saiz sederhana ( potong kecil)
2 helai daun limau purut ( dicarik kasar)
2 inci halia ( dicincang halus atau disagat)
1 biji bawang putih ( diketuk dan dihiris halus)
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil kicap manis ( tak nak letak pun takpe)
garam
dua batang putik jagung ( ros tak letak sbb takde)
suku cawan air
Cara-caranya
1. Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumis bawang putih, halia dan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan, sos cili, sos tiram, suku cawan air dan daun limau purut.
2. Selepas itu masukkan carrot dan biarkan sebentar, setelah carrot agak layu baru masukkan kacang buncis, bunga kobis, putik jagung dan udang, kacau sebati.
3. Akhri sekali masukan bawang besar, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, setelah sayur agak layu, angkat dan hidangkan panas-panas, selamat mencuba.
Nota: Kalau suke berkuah boleh tambah kuantiti air nye, dan udang tu juga boleh ditambah dengan sotong atau pun gantikan saje dengan isi ayam atau hirisan daging. Masakan yang senang dan sedap dimakan, ros gandingkan paprik udang ni bersama telur dadar je, buat tambah-tambah menu : )
10 ulasan:
kak sheilla, sedapnyer paprik! tun dh lama x beli udang.
Hai tun heheh tulah akk hari ni pun masak sempoi2 aje...lama x mkn udang tu yg buat...
sedap...sedap..makan dgn telur dadar sepinggan pon x cukup..hehehe..
hai ina hemm betul walau sikit manu tp kena masak lebih lauk...meratah udang
masak macam ni di umah kakna,kejap je habis.peminat udang ramai..
Salam, Kak Sheila... kita memang suka masakan ala paprik ni, tambah lagi kalau udang, kena ngan sambal belacan thai, menyengat!
Tidur siang memang best tapi bila bangun terus rasa macam nak demam, kan.. huhuhu.
Hai kakna ye kee kak rmai di rumah suka mkn udang yeee...nng gi rmh akk kita htr lauk udang yee
W'salam SYI paprik mmg sdp simple ..aym, udg, daging semua sdp belaka..ada sambal belacan lg menyegat
Salam Shiela.. aduhh yang kecur tang kuahnya tu... terasa2 masam dan manisnya... nak banyak boleh?
w'salam kak Sha heheh boleh kak...sdp tang kuah masam,manis pedas semua cukup..harum bau daun limau purut....
Catat Ulasan