Ahad, Disember 05, 2010

Nasi Minyak Simple

Salam utk semua, slmt berehat, slmt becuti dan semuanya selamat lah ye heeee...utk sekali arung masak hari minggu ni teringin pulak nak mkn nasi minyak..nak gi jemputan khawin pun paham lah ye x larat dah...so pandai2 le masak sendiri yeee, sendiri teringin makan, sendiri masak leeee... tahu x pe hehhehe..nasi minyak ni mmg sempoi habis peyediyaannya.. jom layan...
Kali ni lauk nasi minyak masak yg simple juga, kari udang bekentang dan sambal telur puyuh.. kira sedap dah ni....
jemput

Bahan Utk Nasi Minyak
  • Beras di basuh -sukat air seperti biasa kedlm rice cooker (ikut nak berapa pot beras)
  • 1 labu bawang besar di mayang
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 btg kecil kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 sdb minyak sapi + 3 sdb minyak masak
  • 2 helai daun pandan di simpul
  • sedikit kismis/sedikit garam
Carannya
  • Panaskan minyak masak dan minyak sapi
  • Masukan bawang yg di manyang, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan grg hingga kekuningan
  • Bila sudah kekuningan masukan terus kedlm periuk nasi yg telah di sukat airnya tadi
  • Kemudian masukan daun pandan dan sedikit garam tutup periuk masak nasi seperti biasa
  • Bila nasi hampir kering kaut dan balik kan nasi( di kais) kemudian taburkan kismis 
  • Dan biarkan nasi betul2 masak dan kering 








0 ulasan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More