Ahad, Mac 07, 2010

Puding Roti Cramel

 
baru keluar dari peti time sejuk2 mkn sdp ni....
puding ye telah di belah ni le rupa dlmnya
sekali sekala pekena manis..

Hai semua besiaran utk minum petang pula, time cuti gini seronok le buat juadah utk family yg melepak tu...ptg ni pekena dessert yg manis sikit alahai bukannya selalu pun kena juadah manis2 ni jarang sekali...tp kenalah sediakan teh o yg kurang manis ye.... kali kedua buat puding roti ni, kat rumah ni mmg gemar makan yg berasaskan roti..ok kita pekena dulu puding ni yee

Bahan
  • 800ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 2 sdb gula
  • 1 stk asen vanila
  • 6 keping roti
  • 1 cawan gula ( buat gula hangus nak kurang pun boleh)
Cara
  • Panaskan pegukus telebih dahulu
  • Panaskan kuali buat gula hangus
  • Dalam mangkuk satukan susu sagar + gula + telur + asen vanila di bancuh sampai sebati
  • Koyak roti masuk dlm bancuhan tadi dan pukul hinga hancur dan sekata
  • Bila gula hangus dah cair tuang dlm loyang sehinga pemukaan loyang disaluti gula hangus
  • Masukan adunan roti kedlm loyang
  • Kukus selama 30 minit
  • Bila masak sejukan telebih dahulu baru di tebalik ke dlm pingan
Selamat mencuba

1 ulasan:

Rohana berkata...

Saya dah try resipi puding ni. Nanti sy copy resipi ni ye dan saya letak link akak.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More