Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan

Selasa, April 30, 2013

Ayam Percik Kuah Putih - Malaysian Food Fest (Kelantan Month)


Salam besiaran di mlm hari...heee n3 kena cepat... lagi beberapa jam tempoh tamat...juadah ke 4 saya utk MFF...kira dah lama juga x masak aym percik...kali ni buat kuih putih...walau pun putih ada juga rasa pedas hagat2 gitu......letak lada hitam pehh mmg sdp rasa kuah...lemak2 pedas...kuah putih ni kena masak lebih sbb ank2 mmg suku mkn aym dgn kuah nya yg byk..pastu jilat2 pinggan heeee kalau kat kedai jgn di buat malu bebeno heeee..mana yg nak cuba tu silakan..mmg sdp resepi... jom kita cuci mata dgn resepi aym percik kelantan ye...


Ayam Percik Kuah Putih

Bahan2 untuk kuah percik:
5-6 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 keping asam gelugur
2 batang serai di titik
1 mangkuk besar santan pekat
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
Gula & garam secukup rasa

Cara membuat kuah percik:
Dalam periuk campurkan bahan-bahan kisar, lada hitam tumbuk, serai titik dan santan.
Mmasak dengan api sederhana. (Kuah hendaklah sentiasa dikacau).
Masukkan gula, garam & asam keping/gelugur masak hingga kuag mendidih smbil dikacau
Pastikan kuah percik agak pekat sebelum dimatikan api

Bahan2 untuk ayam: 
Seekor ayam (potong 4)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
Sedikit garam
Serbuk kunyit (kalau xnak letak pun xpe) sy letak sikit

Cara membuat ayam percik:
Perap ayam dengan dengan bahan2 kisar, garam & serbuk kunyit
Panggang ayam yang telah diperap dengan api sederhana.
Pastikan ayam sentiasa dibalikkan pada kedua-dua bahagian.
Apabila ayam sudah hampir masak, tuangkan kuah percik ke atas ayam tersebut, kemudian balikkan.
Ulang proses yang sama sehingga ayam betul-betul masak.
Angkat ayam yang telah masak ke dalam pinggan, tuangkan lebihan kuah percik.

* Resepi ini juga sesuai digunakan untuk buat ikan percik.


Terima kasih pada Kak Nor67 yg mewar2kan join MFF dan juga pada Gert Tq....

                                         Malaysian Food Fest (MFF) Kelantan Month

"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "

Jumaat, April 26, 2013

Rendang Ayam Kelantan - Malaysian Food Fest (Kelantan Month)


Assalamualaikum...nak juga join dlm MFF ni..walau pun date hampir2 ke penghujung nya..tp rasanya x ketingalan menghantar n3 resepi pantai timur ni :-)...resepi pilihan Rendang Ayam Kelantan.. kali kedua sy buat resepi ni...rendang kelantan tidak mengunakan lengkuas dan kerisik..di situ ada kelain sikit rasa...sy suka makan rendang dgn kuahnya yg basah2...sdp di mkn dgn bebagai jenis nasi, pulut dan kalau ada ketupat palas lg sdp...jom semak resepi yg amat mudah....


Rendang Ayam Kelantan
Sumber: Nshafeareen

Bahan2nya:
1 ekor ayam kira 1.5 kg
15 biji bawang merah kecik or about 5 biji bawang besar yg tak besar sgt.
4 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari.
10 biji cili merah
2 helai daun kunyit diracik
3 helai daun limau purut
2 batang serai
2 cawan pati santan
garam
sedikit gula

Cara2nya:
potong aym ikut suka besar mana, blend semua bahan2 tadi. tumis sampai garing semua kecuali daun kunyit dan daun limau purut. jangan lupa serai ketuk2kan. masukkan ayam. gaul sampai sebati ngan rempah dan biarkan ia sampai keluar air ayam. Pastikan air ayam mesti keluar kalo tak mak kata tak sedap. in other words, kecutkan ayam tu. lepas air ayam keluar, masukkan santan, daun limau purut, garam dan sikit jer gula tau. terus masak sampai ikut suka. kalo suka berkuah, masak sampai ayam empok cukup. kalau nak kering lama ler sikit. tapi memang sedap kalau ada kuah sikit.


Terima kasih pada Kak Nor67 yg mewar2kan join MFF dan juga pada....

Malaysian Food Fest (MFF) Kelantan Month
"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "

Khamis, Februari 07, 2013

Ayam Kurkar


Salam ceria di pg khamis...sempat lg kalau nak masak utk mkn tegahari atau mlm..meh negok lauk ayam kurkar yg sdp ni...perlu cuba tau mmg best resepi ni...sesuai mkn dgn nasi kurma, nasi minyak, nasi serai..hemm bebagai lg nasi lahhh...campuran serbuk kurma, kari dan pes tomatu tu buat sdp bau harum...kuah nye tu yg syok sampai menjilat haaaa pagi ni ada sikit lg kita panaskan dan kita ambik roti cicah..walala....:-) resepi dari Ibundo ..kita ambik dari dapur Yana..Yana siap buat nasi kurma lg..tp kita mkn sama nasi putih je...ok jom semak resepinya mudah ni :-)...

AYAM KURKAR
Resepi : Ibundo@Dapur Ibundo
Sumber : YanaShaiful

Bahan-Bahan :

2 ekor ayam kampung ~ yana guna ayam xberapa nak kampung ^_^ sheila guna aym biasa
santan dari 1 biji kelapa
3 biji kentang ~ potong 4
5 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah kari
3 sudu besar pes tomato puri
2 sudu besar pes cili giling ( cili kering )
4 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih
1 inci halia ~ dihiris mancis
2 batang serai ~ dititik

Cara-Caranya:
Masukkan rempah kurma, kari, pes tomato dan cili ke dalam mangkuk. Tambah sedikit air dan jadikan pes.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih dan halia sehingga wangi. Masukkan pes rempah dan serai titik. Tumis sehingga masak dan berbau harum wangi.
Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.
Tambah santan. Apabila ayam setengah masak masukkan kentang,
Masaklah sehingga ayam empuk dan kuah pekat. Jangan lupakan garamkan. Tak payah bubuh asam sebab tomato puri memang dah ada rasa masam.
Selamat Mencuba :-)


Rabu, November 14, 2012

Ayam Tandoori & Roti Naan Goreng



Besua kembali...n3 manu semalam...x ada kena megena dgn sambutan perayaan deepavali semalam yee...saja buat nak getest jadi ke tidak....nasi dan lauk kari tetap juga masak...cuti2 ni penghuni rmh kan ramai heee...alhamdullilah jadi juga sdp aym nya sbb sy perap lama....harum bau bila dibakar...roti nan pun cantik menjadi kembung dan lobang di dlm...roti walau di goreng tp x berminyak...3 keping mmg kenyang....cuma x sempat nak buat sos pudina kalau ada lg syok mkn....resepi roti nan goreng ni kawan blog Yatiememories pun dah pernah buat....resepi asal dari Kak Fida MyR....tq Kak sy dah try....


ROTI NAAN GORENG
Resepi : Kak Fida MyR
Sumber : YatieMemories

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
500 g tepung gandum/tepung roti (5 1/2 cwn rata) - diayak(akak gune tepung gandum)
2 sk baking powder-diayak
2 biji telur
1/2 sk garam
150 ml air- (10 sb)
3 sb susu manis
minyak masak untuk goreng terendam


Cara-cara
Air dan susu manis dibancuh dan ketepikan dulu.
Masukkan 4 bahan pertama di atas ke dalam sebuah mangkuk.Gaul dengan senduk hingga rata.
Tuangkan air susu sedikit2 dan gaul hingga rata lagi dan dgn menggunakan tangan uli hingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Tutup doh dgn kain atau plastik dan dibiarkan 1/2 jam.
Bahagi doh kepada 8 atau 10 bahagian dan canai membujur.Tabur tepung atas papan canai supaya doh tidak melekat.
Panaskan secukup minyak masak di dalam kuali dan goreng doh yg telah dicanai sekeping2.
Apabila doh mula timbul cepat2 balekkan supaya roti akan gelembung pada kedua2 belah.Goreng roti hingga keperangan.
Angkat roti dan toskan diatas kertas serap minyak.
Roti naan siap untuk disajikan dengan lauk pilihan dan sedap dimakan ketika panas.

AYAM TANDOORI
Resepi: Sanjay-Vahrehvah
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan
6 ketul peha ayam dicuci bersih dan toskan
chat masala secukup rasa (jika suka) - sy x letak
1 tsp serbuk ketumbar
1 tsp jintan putih
1 tsp garam masala
Pes halia dan bawang
1 tsp daun fenu greek - sy tak letak
1 tbsp perahan air lemon
2 tbsp minyak makan
1 tsp serbuk lada putih
1 tbsp serbuk cili - mengikut kepedasan masing-masing
1 tsp pewarna merah - jika suka 
1 tsp garam
1 tsp garam masala
6 tbsp yogurt



Caranya:
Dalam sebuah mangkuk sediakan bahan untuk diperap ayam itu. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk cili, kastoorimethi (daun fenu greek), serbuk kunyit, garam masala, sedikit pewarna merah diratakan pada pes tadi. Masukkan 1/2 sudu teh garam, yogurt dan gaul rata.
Ambil ayam yang diperap sebentar dan gaulkan dengan pes yang didalam mangkuk tadi.Ratakan pes pada keseluruhan ayam dan celah-celah belahan nya.
Panaskan oven ke 425 darjah Fahrenheit. Masak selama 20 hingga 35 minit sehingga ayam lembut. Keluarkan dari oven, hidangkan semasa panas, taburkan dengan bawang hiris dan perahkan dengan air lemon.

nak mkn perahkan limau


Rabu, Oktober 03, 2012

Ayam Masak Asam


Salam sejahtera semua....ceria2 di pg rabu....hari ni plan nak masak apa? meh negok resepini....hemmm tp ni lauk mkn malam semalam tau kira dah habis yeee :-)... boleh tahan juga rasa sdpnya resepi ayam masak asam ni......mula negok tajuk cam pelik jugak...tp x lah pelik sangat punnnnn heee aym masak asam sdp ke? rasa masam ke?...jadi teruja pulak nak cuba...maklum le kalau resepi yg baru2 dan x pernah buat lg sure nak try kan heee...negok pada bahan2 pun x le susah semua ada di ceruk dapur...rupanya Mas pun dah buat sampai dua kali resepi ni..pehhh ketinggalan betul makcik heeee...wahhh mmg harum rempah2 yg ditumis...sama mcm Mas juga saya pun guna cili kering......siap masak jeee ajk semua mkn...pehhh sdp sampai menjilat tulang ayam heeee..ank2 pun suka kat kuah yg masam2 pedas....kiranya masak lauk yg simple2 lg laku.....mana yg x pernah try lagi tu elok le cuba...copy resepi dari dapur Mas..tq pada tuan punya resepi ye MrsNoor@Myr..


Ayam Masak Asam
Resepi : MrsNoor @Myresepi.com
Sumber : Mas Duniaku



Sesuai utk 4 orang makan
Bahan :
  • 1/2 ekor ayam (anggaran 1kg beratnya)
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 biji bawang kecil *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 1 sudu teh jintan manis *
  • 10 biji cili api - belah 2 (tp x putus) - Mas guna cili kering * sheila pun same juga
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat 1 batang
  • serai - diketuk
  • 2 sudu asam jawa
  • sedikit kiub ayam - Mas tambah
Cara:
  • Ayam di potong sederhana besar dan digoreng hingga kekuningan ( jangan terlalu garing ).
  • Tumbuk atau kisar bahan bertanda * dan ditumis bersama serai hingga kekuningan.
  • Masukkan cili api, bawang besar, air asam jawa dan ayam yang digoreng tadi.
  • Perasakan dengan garam dan sedikit kiub ayam.
  • Masak hingga kuah agak pekat.
  • Sedia untuk dihidang ( ^_^ )

Khamis, September 13, 2012

Ayam Goreng Pedas Daun Kari


Salam buat semua,  bejumpa lg di hari khamis..kekawan semua mcm mana hari ni ok keee..dah siap masak utk tegahari...kita baru je lepas masak..mkn pun sudah...mkn sorg2 jeee hee siankan.. lapar lah.... pg tadi x mkn apa2...pepun nnt tunggu ank2 komen pulak :-) dlm kul 2 lbh balik lah tu dari sklh,..hati bekata tahu dahhhh.... dia org suka punnya...resepi aym ni sangat senang....bau harum dari daun kari tu yg tangkap sdp...sambal cilinya pun kita buat lebih....mmg kaw kaw rasanya...cadangan2nya kita nak masak lg lauk aym ni utk mkn2 keluarga ahd yg akan dtg....teruja negok dgn resepi Kak Ummi kemarin, seperti kata Kak Ummi nilah resepi yg paling mudah dan cepat......yg lain cuba tau...Tq Kak Ummi kongsi di sini ye...


AYAM GORENG PEDAS DAUN KARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam - potong sederhana besar
  • 20 tangkai cili padi thai *
  • 2 tangkai cili merah * (yg ni lupa nak tulis masa mula2 publish td...soriiii..huhu)
  • 8 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia * (tumbuk kesemua bahan bertanda * )
  • sedikit gula/madu
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 tangkai daun kari
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit serbuk kunyit
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan, lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/4 cawan. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga garing dan bau wangi.
  3. Masukkan kicap dan gula secukup rasa (*boleh juga tukar dgn madu).
  4. Kacau sebentar, masukkan daun kari yang telah disisihkan dari pelepahnya.
  5. Akhir sekali masukkan ayam, sedikit garam (jika ayam yg digoreng tadi dah masin, x letak garam pun xpa) dan kacau gaul dalam bahan tadi biar bersalut.
  6. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih. SELAMAT MENCUBA...!


Sabtu, September 01, 2012

Satay Ayam Goreng


Assalamualaikum.... hemmm cuti tiga hari kemana tuuuuu...hehe byk ke jemputan rmh tebuka dan kenduri khawin..pehh sampai x menang kaki tangan yeee nak pegi  yg mana satu dulu....bestkan... ada tu sampai dapur pun x berasap 3 hari....dpt mkn free katakan :-)...tp ingat mkn tu jaga2 ye nnt ada yg meragam pulak perut...pastu jarum timbang pun naik mendadak...puas le nak kasi menurun balik heee....ok leee  ni nak tayang satay ayam goreng...yg di perap mlm td....hemm mmg sdp bahan perapan pun sebati gan ayam, pada yg malas nak cucuk2 tu.. dgn ertikata x ada lidi satay, boleh buat cara gini...cepat di masak sdp di makan...tghari ni pekena satay ayam goreng, nasi impit & kuah kacang cukup leee... resepi satay goreng ni npk gaya ada rakan2 yg lain dah mencuba juga...resepi ambik dari Kak Fida MyR...tq

Kuah kacang, nasi impit, timun, bawang

sy perap mlm tadi

SATAY GORENG
Resepi : Kak Fida MyR

Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
  • 150 g gula pasir
  • 100 g gula merah
  • 100 g madu, 2 sk garam
  • Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
  • 3 sb ketumbar biji - sangar
  • 2 sk jintan halus - sangar
  • 1 sb lada sulah biji
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 jari halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai - hiris
  • 1/2 jari kunyit hidup
Cara-cara
  1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
  3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.

Selasa, Ogos 07, 2012

Ayam Prun


Assalamualaikum......sory le dua tiga hari x sempat nak jegah..F/MIL dtg...acutally dah seminggu kat KL..bemlm ke rmh ank2 dpt lah setiap rmh dua mlm...kat KL ni ada lima ank so puas lah bejln nya..last sekali rmh sy menantu sulung hemm apa lg meriahlah manu hidangan..semua adik beradik bekumpul bebuka puasa besama...riuhhhhh di buatnya...tp sy x sempat le nak snap2 apa pun sbb dah kalut sangat....
ok x nak bebel dahhhh...:-) jom layan resepi ayam Prun yg dah sy masuk list ni manu bebuka puasa semalam....hemmm dah cuba dan dah rasa dan juga dah habis licin heeee mmg sdp tauuuu masaknya pun senang.....ada rasa pedas, manis, masam ...nak kata rasa cam rendang x jugak...nak tahu ken lah try yeee...sesuai tau mkn same roti....TQ Dayngjack...nng sy nak buat yg daging pulak....


Ayam Prun
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil-kecil atau ikut suka)
  • 70g buah prun (pitted atau dibuang biji)  +/- Sheila guna Sunsweet Prun
  • 1 sudu besar rempah kerutuk (DJ menggunakan rempah kerutuk Adabi)
  • 4 sudu besar cili giling (boleh tambah atau kurang)
  • air secukupnya
  • 2-3 sudu besar madu atau secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2-3 sudu besar sos plum
  • 2 sudu besar sos tomato
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih)
bahan-bahan kisar :
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Perapkan ayam bersama rempah kerutuk, cili giling dan bahan kisar selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak secukupnya. Tumis rempah rempah 4 sekawan hingga wangi.
  3. Masukkan ayam bersama bahan perap tadi. Kacau perlahan sehingga mendidih. Kemudian barulah dimasukkan air secukupnya.
  4. Apabila ayam hampir masak, masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau lagi hingga sebati. Masukkan tomato ceri jika suka. Gaulkan.
  5. Apabila sudah masak, tutupkan api. Angkat dan hidangkan. (jika suka boleh hiaskan dengan gajus panggang dan bawang goreng)

Khamis, Julai 19, 2012

Ayam Percik


Salam besiaran di hari khamis...masak ape tgh hari ni....hari ni kita ambik mood bulan posa heheheh :-) x lahhh sesajeee  buat lg pun lama x pekena ayam percik...hemmm kena pulak dgn nasi panas2 lg leee syokkkk... ayam percik ni kita buat lebih...bukan ape sebenarnya nak mkn gitu2, kira meratah ayammm :-)...kita suka kat kuah ayam percik ni mmg sesuai dgn tekak...kira secukup rasa...:-)...kuah nya pun sdp gaul gan nasi...resepi x asing lg dari Kak Hanieliza...mmg kena buat lg ni di bulan ramadhan...

Baru bakar kuah pun kering,  belum lg curah kuah banyak....

Ayam Percik
Resepi : Kak Hanieliza

Bahan:

2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ]
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/b halba
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai - yg 1 batang sheila titik

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.

Hidang besama salat

Khamis, Mei 03, 2012

Ayam Bakar Limau Nipis



Salam besiaran buat semua di hari khamis..minggu ni rasa cepat pulak belalu tup tup dah nak masuk hujung minggu...cuaca mmg x menentu sejak dua hari ni hujan turun lebatnya....kain nak mendobi pun betambah dah ni..mendobi separuh dulu...pg2 dah bawak jemuran keluar..hemmm....baiklah hari ni kita masuk opis dapur awal sikit sbb nak bako membako :-) n3 ayam bakar limau nipis  pehhh sdp tu ada rasa pedas, masam, dan lemak2 batter....cicah sama sos cili lg sdp...ni kes semlm lah npk Dek Tun_talani tayang ayam bakar nya...negok pun dah terliuq........tp kita ada ubah sikit ye :-) ayam tu kita kukus dulu bg dlmnya masak dan baru le dilumurkan sama bhn2 perap...bukan apa sbb oven kita ni x betul sikit cepat naik panasnya hemmmm suruh Mr.N sambar yg baru katanya sabau sabau sabau :-)........kalau terus di masukan nnt luarnya masak dlm pulak x masak... tu yg buat x suka tuuuu...tp yg penting kena perap lama baru sebati rasanya.......bila dah kukus x payah le nak bakar lama sangat agak2 dah garing atas dan bawah  boleh  le kuarkan.....Tq Tun_talani....tang peha tu dah cop nak ratah

limau pun kecut kena bako....masih panas

Ayam Bakar Lemon
resepi: tun telani

Bahan2
1/2 ekor ayam
2 ulas bawang putih- tumbuk
2 bj limau nipis
1 sb butter/margerine
1 sk garam
lada hitam
paprika
* Sheila buat seekor ayam so ganda kan jelah bhn2nya

Cara2
bersihkan ayam dan keringkan.
campurkan butter/margerine dgn bawang putih dan cairkan. xyah tumis, tun microwave kan je sampai cair.
campurkan garam, serbuk lada hitam, dan perahkan sebiji limau nipis dlm butter tu.
lumurkan bahan perapan pd keseluruhan ayam, tun lumurkan dekat bawah kulit ayam tu jugak.
sebiji lg limau nipis dibelah dua dan letakkan atas loyang. letak ayam atas limau nipis tu (kalau guna seekor ayam, letak liamu dlm ayam ye). cucuk2 sket ayam tu, dan perap 2-3 jam.
bakar pada suhu 200 C selama sejam atau hingga masak.


Rabu, April 25, 2012

Gulai Lemak Serai Ayam Pencen


Assalamualaikum semua, n3 utk tghari rabu, dah siap masak lauk gulai lemak serai ayam pencen hemmmm lama pulak tak tayang lauk2 :-)....cadangan nak buat je rendang ayam pencen ...tutup negok lengkuas dan kerisik x ada hemmm ubah plan leee tp elok jugak tu ada yg bekuah ...ayam pencen ni mmg sesuai masak pesen gini selain buat rendang ...x tau le pulak kot2 ada resepi lain yg sesusai dgn ayam pencen ni...mula tu rebus jugak ayam takut isi liat...dah setegah jam rebus rasa ohh cantik isi ayam x liat elok lembutnya terus padam api....lawankan sama kentang baru sdp...masak lomak kalau x pedas mmg x sahkan jd letak le cili api kisar sama bhnnya sekali....pedas pun lebih2 kurang je x letak byk nnt meragam perut.... selain ayam pencen... ayam kampung pun sesuai masak gulai lemak serai ni.... ....jom ratah

GULAI LEMAK SERAI AYAM PENCEN
Bahannya:
1 ekor ayam kampung (@ ayam pencen - ayam di rebus hingga empok dan toskan
4 biji kentang, kupas belah 4 setiap biji
2 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
3 cwn santan cair
2 cwn pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:
3 tangkai cili padi - nak pedas letak lebih
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
3/4 inci kunyit hidup

basuh ayam bersih2 toskan dan rebus seketika bg isinya lembut...
  
Cara-caranya:
Satukan ayam yg di rebus tadi, serai titik, kentang dan bahan yg di kisar kedlm periuk gaul rata . Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Pelahan kan api masak hingga kentang empok (x payah nak tunggu lama sbb ayam sudah direbus )
Bila kentang empok sedikit, tambah asam gelugor dan tuang santan pekat, letak garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api pelahan hingga mendidih dan kacau selalu.....jagan bg santan pecah minyak pulak ye.........bila semua dan sebati padan api boleh lah di hidangkan




Rabu, April 04, 2012

Chicken Chop & Sos Corrot


Salam besiaran di hari rabu....maap le lambat sikit masuk hari ni...ada keja sikit kemas2, ubah2 mana yg patut...smlm npk Mas Duniaku tayang sos carrot terus bekenan nak menerai dan rasa...bhn yg di nyatakkan pun ada...tup tup tup pg tadi Mas tayang pulak dgn chicken chop nya pehhh lg le terliuq kita heheh..lepas megemas kita terus masuk opis dapur....mmg lama betul x mechop2 ni...Mas kata sdp hemmmm try le....cuma kita x blandekan bawang..kita cincang2 aje , corrot pun kita rebus dulu dan lecek...blande kita x berapa nak sihat nagissssssss :-( kejap...hemmm, harumnya bau tumisan bawang sama butter....nyam nyam...dah semestinya sdp ada rasa pedas2 masam2 manis2 sikit...rasa carrot dah tentu ada cuma kita punya kuah terpekat...bila dah sejuk mmg pekat...kalau nak mkn balik elok le tambah kan air..tang ayam salutan tepung  mmg ragup kita suka cam ni rasanya pun sdp......kita dah cuba kekawan apa lg buat leee....kenyang dah kita ni.... :-))

Chicken Chop
Resepi : Mas Duniaku

Bahan untuk ayam :
2 keping dada ayam @ peha ayam tanpa tulang - di cucuk2 sikit supaya ayam tak mengecut masa digoreng.
sedikit garam
sedikit kiub ayam
1 sudu kecil lada sulah
1 biji telur - dipukul sedikit
Bahan tepung ( untuk salut ayam ) :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastad
Satukan semua tepung dlm bekas bertutup dan goncang2 bekas utk sebatikan tepung.

Sos Carrot
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 biji bawang besar - dikisar
2 biji carrot saiz sederhana - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1 batang saleri - dikisar
2 sudu besar tomato puri
2 sudu besar membumbung tepung gandum
2 sudu besar membumbung tepung jagung
2 sudu besar membumbung tepung kastard
2 sudu besar marjerin @ butter
Cara membuatnya :
Cairkan marjerin @ butter dalam periuk dan tumis bahan2 kisar hingga wangi.
Masukkan tomato puri , kacau sebati dan biarkan 10 minit dengan api sederhana.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard, kacau sebati .
Pada masa ini, kelihatan bahan2 menjadi pekat, kacau lagi biar bahan2 sebati dalam 5 minit dan boleh tutup api.
 
kita rebus carrot dulu, di lecek... x berapa nak halus kan...

Bahan Sos Carrot :
2 cawan air
1/2 cawan puri sos carrot
4 sudu besar sos cili @ agak2 seimbangkan rasa sos tu
2 sudu besar sos tomato @ agak2 seimbangkan rasa sos tu
1 sudu besar serbuk lada putih
1/2 kiub ayam
gula dan garam secukup rasa.
Cara membuat Sos Carrot :
Sebelum tu kalau Puri Sos Carrot tu baru keluar dari esbox, biarkan dalam suhu bilik dulu.
Masukkan air dalam periuk dan biarkan mendidih, agak2 yerk nak sos banyak mana, selalunya kalau 2 cawan air panas, Mas masukkan 1/2 cawan Puri Sos Carrot. Sebatikan dan masukkan sos cili, sos tomato, serbuk lada putih, kiub ayam, gula dan garam secukup rasa.
Kacau sebati dan seimbangkan rasanya.
Jika sos kelihatan pekat, boleh tambah sedikit air panas.
Sos siap.....



Jumaat, Mac 16, 2012

Rendang Kelantan & Nasi Jagung


Salam besiaran sekali lg wahhh duh, wah duhhhh rajin le pulak hari ni...masak rendang heheh ni kes Kak Jee yg war-war kat FB pg tadi, nak masak rendang kelantan haaaa kan dah tepikat di buatnya...mmg elok lah tu dapat juga ider utk masak lauk tegahari ni....borak2 kejap gan Kak Jee..sy telepas pandang ingat kan letak kerisik nasib x  g beli, rupanya kerisik dan lengkuas x di gunakan dlm resepi ni....wooo semesti ada satu kelayinan pada rasa rendang ni kan...perlu cuba......ank sy pun dah pesan kalau mama masak buat lbh sikit nak jamu kekawan lepas balik sembahyang jumaat nnt....ok set...maka siap lee sudah...saya lawankan sama Nasi Jagung,,telebih dahulu tuan rmh kena rasa...hemmm mmg ada rasa lain sikit, sbb x guna lengkuas, kerisik, serai pun dititik sahaja.....rasa ada pedas, masam manis....mmg kena dgn tekak sy, buat basah2 sikit bg ada kuah...kalau kering sangat x sdp pulak nak gaul sama nasi... boleh le buat lg ...TQ pada Kak Jee dgn resepi yg sdp lagi semple :-)


RENDANG KELANTAN
Resepi : DapurKakjee

Bahan2nya:
1 ekor ayam kira 1.5 kg
15 biji bawang merah kecik or about 5 biji bawang besar yg tak besar sgt.
4 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari. (tgklah ibu jari sapa. kalo ibu jari king kong, buhlah suku inci jer)
10 biji cili merah (tapi kjee tambah about 5 biji cili api and maybe 5 biji cili kering utk pedas. resipi ori hanya cili merah)
2 helai daun kunyit diracik halus cam bunga rampai.
3 helai daun limau purut
2 batang serai
2 cawan pati santan
garam
sedikit gula

Cara2nya:
potong le ayam tu sesuka hati kita. blend semua bahan2 tadi. tumis sampai garing semua kecuali daun kunyit dan daun limau purut. jangan lupa serai ketuk2kan. masukkan ayam. gaul sampai sebati ngan rempah dan biarkan ia sampai keluar air ayam. make sure air ayam mesti keluar kalo tak mak kata tak sedap. in other words, kecutkan ayam tu. lepas air ayam keluar, masukkan santan, daun limau purut, garam dan sikit jer gula tau. terus masak sampai ikut suka. kalo suka berkuah, masak sampai ayam empok cukup. kalau nak kering lama ler sikit. tapi memang sedap kalau ada kuah sikit.


Khamis, Mac 08, 2012

Nasi Ayam & Ayam Goreng Tepung


Assalamualaikum semua salam sejahtera..hehehhe Selamat Hari Wanita pada kawan wanita saya hehehe...wanita aje...yg lari ciri2 dari wanita tu x masuk list ok..........cerah,mendung, hujan....begitulah juga yee kita ni..x berapa sihat..tp lebih tetumpu pada sikeci ni... demam, selsema, batuk, meragam aje..sbb tu rmh dah 4 hari x singah...semlm si keci dah npk reda sikit...masuk hari ni keadaan betambah baik..so mamanya boleh le cuci2 apa yg patut behabuk tu....ok hari ni masak simple2 lg menyenangkan....Nasi ayam dan Ayam goreng tepung....ayam grg tepung tu ala2 grg cam kfc aje snng kan....marilah mkn....


NASI AYAM


BAHAN NASI
4 cawan beras - ikut pada seisi rmh nak mkn
3 cawan sup ayam + 3 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 inci halia, dititik
1 sudu mentega
Garam secukup rasa

BAHAN TEPUNG SALUT AYAM:-
1 cawan tepung gandum - begantung pada banyak ayam
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar serbuk kunyit
Sedikit Garam, Gula
1 biji telur di kocak
* kalau nak tambah serbuk kari bg rasa pun boleh
 
BAHAN SUP  :-)
1 inci halia - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 camca besar bawang goreng
2 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Daun bawang- hiasan

BAHAN SOS :-)
6-7 biji cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
1 cawan  sup ayam
1/2 inci halia, dititik
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN ULAMAN :-)
Tomato, dihiris
Timun, dihiris
Daun salad

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK SUP:- Dalam periuk tumis bahan hiris dan masukan kayu manais, bunga lawang, bunga cengkis, tumis hingga wangi masukan air dan kuib pati ayam, tambah perasa masak hinga didih, boleh lah tabur dgn bawang goreng, daun sup

UNTUK NASI :- Panaskan marjerin/mentega dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, halia dan bawang putih tumis seketika, padam api.
Beras yg di basuh td masukan ke dlm rice cooker, tuang 3 cwn sup ayam dan 3 cwn air, masukan bhn yg di tumis tadi , tambah sedikit garam. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, balik2 kan nasi, tabur dengan hirisan daun sup/daun bwg

UNTUK SOS :- Cili merah, bawang putih dan tomato dikisar halus, tuang dalam periuk, masukkan sup ayam dan halia. Masak hingga mendidih, masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam.Masak dengan api kecil sehingga pekat

UNTUK AYAM:-Ayam di bersihkan dan tos, lumur ayam dgn telur dan tepung yg di satukan tadi grg dgn minyak panas..dgn api sederhana

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More