Jumaat, April 29, 2011

Roti Goreng Ragup Inti Sardin


Assalamualaikum, besua di pagi jumaat yg indah..baru reda hujan di luar tu.. sejuk rasanya... jom bf besama nak..milo panas pun dah siap di bancuh....pagi ni bf gan roti grg ragup inti sardin pula, kemarin dah buat yg berinti manis...bf ala kadar aje hari ni.... dlm peti pun bhn masak dah habis licin..tuan rmh pun nak g becuti..dok simpan bhn basah lama2 pun nnt jd x elok jugak..roti grg ni sempat le ank2 bawa bekalan seorg dua keping......resepi saya letakan di sini sekali lagi..


Roti Goreng Rangup >> HaSue@myresipi.com

Bahan-bahan:
* 8 keping roti
* Serikaya - Secukupnya
* 2 cawan Tepung gandum
* 2 1/2 cawan air
* 2 sm Marjerin
* 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)

Nota biru:Adunan yang sama boleh juga untuk menggoreng pisang,keledek,keladi,cempedak dan sebagainya yg memerlukan adunan tepung goreng..


Khamis, April 28, 2011

Muffin Coklat Pisang


Assalamualaikum.. memuffin lagi yg ni pun nak bg pehabiskan juga pisang yg di buat makan2 begitu saja...hasil yg lembut dan gebus...membuatnya sangat mudah dan cepat, resepi pun ringkas saja, mmg sesuai utk ank2 yg nak belajar....rasa coklat dan pisang..cuba jgn x cuba..duduk lepak2 ptg ni boleh ngap dua, tiga ketul

lecek pisang kasar-kasar sikit baru npk pisang di dlm nya

Resepi :Sheila - Nshafea.blogspot.com
Bahannya
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula - boleh di kuranghkan
1 cawan minyak sayur/minyak jagung
2 biji telur
1 sdt asen vanila
2 biji pisang di lecik kasar
Caranya
Panaskan oven pada suhu 170', sediakan paper cup
Dalam bekas ayak tepung dan serbuk koko kemudian masukan gula kacau sebati
Masukan minyak, telur, asen vanila kacau lagi hingga semua larut
Masukan pisang yg di lecik kasar gaul sebati
Isikan kedlm paper cup dengan adunan 3/4 penuh
Bakar selama 15- 20 minit

Ikan Siakap Kukus Daun Limau Purut


Salam, besua di tgahari khamis....siap dah masak dgn juadah yg simpil, ringkas....tapi sdp...heheh..utk tghari ni satu lauk aje... yg sampigan ulam timun dan sambal belacan..cukup satu lauk heheh kes nak bersihkan peti besi tu...memandangkan tuan rmh nak balik becuti 4 hari ke pahang, insyaAllah x ada apa hal esok lepas sembahyang jumaat betolak...
Ingat nak masak masam manis ikan ni tapi sos pun kehabisan terus kensel... buat kukus pon sdp gak letak daun limau purut pehhh wangi.....kalau lapar jemput le rasa hehehe


Bahan
Ikan Siakap di bersihkan dan tos
1 inci halia - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 cawan air
2 sdm sos ikan
2 sdm perahan air limau nipis
Sayur - sayuranan - ikut pilihan masing2
Garma dan gula
4 helai daun limau purut - diracik

Caranya
Ikan dilumur dgn garam kemudian di kukus hingga masak
Dalam kuali panaskan sedikit saja minyak dan tumis bawang putih serta halia
Kemudian masukaan air, sos ikan, perahan air limau, garam, gula
Bila sudah didih masukan sayuran, daun limau purut yg diracik
Gaul dan perasakan kalau nak rasa masam2 perahkan lagi air limau
Ikan yg di kukus tadi lekat di atas pinggan dan curahkan kuah di atas ikan tadi


Rabu, April 27, 2011

Peach Cream Cheese Butter Cake



Assalamualaikum...ni kes skoding ke rmh Yatie pagi tadi, terus bekenan melihatnya..sdg elok pun bahan-bahan semua siap ada kat opis dapur tu.....
x payah nak pening kepala pikir nak buat manu apa petang ni.. hemm dah siap di sejukan pun hehhe...kebetulan ptg ni anak bujang ada buat stady group kat rmh so leh le jamukan sekali pada kekawanya...nilah hasilnya lembut, sdp rasa keenakkan cheese dan buah peach tu masam manis....tq pada Yatie sdp nextime nak letak felling bluebarry atau coklat pulak....izinkan saya copy resepi ye...Muahhh

adunan setelah di tabur buah peach

Resepi by- Yatie- Yatiememories
Bahan-Bahan
* 1 1/2 cawan gula halus
* 1 sudu teh esen vanilla
* 200 gm buah peach (peach dlm tin, di toskan dan di potong dadu)
* 2 1/4 cawan tepung naik sendiri -saya guna 1 cwn tpng gandum+1 sudu kecil b. powder, diayak
* 250gm butter
* 250gm cream cheese
* 1/3 cawan susu segar
* 3 biji telur

Cara-Cara
1. Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
2. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
4. Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
5. Letakkan hirisan buah peach yg telah di potong dadu.
6. Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
7. Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

baru kuar dari oven negok tu buah di tepi sunguh cantik sekali..sesuai juga kalau nak letak buah nenas, manggo.. heheh pandai2 aje yeeeee

Selasa, April 26, 2011

Puding Laici



Hemm tghari tadi dah pekena lauk yg pedas...so sdg elok leee pekena pula pencuci mulut yg sejuk lagi enak...x kira le nak mkn pada waktu bila2 boleh saja..dok mkm mlm sambik gadap TV pun ok gak tu....hem nikmatnya...smlm npk kat rmh Chik Mimi teliur betul npk....kebetulan semua bhn2 pun ada...nak buat pun senang sagat..resepi dari Kak Nor ni mmg sdp2 belaka..nak mkn besame sos kasted pun boleh juga..tp sy x buat pun....mkn begitu saja dgn meratah buahnya sekali Tq Chik Mimi dan Kak Nor sy copy resepi ye


Source:Kak Nor
Source :qasehmu-abadi.blogspot.com
Bahan-bahan
1 paket agar2 serbuk (10gm)
5 cawan air ~ cawan metrik
8 sudu besar gula ~ lebih kurang 3/4 cawan metrik
1 tin susu cair
1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin
1 helai daun pandan ~ ni k.nor tambah

1. blend laici dgn 1 cawan air laici. Blend kejap jer jgn sampai lumat/halus.
2. lebihan air laici tu K.Nor jadikan kuah masa makan puding tu (sejukkan dulu utk dptkan rasa yg lebih nyaman masa makan hehe)


kalau nak bg budak2 mkn... buat macam ni baru ada rasa tarikannya heheh

Ikan keli Goreng Sambal@Belada


Assalamualaikum..besiaran di ptg hari..lauk utk tghari ni merangkap mlm sekali..ikan keli grg belada mmg laku kalau di masak mcm ni..atau pun buat masak gulai kari, masak lemak salai..hemm sdp..tp buat masa ni sy tolak tepi le seketika maklum le ikan bebisa.. sbb masih baru lagikan bby pun susu badan ..nnt takut bebisa....nak mkn pun ambik sambal je buat rasa ..utk sambal sy guna cili hidup yg dikisar baru sedap.......ok layan yeee...

kena pulak dgn nasi panas2 sdp ni..

Bahan
3 ikor ikan keli/ ikan bawal/ikan talapia
* 4 ulas bawang merah
* 4 ulas bawang putih
*4 biji cili merah hidup
* 2 biji cili hijau hidup
Semua bahan betanda * di kisar halus
1 labu bawang merah potong bulat
2 keping asam gelugur
Garam/gula

Caranya
Siang ikan dan bersihkan, lumur besame dgn asam keping atau asam jawa supaya ikan tidak hanyir, basuh dan toskan
Panaskan minyak grg ikan hingga garing dan ketepikan
Dgn minyak yg same keluarkan sedikit, tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau
Masukan asam keping, garam, gula kalau nak bekuah sikit masukan air tp jgn bayak
Masukan ikan yg di goreng tadi dan bawang yg di potong bulat kacau biar semua besalut dgn sambal

Isnin, April 25, 2011

Muffin Coklat Yani



Besua kembali..lama2 kat dapur tadi ni lah hasilnya.... tekak ni mmg megada2 pantang npk aje semua nak ngap.. camne nak diet kalau macam ni gayanya hehehehe...geng2 masak tayang juadah yg sdp2 pulak tu..hemmm tegoda tau..x kuat iman betul leee waaaaaa....nasib baik penghuni dlm rmh ni ada yg hantu coklat...kira x sia-sia juga le membuatnya..last week npk kat rmh nOOrsha pehhh baru sikit godaannya... lepastu smlm tunjuk kat shafiq & sofea pula heheh muffin ni ada kat rmh antie Hause pula lahaiiii..hemm apa lagi....sofea pun hari ni siap pesan nnt balik dari school nak negok muffin coklat dah siap hemmm amboi, amboi, amboi dia....

Ok le bebalik pada muffin ni..mmg betu le kata Sue muffin ni kaya dgn rasa kecekolatannya (bahasa baik punya heheh) terasa sungguh mungkin guna cklat masakan kot.. tu yg rasa kesedapanya lebih sikit..tentang moist tu mmg x di nafikan leee lembut...kredit pada tuan punya resepi Yani bos MyR..kat cini pun nak letak jugak resepi lah... snng buat rujukan mana tahu nak buat lagi nnt....

taburan kacang almonds cincang

MUFFIN COKLAT
Resepi: Yani@myresipi.com
By:HaSue@sue.hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 10 biji )
* 200g coklat masakan
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
3. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
4. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
5. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
6. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.


Nasi Goreng Nenas


Assalammualaikum..utk manu thghari ni sy buat nasi grg nenas...kebetulan hari ni lama sikit di dapur..ada lee ntt sy N3 yeee... ok lah, di dlm nasi ni dah penuh segala kazanah yg ada so x payah lagi nak masak dua, tiga lauk... sy guna nenas dlm tin mmg sdp..masam2 manis..bestnya ada letak lada hitam tu yg sdp..kuali pun dah siap basuh... kalu nak mkn just ambik dlm rice cooker... mmg sentiasa hagat aje...bebudak balik dari school nak mamam... tinggal embik je dari dlm periuk..apa pun tuan dapur rasa dulu ye, resepi ni dari kak liza..dlm buka masakan beliau pun ada, resepi buku Senang Memasak Besama Chaf Hanieliza...tp saya ambik dan copy dari dapur kak Ummi..tq pd akk bedua izinkan saya copy yee...


Nasi Goreng Nenas
By :- Kak Liza
Resepi: Kak Ummi
Bahan:-
* 2 mangkuk nasi putih
* 1/2 cawan nenas dalam tin (toskan airnya)
* 1 biji telor (dipukul sedikit)
* 5 ekor udang besar (akak guna sederhana jek, taruk lebih)
* 100 gm sotong (dipotong kecil)
* 2 ulas bawang putih (dihiris)
* 3 ulas bawang merah (dihiris)
* 1/2 cawan sayur campur
* 1 biji cili merah (dicincang - akak letak 2 biji nk pedas)
* 1 sudu besar sos ikan (sos nampla)
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 sudu besar lada hitam (akak kurangkan sikit)
* 2 sudu besar marjerin (akak guna butter)
* garam (optional - sebab sos nampla dah masin)

Cara Memasak:-
1. Panaskan marjerin dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili merah yang dihiris/cincang tadi.
2. Masukkan udang, sotong dan sayur campur. Kacau rata sekejap.
3. Masukkan telor dan biarkan telor masak sedikit baru dikacau hancur.
4. Masukkan nasi, sos nampla, sos tiram dan nenas. Kacau rata.
5. Apabila nasi sudah nampak garing, bolehlah diangkat dan masukkan ke dalam buah nenas yang telah dibelah dan dikorek isinya. (*akak xda nenas pun).
6. Taburkan hirisan daun bawang dan hidangkan.

Ada sambal belacan dan ulam timun sdp ni....

Ahad, April 24, 2011

Roti Goreng Ragup Inti Strawberry


As'salamualaikum semua.. cerahnya cuaca di pagi minggi ni...semoga secerah kehidupan kekawan semua...nak sarapan yekkkk...hem hem roti pun ada ni boleh juga mencuba resepi yg dok ada dlm list...alahai kekawan pun ramai yg dah memcubanya rata2 kata sdp ...hemm mmg sdp roti goreng ragup ni di mkn panas..sy sapukan jem strawberry npk cantik merah kat dlm roti tu..ank2 pun suka kata salutan tepung tu mmg ragup..Tq Hasue..akk copy yee..lain kali leh buat roti disapu , kaya pandan, kaya durian pulak....jemput sarapan same..

Roti Goreng Rangup >> HaSue@myresipi.com

Bahan-bahan:
* 8 keping roti
* Serikaya - Secukupnya
* 2 cawan Tepung gandum
* 2 1/2 cawan air
* 2 sm Marjerin
* 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)

Nota biru:Adunan yang sama boleh juga untuk menggoreng pisang,keledek,keladi,cempedak dan sebagainya yg memerlukan adunan tepung goreng..

Betapa ragupnya salutan tepung tu...
Boleh le buat lg dgn inti kaya pandan, kaya durian, nak pedas letak inti sardin pehhhh terbayang2 aje....

Sabtu, April 23, 2011

Mee Kari Ayam


belum letak kuah lagi ye.....

Hai semua dah kenyang lah tu..npk dok melepak aje heheh, pg tadi bf dgn beger seorg seketul, jd utk lunch tghari ni ada yg request dah lama x buat mee kari...hemm betul2 tu lama x pekena mee...bhn nak masak pun kira ada... boleh leee on saja ke dapur...si bujang suruh letak kerang, peeehhh... mana le nak cari kerang cik abg hoooi... time nak masak baru nak cari...mama masak apa yg ada kat peti aje yeeee abg..ok mama....dah siap leh mkn...jemput sekali....

name pun mee kari ayam letak ayam je leeeee..resepi mcm biase lah semua bhn2 tu tahukan nak buat...masak kuah kari pun kekawan lg pandai... cuma kalau nak di perbagaikan letak kerang, udang atau daging

nak mkn perahkan asam limau..tapikan kalau ada cili jerok lagi best...

Burger


Besiaran di pg sabtu...hemm baru sempat nak be N3..settelkan kerja awal2 snng pas ni leh buat kerja lain pula..ehhh ehhh byk ke kerja ku hari ni .... ok le bebalik pada bf pg ni sy hidangkan roti berger seorg seketul..mudah dan cepat semua bhn2 utama dah ada tingal grg dgg berger tu aje..letak salat, sos dan cheese..hemmm selera.... megalas perut sampai tghari kenyang seketul hehehhe..jemput sarapan same


yg ni x yah le letak resepi heheh semua tahu buat ..ank2 pun pandai dah grg beger..capai aje bhn2 tu kat market..nak letak ape saje pun boleh

Jumaat, April 22, 2011

Talam Sagu Pandan


Salam buat semau, hehehe dah sampai rmh kita kuih talam ni..kebetulan ptg ni ada kekawan nak dtg rmh negok bby, pikir juga nak hidangkan apa utk tetamu di ptg hari.. ye terus ingat kat kuih yg tegah popular skrg ni... x susah membuanya, cuma jgan lembut/lembik sagat nnt susah nak potong, kalu letak dlm bekas x ape juga...yg ni saya tambah perasa pandan dan bahagian putih tu sy kurangkan sikit, sbb x nak belemak sagat lg pun di bahagian bawah dah besantan....apa pun memang sdp di mkn sejuk..tq pada Kak Anim izinkan saya copy resepi ye buat simpanan


Talam Sagu
By : anymz mykitchen

Bahan2 lapisan bawah
2 cawan santan cair
1 cawan sagu-cuci dan rendam sebentar
1/2-1 cawan gula pasir-akak letak 1 cawan
garam secukup rasa
pewarna merah secukupnya
(Sy letak perasa pandan)

Cara membuat
Sapu acuan dengan minyak dahulu
Gaulkan semua bahan hingga sebati
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min (sy letak dlm acuan)
Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu
Letak adunan lapisan atas

Bahan2 lapisan atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam

Cara membuat
Gaulkan semua bahan supaya rata
Tapiskan ke dalam kuali tak lekat(non stick pan) dan kacau sebentar atas api
Apabila nampak pekat tutup api dan tuangkan ke atas lapisan bawah
Kukus lagi lagi selama 20 minit

Blended Orange Cake (versi Muffin)

Assalamualaikum, salam utk semua di hari jumaat...kek ni baru nak sampai dapur kita, buah oren sudah mariiiii... betul lah mudah jeee membuatnya, dapur pun x bekecah...sekelip mata dah siap, sekali bancuh aje..kalau le ada resepi lain yg macam ni pakai blend kan best heheheh....time darurat tetamu nak dtg boleh buat ...tp kenaleh ada bhn2 yg penting kat dapur tu kan heheheh saja buat dlm paper cup nak negok menjadi ke idak..Alhamdullilah jadi juga..masih lembut walau di buat mlm tadi, ingat nak buat utk mkn2 b'day nnt kek ni...Tq pada Kak Fida MyR dan HaSue yg populerkan resepi ni....
Blended Orange Cake
Resepi:Kak Fida@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
* 1 bji buah limau
* 1 cawan minyak
* 2 cawan gula halus > hasue guna 1 cawan aje
* 3 biji telur
* 2 cawan tepung gandum*
* 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
hasue tambah sedikit pewarna oren

Cara-cara
1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2 Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
di atas tu sy taburkan kulit limau yg diracik halus...
Sdplah kek ni..wangi bau oren tu, Mr.laling yg x mkn kek pun cuba rasa seketul je terus tepikat, mama... abe bwa dua ketul ye ke opis ye....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More