Rabu, Jun 30, 2010

Pajeri Nenas

Salam utk semua..hemmm bestnya manu tghari ni,,ade pajeri nenas lama tau kita x buat manu ni..pajeri ni nak sdp lagi bila semalama di masak dan simpan baru ade emmmm rasanya .. rempah2 pun semua sebati... lauk ni lawan pulak dgn ikan kering pehhh sodap... resepi mudah dari Kak Henieliza yg mmg pakar dlm segala masakan tu..tq Kak Liza..kalau mkn gan nasi minyak or nasi hujan panas pun ok..sy x buat pun pekena gan nasi putih jeee jemput mkn tghari..
Bahan-Bahan 
Bahan A
  • 1 biji nenas potong kecil
  • 3 cwn santan pekat dari 1 biji kelapa
  • 4 sdm minyak masak
  • 2 sdb gula merah/putih
  • 2 sdb kerisik
  • Garam secukup rasa
Bahan B
  • 1 inci halia
  • 5 ulas bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 sdb udang kering
  • Semua di tumbuk
Bahan C
  • 1inci kulit kayu manis
  • 6 sdb rempak kari ikan yg di bancuh dgn sedikit air
  • Panaskan minya tumis bahan tumbuk, kulit kayu manis dan rempah kari
  • Masukan kerisik nenas kacau sebati sampai rempah x melekat di periuk
  • Masukan santan, garam, gula merah/putih masak hingga kuah pekat

Nota:: Selain dari nenas, terung panjang, terung peparu, mangga, buah kedondong boleh juga di masak pajeri


Japchae

Salam..pagi jom pekena bf dari korean food pula..hem npk selera betul lee manu ni jumpa kat rumah Hazila-My Small Kitchen, tq Hazila....bhn2 yg digunakan pun x susah mana nak dpt semuanya ade dlm simpanan rasanya x pedas sagat ok le bg yg nak berdiet tu..bila dah buat resepi dari korean baru le Mr.laling nak bg tahu manu camni le dia selalu mkn time dia dok kerja kat korea dulu..hem kalu tahu lama dah kita buat resepi camni...org lelaki biasa le bukan nak dok story mori dah ade dpt mata baru dok terigat..hemm ok ape pun kita layan  bf yg behasiat ni..ade bayam lagi tuuuu hemmm
Bahan-Bahan
  • 1 peket kecil Soohoon - direndam hingga lembut
  • 150gm daging
  • 1 ikat bayam
  • 1 btg karet - potong dlm bentuk strip/julienne
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 3 ulas bwg putih - diketuk
  • 3 pcs butter mushroom - hiris nipis
  • 3 pcs shitake mushroom - hiris nipis
  • Beberapa helai daun bawang- potong panjang
  • Soya souse
  • Sesame oil
  • Olive oil
  • Garam, gula, serbok lada hitam
  • Didih air celur soohoon dan toskan
  • Dlm bekas yg besar masukan 1 sdm soya souse dan sasame oil gaul letak tepi
  • Celur bayam angkat dan toskanmasukan dlm bekas soohon tadi dan gaul
  • Panaskan oil dlm pan goreng karet, bwg besar, bwg putih, cendawan, daging secara berasingan
  • Masukan semua bahan yg di goreng dlm soohoon, masuk 1sdm soya souse, 1 sdm sesame oil, garam, gula, serbuk lada hitam gaul hingg semua bahan sebati
  • Letak japchae dlm serving plate dan taburkan dgn sesame seeds korean food




Selasa, Jun 29, 2010

Kuih lapis Kacang Hijau

Salam..n3 lg hari ni di sebelah ptg...hem maklum lee kat cini sejuk hujan selebatnya..so perut lapo lee sdg elok le ade juadah minum ptg ni..mmg sdp kuih ni lemak2 kacang hijau..sbb tulah kita dah bejangkit dari rumah Yatie US dan Ika Bengkok, resepi asal dari kak Liza tq kongsi resepi yg sdp ni..bebaloi buat laku tau...
Bahan-Bahan
  • (A)
  • 2 cwn santan pekat
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 2 sdb tepung beras
  • 2 sdb tepung jaggung
  • Secubit garam
  • (B)
  • 1/2 cwn kacang hijau yg direbus empuk
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit pewarna
  • (C)
  • 1/2 cwn air
  • Gaul Semua bahan A hingga sebati dan ditapis, bahagi adunan kepada dua
  • Campurkan bahagian B dlm 1 bahagian dan kacau rata
  • Campurkan bahagian C dlm 1 bahagin lagi dan kacau rata
  • Sapukan sedikit minyak pada loyang bulat atau empat segi beukuran 5 inci
  • Tuang satu senduk dlm loyang dan kukus selama 7 minit
  • Kemudian diikuti adunan seterusnya selama 7 minit
  • Ulang proses melapis sehingga adunan habi
  • Biar betul-betul sejuk baru di potong dgn pisau pelastik



Award Dari Mye Dear

Salam Tq ye sahabat Mys Dear dari bloh Mys kitchen therapy cantik award ni pink lagi... same2 kita megeratkan lagi hubungan di alam maya ini...dan sudi2 le kongsi besama resepi masakan di sini

Mee Hoon Goreng Secukup Rasa

Salam...hrp kekawan sihat semua.. pg ni just kena mee hoon grg je..seringkas yg boleh ...suka grg mee betul2 lembut dan empuk tp jgn le sampai hancur krg susah nak mkn pulak...mmg secukup rasa mee hoon ni jemput bf dulu yeee
setakat resepi tu x payah le kita letak ye same je mcm resepi grg mee hoon biasa tu ,cuma kita letak sikit perencah Maggi Secukup Rasa...

Ahad, Jun 27, 2010

Tempaham Muffin Marble

Tempahan muffin marble dari rakan di Facabook Pn.Azlina Muhhamad dari Bandar Pingiran Subang Pn.Azlina telah menempah 100 biji muffin utk majlis sambutan hari jadi ank ketiganya pada hari ni. ..
Happy B'day baby Elena Noor Betrisyia -1 yers oil 
Tq sekali lagi Pn.Zalina...

Kelas Masakan Kali Ke 7

 Makorani Cheese berkentang
Banana Pop ..rupa di bahagian dlm
Salam Alhamdullilah kelas masakan pada pagi ni bejalan dgn lancarnya, walaupun ade sebahagian kawan2 yg x dapat hadir atas urusan tetentu....kelas minggu ni kami semua belajar dua resepi yg baru. 2 resepi yg baru ni mmg enak2 sekali, kali ni Pn Hawa sekali lagi telah mendemokan resepi yg petama Makoroni Cheese Berkentang dan resepi kedua Banana Pop..terima kasih pada semua yg menghadiri kelas pagi ni..
Kakak2 yg menjayakan kelas masakan pada kali ini
Sebahagian juadah yg dibawa utk makan2, Cream Puff dari Mama D, Kuih Cucur Badak dari Saya, Buah- Buahan dari Pn. Norbie dan Pn Khairul, Kuih Tiram dari Pn.Mar  tq semua...

Cucur Badak

Salam..sorry le lbt n3 ye hee ,kebizian melanda dua hari ni..apa pun same2 le kita share resepi cucur badak yg di buat mlm semlm dan di goreng pagi tadi..sempat le juga di bawah separuh ke kelas masakan pagi ni..utk kekawa merasa dan menjamu selera, sy buat ini kelapa pedas..sdp dan lembut
Bahan-Bahan
  • 500 gm ubi keledik- direbus empuk dan lecek
  • 100gn tpg gandum
Bahan inti
  • 300g gm kelapa parut
  • 3 biji bwg merah - kisar
  • 3 biji bwg putih - kisar
  • 2 btg serai - kisar
  • Segengam udang kering
  • 2 sdb cili kisar
  • Sedikit garam, gula
  • Gaul ubi keledik yg telah sejug besama tepunghingga sebati but bebola dan leperkan masukan inti dan tutup
  • Goreng hingga kekuningan 
Cara buat Inti
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau 
  • Bila pecah minyak cili kisar dah garing masukan kelapa parut , garam, gula
  • Goreng hingga bahan sebati dan kering




Sabtu, Jun 26, 2010

Tang Yuan (Glutinous Rice Ball Dessert)

Salam..hai semua peh hari ni pepagi lg kita ade kebizian.. peh hari ni panas sunggu x than rasanya..balik jee dari keluar pg tadi teringin nak buat deesert yg mudah tapi semestinya sdp..list dah mmg ade tesimpan lama so ape lagi cpt le memasaknya.. taraaa siap resepi dessert cina ni, resepi dari Ros-jintanmanis..asalnya sumbangan dari Shen, tq Ros sdp lee ada bau harum dari daun pandan dan halia, tu yg membangkitkan aroma... kita suka buat manis juga..hemm sdp dimkn sejuk..dlm tu kita letak kacang dan separuhnya kosong saje..itu pun dah cukup sdp...
Di sini dgn kesempatan yg ada nak ucpkan pada Ros semoga kesihatan betambah baik tiada ape2 yg tidak diigini belaku..kami yg jauh di sini medoakan yg terbaik buat Ros... Pada yg dekat dgn Ros tu kalau ada kabar berita tebaru sudikan le bagi tahu yee...

Bahan-Bahan
  • 300 gm tepung pulut
  • 1/2 cup air panas
  • 1 cup air sejuk
  • Inti ikut suka (cth:-kacang merah,gula melaka, kacang tanah dll)
  • Utk air syrup - air secukupnya, gula batu, gula pasir,gula melaka, daun pdn, sedikit halia yg dihiirs
  • Dengan senduk kayu gaul tepung pulut dgn air pns sedikit2 kemudian tuang air sejuk sediki2 uli hingga sebati menjadi doh, uli hingga x melekat di jari, kalau melekat taburkan tepung lagi
  • Bahagi doh pada 3 bahagian, titikkan pewarna dan uli lagi bagi warna sebati
  • Ambik dok sebesar ibu jari dan letak inti di tegah kemudian di bulatkan
  • Panaskan air hingga mendidih masukan bebola, bila bebola timbul barulah di angkat, alih  kedlm air sejuk betujuan bebola tidak lembik
  • Utk syrup masukan lebih kurang 1 lita air, masak dgn gula batu, gula pasir, gula melaka daun pandan, halia dan rasa manis ikut selera sendiri
  • Hidangkan bebola besama air syrup yg di sejukan


Jumaat, Jun 25, 2010

Nasi Impit Goreng

Salam..Alhamdullilah ade tetamu nak dtg lepas zohor nanti ..kawan2 skh kita dulu..pikir nak jamu ape yek tgahari pulaktu,,yg ada dlm peti pun dok tinggal paras2 bahaya heheh..nasib ade lagi 3 ketul nasi impit yg direbus kemarin masih sesegar lagi hehe, bhn yg di perlukan pun cukup le utk buat rencah..actually nasi impit grg ni dah pernah buat kat cini pun dah ade..resepi dari kak Fida dari Myr..kali ni sy buat basah2 sikit..hemmm harummm
Bahan-Bahan
  • 3 ketul nasi impit di potong dadu
  • Ayam, udang
  • 3 ulas bawang merah- tumbuk*
  • 3 ulas bwang putih- tumbuk*
  • 1/2 inci halia- tumbuk*
  • 1sdb serbuk pati ayam
  • 2 sdb cili kisar
  • 2 sdb serbuk kari
  • 2 biji telurdi kocak
  • Sayur sawi, keret
  • Garam, gula
  • Panaskan munyak tumis bahan betanda * hingga garing
  • Masukan cili kisar, rempah kari, serbuk pati ayam msk hingga garing
  • Masukan ayam, udang, garam ,gula gaul sebati
  • Masukan Nasi impit gaul bagi semua besalut
  • Masukan sayur, gaul sebati dan pecahkan telur yg dikocak biar garing sebentar dan gaul bagi semua sebati dan besalut
  • Boleh di hias dgn cili potong, daun bwg, bwg goreng



Tom Yam Putih

Salam..Cepat dimasak sdp dimakan..hemmm saje turun awal sikit snng kerja masak pun main campak2 je. tomyam ni mmg  sdp x kira le nak mkn gan nasi putik ke, meehoon ke..sat lagi nak keluar cari sepeket meehoon ..nak celur pastu mkn gan kuah tomyam ni ...jadi le mee hoon tomyam..masak lbh sikit nnt ank2 balik tinggal ngap je..nak meratah pun boleh...
Bahanya
  • Ayam di potong kecil-kecil
  • 1 peket perencah tomyam putih
  • Udang, sotong,- sy x letak
  • 3 batang serai titik - lg byk lagi sdp
  • 1/2 inci lengkuas di ketuk
  • 3 ulas bawang putih di ketuk
  • Sayur-sayuran ikut suka
  • 4 biji cili api
  • 2 biji asam limau
  • 5 helai daun limau
  • Garam, gula
  • Tumis bwg, legkuas, serai dgn sedikit saja minyak
  • Bila naik bau masukan air ikut byk mana kuah
  • Bila sudah megelegak masukan ayam
  • Daun limau, perahan air limau, perencah tomyam putih, garam, gula, cili api gaul sebati
  • Dan akhir sekali sayur-sayuran




Khamis, Jun 24, 2010

Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Salam...cukup ke dua ekor ni hehe..ikan ni besar..tu yg sdp buat ikan sumbat...hemmm lama x menyumbat ikan, time bulan posa selalu masak resepi ni..hem harum nya bauk bila di grg nak di bakar pun boleh juga alas dgn daun pisang...yg ni kita grg bg garing ye... suka kat serdak2 tu...gaul pulak gan nasi panas2 hemmm nyam nyam
ni le rupa yg sudah di sumbat tp belum di goreng lagi
Bahan-Bahan
  • 2 ekor ikan cencaru sedang
  • 2 batang serai
  • 3 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1 cawan kelapa paru
  • 3 biji cili merah
  • Garam, gula
  • Ikan di siang dan bersihkan belah belakan badan ikan
  • Tumbuk bawag merah, halia, serai, cili hingga lumat
  • Masukan kelapa dan tumbuk sekali
  • Kalau lesung kecik buat le dua kali
  • Masukan garam dan gula
  • Bolehlah di suimbat sambal kelapa tadi kedlm badan ikan dan tekan sampai padat
  • *sy sumbat kedua2 belah belakan dan depan ikan
  • Panaskan minyak, grg ikan dgn api sederhana bagi isi sambal kelapa masak dan garing








Coklat Chip Bun

Salam..Meroti ke..kita ni bukannya selalu sangat meroti dan kerajinan meroti tu jarang ade ..lain le mcm kwn2 yg rajin meroti tu, sentiasa ade je roti baru di buatnya..rmh Hana, Ika, kak Ummi, CMG, penuh roti dari hasil tagan masing2..kita ni pun tumpang le terjebak mlm tadi dok uli meguli..resepi ni diolah2 jugak ambik sana sini sikit.. tp saya masukan serbuk koko sikit dan coklat chip bg ade rasa cokelat..ya ampun kekawan...memandai2 je...alhamdullilah menjadi jugak..so pg ni Bf gan roti coklat cicah milo panas..
Bahan-Bahan
  • 180 g tepung roti
  • 50 g tepung gandum
  • 35 g susu tepung
  • 3 sdb serbok koko
  • 1 biji telur
  • 100 g gula halus
  • 3/4 camca teh instant yeast
  • 40gn butter
  • 1 sdk softner
  • 1/2 cawan coklat chip
  • 50ml air
  • Satukan air dan yeast kacau bagi kembang
  • Dalam mangkuk satukan tepung roti, tpg gandum, susu tepung, gula, telur, serbuk koko,softener, gaul sebati dan masukan campuran yest tadi gaul hingga menjadi doh
  • Bulatkan dan bungkus dlm plastik biar naik dua kali ganda
  • Bila doh sudah naik tumbuk dok bagi keluar udara uli sekali lagi masukan coklat chip dan uli lagi, bahagi adunan beberapa bahagian bulatkan, sapu loyang dgn sedikit mentaga, susun doh biarkan nak sekali lagi
  • Sapu pemukaan doh dgn sedikit susu dan telur yg di bancuh besama
  • Panaskan oven pada 190'c dan bakar selama 2-.25 minit
yg sudah di sapu dgn susu dan  telur
menunggu adunan naik.



Rabu, Jun 23, 2010

Asparagus Whit Coconut Sauce

Salam...sdp simpel dan senang di masak,,asparagus ni mmg sdp diratah dan buat macam mkn salat je..kita suka kat kuih yg pekat mcm ni x pedas ank2 pasti suka..
Bahan-Bahan
  • 1 ikat asparagus - di rebus
  • 5 batang putik jagung - direbus
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji tomata potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1/2 inci halia - tumbuk
  • 1 sdk serbuk pati ayam
  • 1/2 sdk lada sulah
  • Sedikit garam/gula
  • Panaskan 2 sdb minyak dan tumis bahan yg ditumbuk
  • Masukan santan di kacau
  • Masukan serbuk pati ayam, lada sulah, grm, gula
  • Masukan tomato dadu kacau sekejap tutup api
  • Sayur yg di celur tadi disusun dlm pinggan
  • Tuangkan sos diatas sayuran tadi


Ubi Goreng Jermen

Salam..lama x pekena mkanan org dulu2 ni..kiranya manu org zaman jepun le ubi kayu...smlm ptg gi pasar tani Bandar Kinrara npk ubi kayu ni..terus sambar bukan ape ubinya npk gemok2 geram le pulak kita negok..biasa kalau npk pun buat dek je kat ubi kayu ni.....so mlm tadi kita dah kupas kulitnya dan rebus, pagi ni siap di goreng....Mr.laling suruh buat kudap2 nnt mlm leh makan sambil negok bola..ape pun kita sental dulu separuh....Pelik jugak zaman jepun mkn ubi kayu tapi resepi ni namenya ubi grg jermen..
Bahan-Bahan - Sumbangan resepi dari Majalah Saji julai 2008
  • 1 kg ubi kayu
  • 1 sdb gula
  • 1 sdk garam
  • 2 sdb serbuk kari
  • 1/2 sdk jintan manis/jintan putih
  • Setangkai daun kari
  • Minyak utk mengoreng
  • Rebus ubi hingga masak tetapi jangan telalu empok
  • potong kecil ubi yg direbus tadi
  • Gaulkan dgn semua bahan di atas kecuali minyak
  • Panaskan minya dan goreng ubihingga keperangan
  • Angkat dan toskan minyak
  • Lepas toskan sy gaul sedikit lagi dgn 1/2 sdb gula..



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More