Jumaat, Disember 31, 2010

Karipap Kentang


Salam di pagi jumaat yg indah..hari ni baru npk cerah...pg ni sy n3 pg2 sikit sbb ada urusan di luar yg nak di selesaikan heheh ni le dia projek mlm tadi.. mentang2 semlm dah tahu hari ni di umumkan cuti oleh PM kita so mlm td rajin le uli meguli.. x byk buat sikit aje bg megalas perut di pagi hari..karipap kentang..negok leh tu beropol- ropol lg..sememeh je rupanya...x lah secantik ropol yg kekawan buat...resepi nnt sy masukan apa pun pekena dulu karipap panas2 dan milo panas ni ye
jemput sarapan dulu.....

Khamis, Disember 30, 2010

Rich Choc Pudding


Salam..terigin sagat tekak ni nk mkn benda yg becoklat... pg tadi megemas belek2 nasib ada jumpa serbok koko lagi...cantik lah tu leh buat puding koko, selepas mkn tghari kita pekena pudding pulak ...sdp lembut kenikmatanya bila masuk ke mulut heheh ayat baik ni,
kiranya lama juga x buat, geng2 kita pun ramai yg dah mencubanya jom layan

Bahannya
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sd teh garam
4 1/4 cawan air
4 sd besar tepung jagung
1/2 sdteh esen vanila
3 sd besar butter
1 peket serbuk agar-agar - 10-11gm

Caranya
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu sehingga mendidih
Masukan butter kacau hingga agak pekat
Angkat masukan dlm loyang atau acaun kecil dan sejukan

Rabu, Disember 29, 2010

Gulai Kari Ikan Merah


Salam utk semua...apa yek nak di masak hari ni...buntu jugak di buatnya, hem ada ikan merah masak gulai kari jelahhh, ingat bander tu nak di grg tp malas pulak..satukan dlm kari ikan habis cerita n buat sambal yg penting laku jemput makan sama.........

Selasa, Disember 28, 2010

Sambal Kerang


Salam semua, sorry le dua hari x n3 rindu bebeno gan kekawan, maklum le cuti hujung minggu kemarin SIL and family dari JB turun KL tu yg bz bebeno melayannya....so utk tgh hari ni masak lauk simple2 jugak tapi tetap ada pedas..kalau x pedas mmg x sahkan hee? kerang ni beli kilo..nak beli yg belum di kopek alamak jenuh le nak megerjakannya...tp x lah selalu makannya kekadang jeee bahaya jugak kalau pekena kerang selalu....

Sabtu, Disember 25, 2010

Nasi Minyak & Arca Buah

Hai semua ..harap2 x jemu ye dtg betandan ke rumah kita ni hehhehe, so ni lah hasilnya, buat nasi minyak utk mkn thg hari besama arca buah yg di masak mlm tadi pehhhh sdp...dan lawankan dgn lauk kurma ayam...resepi nasi minyak seperti biasa boleh terjah di label nasi ye...
kalau sudi jemput le mkn sekali ye hehehehhehe

Arca Buah

Salam utk semua cuti X'mas lepak jelah, nak merayap mcm x de mood tp kalau org nak belanja jln2 ok gak... buah campuran ni adik saya beli time beliau dan keluarganya pergi becuti ke pening dua minggu lepas..lama gak tersimpan x mkn2 pun...smlm baru terigat kalau buat arca buah best jugak..arca buah ni siap di masak mlm tadi, kalau dah semalaman dan beberapa hari rasanya betambah sdp ..resepi dari Kak Haneliza kita yg pakar masak tu  tq kak..lagi di simpan lama lg sdp tau
yg ni belum di tabur dgn bijan
Bahannya
  • 50gm buah-buah campuran
  • (Sedikit cili api jeruk jika suka)
Bahan Mesin
  • 500gm bawang kecil
  • 10 ulas bawang putih
  • 10cm halia
  • 100gm cili kering
  • 3sdb rempah kari ikan (grg tampa minyak)
  • 500 gm minyak
  • 500gm gula pasir
  • 1 botol cuka (sy letak separuh aje)
  • 1/2 camca bijan (grg tampa minyak)
Caranya
  • Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga nak bau dan pecah minyak
  • Masukan gula, cuka biar reneh , masukan buah-buah campuran kacau sehingga pekat
  • Bila dah sejuk tabur bijan
  • Sejukan boleh di simpan dlm bekas kering  
Buah-buah campuran yg dlm peket sy belah-belah bg buah tu kecik sikit...

Jumaat, Disember 24, 2010

Otak-Otak Sardin & Nasi Goreng Udang

Salam jumaat utk semua..tgh hari ni Mr.laling balik utk solat dan lunch di rumah.... alamak rajinnya balik waktu lunch..nak masak ape yeee..hem npk dua biji tin merah tu ape lagi buat otak-otak sardn jelah dan grg nasi udang habis cerita heheheh...actually otak-otak sardin ni dah pernah buat resepi dari MYR oleh K.Fida kita tu.....sdp tau cuba lah...
Bahannya
  • 1 tin besar sardin ( sy buat dua tin sbb tahu x cukup punya)
  • * 10-15 tangkai cili kering
  • * 10 ulas bawang merah
  • * 6 ulas bawang putih
  • * 1 hiris halia
  • * 3 batang serai
  • * 4 biji buah keras
  • 2 sdb rempah kari ikan
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 5-6 helai daun limau purut - hiris
  • 1 sdb air limau/cili padi racik ikut suka
  • Garam/gula
  • Beberapa helai daun pisang
Caranya
  • Kisar bahan betanda * hingga halus 
  • Sos sardin ketepikan dan lecik halus sardin dgn garfu
  • Panaskan sedikit minya dan tumis bahan kisar serta rempah kari hingga wangi
  • Masukan santan, garam gula, telur, air limau dan daun limau purut
  • Kacau rata dan masukan sardin yg di lecik tadi masak sehingga pekat dan tutup api
  • Layukan daun pisang dan letak dua sudu bhn tadi dan bungkus macam buat pulut panggang kemas kiri dan kanan daun pisang semat dgn lidi
  • Kemudian panggang di atas kuali leper sambil di tebalikan dan grg
  • *K.fida buat dua jenis boleh di kukus dan di pangang
setelah di panggang
yg ni proses mengbungkus belum di panggang lagi



Khamis, Disember 23, 2010

Donut Ball Suria

Salam..time hari mendung2 camni perut tu meminta2 je apa yg nak di ngap ptg ni..nak kata rajin x lah sangat tp kira bolehlah rajinnya.. negok tu donut ball utk org telebih rajin heee mls nak tekap2, buat gentel2 jd ball jeee sbbnya nak cepat siap dan nak cpt ngap......actually dah pernah buat donut suria ni mmg sdp lembut gebus,  kekawan yg lain pun byk yg dah try.. resepi sgt le simple dan senang
Bahanya
(A)
  • 3 cwn tepung gandum
  • 3 sdb susu tepung
  • 3 sdb lemak sayuran (shotening)
  • 3 sdb gula casted
(B)
  • 200ml air suam
  • 2sdt instend yeast
  • => 20ml air tambahan jika perlu begantung pada jenis tepung
Caranya
  • Satukan bahan A, masukan bahan B ke dlm A
  • Masukan air tambahan jika perlu kemudian uli doh hingga licin dan lembut
  • Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan
  • Perap hingga dua kali ganda naik selama 30 minit
  • Goreng dgn api yg sederhana hingga kekuningan
  • Salut dgn gula atau coklat cair


Rabu, Disember 22, 2010

Ayam Goreng Halia

Salam.Tgh hari ni masak yg simple tp sdp..potong kecil2 ayam tu sng ngap...resepi ni org dlm pantang pun boleh mkn juga, lebih kurang masakan org cina leeee grg ayam pasti halia lebih...
Bahannya
  • Ayam - ikut suka berapa ketul nak letak
  • 1 inci halia - mayang halus
  • 1 biji bawang merah - mayang halus
  • 3 ulas bawang putih mayang halus
  • Cili kering/cili merah basah - di belah
  • 1 1/2 sudu sos ikan
  • Sayuran - ikut suka
  • Garam/gula
Caranya
  • Tumis bahan yg dimayang hingga naik bau
  • Masukan ayam yg telah di potong dan di bersihkan tadi grg sehingga ayam garing dan empuk
  • Masukan sos ikan, grm dan gula kacau sebati
  • Masukan pula sayuran, cili kering atau cili merah potong gaul sebati dan rasa
sdp mkn besama nasi panas2.....

Selasa, Disember 21, 2010

Sambal Kentang

Salam..tghari ni manu kasi pds2...pehhhh sambal kentang fv sekeluarga,  ingat nak kawankan dgn tempey dan tauhu ...mls pulak nak ke kedai..ini pun kira dah menyelerakan... setakat resepi x yah le kita letak geng2 pun pandai masak sambalkan..entah2 lg sdp hehehheh jemput meratah...
jemput mkn sekali yeeee nyam nyam....

Isnin, Disember 20, 2010

Puding Cendol

Salam, Isnin dtg lagi...kat luar tu hujan sejuk je nyaman..sambil dok melepak tu pekene le dgn pencuci mulut ni ye puding cendol...nak buat air cendol sure cepat habis...buat puding lg puas mkn..letak dlm acuan comel2 senang kerja, nak masukan dlm loyang pun boleh tp kena potong2 pulak...apa pun ikut selera masing2 yeee, nak mkn baru di curahkan air gula melaka

Bahannya
  • 200ml santan kotak + 600ml air (3 gelas air)
  • 1 peket serbuk agar-agar putih
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1 peket cendol
  • Seketul gula melaka
  • 4 helai daun pandan di simpul (2 helai utk gula melaka)
Caranya
  • Dalam periuk satukan santan, air, gula putih, serbuk agar-agar dan daun pandan simpul
  • Panaskan diatas api yg sederhana kacau hingga gula larut dan sebati
  • Hampir mendidih masukan cendol kacau dan tutup api
  • Masukan dlm acuan dan sejukan
Utk Air Gula Melaka
  • Dalam periuk masukan gula melaka dgn air masak hingga gula melaka larut
  • Tapis gula melaka dan sejukkan





Ahad, Disember 19, 2010

Bebola Biskut Marie

Salam utk semua...di hari minggu cam ni best dpt besantai2 besama family...dpt g jln2 cuci mata lagi best..tghari tadi dok main masak2 dgn ank dara kat dapur..teruja sagat smlm g jln rmh Kak Wan dari Citarasawan peh ada bebola biskut marie npk sdp nya..so ank dara pun request suruh buat rupa tu same le mcm popcake...hem mmg bebaloi sdp tau letak jem..ada rasa lemak2 biskut...Tq Kak Wan dgn resepi yg sdp ni
Bahnnya
  • 150 gm biskut marie ( sy buat sepeket kasi habis)
  • 60gm coklat masakan - di cairkan
  • 50gm jem ( sy letak 1 1/2 sdb, itu pun dah manis)
  • 50ml susu segar
  • Hiasan - Manik, coklat rice, gula bintang
Caranya
  • Satu biskut marie, coklat cair dan jem, gaul sebati
  • Panaskan susu cair seketika jggn sampai didih
  • Kemudian tuang susu panas sedikit demi sedikat ke dlm biskut, gaul sebati hingga menjadi doh, biar besatu hingga biskut lembut
  • Ambil doh dan bulatkan sebesar bola pingpong dan golek dgn bahan hiasan


Sabtu, Disember 18, 2010

Bee Hoo Goreng Hokkien

Salam ..sabtu dtg lg.. hem x jln2 ke cari mkn or gi shopping brg2 pesekolahan ank2...pada yg gi jln2 tu selamat le yeee
Tgh hari ni just buat manu yg simple2 je bee hoon grg hokkien..negok kat rmh Dek Hana kita hari tu cam kecur jee Mee Hokkien tu..Dek Hana buat mee yg bekuah tp kita buat yg begrg jee resepi dan rasa same je..cuma kita letak ayam...hemmm sdp bila di mkn dgn sambal udang kering tu
Bahannya
  • * 15 tangkai cili kering
  • *5 biji bawang merah
  • * 2 biji bawang putih ( yg betanda * di bland)
  • 1 mangkuk udang - sy guna ayam
  • Mee kuning /bee hoon
  • Hirisang daging rebus - sy x letak
  • Garam/gula
  • Bahan hiasan
  • Tauge, kangkung, fishcake, bawang goreng, telur rebus
Caranya
  • Rebus udang kemudian kupas kulit dan juga kepala asingkan isi dan blan kulit udg dan kepalanya kemudian tapis simpan sebentar stok udang
  • Panaskan minyak tumis bahan bland hingga pecah minyak, masuk garam dan gula
  • Masukan air rebusan dan stok udang tadi masak hingga didih ( nak bekuah byk boleh tambah air)
  • * Sy gaulkan sekali dgn bee hoon, sehinggalah bee hoon empuk dan lembut
  • Boleh  di hias dgn sayur tauge, kangkung, telur, bawang goreng










Jumaat, Disember 17, 2010

Cucur Sayuran

Salam.. di petang jumaat ni kita menyucur pulak..td jln2 ke dapur K.Nor alamakan npk cucur udng akk kita tu sunguh membangkitkan selera.. kita pun lama x buat so and so ape lg menyucur le tp kita x letak pun udg  sbb dah mmg x ada kat pet besi tu.....kita letak sayuran aje kucai, tauge dan corrat...penyicah tu kita pakai sos colek kepok heee
time dah ptg2 gini mmg lapor balik...sure laku punya, hemmmm jemput leee sekali..

Khamis, Disember 16, 2010

Lemping Pisang Bekelapa

Salam utk semua. Taraaaaaa.. buat juadah minum ptg awal sikit bukan ape time mendung2 dan hujan ni sdp pekena kuih yg panas2....naknya pekena pulak kuih2 lama cam ni...kebetulan pun nak pehabiskan 6 biji pisang tu takut nnt benyek pulak syg pulak tebuang...
Bahannya
  • 6 sisir pisang
  • 1 cawan tpg gandum ( kalau adunan lembik tambah tepung)
  • 1 cwn gula ( sy kurangkan sbb pisang dah manis)
  • Kelapa parut putih
Caranya
  • Lecek pisang dan campur tepung , gula dan 2 sdb kelapa gaul sebati
  • Panaskan kuali leper, sudukan adunan dan leperkan sambil tekan2 adunan, tebalik depan belakang bg garing
  • Boleh di cicah dgn kelapa parut atau sambal bilis
jemput minum ptg...



Rabu, Disember 15, 2010

Mee Maggi Sup Ayam

Salam hallooooooooo sorry le lbt sikit hari ni nak n3, siang tadi ada kesebukan yg melampau heheh nak turun keopis dapur pun x kesampaian, kira siang td dapur mmg tak berasap...mlm ni ada keiginan sikit nak masak sambil melayan Bola Piala Suzuki antara Malaysia vs Vietnam tu,  Mr. laling kata buat je mee yg cepat di masak dan sdp di mkn .... pehhh 5 bungkus sekali masak...ha ambik sampai kembang perut ....Gollllllllllllllll Malaysia 2...Vietnam 0....
hemmmmmmm sdpp pekena pula dgn sambal cili potong slupppppppp

Selasa, Disember 14, 2010

Puding Jagung

Salam utk semua ,mudaha sihat hari ni dan ceria selalu..jgn le mendung2 pulak ye heheh... puding jagung buat utk minum petang hari ni ...puding jagung ni kalau nak lg best mkn dgn kuah kasted dan buah2 campuran ...

Bahanya
  • 1 cwn tepung kasted
  • 1 cwn jagung manis (dlm tin)
  • 1 cwn gula (sy letak 3/4)
  • 3 cwn air
  • 1 1/2 cawan susu cair
Caranya
  • Dalam periuk, satukan tpg kasted, gula, susu, jagung manis dan air kacau sebati
  • Guna api yg sederhana kacau selalu hingga bekilat, pekat dan jangan sampai beketul pula
  • Padamkan api dan tuang dlm loyang atau acuan kecik
  • Sejuk kuih, boleh di hidangkan besame kuah kasted dan buah-buahan campuran
Puding ni x sempat lagi nak makan dgn kuah kasted dah kena ngap dulu...hem harum bau jagung
sila leeee..






Isnin, Disember 13, 2010

Pegat Pisang@Bubur Pisang

Hai dtg lagi manu utk minum ptg hari ni...lama betul x pekena dgn pegat pisang...tetiba tekak teringin nak mkn...kebetulan ptg ni ada member nak dtg boleh le jamu sekali dgn pegat ni...
Naknya lepas2 hujan ptg2 ni perut sure lapar balikkan .... mari kita pekena pegat yg masih panas lagi ni, hemm jemput leee rasa
silakan....

Bee Hoon Goreng Lada Hitam

Salam utk semua...isnin dtg lagi...tugas harian seperti biasa leee....request dari ank bujang.."mama hari ni masak je yg simple2 kita org x kisah, buat je bee hoon grg lada hitam, lg pun lama dah mama x masak resepi tu" woooo ayat baik punya ...ok tu jom cepat rendam bee hoon...siap dgn kicap cili sekali...
hemmm kekwn pun pasti tahukan resepi ni..ni le resepi bee hoon grg yg paling senang, tumis bahan sekali dgn lada hitam tumbuk...jemput...luncha

Ahad, Disember 12, 2010

Spagetti Mamamia Lagi

Salam..Hari minggu dtg lagi ohhh nak masak ape ye hari ni...kekadang buntu juga di buatnya, hem buat je resepi yg mudah dan cepat...spagetti lagi...x jemu ke? mmg x jemu sbb sdp heheh, kalau sdp mmg cepat le laku, resepi same je ada kat lebal western ye.. leh terjah silakan...
hemmmmm lembutnya......

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More