Assalamualaikum, salam besiaran di pg khamis...pada yg bepuasa sunat hari ni slmt ye dan di permudahkan sampai ke waktunye...haa sdg elok lah tu kalau x tahu nak mkn ape utk bebuka nnt boleh le cuba buat bubur chacha ni...sebagai pencuci mulut...ni manu ptg semalam buat utk sarapan petang kebetulan jiran merangkap kawan baik nak dtg , cantiklah tu langkah kanan npknya...mkn ptg sambil borak melayan mmg syok...sdp di mkn panas atau sejuk..tp saya suka mkn suam2...ape pun jom cuci mata...:-)
Bubur Cha Cha Bekeledek
Bahan:-
1 cawan bubur cacha kering
500 ml santan
1/2 cawan gula putih - nak manis boleh lebihkan
1/2 cawan gula merah/gula melaka
2 helai daun pandan - disimpul
2 biji keledek sederhana besar - dibuang kulit dan dipotong kecil
secubit garam
Cara Memasak:-
Basuh bubur cacha dan rebus dengan air biasa hingga lembut.
Toskan dan ketepikan.
Dalam periuk masukkan ubi, santan dan daun pandan masak dengan api perlahan.
Masukkan gula putih, gula melaka dan secubit garam, biar mendidih dan ubi empuk.
Sentiasa di kacau supaya santan x pecah
Masukkan bubur cahcha yg di rebus tadi dan masak sebentar hingga mesra.
Tutup api dan hidangkan panas atau sejuk