Jumaat, November 23, 2012

Mango Crepe2 @ Dadar Mangga


Assalamualaikum , salam sejahtera di pg jumaat ohhh pg ini cuaca npknya cantik redup jeee...jom ada tingal 3 ketul je mango crepe pg ni...buat sarapan utk sorg satu heee...kisahnya semlm punya projek...pecubaan kedua buat crepe , kali ni guna resepi dari Kak1 pulak..megancam smlm kita jln2 dapurnya npk Kak1 tayang Durian Crepe/Dadar Durian...pilihan dan bekenan di hati sy Dadar Durian...pegunaan tepung gandum x ada masalah bg sy semua ok je rasa pun sdp...crepe kalau nipis sangat pun mcm x ada rasa pulak so buat sedang2 aje x tebal dan x nipis...mencuba buat filling kasterd...hem sdp juga...lemak becream lg cuma sy x letak inti durian pun..yg ada buah manga masak manis satu lg filling ni boleh buat inti cream puff seperti yg Kak1 cadangkan tu.......insyaAllah akan cuba buat yg inti durian pula...bg tekak sy sdp boleh terima...nak ckp lebih2 mcm ne sdpnya pun x reti ,,,nak tahu rasa yg sebenar rajin2 lah buat yeeeee :-)...Tq Kak1...


Untuk resepi saya ikut semua sama mcm yg Kak1 buat, cuma saya letak inti buah magga yg di purikan resepi  untuk Dadar boleh masuk SINI selamat mencuba


Selasa, November 20, 2012

Tart Fruit


Assalamualaikum....sudah beberapa hari meninggalkan rmh masak2 terasa rinduuuu,, mmg rindu teramat....Fruit Tart ni saya buat masa balik kg baru2 ni semperna Majlis Tahlil, Akikah dan Sambuat Hari Lahir yg di adakan pada Sabtu -17hb.11.21.......hemmm mmg laku kalau buat  hidangan mcm ni sampai x cukup2 dibuatnya...resepi x asing lg dari rakan blog yg baik hati...siapa  lg dek Cendana Kasih leeee...Shell tart tu sy x sempat nak buat..oder dari CK lg senang...bahan2 yg lain nak mkn baru sy sediakan dan letak buah2 yg terpilih.......nak resepi boleh masuk dapur CK ada di sini....yg best CK ada sediakan cara dan petua supaya x nak bg shell tart lembik sebelum di letak filling kastard....Tq CK....


Kebetulan ni je buah yg tinggal...


Hidangan yg di sajikan sambutan hari jadi Sabtu- 17hb.11.12 waktu mlm - Pasta goreng sedap, Nasi goreng kampung, Tart fruit dan Kuih muih


Hidangan yg di sajikan waktu siang hari Sabtu -17hb11.12, Majlis Tahlil dan Akikah...Muffin Kelapa Pandan ( asalnya Kek Kelapa Pandan sy ubah buat muffin), Apam Pandan, Apam Coklat, dan Tart fruit

Khamis, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah & Kacau Goreng Betik Muda

Assalamualaikum ..Salam Maal Hijrah Buat semua umat islam moga tahun baru ni memberikan rezeki, kesihatan yg baik, amal ibadah yg sempurna, ,bukakan hati menjadi baik lg terbaik, kehidupan keluarga yg bahagia dan segala bekaitan dgn Alllah di pemudahkan pejalanan...InsyaAllah....Amin, amin, amin


Untuk Pagi ni nak kongsi manu yg saya buat utk mkn malam semalam..heee walaa bukannya pantas pun ..kebetulan bahan2 yg di perlukan mmg ada...cuma rencah udang je sy gantikan dgn isi ayam....siang tu npk Kak Madihaa pos resepi Betik Muda....negok pun dah kecur ank tekak heee :-)...teliti bahannya..hemmm boleh lah buat....nilah hasilnya amat sdp..lebih kurang seakan rasa sambal goreng jawa.....ank2 kata mkn kacau goreng betik muda ni susuh nak behenti hahahhaha paham keee? hee asyik nak tambah jeee nak pulak rasa betik yg manis,,,suhun yg lembut mmg budak2 suka...Tq Kak Madihaa sudi kongsi resepi yg enak ni


Kacau Goreng Betik Muda
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
  
BAHAN2
450 gm betik muda/mengkal yang siap dikupas & disagat kasar dicuci bersih & tos
250 - 300 gm isi udang - Sheila gantikan dgn isi ayam
4 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang
2 biji cili merah ~ dihiris - Sheila gantikan dgn cili kering 
6 biji cili padi ~ dihiris
secekak kecil suhun ~ direndam hingga lembut & tos
2 keping tahu ~ digoreng & dipotong dadu
1 keping tempe plastik/2 keping tempe daun ~ dipotong dadu & digoreng
½ kiub ikan bilis
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
garam secukup rasa
secubit gula
minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKAN
1. Panaskan minyak & tumiskan bawang merah & bawang putih sehingga layu & wangi. Masukkan isi udang & kacau rata.
2. Masukkan betik sagat, air & kiub ikan bilis. Kacau2 & biar betik agak lembut.
3. Masukkan cili merah, cili padi, tahu goreng, tempe goreng, sos tiram dan secubit gula. Kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan suhun yang direndam & garam secukup rasa (tak perlu banyak sebab sos tiram & kiub bilis juga ada rasa masin). Kacau sebati & biar suhun bercampur rata dengan bahan2 yang lain. Bila dah cukup rasa & cukup sebati bolehlah dimatikan api & hidang dengan nasi putih & lauk2 yang lain.
Sedap sangat! Selamat mencuba!


Rabu, November 14, 2012

Ayam Tandoori & Roti Naan Goreng



Besua kembali...n3 manu semalam...x ada kena megena dgn sambutan perayaan deepavali semalam yee...saja buat nak getest jadi ke tidak....nasi dan lauk kari tetap juga masak...cuti2 ni penghuni rmh kan ramai heee...alhamdullilah jadi juga sdp aym nya sbb sy perap lama....harum bau bila dibakar...roti nan pun cantik menjadi kembung dan lobang di dlm...roti walau di goreng tp x berminyak...3 keping mmg kenyang....cuma x sempat nak buat sos pudina kalau ada lg syok mkn....resepi roti nan goreng ni kawan blog Yatiememories pun dah pernah buat....resepi asal dari Kak Fida MyR....tq Kak sy dah try....


ROTI NAAN GORENG
Resepi : Kak Fida MyR
Sumber : YatieMemories

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
500 g tepung gandum/tepung roti (5 1/2 cwn rata) - diayak(akak gune tepung gandum)
2 sk baking powder-diayak
2 biji telur
1/2 sk garam
150 ml air- (10 sb)
3 sb susu manis
minyak masak untuk goreng terendam


Cara-cara
Air dan susu manis dibancuh dan ketepikan dulu.
Masukkan 4 bahan pertama di atas ke dalam sebuah mangkuk.Gaul dengan senduk hingga rata.
Tuangkan air susu sedikit2 dan gaul hingga rata lagi dan dgn menggunakan tangan uli hingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Tutup doh dgn kain atau plastik dan dibiarkan 1/2 jam.
Bahagi doh kepada 8 atau 10 bahagian dan canai membujur.Tabur tepung atas papan canai supaya doh tidak melekat.
Panaskan secukup minyak masak di dalam kuali dan goreng doh yg telah dicanai sekeping2.
Apabila doh mula timbul cepat2 balekkan supaya roti akan gelembung pada kedua2 belah.Goreng roti hingga keperangan.
Angkat roti dan toskan diatas kertas serap minyak.
Roti naan siap untuk disajikan dengan lauk pilihan dan sedap dimakan ketika panas.

AYAM TANDOORI
Resepi: Sanjay-Vahrehvah
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan
6 ketul peha ayam dicuci bersih dan toskan
chat masala secukup rasa (jika suka) - sy x letak
1 tsp serbuk ketumbar
1 tsp jintan putih
1 tsp garam masala
Pes halia dan bawang
1 tsp daun fenu greek - sy tak letak
1 tbsp perahan air lemon
2 tbsp minyak makan
1 tsp serbuk lada putih
1 tbsp serbuk cili - mengikut kepedasan masing-masing
1 tsp pewarna merah - jika suka 
1 tsp garam
1 tsp garam masala
6 tbsp yogurt



Caranya:
Dalam sebuah mangkuk sediakan bahan untuk diperap ayam itu. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk cili, kastoorimethi (daun fenu greek), serbuk kunyit, garam masala, sedikit pewarna merah diratakan pada pes tadi. Masukkan 1/2 sudu teh garam, yogurt dan gaul rata.
Ambil ayam yang diperap sebentar dan gaulkan dengan pes yang didalam mangkuk tadi.Ratakan pes pada keseluruhan ayam dan celah-celah belahan nya.
Panaskan oven ke 425 darjah Fahrenheit. Masak selama 20 hingga 35 minit sehingga ayam lembut. Keluarkan dari oven, hidangkan semasa panas, taburkan dengan bawang hiris dan perahkan dengan air lemon.

nak mkn perahkan limau


Isnin, November 12, 2012

Pais Ikan & Pais Ayam


Salam besiaran di pg isnin...mulakan tugas pagi seperti biasa, walaupun musim cuti sklh bemula x leh juga nak senang lenang bagun lambat...oooo time cuti2 mcm nilah tugas betambah byk..bukan tugas betambah sikit...lg beganda2 byk adalah.....:-) kat atas meja kalau x siapkan1,2 jag air x sah...nak pulak rmh saya ni time cuti mcm ni ank2 buah semua dok melepak di sini...pandaikan mak bapak dia org cuti je letak ank rmh nenek/atok....bukan ape sy juga mmg kena tempiasnya..sbb duduk gan mak, abah, nenek sekali wooooo..x peee sy kan mak sedara yg ikhlas ceh wahhhh :-) ..ok le bebel pepagi x guna gak...kerja menanti tu...ni nak kongsi manu juadah semalam hemmm lama lah sy x makan pais....sdpnya manu org lama2 ni...nenek sy dulu kalau buat pais guna ikan yg kecik2...sy x tahu ape nama ikan tu...ikannya putih jernih besar sikit dari ikan bilis...ikan ni mmg sesuai buat pais ada rasa manis...tp itulah byk tulang dan isinya tak puas mkn...sy mmg betul x ingat ape nama ikut tu sorry heee:-)...sy guna ikan kerisi dan isi ayam..pais sy buat dua versi yg ikan di bakar dan ayam sy kukus...wauu kalau bau jgn ckp leee nak satu rmhhh heee harum....sambal kelapa mmg sy buat lebih sbb nak mkn gaul gan nasi..pehhh walaalaa...rasanya kalau kawan2 nak buat utk hari ni masih sempat lg.....:-) di sini sy kongsikan resepi yg simple...sudi2kan lah yeee

PAIS IKAN / PAIS AYAM

Bahan:
4 ekor ikan / 4 ketul ayam - Kembung,Tenggiri, Patin - Sheila guna ikan kerisi
4 sudu besar cili kisar - nak kurang/lebih ikut citarasa sendiri
1 inci halia - di tumbuk
4 batang serai - ditumbuk
1 labu bawang merah - ditumbuk
2 helai daun kunyit - di mayang
1/2 biji kelapa parut
Sedikit serbuk kunyit
Garam, gula
Beberapa helai daun pisang/alumunium  foil


Pais Ayam yg belum di kukus dan Pais Ikan yg belum di bakar
Caranya:
Basuh ikan/ayam dan toskan kelar sedikit badan ikan dan ayam
Dalam bekas lain masukan kelapa parut, semua bahan2 yg ditumbuk, daun kunyit mayang, cili kisar, garam, gula, serbuk kunyit gaul semua sampai sebati...kalau tawar tambah lg garam, gula
Sediakan daun pisang yg sudah di lap bersih, letak 1 1/2 sudu sambal kelapa ratakan sikit dan letak ayam/ikan kemudian tutup semula dgn sambal kelapa, balut dgn daun pisang kemas2, sepitkan hujun dgn lidi..buat hingga habis
Bolehlah di bakar, panggang atau kukus....
Sedap juga di perahkan sama asam limau....

Isi dlm Pais Ikan dan isi Pais Ayam

Jumaat, November 09, 2012

Talam Roti lapis Coklat


Assalamualaikum  semua, singah di petang jumaat....pukul 10pg td sempat kukus kuih utk minum ptg...tak cuba x tahukan...hemm mula tu bayangkan dulu macam ne lah rasa kuih talam letak roti...ada rasa roti ke, masam sikit ke,...maklum le kekadang kalau resepi yg letak roti ni ada rasa lain sikit...pastu baca ulang2 oooo ada letak koko...hemmm boleh lah cuba.....taraaaa  siap tunggu betul2 sejuk..x lah sejuk mana pun kira ada suam2 jugak leee :-) baru potong2 hemmmmm negok dari hasil kejadian cantik, lembut....time utk merasa..hemmmm mmg sdp juga kuih ni.....angapan sebelum ni salah lah heeee.. kuih ni ada rasa lemak, manis, dan rasa coklat yg enak...ank kata lain kali mama kena banyakkan lapisan coklat lagi betambah2 sdp...amboiii yg 3 lapis ni pun dah kira sdppp tau :-)...cantik x ada ketul2 roti sbb di kisar halus...mula tu takut juga kot kuih ni keras...tp mmg elok sukatanya......negok rakan yg lain pun ramai dah menerai...sy ambik resepi dari dapur Kak Yatie...tq



Talam Roti Lapis Coklat
Resepi : Kak Wan
Sumber : YatieMemoriest

Bahan-Bahan
4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
50 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200 ml santan KARA
100 ml air
60 gm tepung beras
20 gm tepung sagu/tpng ubi
1 sudu teh coklat emulco
Acuan Lompang (10-12 biji) - Sheila pakai loyang
- Yatie guna acuan lain dan buat 2 adunan sekali....sedap betullah.
- Sheila sama macam Yatie buat dua adunan 


Cara-cara :
Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak

Mmg sdp kuih ni adunan roti kisar halus...enak dgn rasa coklat.


Rabu, November 07, 2012

Manggo Crepe Cake & Sofea Birthday



Assalamualikum....Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat ank kanda tecinta Nik Amira Zarith Sofea esok genap masuk 12thn hee besau ank mama, dah jd ank dara suti... nnt pergi buat IC same2 yee :-)...Syukur padanya...mudah mudahhan  Adik (panggilan untuknya di rmh)..menjadi ank yg solehah, taat pada agama , bangsa dan negara...dan yg penting solat, megaji serta pelajaran kena di utamakan...

Semperna hari jadi Adik...sy dah plan nak buat kek istimewa ( sofea request nak cake awal utk buat mkn mlm dan utk hari sebenarnya esok suruh ayahnya belanja mkn  kat luar pula, pandai betulll budak2 skrg ni :-) ......Manggo Crepe Birthday Cake ...buat awal tghari td..bg sejukan dlm peti ais beberapa jam, cantik elok je basah2 lg mangga tu...crepe ni sy guna resepi yg sama buat crepe mango kemarin,  fillingnya pun resepi yg sama juga......suka dgn rasa vanilla harum....dgn 12 lapisan crepe, lebih kurang 2 inci tebalnya....mmg sesuai buat kek hari jadi...deco atas tu tepulang pada citarasa masing2 .... nak salutkan keseluruhan dgn coklat topping, whipping crem pun boleh...masa sejukan kedalam peti ais pastikan crepe cake di tutup dgn plastik supaya pemukaan atas tidak kering yeee...mana yg nak buat tu bolehlah masuk sini utk negok  resepi


Mari menikmati Manggo Crepe Cake yg sdp....Selamat Hari Lahir Adik@Sofea


Birthday Girl tegah potong Cake




ROTI KUKUS@PAU


Assalamualaikum besiaran di pagi rabu....harap rakan2 yg lain sihat2 belaka yeee...apa macam ank2 dah ada yg mula becuti...bz keee,  ada nak suruh buat sesuatu yg befaedah ke heee...maklum lah cuti kali ni awal dan panjang....budak2 kalau dah lama cuti sure bosan...balik2 gadap game...tv...hemmm tauuuu yg pasti kena ada benda utk kunyah2 kannnnn ok x nak celoteh pjg2 pg ni pun ada kerja rmh yg x habis2 lg sudahn nya...jum kita sarapan dgn roti kukus ala2 kuih pau yg amat gebus mulussssssss tebaik...nak buatnya pun amat mudah...ank dara yg nak belajar masak pun boleh buat :-) ye ke tu....ikut cita rasa sendiri lah yee nak mkn sapu kaya ke nak cicah gan sambal sardin/sambal bilis pun sdp...kalau ada kuah kari ayam lg byk syokkkkk...pg ni sy x sempat nak buat kari...jadinya mkn roti kukus sapu dgn kaya jelahhh...ikutkan nak mkn begitu saja pun boleh dah cukup... satu lg kalau nak tambahkan sikit sukatan gula pun lg sdp :-) baru jadi roti kukus manis...Arah@Ika pun dah try katanya mmg sdp, Kak CikManggis pun dah cuba masing2 punya pun gebus menarik....jemput sarapan


ROTI KUKUS
Resepi Asal : AYIN
Copy n Paste : KAK CM


Bahan-bahannya:
3 cawan tepung pau.
5 tbsp gula kaster.
1 1/2 tsp yis segera.
2 tsp baking powder.
Secubit garam.
1 1/3 cawan susu segar.
1 tbsp minyak jagung.>>yg ni kita gantikan dgn shortening - Sheila pun letak shortening

Tunggu roti megembang baru masuk kukus

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk pengadun kecuali susu segar.
Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil uli perlahan-lahan (Cm guna KA)>>uli tgn :(.
Uli hingga sebati dan elastik dohnya. - sama Sheila pun uli tgn
Perap selama 1 jam.
Kemudian uli buang angin dan .bentukkan bulat bulat.atur dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.Biarkan doh kembang hingga dua kali ganda saiz asal.
Panaskan air untuk kukusan.Kukus sehingga masak.
Sedap dimakan dengan kari ayam atau sardin atau pun disapu dengan kaya.



cicah sama kari, sambal bilis, sambal sardin lg sdp...mkn begitu saja pun syokkkkk


Isnin, November 05, 2012

Kuih Kukus Bawang Goreng


Petang isnin yg hujan.. sejuknya nak mandi pun jadi malas heeeee takut air sejuk kikiki :-).....n3 kuih yg beberapa kali buat ada di sini...pehabiskan bawang goreng tempo hari lebihan buat Tauhu Anura...nak simpang lama takut tegit pula...kekadang lebihan2 yg kita simpan lama pun bukannya elok...lainlah kalau ada pegawit....kali ni sy buat x letak pandan  biarkan kosong tp rasa tetap same....lembut jee masuk ke mulut nak pulak tabur bawang goreng lebih pehhhhh syok mkn....kuih ni ada lemak2 manis....sesuai buat minum petang, makan kenduri atau buah taggan kerumah rakan.....



KUIH KUKUS BAWANG GORENG
by: izah

3/4 cawan + 2 sb tepung gandum 
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau apple * jika suka
1/2 genggam bawang goreng

caranya:

Panaskan kukusan. 
Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
Kukus sehingga masak (30-40 minit).
Tunggu sejuk kemudian hidang.


 *kuih ni dapat kecik comel je.  Kena gunakan loyang palingg kecil.
*disyorkan menggunakan bahan2 semula jadi. Contoh: bawang goreng buat sendiri, santan perah dan daun pandan.
*bawang goreng kena letak sikit aje, nak kasi rasa lite lite gitu. Dalam gambar tu, saya letak terbanyak bawang goreng nyer. sedikit menjejaskan rasa.


Ahad, November 04, 2012

Crepe Mango


Salam besiaran di hari minggu sorry ye x sempat nak n3 benda yg sdp siang tadi..biaslah hari minggukan besama keluarga beriadah :-).....taraaaa akhirnya bejaya juga menerai buat Crepe...walau x sekemas kawan2 yg dah Pro....siap buat Bisnsssss lg heee rezeki tu :-)...mmg lama dah hajat tependam ni nak buat..tp keyakinan diri tu rasa kurang pulak...entah apa ribut taufan dtg nak mencubabuat ptg semlm....dlm hati tekat jeee....buat dgn kesabaran,,,,kira berjam juga kat dapar ....godek2 resepi stedy resepi yg senang....dlm fikiran ehhh ada ke resepi yg mudah2:-)...tup tup tup jumpalah resepi dari Ana Suzana walaaaaaa rezeki jugak tuuuu...siap dgn tutorial sekali...pehhh mudahhhhh dah pahammmmm.....bahannya pun snng je rupanya luar dan dalam wangi je bau vanilla...cuma saya x letak isi durian pun...intikan dgn buah mangga masak ranum...mangga tu separuh sy kisar jadikan Puri..sebahagian lg sy potong dadu....heee dan satu lg saya x guna whipping krim atau fresh cream.. yg ni saya buta sendiri Party cream..resepinya pun ada Ana sediakan Tq dear...sdp bedebu..bila sejuk mcm rasa sekerim...Party Cream ni bila dah siap masak sy sejukan sebentar, kemudian sy tambah dgn shortening dlm 1 cawan dan sy putar adunan bagi betul2 ringan halus becream hasilnya sama seakan whipping krim.. bau harum vanilla....dah siap barulah letak ditegah kulit dan lapiskan sama puri mangga serta mangga dadu...yg lain2 semua sama cara lipatanya.....masuk dlm peti ais dan sejukan dlm beberapa jam..pastu bolehlah menikmati ke enakkannya.....
Next kalau buat lg InsyaAllah nak try perasa lain pula...tq Ana Suzana kongsikan step by step membuatnya yeee...mmg tebaik...:-)


DURIAN CREPE/MANGO CREPE
Resepi By : Ana Suzana@Cahaya Cinta Ku

BAHAN2 :
Watak utama ialah : Durian.. ambik isinya - Sheila guna buah mangga masak manis dan kisar isinya
  • 50 gram tepung gandum..
  • 1 penutup esen vanilla..
  • pewarna kuning ( ni terpulang kat korang nak warna apapun )
  •  1 sudu besar tepung ubi kayu
  • sebiji telor.. basuh dulu.. 
  • 3 sudu teh/kecil butter.. kemudian cairkan.. aku cairkan guna mikrowave.. 
  • 160 ml air
  • 40 ml susu cair.. aku guna susu fresh milk je -Sheila juga guna fresh milk
  • 2 sudu besar gula halus..
CARA MRMBUATNYA:
  • Dalam bekas, campurkan tepung gandum dgn tepung ubi ( di ayak kedua2nya terlebih dahulu ).. masukkan sekali gula halus atau gula kastor td.. 
  • Kemudian.. tuang susu cair keatasnya.. jgn tuang kat mulut korang lak.. hahahha 
  • Kacau sebati dgn menggunakan whisker.. 
  • Selepas itu, masukkan pula telor yg dah di kacau menggunakan garfu terlebih dahulu.. telor tu just kacau2 gitu je tau, bkn pukul sampai kembang.. lepas masukkan telor tu sila kacau sebati.. 
  • Seterusnya, masukkan esen vanilla.. kacau lagi..
  • Masukkan pula air.. kacau lagi..
  • Pastu lak, masukkan butter cair.. kacau..
  • Masukkan lak pewarna.. sukati korang le nak taruk kaler apa..
  • Adunan yg dah sebati..
  • Last step, sila tapis n adunan tersebut..
Adunan ni nampak macam sikit, tapi sebenarnya ia mampu menghasilkan 13 - 14 keping crepe tau.. tapi bergantung kepada saiz yg korang buat la.. kalau buat saiz besar2 sgt opkos la dapat sikit je..
  
JOM BELAJAR CARA MASAK CREPE :  
  • Memula, sediakan kuali anti lekat ( non stick pan ).. panaskan dgn guna api yg kecil.. api jgn besar2 tau, kang cepat hangus lak crepe korang..
  • Kemudian, ambik sesenduk kecik adunan.. 
  • Tuang dgn lemah lembut.. bentukkan adunan menjadi bulat dgn menggunakan bontot senduk tu aje.. adunan tersebut jgn tebal sgt atau nipis sgt.. just nice org kata.. 
  • Masak sampai bahagian bawah adunan tu mcm nak kering.. kering tau, bkn hangit.. adunan ni JANGAN di terbalikkan masa proses memasak.. 
  • Bila dah masak, korang lekangkan keliling crepe tu dgn sudip atau sudu, pastu pindahkan ke atas bekas dgn cara terbalikkan macam gambar di atas .. 
  • Tu cara aku la kan.. aku tak berani angkat guna sudip sbb takut koyak.. aku just angkat kuali tu, telangkupkan atas pinggan.. siapp..
  • Hasilnya, permukaan crepe yg kering di bahagian atas, yg licin di bahagian bawah.. Pi sambung masak lagi sampai adunan abis..
  • Ohye, di sebabkan aku risau crepe yg dah di masak tu melekat satu sama lain kalau di susun berlapis2, makanya aku buat mcm di atas.. setiap yg dah di masak aku letak dlm bekas/pinggan yg berlainan.. 
  • Hambik kauuuu.. banyak la yg nak di basuh pastu.. huhuhu.. tapi takpe, cara mcm ni lebih selamat sebenarnya tau.. biarkan la diorang seketika.. meh kita buat inti dia lak..
Pastry Cream :

  • 2 cwn susu segar@cair - Sheila guna fresh milk
  • 1/2 cwn gula-boleh kurgkan..
  • 4 biji kuning telur saiz A
  • 2 sdt serbuk vanila
  • secubit garam
  • 6 sdb tepung jagung
  • 2 sdb butter


CARANYA:
  • masukkan susu 1/4 dulu dan gula..
  • msak dlm api yg kecil hingga sebati..
  • masuk telur kacau lagi..
  • masukkn vanilla dan garam..kacau sebati..
  • masukkn tpg jgung sesudu dulu..
  • kacau masukkn baki susu dan tpg jgung semuanya..
  • masukkan butter..
  • kacau sebati hingga mendidih..
  • tukar ke dlm mangkuk..tutup mngkuk dgn plastik pembungkus..
  • simpan dlm peti selama 3 jam @ semalman
  • nak guna gaul seketika.
  • * 1 cawan Vagetable Shortening - Jenama kijang
Tambahan - Sheila kacau adunan hampir  menjadi kental...kemudian tutup api, dan sejukan dlm 1 jam, kemudian masukan 1 cawan shortening , putar dgn kelajuan pelaha dlm 1 minit kemudian tukar dgn kelajuan yg pantas sehingga adunan betul2 jadi seakan warna putih, ringan mcm whipping krim....

Sabtu, November 03, 2012

Tauhu Anura


Salam besiaran di hujung minggu...pg td siap semua urusan mendobi, kemas ruang depan rmh....kita terus masuk opis dapur...waktu cuti2 mcm ni kena buat kerja awal..maklum le mana tahu kot2 ada yg ajak2 nak kuar pusing2 keee hee mcm tahu2 jekan....smlm kita dah kirim kat Mr.N otw balik kerja tolong belikan tauhu kembang...alhamdullilah nasib dia tahu mcm nee rupanya heee amboi beli sampai 3 peket...hemmm resepi yg ank bujang tetarik suruh kita cuba buat....sama2 dgn ank turun dapur maklum le resepi ni kira 2,3 kali juga stapnya....nak rebus kentang pastu nak sumbat inti dlm tauhu lg, kena buat sos, kalau telebih rajin dan nak sedap kenalah goreng bawang sendiri heeee..ada pembantu cepat sikit kerja siap......hemmm mmg sdpppp...kalau Mr.N beli lebih tauhu kembang lg pun x ape :-)...x cukup 3, 4 ketul...byak syokkkk layan manu ni.....tq pada Kak Azian....sy kongsi resepi di sini ye...



TAUHU ANURA 
Resepi : Azian Collections 
Sumber : MaDiHaA aka Ratna 

BAHAN A
Tauhu kering secukupnya 
(tauhu utk tahu bakar)
4-5 biji kentang
1Keping dada ayam didadu kecil - Sheila letak
1/2 cawan Frozen mix vegetable - Sheila x letak, gantikan dgn cili hijau
2-3 ulas bawang putih
2ulas bawang merah dihiris
1 cawan air
Lada itam Ajishio n serbuk pati ayam
2-3 biji telur
lada sulah
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng 
Bawang goreng secukupnya - Sheila goreng sendiri
Bijan yg disangai




CARA MENYEDIAKAN:-
 
 1. Kupas kulit kentang dan potong dadu. 
2. Tumbuk bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak. Bila dah kekuningan masukkan air dan ubi kentang.
3. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kentang empuk. Tambahkan air jika perlu.
4. Apabila hampir kering airnya, masukkan mix vegetable dan gaul rata. Taburkan sedikit lada sulah.  Masak sehingga air agak kering.
5. Angkat dan sejukkan sebelum di sumbat ke dalam tahu kering. [cara nak sumbat tu.. MaDiHaA gunting sedikit permukaan tahu (spt dlm gambar) kemudian buka2 sikit tahu tadi biar ada ruang untuk inti..  (tahu kering tu memang agak kosong kat dalamnya) masukkan inti kentang menggunakan sudu sehingga penuh.]- cara nak sumbat ikut mcm Kak Madihah buat
6. Untuk menggoreng tahu, pecahkan telur. Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Kacau sedikit telur. 
7. Celupkan tahu dalam bancuhan telur tadi dan goreng di dalam minyak penuh yang cukup panasnya sehingga garing.
8. Angkat dan toskan minyak nya. Potong kiub besar-besar dan curahkan sosnya semasa menghidang. Taburkan bawang goreng dan sedikit bijan. (tanpa bawang goreng aroma tahu anura tidak akan naik.)
  
BAHAN B ( bahan sos)
2-3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cawan cili kisar
1 cawan cili sos
1/2 cawan tomato sos
1sdb Sos plum - Sheila letak
2-3 keping gula melaka 
1 cawan air asam jawa
(2 tbsp asam jawa)
1/2 cawan air
bijan untuk tabur.
minyak masak 

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat.
2. Tumiskan sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili terbit minyak.
3. Masukkan cili sos, tomato sos dan gaul rata. Tuangkan air asam dan 1/2 cawan air serta gula melaka. Masak sehingga gula larut.
4. Masukkan garam secukup rasa.  Jika kuah tidak pekat, masukkan 1-2 sudu tepung jagung yang telah dilarutkan dengan sedikit air.
5. Apabila kuah pekat taburkan bijan.
Nota Azian: Kuah Tahu Anura hampir serupa kuah Yong Tau Foo tetapi ianya lebih ke rasa masam dan manis.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More