Isnin, Disember 31, 2012

Marble Strawberry Coklat Cake


Assalamualaikum..ada yg dah habis becuti ke?sehari dua ni npknye bz lah ye nak siapkan keperluan pesiapan ank2..ada yg dah mula nak hantar ank2 balik asrama, siapkan bekalan itu ini, yg kat rumah pun x menang tangan juga...megosok baju sklah behelai2...tu x campur gosok baju bos ke pejbt lg pehhhhh....pada anak2 yg nak naik melangkah ke alam pesekolahan, yg nak masuk seklah tu moga segala semuanya di permudahkan..yg penting ank2 semua besemagat kembali menuntut ilmu di dunia dan akhirat.insyaAllah .amin ye....ni kisah mkn pulak...heee hee n3 last di tahun 2012... kira kek di akhir tahun....Marble  Strawberry Coklat Cake ....hemmmm wawawa sdp harum....dgn rasa coklat dan gabunkan pulak sama strawberry mmg harum gitu....kek pun lembut dan gebu....kek ni kita bako ptg semalam...ada separuh lg buat utk sarapan pg ini....sedia maklumkan kt rmh ni kalau buat kena lebih sikit...sbb penghuni lebih juga heeeeeee :-) kalau ada yg x nak letak perasa ni boleh le ejas2 dgn perasa lain...
Adunan kek ni Sheila buat dua mangkuk.... satu adunan coklat dan satu lg adunan rasa stawberry...kira semua bhn tu sy gandakan dua tau.....tu yg dpt byk....boleh buat muffin mini lg



Marble Kek
Resepi Sumber : Cikmanggis

Bahan-bahannya:
200 gm tepung naik sendiri.
230 gm butter.
220 gm gula halus.
4 biji telur grade B.
1 tsp essen vanilla.
1 tsp baking powder.
2 tbsp susu segar.
2 tbsp serbuk koko
1 tbsp coklat emulco.
* yg satu lg adunan Sheila letak perasa Strawbbery

Cara-caranya.
Sapukan loyang berbentuk bulat ukuran 8"x3" dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak.
Ayak tepung dengan serbuk penaik.
Pukul better dan gula hingga kembang dan masukkan telur satu persatu hingga habis.Pukul lagi.
Kemudian masukkan esen vanilla,susu segar dan tepung .Pukul hingga gebu.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Satu dibiarkan dengan warna asal dan satu lagi dicampur dengan serbuk koko.
Sendukkan satu sudu besar adunan plain kemudian sendukkan satu sudu besar adunan coklat keatasnya...berselang seli..
Lakukan proses yang sama hingga siap.Last sekali hentakkan sikit loyang agar adunan padat dan sekata.
Bakar hingga masak


Jumaat, Disember 28, 2012

Tumis Air Kepah/Lala Besarai



Assalamualaikum...bi manu utk tehajari td...masak pun sempoi2 je...tp tetap naik selera heee...ada sambal belacan dan ikan kerin cukup dah..... beli dekat sekilo lebih kepah ni mmg x pernah cukup2...nak behenti megunyah pun payah.....ratah ajeee...suka hirup kuah tumis ni rasa mani2s kepah ...haruman bau serai dan daun kuyit.....harummm ...meh layan


Tumis Air Kepah/lala Beserai
Bahan-bahan
500 gm lala/kepah/remis - dibersihkan dan toskan
3 batang serai - di titik
1 helai daun kunyit simpul
3 ulas bawang putih - diketuk
1in halia - dipotong panjang
5 biji cili api - diketuk
1 biji bawang besar - dipotong bulat
beberapa biji tomato ceri - ikut suka
garam dan gula utk perasa
2 sb minyak
6 cwn air - nak kuah lebih masukan air lg

Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau, masukan air
Masukkan garam, gula secukup rasa dan daun kunyit. Kacau sebati dan masukkan lala/kepah
Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala/kepah berubah warna.
Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri
Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan.

Khamis, Disember 27, 2012

Light Cheese Cake


Salah satu kek yg mmg dah lama nak cuba..mcm kek Rv juga..tahan2 dulu nak buat sbb byk takut kalau x menjadi....tabahkan hati, kuatkan hati juga ni masa nak memulakan proses.. pahamkan betul2...malu ahhhh...tp bg tahu x salah kan ..salah satu pembelajaran jugak ni...maklum le pengunaan bhn2 nya x nak bg membazir tu yg kena betul2 buat....bila dah susun satu pesatu bhn nak guna dan asingkan utk step2 lg senang x lah kelam kabut....apa lg mulakan operasi...tq ada HaSue sbb kongsikan toturial buat Light Cheese Cake...hemmm amat mudah....kek ni gebus dan ada basah2 tu yg x thn heee dap dap :-) seperti yg tuannya kata pandai le2 nak letak inti fillling atau perasa ape...sy biar kan light je dlmnya dan atas tu saya letakan jam strawberry.....mcm ni pun dah cukup nyamm nyammm....next boleh buat lg dgn bebagai rasa....tq sekali lg HaSue



LIGHT CHEESE CAKE..
Resepi : HaSue
Mula2..sediakan semua bahan2 yang diperlukan..

Bahan-bahan [standard size]-loyang 8"
• 125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

utk cara2 nak kepastian boleh masuk Sini ye..lg senang boleh paham ada toturial sekali

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.


Rendang Nangka


Salam besiaran di pg khamis harap semua rakan sihat2 hendaknya...rendang nangka lauk sajian tegahari semalam...hemmm sdp pulak tu...mkn gan nasi putih..lepas tu ambik semangkuk buat ratah...:-)... kita bukan selalu  makan nangka.....lg pun nangka tu dah di rebus empok...x le berangin perut dan satu badan ....tp x tau le kalau ada yg x boleh mkn nangka langsung...yg mana x boleh tu jgn mkn nnt melarat pulak...sajian ni pun sesuai buat utk lauk masakan kg time kenduri kendara...ada pulak lawankan sama ikan masin pehhh...resepi rendangnya  x susah senang je mudah2....jom kita negok :-)


RENDANG NANGKA
Resepi : Kak Hanieliza


Bahan-Bahan: 
1 kg nangka muda
250 gm daging - Sheila letak aym yg di potongh kecil
1/2 cawan minyak masak
5 cawan pati santan
1/2 cawan gm kerisik
3 keping asam keping
3 helai daun kunyit [koyakkan]
garam
Sheila tambah dgn 1 batang serai titik

Bahan-bahan dikisar:
5 batang serai
5 sm halia
5 sm lengkuas
3 sm kunyit hidup
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
15 biji ciliapi - Sheila kurangkan pd 5 biji 

Cara:
1. Nangka dibersihkan dipotong-potong kemudian direbuskan hingga empuk/lembut.
2. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan hahan-bahan kisar tadi hingga garing.
4. Masukkan santan, garam, nangka dan daging.
5. Maskkan sehingga pekat dan daging & nangka lembut.
6. Setelah itu masukkan daun kunyit dan kerisik. Kacau sekali sekala hingga kering dan naik minyak.
7. Hidangkan..

Ahad, Disember 23, 2012

Meatball Carbonara


Assalamualaikum Hai semua....npknya ramai rakan2 menghabiskan cuti2 m'sia besama keluarga...dan x kurang juga ada yg sedara mare, rakan2 buat kenduri Kahwin...cuti lusa ni x'mas pun sy ada juga 2 jemputan insyaAllah kalau x kemana boleh le menghadirinya.....ok bebalik pada n3 dinner mlm ni...wauuuu sdp tau lama betul x layan Carbonara....kira ni 1st le sy menerai...tang rasa tu sampai x hingat lg maklum le lama dah mknnya masa di rmh kwn dulu2 kala :-)....apa kes heee smlm Dek Hana dok tayang...jadinya kempunan kita tau......masuk list bhn2 pergi beli siyang td....tp ada sedikit dehakanya...:-) kita x mkn same spaghetti tau...ank2 request suruh makan sama Dry Instant Noodles/Mee kering...hemmm boleh tahan sdp lembut.. curah kuah lebih2 mmg walaaaa....tang kuih pun sdp kepekatan dan rasa mmg sesuai nak pulak letak meatball lebih2....saya dah cuba..apa tunggu lg jemput le merajinkan diri buat ye hee tq Hana akk kongsi resepi yeee ....



RESEPI MEATBALLS CARBONARA
oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan300g spaghetti - celur dan toskan - Sheila gantikan dgn Dry Instant Noodles
1/2 biji bawang holand (kuning) - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1 tangkai kecil cili kering - potong serong
2 sudu besar butter
1 sudu makan tepung gandum
1/2 cawan susu segar
10 biji meatball
serbuk lada sulah @ blackpepper
1 tin sos carbonara mushroom - seperti gambar
1 sudu perahan jus lemon - utk kurangkan muak
garam dan air sedikit
Keju parut parmesan dan daun parsley - optional
Sheila tambah sedikit karet yg di sagat dan letak daun bay 2 kpg

Cara-cara
Goreng meatball sebentar, angkat dan toskan. (boleh juga bakar atau rebus agar lebih healthy)
Panaskan butter. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kering. Goreng hingga naik bau.
Masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan pula susu segar. Gaul.
Kemudian masukkan sos carbonara mushroom (tambahkan sedikit air jika terlalu pekat). Kacau mesra.
Masukkan sedikit serbuk lada sulah @ blackpepper, lemon jus dan perasakan dgn garam jika perlu.
Akhir sekali masukkan meatball dan biarkan mendidih dan kuah agak pekat. Matikan api.
Gaul spaghetti dengan sos dan taburkan dgn keju parutan parmesan.
Hidangkan segera.


Khamis, Disember 20, 2012

Kek Pisang Mudah



Salam sejahtera buat semua di pagi khamis... sy namakan resepi ni kek pisang mudah hee bukan apa mmg mudah nak membuatnya...salah satu lg resepi kek utk yg mana2 nak belajar membaking..ank2 pun boleh mencubanya, ...kira semudah abc jugalah :-)......bahan yg di perlukan pun x banyak senang nak ingat...kira bebaloi  buat kek ni dah lah mudah sdp pulak tu...kali ni sy buat sampai dua adunan..sbb sy suka makanan yg berasaskan buah pisang...kek ni bila dah semalaman lg sdp rasanya cuma kat sini sy lebih kan pisang, tu yg npk pisangnya ada beketul2 dan kek sedikit basah2..apapun tetap gebus dan lembut ...resepi kek saya ambik dari dapur sifu saya..cikgu kuih yg cantik manis Zalina Zainal dan resepi asal dari Ros Jintan Manis...sapa2 nak cuba boleh lah buat utk sarapan petang...tq ZZ....jom intai


Kek Pisang Gebu, Simple, Mudah
Resepi : Jintan Manis
Sumber : Zalina Zainal

Bahannya
2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur

Caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.
2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.
3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.
4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.


Rabu, Disember 19, 2012

Oreo Crepe & Sweet Corn Crepe


Assalamualaikum besua kembali...Jemu ke tidak...enyah le, tp bagai di panggil nak membuatnya....sekadar nak merasa...dah mencuba bagai mana buat crepe, puas hati dgn hasilnya... jadi boleh le buat bebagai rasa intinya....filling, menggo, durian, milo sudah masuk ke tekak kali ni cuba dan cuba pula filling oreo dan jagung manis pula...hemmm mgg enak bagai di kata...dap dap...:-)...masih mengunakan resepi crepe yg awal saya buat...x ada nak cari2 yg lain ni jelah bagi saya mudah senang dan cepat siapnya....sukatan pun dah ingat dlm kepala.......utk resepi pergi le ke sini ye....:-) so apa lg mari jegah....


Crepe Oreo pasti memikat hati ank2 semua
Saya masih mengunakan resepi yg sama mcm sebelum2 ni....resepy by Ana Suzana


yg ni mmg x sabar lg nak rasa...lelehan cream corn mmg sdp....


Sabtu, Disember 15, 2012

Kuih Bakar Berlauk


Selamat behujung minggu buat semua...n3 kuih bakar berlauk  tp ni semlm punya tau so and so kira dah habis ye...buat utk mkn sarapan petang...salah satu kuih fv sekeluarga...kuih ni sama juga dgn bancuhan kuih cara berlauk..macam saya penghuni rmh ramai jd kenalah buat bancuhan tiga kali ganda....pada yg ada acuan kuih bakar pecah lapan atau enam mmg sesuai lah sangat buat kuih ni.....jom jegah resepi yg senang ni...


Kuih Bakar Berlauk/ Kuih Cara Berlauk
Bahan-bahan ( Sheila buat 3 adunan)
cara

* 100gm tepung
* 200ml santan
* 1 biji telur
* 1/2 sudu teh garam
* beberapa titik pewarna kuning
Inti
* 50 g daging kisar ayam atau daging
* 1 1/2 sudu besar serbuk kari
* 1/4 bawang besar dipotng dadu
* 4-5 helai daun kari dipotong halus
* sedikit garam
Hiasan
* Daun sup diracik halus
* cili merah diracik halus

Cara-cara inti.
1. tumis bawang hingga kekuningan dan masukkan serbuk kari masak sehingga kari masak. masukkan daging kisar tadi dan masak lagi hingga daging masak. Jika kering masukkan sedikit air. perasakan dengan garam dan tunggu hingga daging tadi kering.

Cara-cara
1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. gaul hingga rata.
2. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan inti tadi dan bahan hiasan.
3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje
4. Kalau guna acuan kemboja tu bakar lama sikit dan tutup atas dgn tudung periuk agar pemukaan atas cepat masak


Jumaat, Disember 14, 2012

Red Velvet Cake


Assalamualaikum buat semua rakan2 di Pagi Jumaat yg indah.... kita layan kek pagi2 ni yeee jgn mareeee...nnt kena jual hee gurau aje :-) cetanya begini cehhhh wahhh ahammm :-) barulah menjadi kek yg dah lama nak buat dan di idam2 kan ni...org lain sampai bepuluh biji buat kita baru nak mula....bukan apa biar lambat dan betul2 yakin rasa nak buat serta betul2 hafal skrip menjadilah iya InsyaAllah....sejak dua menjak ni kita ada n3 red velvet dan green velvet juga resepi tu pun sdp..suka lembut bedebu....yg ni try pula resepi dari dapur Cikmin.. yg asalnya Cikmin ambik dari dapur Irma...  teruja betul negok kek2 yg di hasilkan meraka...:-) walaaaaa menjadi juga...berkat dari tenung lama2 resepi..... belajar cuba lg dan belajar cuba buat, berapa byk cuba dahhhhh akhirnya tehasil  gaya serta rupa kek RV ku yg comot ini nyummm, tunggu kek dan cream cheese sejuk baru syok mkn,,,...mmg pehhhh kesedapannya...nak tahu rasa rajin2 lah cari bahan dan buat ye...jom intai


Red Velvet Cake

Resepi: Blog Irma
Sumber : Cikmin


Bahan A – Untuk diayak bersama.
250 gram tepung gandum – cikmin guna tepung kek- Sheila guna tepung kek juga
1 tsp baking powder – tak guna
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.
240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah
Pilihan kedua – sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu cair dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -
113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -
1 tsp cuka
1 tsp baking soda

Topping – Cream Cheese Frosting.
227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone – cikmin tak dapat stok ni kat bakery sini- sheila pun x letak
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream


**Untuk cara-cara buat kek ni boleh lah korang terjah ke blog irma masuk sana lebih paham yeee, nak intai2 dapur cikmin pun boleh ...  tq Kak2 semua....


Rabu, Disember 12, 2012

Nasi Kurma


Assalamualaikum...salah satu hidangan nasi yg sdp, mana yg x pernah try buat dan mkn lg perlu cuba....sesuai sangat2 utk buat hidangan kenduri, makan2 keluarga...npk mcm remeh je kan padahal nak masak nya senang je...lauk pun x payah banyak2 makan dgn dua lauk bg saya dah cukup..sbb nasi tu dah ada rasa....tang lauk tu tepulang pada cita rasa masing2 ye..utk nasi kurma sy lawankan sama lauk jelatah dan ayam masak merah pudina...pehhh mmg best.....tq Kak Diana..akan buat lg...




~ Nasi Kurma~
Sumber : Kak Diana@Melley Mey

Bahan²
3 cawan beras basmati _ cuci dan toskan
100 gm minyak sapi
1 sudu makan minyak zaitun / minyak masak
2 sudu makan rempah Briyani Power Adabi - Sheila x ada rempah Briyani, ganti dgn rempah Kurma
4 cawan air
1 cawan susu cair
4 ulas bawang putih _ ditumbuk
1 inci halia _ ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
11 biji buah kurma _ buang bijinya dan dicarik² - Sheila x letak
1 kiub pati ayam Maggi
Kismis secukupnya

Cara²
Panaskan minyak sapi bersama minyak zaitun / minyak masak di dalam periuk dan tumis bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
Kemudian masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang ( jika nak bubuh daun pandan pun boleh ).
Tutupkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik yang berisi beras tadi ( tinggalkan 1/2 sudu makan bahan yang ditumis tadi untuk menumis buah kurma ).
Sementara itu, tumiskan buah kurma sekejap sahaja dan masukkan ke dalam periuk nasi elektri. Gaul rata.
Masukkan juga air, susu cair, kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata.
Masak nasi seperti biasa.
Setelah periuk nasi menunjukkan 2 minit lagi nasi hendak masak, bolehlah ditaburkan kismis di atas nasi dan tutup semula penutup periuk nasi elektrik. Biarkan nasi masak sepenuhnya.
Biarkan seketika sebelum digemburkan dengan chopstick.
Hidang bersama Daging Masak Manis atau lauk kegemaran.


Selasa, Disember 11, 2012

Kuih Peria Inti Kacang Hijau


Assalamualaikum Selamat becuti pada warga Selangor...pg ni tayang kuih Peria...pernah negok tak?..hemmm rasanya ada yg pernah negok tp x pernah mkn, yg x pernah negok x pernah mkn pun tentu ramaikan...mana yg dah pernah rasa dan tahu tu x ada masalah punya...kuih org lama juga ni....ikutkan saya masa kecik2 pernah mkn tp dah lupa cam ne rasanya...cuma ingat2 gitu je..rasanya cam kuih koci tp lain sikit lah....nak puaskan hati buat juga le bg ank2 tahu mcm mana rupanya kuih peria ini..sdp kuih ni lembut je ada lebih kurang mcm kuih masyarakat cina kuih Angku beza cuma warna dan bentuk...:-) sy buat inti kacang hijau ...kalau nak letak inti kelapa pun boleh...kuih ni saya bentukan garisan mengunakan belakang pisau pengupas buah...kalau nak ikut cara mcm Kak Madihaa pun boleh ...resepi sy ambik dari dapur beliau...tq Kak kongsi besama....


KUIH BUAH PERIA
Sumber :- Kak Mardiha


Bahan2 Untuk Doh
300 gm tepung pulut
150 gm keledek (timbang setelah dikupas kulit) (sebaiknya guna keledek isi putih agar warna yang kita gunakan lebih menyerlah ~ kalau kita guna keledek purple ker.. sure warna lari..)
240 ml air + pewarna hijau
4 s/b gula kaster
40 ml minyak

Bahan2 Inti
250 gm kacang hijau tanpa kulit
10 s/b gula
1 s/k garam
2 cawan air (boleh tambah or kurangkan ikut kesesuaian)
Bahan2 tambahan
daun pisang atau plastik secukupnya
minyak masak

Cara-cara masak inti:
1. Kacang hijau dicuci bersih kemudian direndam 4 jam atau 1 malam.
2. Toskan kacang & jirus air paip. Masukkan dalam periuk bersama air dan masak seperti kita masak nasi.
3. Apabila ia menggelegak dan airnya hampir kering kecilkan api (seperti kita tanak nasi) lalu tutupkan tudung periuk.
4. Agak2 kacang dah empuk (hendak tahu masaknya cuba picit biji kacang itu) & bila dah lembut maka bolehlah dimasukkan gula & garam. Kacau2 hingga gula larut dan sebati & inti agak kering.
5. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dibulat-bulatkan ke beberapa bahagian kecil.

Cara-cara buat kulit:
1. Rebus keledek hingga empuk. Bila dah empuk masukkan dalam blender & campurkan dengan air.
2. Dalam sebuah bekas, masukkan tepong pulut, gula & garam. Lalu tuangkan keledek yang telah diblender tadi ke dalam tepong.
3. Uli bahan2 tadi sehingga sebati. Akhir sekali masukkan minyak dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Bahagikan doh ke beberapa bahagian (menyamai jumlah bebola inti tadi) lalu bulat2kan.
5. Untuk membentuk buah peria (sila rujuk gambar di bawah), sediakan plastik yang bersih. Masukkan inti ke dalam doh lalu tutupkan inti. Bentukkan doh menjadi bentuk lonjong sikit. Letakkan di atas plastik tadi lalu digulungkan seperti gulungan gula2. Kemaskan kiri & kanan lalu tarik kuat2 kedua2 hujung plastik agak terbentuk garis2 pada doh & seakan2 menyerupai buah peria (takde 100% macam buah peria.. hehe). Buka gulungan dan susun dulu dlm pinggan bersih. Buatlah doh selebihnya sehingga habis.




Cara saya lepas letak inti bentukan kuih jd lonjong letak atas tapak tangan dan buat garisan dgn lalukan cara lembut menguna belakang pisau kupas buah..nak buat mcm cara Kak Madihaa guna plastik pun boleh....


Gyoza 4


Assalamualaikum besiaran di mlm hari pula....maap le x sempat nak n3 siang td...ke sibukan melanda...kemas baju2 kemas rmh serba serbi megemal lah npknya :-)..maklum le beberapa hari rmh di tinggalkan....utk manu mkn mlm hari ni buat  gyoza lg yg dah beberapa kali buat mmg x pernah jemu2...dpt 5, 6 ketul seorg pun dah cukup kenyang...masih menggunakan resepi yg sama...cuma kali ni saya letak udang cincang ...


RESEPI GYOZA
Resepi: kak hana
Sumber: kak ros tun telani

Bahan-bahan ~Sheila beli yg dah siap ada 30 keping
Untuk Skin
 

250g tepung gandum 
1/2 - 3/4 cawan air sejuk - ader setengah resepi gune air panas, dan ada setengah campuran sejuk+panas 
1/4 sk garam 
Extra tepung gandum utk canai 
1/2 sudu kecil baking powde (P.Ros tambah) 

Untuk Inti
250g daging kisar/ ayam/ udang  utk kali ni Sheila letak isi udang
1/2 genggam daun kucai - potong kecil ( sheila ganti dgn daun bawang
50g kubis - cincang dadu halus
1 sudu makan halia parut 
2 sudu makan bawang putih parut 
1sk minyak bijan 
1sk gula 
1/4 cawan bawang besar - potong dadu 
Daun negi - jika suka (tak masuk) ~sheila x letak
garam dan pepper 
Puan Ros masukkan 1 sudu kecil tepung jagung kedalam adunan filling- tun pun- Sheila letak juga
1 sm tepung jagung/katakuriko + air - bancuh utk stim gyoza (Puan ros stim guna air tampa tepung jagung) 
 
Cara-cara
Untuk membuat skin - Uli semua hingga elastrik (P,Ros rehatkan selama 10 minit dan tutup mangkuk dgn tuala lembab. Taburkan tepung gandum di atas papan canai. Canai nipis kemudian terapkan dengan cutter atau muncung gelas/cawan. Buat sehingga abis dan taburkan dengan tepung jagung/ubi (hana gune tpg gandum je) supaya setiap keping tidak melekat antara satu dengan lain. - tun guna ready-made dumpling skin
Untuk Inti - Campurkan semua bahan inti sebati. Ambil sekeping skin gyoza, dan masukkan inti kemudian kelim seperti SINI. atau boleh gunakan acuan gyoza.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Susun gyoza, tuang air bancuhan tepung jagung (boleh juga guna air sahaja), kemudian tutup kuali tersebut. Biarkan sehingga air kering dan bawah gyoza keperangan. Bila dah masak, ambil pinggan, terbalikkan kuali ke atas pinggan .Hidangkan dengan sos gyoza. 
Nota dr chef jepun, stimkan dahulu baru masak hingga kering utk mengelakkan gyoza `kotor` bila tuang air kemudian.


Jumaat, Disember 07, 2012

Kek Lapis Asam Manis Kukus 2


Kek Lapis Asam Manis lg...saya masih mengunakan resepi yg sama....malas nak cari resepi yg lain...lg pun resepi ni dah cukup sdp bg saya, ringkas pun ringkas nak buat...guna asam manis yg petak panjan harganya  sepeket rm 1.90 je...lepas ni kita nak cuba letak lapis dgn coklat pulak..:-)


Kek Lapis Asam Manis Kukus 
Resepi By : DayangJack

bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 8 x 4.5 x 4.5) 

  • 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis) - sheila letak 120g
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 sb ovalette
  • 2 sb horlicks - optional
  • 125 ml susu segar (sejuk)
  • 1 sk esen vanilla
  • 80 ml minyak jagung
  • kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
  • sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu. 
  4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala). 
  6. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.


Khamis, Disember 06, 2012

Carrot Cinnamon Muffin


Salam besiaran di pg khamis..heee mmg lama sy x buat muffin...bila npk Normah@Cendana Kasih tayang CCM kemarin terus tepikat...lihat pada bahan pun x le byk nak di gunakan semua yg ada di dapur je...betullah kata CK semudah abc je buat muffin ni,  lebih cepat dari buat cekodok pisang kata beliau...  tegelak saya :-) ...tp ni  bukan kita yg buat ye kita sediakan je bhn2nya..yg membuatnya ank bujang kita....bg dia buat latihan ...salah satu resepi yg mudah utk ank2 nak belajar masak....dari hasilnya npk mmg menjadi alhamdullilah rasa muffin pun sdp dgn haruman serbuk kayu manis......dlmnya lembut dan gebus...muffin ni sy suruh Shafiq buat dua adunan sbb kalau buat satu adunan dpt sikit je....mcm sy dlm rmh ni ramai so mmg sesuailah buat lebih...kebetulan ada coklat rice kasi tabur atas muffin...next Shafiq kata dia nak buat lg...resepi pun dah ingat dlm minda heee Tq Auntie CK....


Hasil Muffin dari air tangan ank bujang Shafiq...sesuai dgn bidang yg beliau ambik Penyajian Makanan & Katering...Resepi CCM boleh dapati di dapur Cendana Kasih sila masuk di Sini....Tq CK


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More