Selasa, Mei 31, 2011

Puding Coklat Sos Kasterd


N3 lagi dgn manu yg tetunda..yg ni pun jgn di tanya juga mmg dah habis ..semlm seharian x dpt masuk blog tu yg kita letak pic sementara di Fb...semlm hari senin kita buat puasa ganti...jd sedang elok le buat dessert ni sebagai pencuci mulut ...kalau x bulan posa mana le nak dpt dessert2 cam ni kan... buat santapan bebuka selain nasi...kebetul mlm senin tu npk Kak Nor tayang puding ni kat Fb so kita pun plan le nak buat... resepi asal dari Dj juga...sdp rasa seakan sekerim... perlu buat lg ank2 pun suka...cuci mata lg ye...



PUDING COKLAT SOS KASTARD
resipi : Dayang Jack
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar (k.nor lebihkan 100ml)
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
1 sb tepung kastard + 2 sb air
1 sb mentega
1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :
2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
2 sb tepung kastard
4 sb gula pasir
1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.

Puding Kentang Berkaramel


Salam besiara....baru dpt masuk.. ada masalah sikit gan google ni..sever error aje bosan menunggu...maap lah yeee....buat desser ni pada hari ahad lemas.... kebetulan hari ahad tu ada tetamu yg datang so cantik le sy jamukan dgn puding kentang bekaramel ni.....ada pujian,ada pujian..kembang tuan rmh heheh sebelum tu npk kat rmh Dj dah tayang..kita pun terujan nak buat..bhn mmg simpel...sdp letak kentang rasa lemak2 gitu.... tq Dj sdp sagat... izinkan cnp resepi ye... dah habis daaaa ..jemput cuci mata aja ye...


Puding Kentang Berkaramel
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Karamel :
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan air panas

Cara-cara :
Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul.
Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.

Puding :
1 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
1 1/2 cawan susu sejat/susu cair
1/4 cawan air
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati.
Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.
Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
Bakarlah pada suhu 160-170C selama 40 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
Setelah puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.

Sabtu, Mei 28, 2011

Ikan lengat@Kembung Kukus@Kembung Rebus


Salam besiaran di hari Sabtu...tghari ni kita masak lauk yg dah lama x mkn padahal simple aje dan ringkas.. buat ikan lengat ..biasa dia KL ni pangil ikan kembung rebus aje...smlm npk kat rmh Chik Mimi hemm... kebetulan mmg ada dlm peti tu 5 ekor ikan terus kita cadang buat dan perapkan semlm dlm peti.... so hari ni kita buat lauk mkn tghari......biasa beli siap aje ikan rebus ni, betul kata Chik Mimi buat sendiri terjaga dan tejamin kebesihannya...TQ Chik Mimi sy dah try buat...mmg jadi ,sdp le... sy gaulkan dgn bawang merah, cili api dan perahkan jus limau nipis, kena pulak mkn dgn nasi panas2 lg le menyegat..izankan saya cnp resepi ye...


Sumber:Chik mimi
Ikan Kembung aka Temenung
Garam~agaran 1sb untuk ikan 10 ekor tapi chik tak sukat terus aje lumur garam ke ikan
Sedikit cuka ~dimasukkan kedalam air rebusan
Cara-cara
Lumurkan ikan dengan garam kemudian masukkan ke dalam freezer,biarkan semalaman,keesokkan harinya defrost ikan ,kemuadian disusun ke dalam periuk pengukus,masuukkan sedikit cuka ke dalam air kemudian bolehlah dikukus selama 1/2 jam

Jumaat, Mei 27, 2011

Kek Lapis Pokodot


Besua lg di ptg hari...taraaaa dah siap juadah utk minum ptg kita...memandangkan tghari td x masak, nasi lemak masih byk lg... so ada le masa membangking...lebihan dari biskut jejari tempoh hari yg buat kek batik dot dot tu ada byk lagi...so kasi perhabis kan lee itu pun bebaki lg boleh buat cicah gan teh o...seperti yg sy ceritakan tempohari kalau beli biskut ni ikut timbang mmg dpt byk...kek ni sdp sbb bila mkn ada rasa kek dan gabugan biskut terasa keragupannya..tp masa membuat kena le ada kesabaran sikit melapis...kejap masuk, kejap kuar hehehh pada serbuk koko tu saya tambah sikit serbuk milo dan nescafe bg ada rasa seakan moka sikit..mmg mables...cuma kek ni sy x kukus....sy try bakar selapis demi selapis ni lerupanya... nak tuhu cara penyedian kek ni stap by stap boleh le masuk ke Kak Fida@MyR.. tq Kak yee sy copi resepi letak di sini..


Kek Lapis Pokodot
Resepi: Kak Fida@MyR

Bahan-bahan ( loyang 10x7 inc./9x9 inc. )
* 270 g gula halus
* 230 g tepung gandum*
* 30 g serbuk koko*
* 1 sk penuh baking powder* (* ayak bersama)
* 6 biji telur A - yang sejuk dr peti ais
* 1 sb penuh ovallete
* 180 g susu sejat
* sedikit choc paste (opt)
* 120 g mentega cair
* secukup biskut jejari (seperti contoh gambar di bawah)

Cara-cara
Satukan kesemua bahan2 di dalam mangkuk mixer kecuali mentega dan biskut dan pukul hingga kembang dan pekat.
Masukkan mentega cair dan gaul dengan senduk/spatula hingga sebati.
Bubuh 2-3 senduk adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan digris,ratakan adunan dan susun biskut jejari dan kukus.Kukus selapis2 dan susun biskut jejari pada setiap lapisan.
Sejukan di atas redai
Potong kek dan boleh di sajikan atau di gubah megikut kreativiti masing-masing


Nasi Lemak Hujan Panas


Salam besiaran di pagi jumaat..hujan di KL ni...sejuk...sedang elok lah tu pekena pulak nasi lemak hujan panas mmg le tangkap gantok....kalau dah hujan pagi2 cam ni kerja2 sidai menyidai pun jadi tetangok ...hemmm dok suruh lepak lg tu..ok ni manu sarapan dan merangkap ke tghari sekali.....penyediannya semua di siapakn mlm tadi so pagi ni just tanak nasi dan grg ayam je, mlm tadi sudah siapkan sambal kupang yg di campur sikit ikan bilis dan rebus telur...rasanya pun same mcm nasi lemak biasa.. nak bagi npk meriah di warnakan warna warni....Cuma Mr.laling sorg aje yg tapau..yg bedua tu x nak tapau katanya... lg pun hari ni sklh keluar awal, balik nnt leh ngap.....minggu ni pun dah last day pesekolahan..

Selamat becuti pada ank yeee 2 minggu tu... dan pada mana rakan2 yg nak becuti besama keluarga, balik kampung, buat kenduri kawin, cukur jambut tu semuanya selamat bejln dgn lancar sy doakan...dan ingat jugak walaupu cuti sekolah... buku jgn pula cuti ye pada ank2 yg nak ambik peperiksaan PMR tu..ada lg 4 bulan lbh saja....

Jemput sarapan same....


Sources:-From rinsca@myresipi.com
Nasi Lemak Hujan Panas
Bahan-bahan
( 4 orang )

2 mug beras (dicuci bersih)
1/2 mug santan pekat
2 mug air (ikut jenis beras)
1 biji bawang putih (di mayang halus)
1/2 inchi halia (di ketuk / dihiris halus)
1/2 sudu kecil halba
1 sudu kecil garam
Sehelai daun pandan
Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
2. Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
3. Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
4. Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
5. Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas...tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
6. Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.
7. *gambar kecik kat atas tu Sardin Serai... Tumis bawang putih & bawang merah dan sedikit halia. Masukkan sardin dan sebatang serai yg diketuk. Masukkan sedikit air dan cili api. Campurkan sedikit air asam jawa. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan perasa. dah siap! -(Ayu tak buat yang ni)


Khamis, Mei 26, 2011

Muffin Yogurt Manggo


Besiaran di hari khamis..juadah ape utk ptg ni...time memask utk lauk lunch sambil tu membako muffin... mak hai semerbak bau manggo...sdp perlu buat lg rasa lemak yogurt tu mmg le tak terkata kesedapannya...sy letak perasa manggo..dan taburan coklat chip diatasnya...nak lagi sedap letak potongan buah manggo di dalam adunan atau diatas nya....muffin ni dlmnya sunguh lembut, tp x bederai tu yg sy suka...kalau bederai susah pula nak mkn asyik kena tadah aje....resepi ambik dari rmh Zaliana@Jurnal Rasa..tq Zaliana resepi yg sdp ni..izinkan sy cnp resepi ye...


Resepi : Zaliana@Jurnal Rasa

Bahan-bahan: untuk 20 biji muffin
1 cawan Yogurt Mangga Tanpa Lemak Nestle
150 g mangga kering, cincang halus - x letak gantikan gan perasa manggo
250 g tepung naik sendiri
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
150 g mentega atau marjerin
100 g gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
150 ml susu rendah lemak Nestle
-2 sudu besar kordial minuman buah markisa-ni tambah sendiri

Cara

1. Campurkan Yogurt Mangga Tanpa Lemak Nestle dan mangga kering di dalam mangkuk.Tutup mangkuk dan biarkan selama 30 minit-(langkah ni skip sebab pakai mangga segar, masukkan mangga pada langkah ke 5)
2. Ayak tepung naik sendiri,soda bikarbonat dan garam dan ketepikan.
3.Putar mentega dan gula sehingga gebu.
4.Masukkan telur satu demi satu.Pukul rata setiap kali.
5.Masukkan esen vanilla dan campuran yogurt.Sudukan tepung berselang seli dengan susu. Gal rata.
6. Ceduk sama rata campuran ke dalam tin pembakar bergris sehingga 3/4 penuh.
7.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200 darjah selama 15-20 minit atau sehingga kuning keperangan.Keluarkan dari ketuhar.Sejukkan di atas rak dawai.

tesenyum aje muffin tu

Rabu, Mei 25, 2011

Kek Velvet Ombak Beralun Kukus


Salam besiaran di hari rabu ehhh kejap jekan..next week dah mula cuti sekolah..alamat nya riuh rendah le rmh ku ini gan ank2 sedara yg dtg....kisah hari ni sambil2 masak utk lunch tghari td, sambil tu megukus kek... taraaaa dah siap pun juadah utk minum ptg..hehhhhh semlm DjDayang dah tayang kita pun terus bekenan...mmg sdp, lembut dan gebus...leh le buat lg lain kali, sy pun guna serbuk milo juga yg di ayak diatas adunan .. ok resepi asal dari K.fida yg diejas sikit oleh Dj... mmg betul buat setegah adunan pun nak tinggi saiz kek ni.. Tq Dj mmg mabeles..Share resepi di sini ye buat rujukan


Mari kita semak resepinya di sini. TQ kak Fida.

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)
Resepi :Kak Fida@Myr
Sumber : http://dayangjack.blogspot.com/


Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )
* 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
* 1 cawan gula halus
* 2 cawan tepung gandum - ayak
* 1 sk baking powder
* 1 sb ovallete
* 1/2 sk garam
* 1 sk esen vanilla
* 1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
* 10 sb mentega cair (100g)
* pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
* Secukup serbuk koko

Cara-cara :

1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuklapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.

Kek ni DJ buat 1/2 adunan dengan menggunakan loyang 6 inci.
Bahan2 untuk resepinya adalah mengikut keselesaan dan citarasa sendiri.

bahan 1/2 adunan :
* 1 cawan tepung gandum
* 2 sudu besar tepung semolina
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 90 g gula kastor
* secubit garam
* 3 biji telur A
* 6 sudu besar minyak jagung
* 1/2 sudu besar ovalette
* 2 sudu besar serikaya
* 60 ml susu cair
* pewarna kuning, pes pandan dan merah jambu
* serbuk milo untuk melapis

Cara-cara : sama seperti di atas.

negok tu dari luar pun npk gebus...kek ombak beralun..ehh terigat pula kat novel yg best tu Ombak Rindu...lama lg ke filem nya nak kuar x sabar nak g nonton...

Selasa, Mei 24, 2011

Talam Sagu Belapis



Salam, besiaran di petang selasa..hemmm kita buat kuih talam sagu petamg ni yeee..mmg le suka kuih2 yg letak sagu ni.. kemarin buat puding sagu..hari ni menalam pula,,mmg dah npak kuih ni kat rmh Yatie kemarin duk tayang2 pehhh time tu leh tahan lagi..pastu pulak pg ni dik Izah kita pulak tayang.. lg le buat x tertahan godaan hehehe...mmg letup le rasanya..buat dlm acuan senang x yah nak potong2 lg..seorg 3 biji cukup ye, cukup lah tukan ....tq pada Kak Wan dgn resepi yg sdp ni..jemput minum petang same2...


Talam Sagu Belapis
Bahan-bahan

80gm sago

Bahan A
230gm tepung beras
100gm tepung ubi / tepung sagu
400ml santan pekat KARA
350ml air

Bahan B
350gm gula - sy letak 3/4 cawan aje
300ml air
3 helai daun pandan

Loyang 9" empat segi

Cara-cara :
1. Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
2. Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
3. Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
4. Ketepikan 300ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Ketepikan.
5. Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
6. Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
7. Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
8. Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.

Isnin, Mei 23, 2011

Muffin Yogurt Menggo Kukus



Salam n3 kuih pula utk sarapan petang heheh muffin kukus... enak sagat sbb letak yogurt.. rasa lemak2 muffin ni..perasa manggo pulak tu betambah le harum ...2 ketul dah kenyang..kalu nak letak perasa apa pun boleh oren, pandan, coklat, stwbry tepulang pada citarasa tekak masing2 yeee...saya buat guna yogurt yg low fat Nature.. bhn2 membuatnya pun mudah... nak ikut kan lbh kurang same je gan resepi apam yogurt tu cuma yg ni mengunakan tepung kek...cuba yeee


Muffin Yogurt Menggo Kukus
Bahan

1 1/2 cawan tepung naik sendiri (Blue key)
2 biji telur
1 cawan gula - boleh di kurangkan
1 cup yogurt - guna yg ada dlm cup 150g
1 sdk ovellet
Sedikit perasa menggo - ikut suka
Sedikit pewarna - ikut suka

Cara-caranya
Panaskan pegukus dgn air telebih dahulu
Dalam mangkuk masukan telur, ovellet dan gula kacau hingga semua larut
Masuk pula yogurt, perasa manggo kacau hingga sebati
Kemudian masukan tepung sedikit demi sedikit kacau hingga semua sebati
Bahagi adunan kepada dua, warnakan satu adunan
Sedikan cup dan sudukan adunan beselang seli dgn yg bewarna
Masukan dlm pegukus, dan kukus selama 15 minit

Bubur Nasi Besantan


Salam besua kembali di hari isnin .. lunch tegahari ni buat bubur nasi besantan..ehhh ehhh mmg x ada sape yg sakit pun... sesaja buat...ank2 pun suka mkn...sdp letak santan ....pastu taburkan bawang grg yg di buat sendiri dan potong kan cili api pehhh teramat le sdpnya...Resepi ni sy ambik dari dapur Hana......tersedak adik seorg tu....
Hana mkn besama sambal getuk@sambal gesek..sy x buat pun mals sikit heeee...ada lagi tu setengah periuk nak keeee....


Bubur Nasi Besantan
Bahan-bahan

* 1 cawan beras
* 3 cawan air rebusan ayam @ kiub pati ayam
* 1 cawan santan - hana gune santan cair je
* 1 inci halia di ketuk
* carrot - potong dadu kecil
* lada sulah @ blackpepper
* sedikit garam
* Bahan sampingan : bawang goreng, daun sup@daun bawang, sambal getuk @ sambal gesek @ sambal crispy delimas, ikan bilis goreng, daging ayam rebus siat.

Cara-cara
* Masak beras dengan air rebusan ayam @ kiub pati ayam (hana buh setengah ketul sahaja) hingga menjadi bubur. Masukkan skali halia. Bleh masukkan daun pandan jika inginkan bau yg wangi.
* Masukkan pula santan dan juga carrot. Bila carrot separa empuk, masukkan garam dan lada sulah@blackpepper secukup rasa. Jika mau lebih berkuah lebihkan lagi air atau masak jgn sampai air kering.
* Cedokkan ke dalam mangkuk dan taburkan dengan daun sup@daun bawang dan juga bawang goreng. Sambal ikut pilihan masing2. Jika suka, bleh buh ikan bilis goreng dan juga daging ayam rebus yang disiat2.


Sabtu, Mei 21, 2011

Makorani Goreng Kari Bedaun Limau Purut



Assalamualaikum , besiaran di hari sabtu..byk kerja ke cuti2 camni..settelkan hal rmh dulu baru kuar jln2 ye........pg ni nak memudahkan kerja Bf merangkap lunch sekali buat makorani grg kari letak daun limau purut pehhh mmg menyegat rasanya...rasa pun seakan ala ala tomyam..lg byk letak daun limau lg sdp rasanya....buat sepeket makorani mmg byk dapat ... di tambah dgn bhn2 lain... lg le byk jd nya..so tgharini x payak masak...ok layan dulu Bf kita sekeluarga ni ye....


Makorani Goreng Kari Bedaun Limau Purut
Bahan
:
Sepeket Makorani
Daging/ayam - saya letak daging
3 ulas bawang putih - tumbuk
3 ulas bawang merah - tumbuk
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
3 sudu rempah kari
2 biji telur
5 helai daun limau purut diracik
kobis,keret,sawi - sayur ikut suka
Garam/gula

Caranya
Makorani di rebus telebih dahulu bila dah empuk toskan
Panaskan kuali tumis bahan tumbuk hingga wangi
Masukan daging/aym biarkan empuk seketika
Masukan sos cili, sos tomato, serbuk kari grg hingga semua sebati dan besalut
Masukan telur grg biar telur masak, masukan sayuran, daun limau, garam dan gula gaul sebati
Kemudian baru masuk makorani yg di rebus td gau kesemua bg besalut sekata
Selamat mencuba

Jumaat, Mei 20, 2011

Bubur Pulut Hitam


Besua kita sekali lg di ptg hari..dah hujan pun...mata mcm layu ..nak beradu byk pulak kerja yg kena di siap kan... kain pun x terlipat lg tu..apa pun kita lepak2 dulu sambil baca majalah Keluarga keluaran tebaru bulan Jun..mak hai.... byk nya resepi utk juada bebuka posa...sedang asyik2 menatap apa kata kita pekena pula bubur pulut hitam...lama x bwt bubur... resepi asal dari rmh CMG tp sy ambik dari rmh Kak CT Delima..nak lagi kaww kaww masa makan bubur ni letak pati santan baru ada emmm.. kali ni buat x letak sbb ter habiskan sekali santan tu masuk ke dlm bubur hemmmm... kita suka mkn sejuk.. sdp tau... tq Kak CT & CMG izinkan sy cnp resepi ni ye...


Bubur Pulut Hitam
Resepi dari Cik Mat Gebu


Bahan-Bahan:
2 cawan pulut hitam, cuci dan rendam 3 - 4 jam
1 biji kelapa parut
2 1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
Secubit garam

Cara-cara:
1. Rebus pulut hitam dengan air yang banyak hingga betul2 kembang. (mat guna pressure cooker je, ambil masa dalam 20 minit untuk kembang).
2. Tuang 3/4 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Asingkan. Tuang pula 800ml air dan ramas, perah untuk santan cair.
3. Bila pulut hitam tadi kembang, tuang santan cair. Masukkan gula, daun pandan dan garam, masak hingga mendidih sambil terus dikacau hingga masak.
4. UNTUK MENGHIDANG: Ceduk bubur pulut hitam dalam mangkuk, kemudian tuang satu camca besar pati santan sebelum menghidang.....selamat mencuba!!!

Kerabu Ikan Sardin@Tuna


Besua kembali di hari jumaat yg indah... lauk utk tghari ni buat kerabu ikan sardin..hemmm sdp lah pulak kena pula dgn nasi panas2 lg lah betambah...ooohhh hilang diet ku...resepi yg mudah, cepat dan senang..nak lg kawww letak cili api pehhhh jemput sekali menjamu selera...


Kerabu Ikan Sardin
Bahan
:
Satu tin ikan sardin - 4@5 ekor ambil ikan saja
5 ulas bawang merah - di mayang halus
5 helai daun limau - dimayang halus
2 batang serai - dimayang halus
Beberapa biji cili padi - di mayang halus
3 biji buah tomato belah 4
2 biji limau nipis
Garam/gula
*nak letak bunga kantan dan daun kesum pun boleh

Caranya:
Ikan sardin di grg sebentar dgn minyak yg sikit aja - nak buat mentah pun boleh, tp sy suka grgkan bg ikan masak
satukan bahan-bahan yg di racik kedlm mangkuk
Masukan ikan sambil pecah-pecahkan isi ikan jg sampai hancur sagat
Perahkan jus limau nipis, tambah garam dan gula perasakan bg sebati

Khamis, Mei 19, 2011

Sago Pearl Puding@Puding Sagu Pelangi



Besua kembali di petang hari taraaaaa dah siap pencuci mulut utk hari ni...x kira le di mkn waktu cuaca panas atau hujan..yg penting sdp nyaman aje lalu masuk ke tekak...sdp tau... buat pun x manis rasa2 buah gitu...negok kat rmh kekawan yg dah buat resepi ni... tu lah yg buat kita juga x tertahan menegoknya....sesuai juga mkn besama air gula merah...resepi ambik dari dapur Lina Pg..Wanieyra pun dah buat juga...tq yee izinkan sy cnp resepi buat rujukan di kemudian hari...


RESEPI: SAGO PEARL PUDDING@PUDING SAGU PELANGI
Bahan-bahan :

1 cawan biji sagu
1 liter air
20 gm serbuk agar-agar
11/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair
3 jenis pewarna kegemaran

Cara :
1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih(Saya masukkn beberapa titis olive oil ke dlm air rebusan sagu)Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3. Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
6. Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More