Sabtu, Julai 13, 2013

Iftar 3 - Pulut Panggan Inti Serunding Kelapa Bedaging

Assalamualaikum


Juadah bebuka puasa di ramadhan ke tiga...setakat ni buat kuih yg pedas2 masih belum ada pemintaan kuih yg manis2 lg..tuan rmh npknya dah kempunan ni heee hee...hidangan dessert dah bemain2 di kepala mcm2 nak buat.. bila tanya  nak yg manis ke pedas hemmm kalah lagi ..pilihan banyak nak yg pedas2...layan jelah..sdp inti kelapa letak daging..harum bau..segaja buat inti lebih snng kalau ada kuih yg sesuai dah ada inti, x payah nak masak lg...jom kita cuci mata mana tahu ada kesempatan nak buat..:-)


PULUT PANGGANG
Resepi Asal : KAK UMIE E MyR

Bahan-bahan ( 15 batang )
  • 4 cawan beras pulut
  • 4 cawan santan
  • garam secukup masin
  • serunding daging secukupnya (lebih kurang dalam 1 mangkok)
  • beberapa helai daun pandan
  • daun pisang secukupnya ( dalam 4 keping lebar pelepah pisang)
Cara-cara
  • cuci beras pulut dengan air suam
  • masukkan santan+garam+daun pandan
  • tutup dan masukkan dalam microwave - tekan kat 'rice' atau set sekitar 15mins (kacau setiap 5 mins supaya pulut masak rata)>>yg ni kita kukus mcm biasa
  • bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya
  • ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang
  • ambil 1-2 sudu makan serunding daging dang letak di tengah2 pulut tadi
  • tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup
  • gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya
  • letak atas api dan balik2kan hingga garing>>yg ni kita pangang atas pan

SERUNDING KELAPA
Bahan-bahan :
  • 1 biji kelapa di parut
  • Daging lembu yg dah di potong kecik2 ikut suke nk byk mana - sheila guna daging kisar tu yg halus
  • Daun Limau Purut>>cincang2 atau blend sekali pun boleh
  • Sedikit gula/ garam
  • Air Asam jawa
  • Air utk kasi basah2 serunding td klu nak kering tk yah masukkan - Sheila buat kering
  • Minyak utk menumis

  • Bahan di kisar
  • 1 biji bawang merah sederhana besar
  • 3-4 ulas bwg putih
  • 10 btg atau lebih ikut kepedasan masing lada kering yg dibersih n buang biji
  • 2 btg serai>>di hiris kecil2
  • 1/2 inci kunyit
  • Sedikit udang kering, direndam
  • 1 inci hali
  • Sedikit lengkuas
  • 1/2 sb serbuk ketumbar
  • 1 sk jintan kecik
  • 1 sk jintan besar
  • 1 biji buah keras
Cara-cara
  • Sangan kelapa terlebih dahulu sehingga agak2 kering, ketepikan>> mak kita kata nak kasi thn lama serundingnya.
  • Blendkan bhn2 kisar tadi dgn sedikit air hingga hancur.
  • Panaskan sedikit minyak, dan tumis bhn2 kisar hingga naik bau. Masukkan daging yg telah di cincang2 atau dipotong kecik2 tadi sehingga agak2 masak. Masukkan air asam jawa, air, gula n garam dan stabilkan rasa tadi ikut selera masing2.
  • Kemudian masukkan kelapa yg telah di sangan sebentar tadi dan gaul rata dgn rempah yg di tumis tadi, perlahankan api, gaul dan tunggu sebentar sehingga betul2 sebati. Matikan api dan sedia utk di gunakan utk pulut bakar, pulut serunding atau yg sewaktu dengannya.

6 ulasan:

tun_telani berkata...

uwaaa.. sedapnyer.. nk cekau kat mana daun pisang nihh..

adda syuhada berkata...

ermmmm nampak sedappp...
nak cuba la...lgipun pulut ada kt umh ni..

Unknown berkata...

sedapppp kalau pulut pangang buat sendiri ni daripada beli kadang2 tkde rasa langsung kalau dpt makan yg Sha buat ni adusss

Mamasya berkata...

Salam Ramadan Sha

tengok pulut panggang itu...sedapp dah lama tak mkn. nak buat....alasan tak da daun pisang....hi..hi. tp sebenarnya belum cukup rajin mcm Sha...

indahhouse berkata...

Salam 6 Ramadhan kak Shiela,
Wah.. sedapnya pulut panggang. antara nak dgn tak rajin je membuatnya ni, setiap kali saya beli daun pisang asyik tak terbuat kuih ni. Ada masa nak cuba. :)

Moga segalanya dipermudahkan Allah. Saya mohon maaf atas salah dan silap sepanjang kita kenal ya kak Shiela . :)

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

samalah selera org kat rumah akak dgn kat rumah su... dorang pun semua suka yg pedas2... yg manis2 mmg kurang dpt permintaan... ibuny aje yg selera lebih kepada manis.. yg pedas pun suka juga.. tp biasanya kuih pedas memerlukan masa yg lama utk buat.. kuih manis cepat siap.. hehe..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More