Salam besiarang di petang jumaat...mmg dah cadang lama dah nak buat puding kentang karamel ...kebetulan npk kat Fb DjDayang semlm terus le di panggil2 utk membuatnya...biasa buat yg kosong dan ada roti kali ni cuba buat yg bekentang pulak...sdp rasa seakan sama cuma x ada hanyir telur dan satu lg biasa puding ni kukus kan tp yg ni di bakar ....tghari tadi buat ..bila siap terus simpan dlm peti bg sejuk..wahhhh petang ni leh lah mkn..kena pulak lalu kat tekak sejuk dan nyaman...cuban ye
Puding Kentang Berkaramel
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Karamel :
1/3 cawan gula pasir
1/3 cawan air panas
1/3 cawan air panas
Cara-cara :
Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul.
Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang bersesuaian. Sejukkan seketika.
Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang bersesuaian. Sejukkan seketika.
Puding :
1 1/2 atau 2 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
2 cawan susu sejat/susu cair
1/4 cawan air
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
2 cawan susu sejat/susu cair
1/4 cawan air
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati.
Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.
Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
Bakarlah pada suhu 160-170C selama 45-50 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
Setelah puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.

cantik dlm nya
sdpnya puding kentang berkaramel ni...................nyam nyam
11 ulasan:
salam kak Sheila..
wah2!!...dh sampai ke dapur akak rupa2nya...lajunya..mcm ketapi...hehe.
Alhamdulillah...nampak cantik kejadiannya...rasanya ok kan kak? dayang rasa nk buat lagi nanti sb si gugurl suke.
mekasih byk2 ye kak sudi cube resepi ni...mmmuahhh! lebiuuu!
w'salam Dayang sayang heheh
akk pun lama dah nak buat...tp byk pulak halangan do lupa manjang
mmg sdp mkn sejuk2...ank2 pun suka...nnt bila buat mkn2 nak buat lah puding ni..senang dan simple aje
sheila guna enjin turbo brand apa ya.laju betul sampai ke sini..hehe...sedap ya sheila..minggu depan kot baru akak buat.sementara tu cekau sheila punya dulu lah ya.:)
fuhhh.. fuhhh... amik napas jap.. penat nk kejar..
*duduk simpuh sambil picit kaki yg lenguh..
.
..
...
kak sheila, lama dh nunggu nih, mana puding kentang x sampai2 lg nih... siap ada karamel lg.. mesti sedap.
Hai kak Anim heheh injim kuasa laju mari heheh sebenarnya dah lama nak buat baru lah hari ni ada kesampatan...lg pun dah megidam hehheh cam terasa2 di tekak
Hai tun hehehhe...npk lama dah semlm Dj tayang lagi terus betambah2 nak buat..bhn2 pun kebetulan ada cuma tp g beli susu cair aje....nak ke ada lg ni...kalau rajin buat le mmg sdp
alahai buat terliur je tngk puding Sheila ni, lama berangan nak buat tapi tak terbuat2..bnyk yg potong Q..tapi nak wat gak..
Hai Yatie mmg sdp jangan lupa buat tau....
nampak sedaplah... macam teringin pulak nakbuat ni...
hai kak Amie heheh mmg sdp lembut....lemak2 susu ..cuba ye
Kak sheila..cantik orangnya..rajin pulak tu..agak2 buat kakak angkat sudi tak terima nih? Kootla blh mkn sedap2"selalu..hihihi
Catat Ulasan