Rabu, April 20, 2011

Turkish Yogurt Carrot Banana Muffin

Assalamualaikum semua selamat pg...pasti semua dah besarapan ye .... wah, wah, wah meriah pagi ni di rmh kekawan... ada yg buat cekodok durian, meroti, memuffin mcm saya hehehe, ok smlm kes kak Ummi tayang maffin... terus jatuh cintan ..cantiklah tu... bhn2 pun semua ada, mlm tadi bila semua dah masuk tidur sy pun apa lagi mulalah mengodek2...ingatkan punyalah lama kat dapur rupanya sekejap aje siap..negok pada bhn2nya macam byk aje bederet...perlu cuba mmg sdp lembut gebus.. yg penting ada rasa pisang dan keragupan dari kacang badam diatas.. terasa lemak2 gitu....ada separuh lg tinggal yg lain dah kena rembat bawa bekal..insyaAllah nak bwt lagi muffin ni utk di bawa balik ke Temerloh minggu dpn....tq Kak Ummi izinkan saya copi resepi yeee

TURKISH YOGURT CARROT BANANA MUFFIN
Sumber: Koleksi Kek dan Muffin @ HomeSweetHome

Bahan A:
* 125 gram mentega tanpa garam (akak guna Golden Churn)
* 130 gram gula perang (yg ni x ada, so guna gula biasa aje)

Bahan B:
* 100 gram yogurt asli (akak xda stok, guna perisa strawberi..no harm..hehe)

Bahan C:
* 330 gram tepung naik sendiri
* 1/2 sudu teh baking powder
* secubit garam

Bahan D:
* 200 gram pisang ranum yg dilecek (akak guna pisang berangan)
* 60 gram lobak merah yang diparut

Bahan E:
* 80 gram kismis sultana

Bahan F:
* 80 gram susu segar

Hiasan:
* 80 gm badam cincang
Cara membuatnya:-
1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180 C. Sediakan dulang pembakar muffin atau cawan muffin/cawan kertas.
2. Pukul bahan A hingga adunan menjadi gebu dan ringan.
3. Masukkan bahan B dan gaul hingga sebati.
4. Bahan C diayak dan masukkan ke dalam adunan bersama bahan D dan E. Gaul bahan tadi hingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan bahan F dan kacau sebati lagi.
6. Sudukan adunan ke dalam bekas muffin paras 3/4 dari bekas. Taburkan badam cincang di atas adunan dlm cawan muffin tadi.
7. Bakar pada subu 190 C (*ikut kesesuaian oven masing-masing) selama 25 - 30 minit (*akak set 20 minit jek) hingga muffin masak sepenuhnya. Sejukkan di atas redai. Sedap dimakan suam-suam gitu...Selamat Mencuba!!
Cantik tersenyum merkah

8 ulasan:

Ummi berkata...

Assalamualaikum Sheila...waaaaaahh lajunya dia...dah buat eh..sedap kan..akak pun ada lg saki baki ni ha bawak ke ofis tuk bekfes...mmg mengenyangkan sbb ada pisang tu kan..pemberi tenaga...hehehe...tq for trying....muaaahhh!

Sheila Shafeareen berkata...

w'slam kak Umi yee kebetulan bhn pun ada ..mmg sdp sagat kak muffin ni...ingta nak baut lagi leee..ank pun bawa bekalan tadi..rasa taburan badam diatas tu sdp ragup..dlm pun lembut gebus

izahdaut berkata...

memang gebu ni muffin. sekarang saya pun duk gile ngan muffin letak yogurt ni.gebu tak yah letak telur dah..sedap sedap

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Izah- betul tu dah jatuh cinyan gan muffin..x letak telur pun menjadi jugak yeee...izah lagi terol memuffin....

~Norul Mas Hana ~ berkata...

harus ku cuba nih...anak2 mesti suka.. =)

Sheila Shafeareen berkata...

Norul- perlu cuba mmg sdp bebaloi tau....

Nazrah Bakery & Dunia Kuih berkata...

Semalam memang niat nak buat mufinni bila nampak kat umah umi..dah keluarkan baki yogurt dari petiais..last2 terlupa..ari ni tengok yogurt tu dah masam...pasal tu jadi mapin pisang bercheese jer..tapi kita nak buat juga lah yang ni..

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Nazrah heheh tule..akk punke betulan je ada bhn2nya..ada masa nnt naz buat ye mmg sdp..akk pun nak cuba resepi dari naz tu..suka kuih2 yg ada p[isang ni

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More