Assalammualaikum, salam besiaran di hari jumaat..pejam celik - pejam celik dah masuk bulan april..sekejap betul masa belalu, moga apa yg kita hajati di makburkan oleh Nya..hari ni masak asam pedas ikan bawal letak daun limau purut..sdp..dapat bau pun dah cukup..sy x leh mkn lagi lauk pedas2 ni takut panas, sbb baby menyusu badan..negok jelah hehehhe asam pedas ni saya lawankan dgn terung...jemput le pada yg nak mkn tghari tu..hehehhe
Bahan
3 ekor ikan bawal/kembung/tenggiri
3 sdb cili kisar
* 4 ulas bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 1 inci belacan
* 1 inci kunyit hidup
2 biji terung di belah dua(letak sayur bender, mempelam muda pun boleh)
3 sdb air asam jawa
4-5 helai daun limau purut
Sedikit garam/gula
Caranya
Ikan di siang dan di bersihkan
Tumbuk semua bahan yg betanda *
Panaskan minyak dlm periuk tumis bahan yg di tumbuk hingga wangi besama daun limau
Masukan cili kisar tumis hingga pecah minyak, masuk air asam jawa
Masukan air dlm 3 cawan ( begantung pada kepekatan kuah)
Hampir mendidih masukan ikan, agak ikan hampir masak masukan pula terung
Perasakan dgn garam dan gula
1 ulasan:
hmmm..asam pedas..semalam masak asam pedas ikn pari... ni xletak daun kesom kan??
Catat Ulasan