Jumaat, Jun 04, 2010

Keropok Tumis Terengganu@Keropok Lekor Besira

Hai semua..jom kita lepak2 sambil minum petang pekena keropok lekor tumis, ni air teh o pun dah siap bancuh  .. dah lama nak buat asyik tetangguh aje ..sdp tau kalau tahu pasti beli keropok lekor mentah ni lebih2..resepi dari Majalah Saji keluaran bulan Mei 2010.. hasil masakan dari Chef Zam... next time boleh buat byk lagi..
Resepi dari Majalah Saji Mei 2010 - Oleh Chef Zam
Bahan
  • 1 batang keropok lekor hiris - sy buat 3 batang
  • 3 sdb cili kisar
  • 2 sdb cuka
  • 1 ketul gula melaka - dicairkan
  • 3 cwn air
  • Sedikit garam
  • Hiasan sedikit bijan utk tabur - sy tabur dgn kacang tanah tumbuk
  • Satukan cili kisar dgn 3 cwn air dlm periuk
  • Reneh dan masak cili sehingga pekat. Jadikan agaran 1 cwn - sy buat lebih sikit
  • Masukan cuka, gula melaka serta garam secukup rasa
  • Seimbangkan rasa antaranya rasa manis, masam dan pedas
  • Setelah masak masukan hirisan keropok gaul sebati
  • *Pesanan Saji - Keropok lekor ini boleh juga di grg terlebih dahulu atau
  • boleh saja di rebus.Tetapi keropok rebus rasanya lebih enak






2 ulasan:

indahhouse berkata...

salam kak sheila,
gulp! menggoda sungguh kopok yang bersira ni, teringat sos pencicah kopok losong yang sedap tu...

Sheila Shafea berkata...

w'salam indah hehe sdp simple jeee lagi pun semua dah besira tu yg sodap

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More