Ahad, Mei 23, 2010

Kuih Puteri Ayu

Salam besiaran..hem siap dah walaupun lambat sikit masuk kedapur pg ni ehehe, cuma pg ni terajin sikit..almaklumle kerja2 rmh semua dah settel semlm,  lepas habis negok konsen AF dok megairon baju..so hari ni leh senang lenag leee ,tu yg cari kerja nak buat ape pg ni, acuan pun dah lama beli x pernah di rasmikan lagi hehe, kira ni fest time sy buat kuih puteri ayu..mejadi juga sdp lee..ingatkan remeh menbuatnya,, rupa - rupa mcm buat kuih apam juga..sdp resepi ambik di MyR dari Kak Rossitamz...tq Kak Ita yg rajin masak kuih kukus2..
Bahannya
  • 5 biji telur (begantung pada saiz - sy guna 3 biji sbb telur besar)
  • 250gm tepung gandum
  • 300 gm gula - sy guna 3/4 cawan gula
  • 2 camca teh ovellet
  • 1 camca teh baking powder
  • 250 ml santan
  • Pewarna hijau/Pandan pastel
  • Kelapa putih secukupnya - digaul dgn sedikir garam dan tepung ubi
  • Panaskan pegukus dan balut penutupnya
  • Dalam mangkuk pukul telur, gula, ovellit hingga kembang dan gebu
  • Masukan santan, tepung gandum, b/p, pastel pandan, pewarna, kacau lg hingga sebati
  • Sapukan sedikit minyak pd acuan, masukan kelapa pd bahagian bwh tekan dan mampatkan
  • Masukan adunan dlm acuan td dan kukus selama 5 minit
  • Sejukan kuih baru di keluar dari acuan




2 ulasan:

Kaseh NazLieza berkata...

akk..lieza cuba ea resepi ni..eheheh

Sheila Shafea berkata...

hai lieza ok cuba leee

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More