Salam besiaran sekali lagi... n3 utk lunch hari ni..x ambik nasi pun ..mkn roti berinti, kiranya cicah sama sambal tumis ikan bilis.. 1st tahu ada roti ni ....ketinggalan zaman tul hehehe..kira ramai le juga kekawan yg dah menerai buat....memula negok mcm karipap besar aje..pastu baca resepinya ada le lain sikit....semagat nak tahu rasa dan mencubanya pun datang.....cara nak buat lebih kurang mcm buat karipap aje buat ropol kelim yg same...cuma kena gayakan ropol keliling roti yg besau tu bepusing tangan di buatnya...rasa inti kentang yg sangat sedap, kulit pun rapuh dan cepat garing kalau nak mkn begitu saja pun boleh tp lebih sdp mkn same sambal tumis...baru ada rasa pedas.....hem dapat dua potong pun dah cukup kenyang....resepi ni kita dok jelajah rmh Kak Madihaa...jumpa terus bekenan nak menerai rasa, ok nak lebih tahu cara2 buat nya sila le ke dapur Kak Madihah ye kat situ ada tunjuk step by step pembuatan roti bawean........ roti ni juga sesuai buat utk sarapan pagi dan sarapan petang....
Roti Bawean @ Roti Boyan
Sumber : Kak Rossya, MamaFaMi & Aziz Sattar (Nona TV3)
Diadaptasi & ditulis semula oleh : MaDiHaA a.k.a. Ratna
Bahan2 Kulit/Pastri (resepi Kak Rosya)
500 gm tepong gandum
200 ml + 2 tbsp air suam
50 ml minyak masak
½ tspn baking powder½ tspn gula
¼ tspn garam
Bahan2 Inti (resepi Aziz Sattar)
400 gm/3 biji kentang ~ dicuci bersih, rebus & buang kulit (MaDiHaA belah 4 supaya cepat empuk)4 biji telur ~ direbus & buang kulit
1 gengam/1 pokok daun sup ~ cuci bersih & hiris halus
½ biji bawang besar ~ potong dadu
1 tspn lada sulah
garam secukup rasa
Bahan Tambahan
Minyak masak untuk menggoreng roti
Sambal tumis untuk dicicah dengan roti
letak inti di pemukaan roti dan ratakan
Kelimkan mcm buat ropol karipap
Cara2 menyediakan
1.
Telur rebus & kentang yang telah direbus dibuang kulit &
dilecek hingga halus/separa halus. Gaul rata bersama bahan2 inti yang
lain sehingga rata & secukup rasa. Ketepikan sebentar.
2.
Ayak tepong bersama baking powder & letakkan dalam satu bekas
menguli. Campurkan garam & gula & gaul rata. Campurkan air
suam & minyak masak dalam satu bekas. Tuangkan sikit demi sedikit
ke dalam bekas berisi tepong & ulilah perlahan2 sehingga mendapat
doh yang lembut.
3.
Bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama saiz lebih kurang 95 gm
setiap sebiji. Bulat2kan doh menjadi bebola & rehatkan dalam 5 ~ 10
minit.
4. Canai bebola menjadi bentuk bulat sehingga nipis seperti kulit karipap. (JANGAN CANAI TEBAL YER NANTI KULIT SUSAH NAK MASAK KAT BELAH DALAM MASA MENGGORENG!). Taburkan tepong di atas sebiji pinggan yang leper & letakkan doh yang dicanai tadi di dalam pinggan tersebut. (sila rujuk gambar).
Inti dibahagikan kepada 4 bahagian & masukkan 1 bahagian inti di
atas doh yg dicanai tadi & ratakan seperti dalam gambar. Canai lagi
1 bahagian bebola membentuk bulat yang sama saiz seperti yang pertama
tadi & tangkupkan di atas inti tadi. Kemaskan bahagian tepinya
& kelim tepinya seperti anda mengelim karipap. Susun Roti Bawean
yang siap dikelim di atas plastik bersih yang sudah ditabur tepong.
Ulangi proses yang sama utk semua bebola tadi untuk mendapatkan 4 biji
Roti Bawean.
5.
Sediakan non stick pan & panaskan sedikit minyak (anggaran 1 cawan)
dengan menggunakan api yang perlahan. Bila minyak panas.. masukkan 1
keping Roti Bawean & gorenglah sehingga garing & warna kulitnya
bertukar warna kecoklatan. Dengan berhati2.. terbalikkan roti &
goreng pula disebelahnya sehingga garing. (MaDiHaA terbalikkan menggunakan penyepit makanan tanpa gerigi. Jika guna sudip bimbang minyak terpercik pulak) JANGAN GUNA API BESAR UNTUK MENGELAKKAN ROTI CEPAT HANGUS & MENTAH DIDALAM. Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan.
6.
Potong roti kepada 6 bahagian & hidangkan begitu saja atau lebih
sedap dihidang bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal pilihan anda.
Sambal tumis ikan bilis aje
14 ulasan:
mesti makan seketul dah kenyang ye kak shiela..
kak sheila.. tun pernah dgr je pasal roti boyan nih, xpernah makan lg. nmpk sedap, lagi2 cicah sambal tumis tu.
as-salam
sedapnye roti boyan..dah kena lah kita dgn roti boyan ni..mmg sedap roti boyan ni..lama jugak tak buat..selalunye my sis yg buat..
Hai Ina betul tu kenyan dua ketul....akk buat ukuran besar ikut piring kuih....dah potong dpt 6 keping
Hai Tun _tlani akk petama kali degar ahha ketingalan betul...tu yg nak menerai camne rasanya...sdp ragup kulitnya dan ada inti kentang...nak pulak cicah sama sambal bilis
W'salam abg Ady ye ke abg ady dah selalu mkn yee..kita je yg ketinggalan beribu batu hahhaah mmg kenya di buatnya...x mkn nasi lah npknya hari ni...
Assalam...TQ for sharing Akak pun tak pernah rasa lagi ni..nampak menarik..buat sarapan mesti best ni!!Suap secubit..letak kuah sikit ya!
oh first time tgk..best gak try nih..kuah samabal cicah tu yg menusuk qolbu..hehehe
w'salam kak watie yeppp betul mmg sesiau sangat buat utk sarapan..akk kan selalu masak sambal2..so boleh lah try resepi ni...senang aje buatnya cam buat karipap juga...
Hai GreenJade sy pun first time mencuba rasa.... heheh sambal tumis pehhh sudah semistinya x ada pedas tak kawwww hhehe
wah! kreatip2! terus terbayang nak buat inti sardin...mcm sedap pulak.
saya memang carik resepi ni lepas tengok pak aziz buat hari tu kat tv..bestnya..bleh buat nanti..:)
terima kasih mencuba ye sue... tak sia2 akak menghafal resepi pak aziz dlm tv ritu.. hehehe... tgk dia buat tu mcm sedap jer..
as salam.
mohon kongsi resepi.
tq
Catat Ulasan