Rabu, April 18, 2012

Mee Kolok Basah


Assalamualaikum semua....  tegah hari ni cuasa panas pulak,  kain2 jemuran udah di angkat tingal nak melipat je mlm nnt......masuk petang x tau le hujan ke tidak....ok n3 mee kolok yg dah lama nak buat....x silap dulu pernah sekali  buat tp mee kolok yg kering , saya x buat sup pun, resepinya di sini... kali ini saya menerai resepi dari tuan yg same gak...dan buat yg basah ada sup.....pehhh mkn same sambal serta taburkan bawang putih goreng yummy yummy....yg kering dan basah sudah di cuba mmg sdp beb teliur tau betambah 2 mangkuk hehehhe nak rasa mai cepat sini,  lambat2 dtg nnt habis...:-)
tq pada DjDayang Jack.....


Resepi Mee Kolok Basah
by : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 300 g mi kolok (kalau tak ada, boleh guna mana-mana je non-fried noodles atau instant mee)
  • 1 sudu besar perencah sup
  • 200 g daging lembu
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • 7 ulas bawang putih (dicincang)
  • 8-10 biji cili api
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • minyak masak secukupnya
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • 1 sudu kecil sos ikan / sos soya
  • 1 sudu makan cuka
Cara-cara
  • UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Ketepikan kuah/supnya (boleh dipanaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
  • UNTUK MEE: Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut. Keluarkan dan toskan. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.Di dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata-rata. Keluarkan.
  • UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau x ada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
  • Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya.

***kalau nak memeriahkan lagi suasana mee ni, jika suka boleh juga dicampurkan dengan tauge/sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus/celur dulu ye)


19 ulasan:

Mas berkata...

kak sheila...
perhh...sedapnya mee kolok..
mas selalu beli jerk..
tak pernak try buat sendiri lagi...

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

mee kolok basah lom pernah cuba.. kalau mee kolok yg biasa tu dah pernah try... sedap juga.. anak2 suka sbb tak pedas & berkicap tu kan....

kakna berkata...

sedap mee kolok ni.buat makan tenggahari.tak yah masak nasi.

Amie berkata...

Assalamualaikum Sheila,
rajinnya buat mee kolok basah, tumpang makan sini ye... slurrp...slurrppp

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Mas heheh ohh akk x pernah lg jumpa mee kolok kat luar ..ada jual tp akk x perasan..hemmm nak mkn punya pasal kena buat sendiri le jwbnya...

Sheila Shafeareen berkata...

Hai kak Mardihaa yg kering biasa dah cuba juga buat..senang bekicap mmg budak2 suka...tp bg saya suka yg basah2 cam ni sdp hirup kuah supnya,,letak sambal lg menyegat hehhe

Sheila Shafeareen berkata...

Hai kakna ye betul ckp akk tu x yg masak nasi dah kenyang sangat2....

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam kak Amie hehe simple je kak cara buat pun sng juga....kenyang sangat2,,jemput sekali kak :-)

INA berkata...

rajinnya akak ku masak..nnt ptg saya dtg..agak2 ada lagi x? hehehe..

izahdaut berkata...

waaahhh sedap nyer kak shiela.. terliurr sungguh ni walau semalam baru jek melantak mee goren. hehe

Sheila Shafeareen berkata...

hai Ina hehe ada lg mari le dtg singah ambik...nnt akk tapaukan ye....

tun_telani berkata...

wah.. mee kolok sarawak dh sampai sana.. tun pernah buat sekali mee ni. guna mee kolok ready-made. sedap!

Shahriah Abdullah Novelis berkata...

SAlam.. aduhh mee kolok pulak kat sini.. sana sini makanan sedap2 mana satu nak cuba dulu ni.. mee kolok tak pernah cuba nanti nak cuba.... tq for the recipes tuan tanah..:))

HaSue berkata...

Kak...nk semgkuk!kalo akk dtg srwk jgn lupa menu penting nibtau.kena rasa mi kolok yg asli..hihi..mi kolok biasanya x ltk tauge kak.tp kite yg buat dier ikut suke la nk ltk ape kn.hehe

Yana Shaiful berkata...

Salam Kak Sheila..sedapnyaa..yana xpnh mkn lg mee kolok ni..xtau rs mcm mana..nnt nk cuba lah..amek resepi dulu ek kak :-)

rahel berkata...

Waaa..ni kalau dapat ni mesti nak mee banyak2..pastu lauk pun nak jugak byk2..hehe..

Watierman berkata...

Assalam Dik Shiela...wah...Akak ni jakun...ni baru 1st time tengok rupa mee ni...selama ni pernah dengar masa AF dulu jer...! Apatah lagi nak merasa...

Unknown berkata...

Alaaa...dah abis ke? huhu...seumur hidup tak pernah mkn mee kolok. Ada kat restoran pun tak order, camne tu? Akak ni jenis penakut nak cuba masakan org, kena masak sendiri jwbnya.

Tanpa Nama berkata...

Mee kolok kalau Melayu punya tidak sesedap yang cina punya... Cina punya mee kolok lagi sedap berbanding dengan melayu punya...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More