Jumaat, Februari 18, 2011

Gulai Lemak Labu Kuning

Salam semua, santapan tegahari lauk gulai lemak labu,Fv sekeluarga ni, kalau ada pucuk manis@pucuk asing-asing, pucuk labu lagi sdp dilawankan dgn labu ni, ada udang hidup lg betambah sdp..yg ni campur gan kacang pjg dan rencahkan same ikan bilis...meratah je sayur labu tu...jemput mkn tghari same..
Bahan
Sebiji labu - 1/2 biji aje buat dah cukup
*3 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci kunyit hidup
*3 biji cili api - nak pedas boleh lebihkan
Kacang pjg,pucuk manis,bayam meranti,pucuk labu - sayur ikut pilihan anda
Udang basah/udang kering/ikan bilis - sy guna segengam ikan bilis
3 cawan pati santan pekat - sebiji kelapa
Daun kunyit simpul/serai titik
Garam/gula
Caranya
Labu dibelah dan buang kulit bersihkan dlmnya
Tumbuk semua bahan yg betanda *
Dalam periuk satukan labu & bhn tumbuk renehkan dgn air supaya labu lembut jgn sampai hancur
Agak-agak labu dah lembut masukan santan pekat, daun kunyit/serai titik, kacang pjg dikacau selalu agar santan tidak pecah minyak
Tambah grm, gula dan perasa
Bila dah didih tutup api

2 ulasan:

Unknown berkata...

sedapnya masak gulai lemak ni...lama tak mkn ni.

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Nieza heheh lama x mkn ye nnt bwt akk htr ye

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More