Selasa, Mei 24, 2011

Talam Sagu Belapis



Salam, besiaran di petang selasa..hemmm kita buat kuih talam sagu petamg ni yeee..mmg le suka kuih2 yg letak sagu ni.. kemarin buat puding sagu..hari ni menalam pula,,mmg dah npak kuih ni kat rmh Yatie kemarin duk tayang2 pehhh time tu leh tahan lagi..pastu pulak pg ni dik Izah kita pulak tayang.. lg le buat x tertahan godaan hehehe...mmg letup le rasanya..buat dlm acuan senang x yah nak potong2 lg..seorg 3 biji cukup ye, cukup lah tukan ....tq pada Kak Wan dgn resepi yg sdp ni..jemput minum petang same2...


Talam Sagu Belapis
Bahan-bahan

80gm sago

Bahan A
230gm tepung beras
100gm tepung ubi / tepung sagu
400ml santan pekat KARA
350ml air

Bahan B
350gm gula - sy letak 3/4 cawan aje
300ml air
3 helai daun pandan

Loyang 9" empat segi

Cara-cara :
1. Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
2. Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
3. Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
4. Ketepikan 300ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Ketepikan.
5. Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
6. Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
7. Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
8. Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.

11 ulasan:

Yatie berkata...

Assalam Sheila,
uwaaaa..comelnya guna acuan kuih talam sagu berlapis ni...menarik betullah..sedapkan..

Nazrah Bakery & Dunia Kuih berkata...

Assalam... hmmm..telan air liur.
Dah kat sini..tapi kita minat belum sempat buat

Zaliedana berkata...

Assalam kak,uwaaa cantiknyer..Merata umah duk tayang nih..Jeles toi la..Ras pong confirm sedap kan..

cikmanggis berkata...

wah dah sampai kat sini dah talam sagu ni.Bila lah pulak nk sampai kat dapur Cm ni.

Mas berkata...

cantik la talam sagu tu...

Sheila Shafeareen berkata...

W'salam Yatie sdp sagat lemak gitu rasa sagu yg sedp ank pun suka

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam Nazrah
terliur ye cepat buat mmg sdp..ada masa nnt buat ye

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam Zaliedana
tq singah kembang dan yeee remai yg dah buat mmg sdp cuba ye

Sheila Shafeareen berkata...

hai CM hehhe teruja sagat tu yg nak merasa nya sdp sejuk pun sdp

Sheila Shafeareen berkata...

Tq Mas cuba le mmg sdp

indahhouse berkata...

Salam kak sheila,
menjadi betul talam sagu lapis kak sheila. Cantik.. teringin nak rasa. Saya nak buat tak pandai.. hehe..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More