Rabu, Mei 25, 2011

Kek Velvet Ombak Beralun Kukus


Salam besiaran di hari rabu ehhh kejap jekan..next week dah mula cuti sekolah..alamat nya riuh rendah le rmh ku ini gan ank2 sedara yg dtg....kisah hari ni sambil2 masak utk lunch tghari td, sambil tu megukus kek... taraaaa dah siap pun juadah utk minum ptg..hehhhhh semlm DjDayang dah tayang kita pun terus bekenan...mmg sdp, lembut dan gebus...leh le buat lg lain kali, sy pun guna serbuk milo juga yg di ayak diatas adunan .. ok resepi asal dari K.fida yg diejas sikit oleh Dj... mmg betul buat setegah adunan pun nak tinggi saiz kek ni.. Tq Dj mmg mabeles..Share resepi di sini ye buat rujukan


Mari kita semak resepinya di sini. TQ kak Fida.

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)
Resepi :Kak Fida@Myr
Sumber : http://dayangjack.blogspot.com/


Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )
* 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
* 1 cawan gula halus
* 2 cawan tepung gandum - ayak
* 1 sk baking powder
* 1 sb ovallete
* 1/2 sk garam
* 1 sk esen vanilla
* 1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
* 10 sb mentega cair (100g)
* pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
* Secukup serbuk koko

Cara-cara :

1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuklapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.

Kek ni DJ buat 1/2 adunan dengan menggunakan loyang 6 inci.
Bahan2 untuk resepinya adalah mengikut keselesaan dan citarasa sendiri.

bahan 1/2 adunan :
* 1 cawan tepung gandum
* 2 sudu besar tepung semolina
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 90 g gula kastor
* secubit garam
* 3 biji telur A
* 6 sudu besar minyak jagung
* 1/2 sudu besar ovalette
* 2 sudu besar serikaya
* 60 ml susu cair
* pewarna kuning, pes pandan dan merah jambu
* serbuk milo untuk melapis

Cara-cara : sama seperti di atas.

negok tu dari luar pun npk gebus...kek ombak beralun..ehh terigat pula kat novel yg best tu Ombak Rindu...lama lg ke filem nya nak kuar x sabar nak g nonton...

10 ulasan:

ijayuji berkata...

Salam kak sheila!!! kita dah tak nak kata ombak kek akak ni tp tsunami! hihihi... bergelora tgk kek akak niiii haih! kita tgh sibuk ni kak tak sempat nak buat itu ini hari niii :D ada lagi tak kak? kita dpt sepotong pun jadiiiiilahhh buat2 rasa :D abis kang mintak lagi kikiki

Sheila Shafeareen berkata...

W'salam hahah mmg dah sakit perut gelak kak ko ijah mmg pun negok tu tsunami dah melanda
Hampir pejalanan nak ke siam tu hhahh ada lagi ni baru masak pun pansssshehe

Naz berkata...

Assallamualaikum kak Sheila..
Rajin3x..berombak2 kek ni.. Kalau makan di tepi pantai, kita tak dilambung ombak kan kak...

Sheila Shafeareen berkata...

W'salam Naz heheh ombak beralun naik tinggi...mkn sambil main air ombak hehheh

anymz berkata...

wah!sheila dah buat ya.akak baru berangan nak buat hari ni.sedap kan?..nak cuba gaklah nanti..talam sagu berlapis kat bawah nun ada lagi tak tu?

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

cantiknya kek shiela...
saya suka resepi yang kukus ni. saya tak faham bab 1/2cawan + 1/8 cawan susu sejat..... 1/2 cawan apa ye?

Sheila Shafeareen berkata...

Hai kak Hanim
yee sdp sagat lembut dan gebus lebk kan serbok koko atau milo lagi sdp buat yeennt saya dtg mkn rmh akk pula

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Naimatul
yee sdp rty tau akk guna resepi yg dari kak fidah tu cuma ajes sikit aje.. 1/2 dan 1/8 tu jd kan 150ml agk2 agaranya

K.Nor berkata...

uikkkk tingginya ombak!!! patut la mek ika kata tsunami :)

ilahjy berkata...

salam laling kak cyg.. sebenarnya kak copi dr sini resepi tapi kak terlupa nama shiela.. cuma yg terpapar nama dayang ..maaf ya..sbb kak terdelete kesmua detail kat resepi tuu... t.kasih nooohh

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More