Salam besiaran di pagi jumaat..hujan di KL ni...sejuk...sedang elok lah tu pekena pulak nasi lemak hujan panas mmg le tangkap gantok....kalau dah hujan pagi2 cam ni kerja2 sidai menyidai pun jadi tetangok ...hemmm dok suruh lepak lg tu..ok ni manu sarapan dan merangkap ke tghari sekali.....penyediannya semua di siapakn mlm tadi so pagi ni just tanak nasi dan grg ayam je, mlm tadi sudah siapkan sambal kupang yg di campur sikit ikan bilis dan rebus telur...rasanya pun same mcm nasi lemak biasa.. nak bagi npk meriah di warnakan warna warni....Cuma Mr.laling sorg aje yg tapau..yg bedua tu x nak tapau katanya... lg pun hari ni sklh keluar awal, balik nnt leh ngap.....minggu ni pun dah last day pesekolahan..
Selamat becuti pada ank yeee 2 minggu tu... dan pada mana rakan2 yg nak becuti besama keluarga, balik kampung, buat kenduri kawin, cukur jambut tu semuanya selamat bejln dgn lancar sy doakan...dan ingat jugak walaupu cuti sekolah... buku jgn pula cuti ye pada ank2 yg nak ambik peperiksaan PMR tu..ada lg 4 bulan lbh saja....
Jemput sarapan same....
Sources:-From rinsca@myresipi.com
Nasi Lemak Hujan Panas
Bahan-bahan ( 4 orang )
2 mug beras (dicuci bersih)
1/2 mug santan pekat
2 mug air (ikut jenis beras)
1 biji bawang putih (di mayang halus)
1/2 inchi halia (di ketuk / dihiris halus)
1/2 sudu kecil halba
1 sudu kecil garam
Sehelai daun pandan
Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
2. Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
3. Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
4. Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
5. Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas...tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
6. Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.
7. *gambar kecik kat atas tu Sardin Serai... Tumis bawang putih & bawang merah dan sedikit halia. Masukkan sardin dan sebatang serai yg diketuk. Masukkan sedikit air dan cili api. Campurkan sedikit air asam jawa. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan perasa. dah siap! -(Ayu tak buat yang ni)
10 ulasan:
Salam kak sheila!!! lamaaaaaaaaaaaaa sgt kita tak buat nasi lemak tau! nanti2 lah nak buat jugak kalau rajin nak menyambal sbb baru lepas blender lada kering hihihi... sedap ni mkn nasi lemak hujan panas tgh2 mendung n panas skrg ni :D kita kalau nasi lemak mmg suke buat sambal ikan bilis dr udang terasa keasliannyer :D cerewet pulak ya hihihi
w'salam ika heheh
ye le hujan ni pekena nasi lemak pulak tu lagi le layu mata kita..
sambal best x kira sambal kerang dan udg sdp suka sngat
buat tau akk nntkan sabal dari ija...
cantik nasi lemak tu..
warna warni.....
mas pun dah buat ari ni....
anak2 suka...
Salam wah akak rajinnyer sedap n menarik.. x pernah wat nasik lemak taruk kaler2 ni..hujan2 ni lapo tgk he he he
Hai Mas
Yee akk pun ada perasam Mas dah buat..kekawan yg lain punramai yg dah cuma buat nasik bearna ni..lawa2..bag tarikan ank2 mkn yee
Hai Halaman ku
hhehe akk pun x pernah taruk kala maleni pada nasi lemak cuna pernah buat nasi lemak pandan aje warna hijau..kalau nasi minyak tu biasa le buat heheh sekali sekala nasi lemak yg putih tu di bajukan hehehe
Salam sheila,
Makan nasi lemak time hujann..pastu sambung tido hehehe..best!
1st time tgk nasi lemak colourful camni..menarik!
Korset PB RM1299 Baru dan Original. Warranty Seumur Hidup. Cepat sementra stok masih ada.
http://www.zuwairiaiman.com
w'salam topsy
hhee betul tu pekena nasi lemak mata layu heheh tp kerja byk le x leh sambung titon heheh selalu asyik baju putih aje ni kasi kale male pulak
pasti ku cuba..thanks for sharing
Catat Ulasan