Isnin, Mei 09, 2011

Daging Merah


Assalamualaikum, besua kembali di hari isnin, seperti biasa mulakan tugah2 harian dgn riang dan ceria....waktu pun dah masuk kul 12.00 kejap aja masa belalu...
Macam mana sambutan hari ibu semlm, pasti happy... tentulah sbb dpt hadiah dari insan2 tersayangkan ... Alhamdullilah...
ok utk manu lunch hari ni sy masak daging merah, sdp tau mkn dgn nasi putih aja pun dah cukup.... biasa selalu juga oder bila mkn di luar....kali ni terasa nak mencuba masak resepi daging merah ni sendiri..menjadi pulak tu...rasanya mmg x cukup lauk ni sampai ke mlm hehehe... utk lebih lanjut proses memasak daging merah ni boleh le masuk ke sini ye tq pada tuan empunya resepi...jom kita layan resepi ni


Proses mewarnakan daging..jgn takut pulak negok merah menyala daging tu hehehe

Bahan-bahan
+ Daging lembu yang telah direbus dengan pewarna merah tadi
+ 2 labu bawang besar
+ 4-6 ulas bawang putih
+ 1 inci halia
+ 2 batang serai
+ 1-2 sudu makan cili kering kisar
+ air stok daging
+ 2-3 sudu makan sos tiram
+ 3-4 sudu makan sos tomato
+ 3-4 sudu makan sos cili
+ secubit asam jawa
+ garam secukup rasa
+ 2 biji cili merah – potong ikut suka hati.. kasar/memanjang /
+ 2 labu bawang besar- potong bulat
+ 5-6 helai daun limau – potong hiris

ini le rupa selepas direbus sehingga daging empuk..bolehlah di potong nipis...negok tu cantikan warnanya

Caranya
Daging dihiris seperti yang ditunjukkan di dalam gambar atas.
Ok, sekarang kita masakkan kuah dia pula. Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau, dan garing sedikit.
Masukkan cili kering yang telah dikisar. Cili kering kisar ini telah direbus terlebih dahulu sebelum ia dikisar. Ini untuk mengurangkan pedas cili. Tumiskan cili sehingga pecah minyak.
Masukkan air stok daging tadi ke dalam kuali, kacau dan biar ia masak sebentar.
Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan garam secukup rasa. Kacau dan biar ia masak sebentar. Selepas itu masukkan sedikit air asam jawa dan kacau.
Sekarang masukkan bawang besar yang dipotong bulat, cili potong dan daun limau yang dihiris kasar. Kacau rata dan biar ia masak sebentar.
Bila kuah agak pekat sedikit, masukkan daging yang telah dihiris tadi. Kacau rata daging itu sehingga sebati dengan kuah.

pekena dgn nasi putih dan telur dadar cukup lee....

10 ulasan:

Wanieyra berkata...

Sedapnya kalau dpt makan lunch nanti....

Sheila Shafeareen berkata...

hai wani
yee mmg sdp cuba ye ssng sagt...jemput mkn

Yana Shaiful berkata...

salam...waahh sini ada daging merah..bleh tukar dgn ayam merah x hehee

Nazrah berkata...

Rajinnya...kita jarang masak daging...

cik cek berkata...

Kak Cek suka sgt lauk macam ni...sedap...sedapnya ...lau fav anak bujang kak cek...:)

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Yana
hehe boleh apa salahnya sdp tu ayam masak merah...mkn gan nasi minya or nasi tomato

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Nazrah yee sdp sekali sekala pekena manu daging

Sheila Shafeareen berkata...

Hai kak cek
ye ke manu fv anak bujan..kalau dekat pasti saya dah lulur kat tingkap dapur hehehhe

Zalieda Zaliedana berkata...

Assalam akak,nih sy datang ptg2 nih nak tuka daging akak ngan daging kat umah saya,hihi..Daging masak camnih mmg sedap kan..Nak2 lak pekena ngan tomyam,hihi..

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam dan aheheh ye sdp tu lawankan dgn tom yam atau sup ekor dan sambal belacan sekali pehhh terangkat hehhe

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More